The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JALAN-JALAN CARI PERIBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 212449, 2023-01-18 17:42:25

JJCP

JALAN-JALAN CARI PERIBAHASA

INOVASI "JJCP" JALAN-JALAN CARI PERIBAHASA KUMPULAN : PANTHERA


Murid diminta bermain permainan kereta kawalan jauh dan melintasi halangan iaitu stesen bagi menjawab soalan peribahasa yang telah disediakan. Terdapat 3 stesen yang perlu dilalui oleh murid untuk mencapai ke destinasi yang terakhir. PANDUAN PERMAINAN "JJCP"


STESEN PERTAMA 1.Murid perlu memilih belon yang mengandungi peribahasa yang bersesuaian dengan perkataan yang terdapat di dalam kenderaan di dalam aplikasi Wordwall. 2.Murid boleh melihat rujukan mengenai peribahasa tersebut di dalam anyflip yang disediakan oleh guru. 3.Setelah murid berjaya menjawab 10 soalan yang diberikan. Mereka perlu melihat maksud peribahasa tersebut untuk menjawab soalan di stesen yang kedua. 4.Jika terdapat murid yang hanya mendapat markah 4/10, mereka akan menerima denda. Mereka perlu memutarkan roda impian untuk mendapatkan jenis denda yang perlu mereka lakukan.


STESEN KEDUA 1.Murid perlu menjawab 10 soalan berdasarkan peribahasa yang mereka dapat semasa di stesen 1. 2.Murid perlu memilih peribahasa yang bersesuaian dengan situasi yang diberikan di dalam soalan. 3.Murid perlu menjawab dalam masa 10 saat bagi satu soalan. 4.Jika terdapat murid yang hanya mendapat markah 4/10, mereka akan menerima denda. Mereka perlu memutarkan roda impian untuk mendapatkan jenis denda yang perlu mereka lakukan.


STESEN KETIGA 1.Murid perlu memutarkan roda impian yang mengandungi peribahasa dan simpulan bahasa. 2.Murid perlu memutarkan roda sebanyak 3 kali dan menulis peribahasa tersebut dalam kertas yang akan diberikan oleh guru. 3.Murid perlu membina ayat menggunakan peribahasa dan simpulan bahasa yang mereka dapat di atas kertas.


1.Murid perlu memusingkan roda untuk mendapatkan denda. 2.Antara denda yang disediakan dalam inovasi ini iaitu sajak, pantun, nyanyian dan syair. 3.Mereka perlu menggunakan kreativiti mereka untuk mempersembahkan sajak, pantun, nyanyian dan berita mengikut kreativiti. 4.Guru akan merakam persembahan murid mengunakan telefon pintar atau aplikasi ‘Tiktok’ . HUKUMAN / DENDA


BIL PERIBAHASA MAKSUD 1 TANGAN TERBUKA Menerima kunjungan atau pandangan dengan sukcacita 2 BESAR HATI Berasa bangga atau sombong 3 BUAH TANGAN Hadiah untuk orang yang diziarahi 4 BULAT HATI Azam yang serius 5 TAJAM AKAL Pintar dan cerdas 6 AMBIL BERAT Memberikan perhatian yang serius SENARAI PERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA TINGKATAN 1


7 SAGU HATI Hadiah tanda penghargaan 8 HANCUR HATI Sangat sedih 9 TALI BARUT Orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam usaha mendapatkan rahsia. 10 PUTUS ASA Kecewa / Hampa 11 BERPELUK TUBUH Malas berusaha 12 BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati. 13 BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT Melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna. SENARAI PERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA TINGKATAN 1


14 MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah. 15 SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang. 16 PANDU CERMAT JIWA SELAMAT Memandu kenderaan dengan berhati-hati akan menyelamatkan nyawa 17 BERHATI-HATI DI JALAN RAYA Sentiasa berwaspada ketika sedang memandu. 18 INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS Berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta 19 SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. 20 HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH Jika hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. SENARAI PERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA TINGKATAN 1


DENDA/ HUKUMAN


PANTUN Bunga seroja di atas peti, Putih berseri idaman dara; Buat kerja berhati-hati, Supaya diri tidak tercerdera Dari Inderagiri ke Pulau Paya, Bawa cermat kayu cendana; Waspada diri di jalan raya, Pasti selamat di mana-mana.


Teman bicara ini sekadar renungan buat ingatan dan juga panduan hargailah nyawa yang dipinjamkan usah dibiarkan diri dalam kealpaan. Teman keselamatan diri paling utama walau di mana kita berada jika diabai malang menimpa kesal menemani sepanjang masa. SAJAK


Teman jagailah harta usah dipunah gunakanlah secara berhemah ketahanannya pasti terserlah jimat belanja harta bertambah. Teman patuhilah segala peraturan jangan berjalan sendirian walaupun di taman permainan waspada diri jadikan amalan. SAJAK


SYAIR Pesanan ini sering diajukan namun wajar diingat sentiasa berhati-hatilah di jalan raya supaya selamat ke tempat tujuan. Kempen keselamatan jalan raya suatu peringatan kepada pengguna yang masih alpa agar menjadi panduan untuk mengelakkan kemalangan yang mengorbankan jiwa, memusnahkan harta.


NYANYIAN (HUTANG) Pantang depan mata Ada saja cerita Tipu belit kawan Dah macam ular sawa Bila dah tahu kau lari berbatu macam kau nampak hantu Cerita zaman dulu Pak kaduk gadai tanah Dia laga ayam bukan kepunyaannya Cerita zaman sekarang Kau yang guna duit orang Pabila pecah tembelang Lari lintang pukang Kau tak mampu bayar sekupang-pang alakazam Pok amai-amai belalang kupu-kupu Bayar duit aku yang semua kau sapu Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana


TERIMA KASIH KERANA BERMAIN


Click to View FlipBook Version