SEKOLAH KEBANGSAAN INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG. KERTAS KERJA PROGRAM _______________________________________ PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H/2023M TARIKH : 21 JULAI 2023 (JUMAAT) MASA : 8:00-11:30 PAGI ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB DENGAN KERJASAMA UNIT BINA INSAN
Rujukan Kami : SKIM. Tarikh : 12/6/2023 YBrs. Guru Besar, SK Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H/ 2023M 1.0 PENGENALAN Program sambutan Maal Hijrah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab dengan kerjasama Unit Bina Insan dan Persatuan Agama Islam. Ia bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri seluruh warga sekolah khususnya para pelajar bagi mengukuhkan penghayatan terhadap ibrah hijrah Rasulullah S.A.W. 2.0 MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan insan di SK Indera Mahkota melalui aktiviti yang dijalankan agar dapat melahirkan anak didik yang menghayati penghijrahan tahun bulan Islam iaitu Maal Hijrah dengan penuh penghayatan. Justeru, ia dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi warga SK Indera Mahkota supaya cita-cita ingin melahirkan generasi ummah terbilang tercapai. Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil iktibar peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W untuk sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri serta kualiti daripada segenap aspek bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. 3.0 OBJEKTIF 1) Memberi pendedahan kepada murid cara mempraktikkan keperibadian yang baik dalam kehidupan seharian. 2) Menambah rasa ketaqwaan kepada Allah dan Rasul. 3) Menerapkan sifat sayang dan cinta kepada amalan kebaikan berpandukan sunatullah dan syariatullah. 4) Melahirkan murid yang mempunyai keperibadian yang mulia sejak daripada sekolah rendah.
4.0 SASARAN Semua murid tahun 1-6 (murid Islam) 5.0 MASA / TEMPAT Tarikh : 21 JULAI 2023 (Jumaat) Masa : 8:00 – 11:30 pagi Tempat : Anjung Indera Shahbandar, SK Indera Mahkota Butiran pelaksanaan program dan acara yang dipertandingkan: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN NASYID SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/ 2023M. - Konsep penyertaan dan penglibatan adalah WAJIB bagi setiap kelas. - 1 kumpulan nasyid terdiri daripada 7 orang peserta yang sama jantina. - Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan adalah selama 7 minit. - Penilaian adalah daripada segi suara, persembahan dan kreativiti murid. - Barisan hakim terdiri daripada guru-guru SK Indera Mahkota akan melaksanakan penilaian kemenangan terhadap semua kumpulan nasyid mengikut tahap 1 & 2. - Pemilihan lagu yang bertemakan kerohanian sempena sambutan Maal Hijrah hendaklah terdiri daripada salah satu daripada senarai tajuk lagu yang berikut: 1. AL-AJIBA – HIJRAH 2. BULAN-BULAN ISLAM – ALARMME 3. RAHMATUN LIL ‘AALAMIIN – MAHER ZAIN 4. SAUJANA – SEPOHON KAYU 5. SAUJANA – KELUARGA BAHAGIA 6. INTEAM – AKRAB PERSHABATAN 7. RABBANI – INTIFADA - Hadiah dan saguhati akan diuruskan oleh guru penyelaras dan AJK Hadiah dengan menggunakan perbelanjaan Kegiatan Pendidikan Islam & Moral spk 1/2021 bagi program ini.
6.0 JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM JAWATAN KUASA PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H / 2023M Penasihat : Pn. Tuan Saripah Mariam binti S Zain (Guru Besar) Pengerusi : Pn. Zaripah binti Rusoll (Penolong Kanan Pentadbiran ) Timb. Pengerusi : Pn. Normala binti Sulaiman (Penolong Kanan HEM) En. Wan Aridi bin Wan Mat (Penolong Kanan Koku) En. Mohd Iznan bin Azmi ( Penolong Kanan Pend. Khas ) Penyelaras : Pn. Noor Shahida binti Daud Pen. Penyelaras : En. Mohd Ridzuan bin Abdullah Setiausaha : Pn. Zarina binti Mohamed Bendahari : Pn. Noor Shahida binti Daud Bil Ajk Pengelola Tugas 1. Pengacara Majlis Pn. Nur A’isyah binti Abdullah ● Mempengerusikan majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H/ 2023M. 2. Brosur/ Laporan Bertulis/ Jurufoto Pn. Noor Shahida binti Daud ● Menyediakan dan mengagihkan brosur kepada semua guru. ● Menyediakan laporan bertulis dan bergambar bagi setiap aktiviti. ● Mengambil gambar sepanjang program. 3. Hadiah & Banner 1. Pn. Salziah binti Abd Manaf 2. Pn. Nurul Azwany binti Md Ab Patah 3. Pn. Harisah binti Yaakub 4. Pn. Suhaila binti Mamat ● Menyediakan hadiah kepada pemenang. ● Menempah banner majlis sambutan Maal Hijrah. 5. PA Sistem 1. En. Mohd Rozi bin Dzulkafly 2. En. Mohd Ridzuan bin Abdullah ● Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik.
6. AJK Persiapan Tempat 1. En. Mohd Ridzuan bin Abdullah 2. En. Mohd Rozi bin Dzulkafly ● Memastikan persediaan tempat yang digunakan untuk kegiatan agar program dapat dijalankan dengan lancar. 8. Bacaan Doa/ Penceramah En. Mohd Ridzuan bin Abdullah ● Membaca doa pembukaan majlis dan menyampaikan tazkirah ringkas Maal Hijrah. 10. Pengurus Peserta 1. Pn. Zarina binti Mohamed 2. Pn. Aezlah binti Mohd Nawi 3. Pn. Juliah binti Mohd Hassan ● Menyediakan nombor bagi setiap kumpulan nasyid tahap 1 & 2. ● Membuat cabutan undi serta menyusun giliran dan menguruskan peserta sebelum pertandingan bermula. 11. Hakim Pertandingan Nasyid: Tahap 1 : 1. Pn. Mastura binti Muhammad (K) 2. Pn. Roslida binti Hamzah 3. Pn. Azliana binti Ali Tahap 2: 1. Pn. Tengku Intan Mastura binti Tengku Mohd Ramli (K) 2. Pn. Nur Amalina binti Abd Aziz 3. Pn. Norisha binti Mazlan ● Mencari pemenang bagi setiap kumpulan nasyid.. 13. Kawalan Murid Pn. Rosmawati binti Abdul Rahman dan semua guru ● Memastikan semua murid dalam keadaan yang terkawal.
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H / 2023M 21 JULAI 2023 (JUMAAT) 7.30 pagi : Murid berkumpul di Anjung Indera Shahbandar, SK Indera Mahkota 7.45 pagi : Majlis Bermula - Ucapan Pengerusi majlis. - Bacaan doa - Tazkirah ringkas Maal Hijrah oleh Ustaz Ridzuan - Ucapan dan perasmian oleh: Pn. Tuan Saripah Mariam binti S. Zain Guru Besar SK Indera Mahkota. 8.15 pagi : Pertandingan Nasyid tahap 1 & 2 11.00 pagi : Penyampaian sijil dan hadiah penyertaan kepada murid. 11.35 pagi : Majlis bersurai 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN / SUMBER KEWANGAN ANGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H/ 2023M BIL PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) JENIS HADIAH SUMBER 4. Pertandingan Nasyid: Tahap 1 (9 kumpulan) : Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Tempat Keempat Tempat Kelima Tahap 2 (9 kumpulan) : Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Tempat Keempat Tempat Kelima 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 RM 8 RM 5 RM 4 RM 3 RM 3 RM 8 RM 5 RM 4 RM 3 RM 3 RM 56 RM 35 RM 28 RM 21 RM 21 RM 56 RM 35 RM 28 RM 21 RM 21 Pensil warna Kotak pensil Buku Tulis File Botol Air Pensil warna Kotak pensil Buku Tulis File Botol Air Kegiatan Pendidikan Islam & Moral spk 1/2021 Kegiatan Pendidikan Islam & Moral spk 1/2021
8.0 ULASAN JPN/PPD (Sekiranya perlu) Tiada 9.0 PENUTUP Diharap agar semua aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Disediakan Oleh: Disemak Oleh: ------------------------------------------------ ------------------------------------------ (NOOR SHAHIDA BINTI DAUD) (ZARINA BINTI MOHAMED) Penyelaras Program Setiausaha Panitia Sambutan Maal Hijrah Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Indera Mahkota SK Indera Mahkota Tarikh: 12 Jun 2023 Tarikh: Saguhati Tahap 1 & 2 (8 kumpulan) 8 RM10 RM 80 Set Alat Tulis Kegiatan Pendidikan Islam & Moral spk 1/2021 6. Banner Program Sambutan Maal Hijrah 1445H/ 2023M 1 RM 211 RM 211 14 X 4 kaki Kegiatan Pendidikan Islam & Moral spk 1/2021 JUMLAH KESELURUHAN RM 613
Rujukan Kami : SKIM. KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SK INDERA MAHKOTA 1445H/ 2023M Meluluskan kertas cadangan bulan kebesaran Islam Program Sambutan Maal Hijrah. Atau Tidak Meluluskan kertas cadangan bulan kebesaran Islam Program Sambutan Maal Hijrah. Ulasan : ........................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... --------------------------------------------------------- (PUAN TUAN SARIPAH MARIAM BINTI S ZAIN) Guru Besar SK Indera Mahkota Tarikh :