The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

7.3 Fermentasi-Tingkatan 4
Biologi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-05-12 06:11:09

7.3 Fermentasi

7.3 Fermentasi-Tingkatan 4
Biologi

Keywords: Fermentasi

Fermentasi

 Fermentasi ialah proses penguraian glukosa tidak
lengkap dalam keadaan oksigen terhad atau tanpa
oksigen.

 Fermentasi berbeza daripada respirasi aerob dalam
laluan metaboliknya selepas peringkat glikolisis.

 Selepas glikolisis, piruvat yang terhasil akan menjalani
sama ada fermentasi alkohol atau fermentasi asid
laktik.

Fermentasi

Fermentasi Alkohol

Yis Tumbuhan

Fermentasi Alkohol

 Proses penguraian glukosa tidak lengkap kepada
etanol, karbon dioksida dan tenaga.

 Glukosa →Etanol + karbon dioksida + tenaga
(210 kJ)



Yis

 Etanol digunakan dalam
pembuatan bir dan wain.

 Karbon dioksida yang
dibebaskan menaikkan
adunan dalam
pembuatan roti.

 Proses dimangkin oleh enzim zimase yang dihasilkan
oleh yis.

 Jumlah tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kerana
sebahagian tenaga terperangkap dalam molekul
etanol.

 Yis digunakan dalam pembuatan roti kerana karbon
dioksida yang dibebaskan semasa fermentasi
membantu menaikkan adunan roti.

 Etanol yang dibebaskan akan tersejat semasa
pembakaran roti.

Tumbuhan

 Pokok padi yang tumbuh di kawasan
berair yang kekurangan oksigen
berupaya menjalankan fermentasi
alkohol.

 Etanol yang dihasilkan di dalam tisu
semasa proses fermentasi adalah toksik
kepada kebanyakan tumbuhan tetapi
sel pokok padi mempunyai toleransi
yang tinggi terhadap etanol berbanding
spesies lain.

 Pokok padi menghasilkan banyak
enzim alkohol dehidrogenase yang
boleh menguraikan molekul etanol
kepada karbon dioksida yang tidak
toksik.

 Misalnya, semasa banjir,
tumbuhan boleh hidup
untuk beberapa hari
walaupun tenggelam
sepenuhnya di dalam air
dengan menjalankan
fermentasi alkohol.

 Fermentasi alkohol juga
berlaku pada peringkat
permulaan percambahan
apabila embrio diselaputi
sepenuhnya di dalam
testa yang kedap udara.

Fermentasi

Fermentasi
asid laktik

Lactobacillus Sel otot
manusia

FERMENTASI ASID LAKTIK

 Proses penguraian glukosa kepada asid laktik dan
tenaga.

 Glukosa -------->Asid laktik + tenaga

LACTOBACILLUS

 Bakteria Lactobacillus menjalankan fermentasi susu
untuk menghasilkan dadih.

 Lactobacillus bertindak ke atas laktosa (gula susu)
dan menukarkannya kepada asid laktik.

 Asid laktik seterusnya menggumpalkan kasein
(protein susu) menjadi dadih atau yogurt.

 Asid laktik merupakan punca rasa masam yogurt.

SEL OTOT MANUSIA

 Proses ini dilakukan oleh sel otot ketika melakukan aktiviti
cergas.

 Ketika aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen melebihi
kadar yang dibekalkan oleh sistem peredaran darah.

 Otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen dan
dikatakan mengalami hutang oksigen.

 Dalam proses ini, glukosa tidak dapat diuraikan dengan
sepenuhnya. Bagi setiap molekul glukosa yang diuraikan,
hanya dua molekul ATP atau 150 kJ tenaga dihasilkan.

 Asid laktik yang dihasilkan terkumpul sehingga mencapai
satu kepekatan yang boleh menyebabkan kelesuan dan
kekejangan otot.



 Setelah aktiviti cergas
berhenti, pengambilan
oksigen berlebihan
mengoksidakan asid
laktik kepada karbon
dioksida, air dan tenaga.

 Apabila semua asid
laktik sudah
disingkirkan, hutang
oksigen dikatakan telah
dibayar

Persamaan

Perbezaan







Terangkan perbezaan kepekatan asid laktik dalam darah
seorang atlet semasa dan selepas melakukan aktiviti
cergas. [6 markah]



(b) Selepas menamatkan lumba lari, seorang atlet masih
terus bernafas dengan cepat dan dalam untuk beberapa
minit. Terangkan mengapa. [6 markah]

 F Pernafasan yang cepat dan dalam membolehkan
individu menyedut lebih banyak oksigen.

 E1 (semasa aktiviti cergas / lumba lari), darah tidak
dapat membekalkan oksigen dengan cepat untuk
memenuhi keperluan respirasi oksidatif (respirasi
aerob).

 E2 otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen /
hutang oksigen.

 E3 asid laktik dihasilkan.

 E4 kepekatan asid laktik yang tinggi menyebabkan
kekejangan / kelesuan otot.

 E5 untuk mengoksidakan asid laktik kepada karbon
dioksida dan air.

 E6 untuk mengurangkan kekejangan otot / kelesuan
otot.

 E7 (banyak oksigen digunakan) untuk mengoksidakan
asid laktik (kepada karbon dioksida dan air) // bayar
hutang oksigen.

(c) Seorang atlet mengalami kekejangan otot semasa
larian pecut 100 meter. Terangkan bagaimana aktiviti
tersebut menyebabkan kekejangan otot. (4markah)

 P1 Aktiviti cergas memerlukan / menggunakan (lebih)
tenaga.

 P2 Pembekalan oksigen kurang (berbanding
keperluan oksigen).

 P3 Berlaku fermentasi asid laktik
 P4 hutang oksigen berlaku.
 P5 Asid laktik terbentuk.
 P6 Asid laktik berkumpul.
 P7 menyebabkan kelesuan otot. [Tolak: kejang otot]

Rumusan

-SEKIAN, SELAMAT BERAMAL-

Disediakan Oleh:
 Faddey Tay Ibrahim
 Guru Biologi
 SMK Ghafar Baba


Click to View FlipBook Version