6.2 KITAR SEL DAN
MITOSIS
KITAR SEL
1. Kitar sel terdiri daripada interfasa dan fasa M.
2. Interfasa merupakan fasa yang paling panjang yang terdiri daripada fasa
G1,S dan G2
3. Kebanyakan sel tidak membahagi lagi selepas menjadi matang dan
membeza menjadi sel khusus.
4. Contoh sel khusus :
a) sel pengawal tumbuhan
b) sel saraf, sel otot dan sel darah merah haiwan.
M Phase G1
G2 Interfasa
S
KITAR SEL
G1
G2
Interfasa
S
KITAR SEL
INTERFASA
◦ FASA G1
◦ Sel membesar.
◦ Komponen sel seperti mitokondrion dan jalinan endoplasma
dihasilkan .
◦ Protein untuk kegunaan kitar sel juga disintesis .
◦ Nukleus kelihatan besar dan kromosom adalah dalam bentuk
kromatin.
Fasa S
◦ Sintesis DNA berlaku dalam fasa S apabila DNA dalam nukleus
menjalani replikasi .
◦ Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid seiras
yang dikenali sebagai kromatid kembar.
◦ Kedua-dua kromatid mengandungi salinan molekul DNA yang
sama.
◦ Kedua-dua kromatid ini berpaut pada sentrometer.
Fasa G2
◦ Sel terus membesar dan kekal aktif secara metabolic.
◦ Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir untuk
memasuki peringkat pembahagian sel yang seterusnya.
◦ Selepas peringkat interfasa, sel akan memasuki fasa M.
Fasa M
◦ Fasa M terdiri daripada Mitosis dan Sitokinesis .
◦ Mitosis melibatkan profasa,metafasa,anafasa dan telofasa
INTERFASA
Centrioles
Nucleus
Chromatin
MITOSIS SITOKINESIS
G1
G2
S
FASA M
Anafasa Telofasa
Metafasa
Profasa
MITOSIS
MITOSIS
◦ Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nucleus sel induk
menjadi dua nucleus
◦ Setiap nucleus mengandungi bilangan kromosom dan
kandungan genatik yang sama dengan nucleus sel induk.
PROFASA
◦ Di dalam nucleus , kromatin mula memendek dan menebal bagi membentuk
struktur kromosom yang dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.
◦ Kromosom kelihatan terdiri daripada dua kebenang seiras yang disebut
Kromatid Kembar.
◦ Kromatid kembar terikat di sentrometer.
◦ membrane nucleus terurai , nucleus menghalang, sentrol berpindah ke kutub
bertentangan dan gentian gelendong mula terbentuk
METAFASA
◦ Sentrol berada di kutub sel yang bertentangan
◦ Gentian gelendung menetapkan kromosom pada satah khatulistiwa
◦ Kromosom tersusun dalam sdatu barisan di satah khatulistiwa.
◦ Metafasa berakhir apabila sentrometer mula membahagi.
ANAFASA
◦ Sentromer membahagi dua dan kromatid kembar berpisah.
◦ Gentian gelendong memendek, mengecut dan kromatid
kembar tertarik ke kutub sel yang bertentangan.
◦ Anafasa berakhir apabila kromatid sampai di kutub sel
Telofasa
◦ Apabila sampai di kutub bertentangan, kromatid kini dikenali sebagai
kromosom anak
◦ Setiap ktub sel mempunyai satu set kromosom yang lengkap dan serasi.
◦ Kromosom berbentuk bebenang halus kromatin semula.
◦ Nukleus terbentuk semula
◦ Gentian gelendong menghilang
◦ Membran nukleus baharu terbentuk.
◦ Peringkat telofasa diikuti oleh sitokinesis
Perbezaan mitosis dan sitokinesis
antara sel haiwan dan sel tumbuhan
PERSAMAAN
1.Menjalani empat fasa mitosis,iaitu profasa, metafasa, anafasa, telofasa
2.Replikasi kromosom berlaku semasa interfasa S dalam Kitar sel.
3.Kromatid kembar tersusun pada satah khatulistiwa sel semasa peringkat
metafasa.
4.Sentrometer membahagi dan kromatid kembar berpisah semasa anafasa
5.Dua sel anak terhasil daripada satu sel induk.
6.Sel anak adalah seiras dengan sel induk dari segi genatik
PERBEZAAN
SEL HAIWAN Aspek SEL TUMBUHAN
Aster Tiada
Aster terbentuk semasa
profasa sentrosom Tiada (kebanyakan sel
Sentrosom (sepasang sentrol) tumbuhan tidak mempunyai
hadir di luar membrane Plat sel sentriol)
nukleus Pencerutan sitoplasma
Tiada plat sel terbentuk Plat sel terbentuk semasa
sitokinesis
Lilitan alur pencerutan
terbentuk pada khatulistiwa Tiada alur penceruan
sel induk semasa sitokinesis terbentuk
Berlaku dalam sel soma
badan Jenis sel Berlaku dalam sel meristem
sitokinesis
Sitokinesis pada sel
haiwan.
Sitokinesis pada sel tumbuhan.
SITOKINESIS ▪ Perpisahan sitoplasma sel induk
▪ Organel sel induk dibahagikan secara
samarata antara dua sel anak
▪ Selepas sitokinesis, sel baharu memasuki
peringkat interfasa G1 untuk bersedia
kitar sel seterusnya
▪ Sitokinesis dalamm sel haiwan dan sel
tumbuhan adalah berbeza.
SITOKINESIS SEL ▪ sitokinesis berlaku apabila
HAIWAN membran plasma mencerut di
bahagian tengah sel di antara dua
nukleus.
▪ Mikrofilamen yang terdapat di
tempat pencerutan mengecut
menyebabkan sel mencerut
sehingga terputus menjadi dua sel
anak.
SITOKINESIS SEL TUMBUHAN
▪ Sitokinesis dalam sel tumbuhan pula bermula apabila vesikel yang
dibentuk bercantum membentuk plat sel di bahagian tengah sel.
Plat sel dikelilingi oleh membran plasma baharu dan bahan dinding
sel baharu terbentuk di ruang antara plat sel.
CYTOKINESIS IN A PLANT CELL
▪ Plat sel berkembang ke arah luar sehingga bercantum dengan
membran plasma.
▪Pada akhir sitokinesis, gentian selulosa dihasilkan oleh sel untuk
menguatkan dinding sel baharu. Dua sel anak terbentuk. Setiap sel anak
berkeadaan diploid..
Keperluan mitosis
◦ Bagi perkembangan embrio dan ◦ Mitosis membantu organisma seperti
pertumbuhan organisma, mitosis hidra menghasilkan individu baharu
memastikan pertambahan sel yang melalui pembentukan tunas.
pesat dapat berlaku
◦ Apabila kecederaan berlaku pada
◦ Melalui proses mitosis, cicak mampu badan kita, mitosis akan menghasilkan
menghasilkan ekor yang baharu sel-sel baharu menggantikan sel-sel
(penjanaan semula) sekiranya ekor yang mati atau rosak.
terputus.
◦ Teknik pengkulturan menggunakan sel
◦ Dalam bidang pertanian, teknik stem daripada haiwan yang
pengkulturan tisu tumbuhan digunakan kemudiannya dikultur di dalam
untuk menghasilkan anakanak pokok makmal untuk menghasilkan daging.
melalui pengkulturan sel-sel induknya
tanpa melalui proses persenyawaan. ◦ Terapi sel stem menggunakan sel stem
daripada sumsum tulang bagi
merawat rawan yang rosak.