The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Asal Usul tasik Cini (tutorial M1) #2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iman Rosdi, 2024-01-09 11:05:01

Mitos Asal Usul Tasik Cini

Asal Usul tasik Cini (tutorial M1) #2

Sebelum tasik ini dikenali sebagai Tasik Chini, terdapat mitos bahawa terdapat sekelompok puak Jakun pernah menduduki kawasan ini. Mereka yang sedang membasmi hutan untuk bercucuk tanam tiba-tiba didatangi seorang wanita tua bertongkat. Wanita tua ini memarahi mereka kerana tidak meminta izin dari hutan. Maka, puak itu pun meminta maaf tetapi wanita tua itu memacakkan tongkatnya di tanah menandakan kawasan itu wilayahnya. Wanita tua itu juga mengingatkan mereka agar tidak mencabut tongkat itu. MITOS ASAL-USUL TASIK CHINI MITOS ASAL-USUL TASIK CHINI


Beberapa hari kemudian, terdapat seekor anjing sedang menyalak ke arah sebatang kayu balak di tepi hutan. Seorang lelaki pon melemparkan kayu tugalnya ke arah kayu balak tersebut dan menyebabkan darah keluar. Setelah itu, orang lain pon turut melemparkan kayu tugal mereka ke arah kayu balak tersebut dan telah menyebabkan darah berlumuran di atas tanah. Tiba-tiba, langit dilanda kilat dan petir lalu menurunkan hujan. Orang ramai pun segera pergi berlindung. Dalam suasana kelam-kabut ini, tongkat si wanita tua itu tercabut keluar dari tanah. Dengan serta-merta, air terpancut melimpahlimpah keluar dari lubang bekas pacakan tongkat. Bertahun-tahun air itu membanjiri kawasan tersebut hinggalah jadinya Tasik Chini. Maka, puak itu sedar bahawa kayu balak itu sebenarnya makhluk naga yang bergelar Seri Gumum.


Click to View FlipBook Version