PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TAJUK : REJAM LEMBING DAN LOMPAT JAUH
TINGKATAN : 2
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SITI ZALZAHILA, CIKGU
RAHAYU, CIKGU MUSTAKIM, CIKGU HAFIZ, CIKGU
FIRDAUS
PENGENALAN LOMPAT JAUH
• Lompat jauh merupakan acara yang memerlukan
peserta untuk berlari, melonjak, melayang, melompat
dan mendarat sejauh yang boleh di kawasan pendaratan.
• Terdapat 3 gaya dalam acara lompat jauh, iaitu gaya
gantung, gaya layar dan gaya kayuh.
FASA-FASA LOMPAT JAUH
1. FASA LARI LANDAS
➢ Murid perlu berlari dengan kepantasan yang
terkawal
➢ Jumlah langkah larian berbeza setiap individu
bagi memastikan murid mencapai kepantasan
maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang
berkesan.
FASA-FASA LOMPAT JAUH
2. FASA LONJAKAN
➢ Tapak kaki memijak papan lonjakan dengan tepat
➢ Hujung kaki tidak melepasi lebar papan lonjakan
➢ Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan bagi mencapai
lonjakan yang maksimum.
➢ Kaki yang bebas diayun kedepan dan keatas dengan lutut
diangkat tinggi.
➢ Kedua-dua belah tangan diayun kedepan dan keatas untuk
mencapai lonjakan yang maksimum.
FASA-FASA LOMPAT JAUH
3. FASA LAYANGAN
➢ Gaya badan dan pergerakan murid pada fasa ini
bergantung kepada gaya yang hendak dilakukan.
➢ Tujuan utama adalah untuk berada di fasa lebih lama
untuk melambatkan pendaratan.
➢ Selepas melonjak, murid melunjurkan kaki dan tangan
kehadapan dan badan turut dicondongkan kehadapan.
FASA-FASA LOMPAT JAUH
4. FASA MENDARAT
➢ Murid mestilah memberikan perhatian kepada
imbangan badan dan pencapaian jarak.
➢ Kaki dibawa kehadapan dan mendarat dengan
kedua-dua tumit kaki
➢ Fleksi lutut untuk menyerap daya pendaratan.
3 GAYA LOMPAT JAUH
1. GAYA GANTUNG
https://youtu.be/pF0K_f6An3o
2. GAYA KAYUH
https://youtu.be/VLtig7Dmrro
3. GAYA LAYAR
https://youtu.be/2M7hhwFghnE
MEREJAM LEMBING
SEJARAH MEREJAM LEMBING
▪ Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing
adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan
olahraga.
▪ Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali dalam
Sukan Olimpik pada tahun 1896.
▪ Acara ini dipertandingkan dengan merejam lembing
sejauh yang mungkin.
LEMBING
BERAT MINIMUM LEMBING
✓ Kategori lelaki ialah 800g
✓ Kategori wanita bawah 16 tahun ialah 600g
PANJANG LEMBING
✓ Kategori lelaki ialah antara 260cm - 270cm
✓ Kategori perempuan ialah antara 220cm - 230cm
TEKNIK PEGANGAN LEMBING
3 GAYA PEGANGAN
LEMBING :-
1. GAYA AMERIKA
TEKNIK PEGANGAN LEMBING
2.GAYA FINNISH
TEKNIK PEGANGAN LEMBING
3. GAYA FORK
FASA MEREJAM LEMBING
1. FASA PERSEDIAAN
▪ Fasa ini memfokuskan aspek teknik pegangan dan kedudukan
lembing sebelum rejaman dilakukan.
▪ Pilih teknik pegangan yang sesuai dan selesa
▪ tapak tangan menghadap keatas dan siku menghadap
kehadapan.
▪ lembing dipegang pada paras atas bahu dalam kedudukan
bersudut 40 darjah.
▪ pandang kearah kawasan rejaman.
FASA MEREJAM LEMBING
2. FASA LARI LANDAS
i. Fasa ini penting bagi menghasilkan kelajuan yang
maksimum.
ii. pegang lembing pada aras kepala
iii. Pandang kearah kawasan rejaman serta mulakan larian
iv. Tingkatkan kelajuan bagi menghasilkan daya
v. tangan yang bebas dibengkokkan dan menyilang badan pada
aras muka.
vi. Lentik badan kebelakang dan pada langkah terakhir, tumit
kaki kehadapan menekan ke trek diikuti dengan menyilang
FASA MEREJAM LEMBING
3. FASA REJAMAN
❖ Pemindahan daya berlaku dari bahagian kaki ke bahagian
tangan.
❖ Lembing pada kedudukan 40 darjah.
❖ Tumit kaki hadapan menekan ke trek serta badan dikilas disisi.
❖ Kilaskan badan kesisi dan belakang dengan menggunakan
tangan bebas dan daya rotasi pinggul.
❖ lentik badan ke belakang untuk mendapatkan daya.
❖ Tolak lembing kebelakang serta tarik ke atas dan hadapan
❖ Lepaskan lembing pada kedudukan 40-45 darjah dengan
tangan yang lurus ke hadapan.
FASA MEREJAM LEMBING
4. FASA IKUT LAJAK
❑ Fasa ini bagi mengawal keseimbangan badan selepas merejam.
❑ fasa ini bagi mengelakkan rejaman yang dilakukan terbatal
seperti memijak atau melepasi garisan kawasan lari landas.
❑ Selepas lembing dilepaskan, langkah setapak kedepan dan
mendarat dengan sebelah kaki.
❑ Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan
kedudukan badan.
❑ Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan
VIDEO
CONTOH VIDEO MEREJAM LEMBING
https://youtu.be/XnHf9ZFrXy8
-TAMAT-