The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 5 PPT BUMI F1
SMK GHAFAR BABA MELAKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-02-22 07:34:25

BAB 5 PPT BUMI Tingkatan 1

BAB 5 PPT BUMI F1
SMK GHAFAR BABA MELAKA

GEOGRAFI: BAB 5

BUMI



5.1 SISTEM FIZIKAL BUMI
Atmosfera
Litosfera
Hidrosfera
Biosfera

 Lapisan atmosfera terdiri daripada
 Troposfera
 Stratosfera
 Mesosfera
 Termosfera
 Eksosfera

STRUKTUR BUMI



5.3 Benua , Lautan , Laut utama dan
Selat

 Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.
 Terdapat tujuh benua yang dikelilingi oleh lima lautan luas.
 Selain lautan, terdapat juga laut utama dan selat yang penting.

Benua Asia

Benua Asia

 Benua Asia ialah sebuah kawasan yang meliputi Arab Saudi di barat, Russia di
utara, Kepulauan Maldives di selatan, dan Jepun di timur. Sempadan Asia-
Eropah dikatakan terletak di Laut Caspia, Laut Hitam, Pergunungan Caucus, Laut
Marmara, Sungai Ural dan Pergunungan Ural. Manakala sempadan Asia-
Afrika ialah Terusan Suez, dan Asia-Australia terletak di sempadan Papua,
Indonesia dan Papua New Guinea.

 Asia merupakan benua yang terbesar di dunia iaitu 55.8 juta km persegi.
 Benua ini menempatkan jumlah penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60%

daripada populasi dunia.

Benua Afrika

Benua Afrika

 Afrika (Tulisan Jawi: )‫ ) افريك‬merupakan benua yang kedua terbesar
selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk.

 Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 termasuk kepulauan di sekitarnya,
meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900
juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.

 Benua Afrika disempadani:
• di sebelah utara: Eropah, oleh Laut Mediterranean dan Selat Gibraltar
• di sebelah timur, Asia, oleh Terusan Suez dan teluk, dan juga Lautan Hindi
• di sebelah barat: Lautan Atlantik

Benua Amerika Utara

 Amerika Utara (Tulisan Jawi: )‫اميريك اوتارا‬
merupakan sebuah benua yang terletak
di Hemisfera Utara dan Barat Bumi.

 Kadangkala Amerika Utara dianggap
merupakan benua tersendiri, terpisah
dari Amerika Selatan. Perbatasan antara
Amerika Utara dan Amerika Selatan
terletak di Panama.

 Benua yang ketiga terbesar di dunia
Meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5
juta kilometer persegi

Benua Amerika Selatan

 Benua Amerika Selatan merupakan Benua
terbesar ke-4 di Dunia dengan luas
wilayahnya sebesar 17.840.000 km2 atau
sekitar 12% dari jumlah daratan di Bumi ini.

 Di sebelah Barat Benua Amerika Selatan
adalah Lautan Pasifik sedangkan di sebelah
Timurnya adalah Lautan Atlantik.

 Berdasarkan jumlah penduduk, Benua
Amerika Selatan yang memiliki jumlah
penduduk sebanyak 392,555,000 orang
ini menduduki peringkat ke-5 setelah Benua
Eropah

Benua Antartika

 Antartika (Tulisan Jawi: )‫انترتيكا‬merupakan
benua paling selatan di dunia, terdiri dari
segi geografi kutub selatan.

 Ia terletak di kawasan Antartik di Hemisfera
Selatan, hampir semuanya selatan Bulatan
Antartik, dan dikelilingi oleh Lautan Selatan.

 Dengan keluasan 14.0 juta km2 (5.4
juta sq batu).

 Merupakan benua kelima terbesar dari segi
keluasan selepas Asia, Afrika, Amerika
Utara, dan Amerika Selatan.

Benua Eropah

 Eropah (Tulisan Jawi: ‫ ;ايروڤه‬bahasa
Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang
berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di
utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di
timur, Laut Kaspia, Pergunungan
Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut
Mediterranean di selatan.

 Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang
kedua terkecil di dunia, iaitu 10,400,000 km2 yang
menjadikannya luas sedikit berbanding Australia.

 Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk
ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan
penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan
berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh
populasi dunia.

 Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Benua Australia

 Australasia (Jawi: ‫) اوسترالاسيا‬merupakan
sebuah benua yang terdiri daripada negara-
negara seperti Australia, New Zealand, Papua
New Guinea dan negara Kepulauan Pasifik
seperti Fiji, Nauru, Kiribati, Tahiti, Samoa, Palau d
an banyak lagi.

 Oceania merupakan benua dengan luas daratan
terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil
setelah Antartika. Ia adalah kerana Oceania
sebenarnya merupakan kumpulan pulau-pulau
di Lautan Pasifik.

 Benua yang paling mendatar di dunia

 Meliputi keluasan kira-kira 7.6 juta kilometer
persegi

Negara mengikut benua

BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT



Lautan, laut utama dan Selat

Lautan

Lautan

Lautan

Laut China Selatan

Laut China Selatan

 Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik,
meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3.500.000 km ².

 Ia terletak di:
• Selatan Tanah Besar China dan pulau Taiwan,
• Barat Filipina,
• Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei,
• Utara Indonesia,
• Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura, serta
• Timur Vietnam.
 Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari

negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika.
Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di
perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu. Laut ini juga disifatkan sebagai laluan strategik bagi
perdagangan dan perikanan.[1]

Laut Sulu

Laut Sulu

 Laut Sulu adalah sebuah perairan terbesar, terletak di bahagian barat
daya Filipina, yang terpisah jauh dari Laut China Selatan di barat laut
oleh Palawan, dan dari Laut Sulawesi di bahagian tenggara oleh Kepulauan
Sulu. Borneo terletak di barat daya dan Visaya di bahagian timur laut.

 Laut Sulu memiliki beberapa buah pulau, iaitu Kepulauan Cuyo dan Cagayan de
Sulu yang merupakan bahagian wilayah Palawan manakala Cagayan de Tawi-
Tawi dan Kepulauan Kura-kura merupakan bahagian wilayah Tawi-Tawi.

 Laut Sulu juga lokasi di mana Taman Laut Nasional Karang Tubbataha, salah
satu bahagian bertempatnya Warisan Dunia.

Selat Melaka

Selat Melaka

 Selat Melaka ialah selat terpanjang di dunia.
 Terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera

Indonesia.
 Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke

Timur setiap tahun.
 Selat Melaka sangat penting kepada kestabilan ekonomi dunia khususnya

kepada negara Amerika Syarikat, Jepun , China dan lain-lain negara di Asia
Tenggara. Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat
Melaka.

Selat Tebrau

Selat Tebrau

 Selat Johor atau Selat Tebrau merupakan laut sempit yang
memisahkan pulau Singapura dengan
negeri Johor, Semenanjung Malaysia.

 Pentadbiran British yang menjajah ketika itu telah
membina Tambak Johor bagi memudahkan pengangkutan
barangan domestik.

 Jarak paling hampir ialah pangkalan tentera Woodlands di
Singapura dengan Pantai Lido di Johor Bharu kira-kira 1 km
sahaja.

5.4 Kesan Pergerakan Kerak Bumi

 Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali
sebagai plat.

 Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu plat daratan dan plat lautan.
 Lapisan plat bumi berada di atas lapisan mantel.
 Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel menyebabkan plat bumi

bergerak.
 Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses pertembungan dan

pencapahan.
 Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada

pembentukan muka bumi

Hanyutan Benua

Gunung Lipat

 • Pergerakan dan pertembungan plat
bumi akan menyebabkan berlakunya
pembentukan gunung lipat.

 • Pergerakan dan pertembungan itu
berlaku apabila terdapatnya daya
mampatan pada kerak bumi.

 • Tolakan serta himpitan dua plat dari
arah bertentangan akan
menyebabkan kerak bumi
termampat, seterusnya membentuk
banjaran gunung lipat

Gunung Bongkah

 • Gunung bongkah terbentuk akibat
pergerakan kerak bumi yang disebut
gelinciran atau sesaran.

 • Proses gelinciran biasanya berlaku di
sempadan plat bumi di daratan atau
di lautan akibat pengaruh daya
tegangan atau mampatan.

Gempa Bumi

 • Gempa bumi berlaku apabila
wujudnya daya tekanan akibat
pertembungan dan himpitan antara
plat.

 Proses tersebut akan menghasilkan
gegaran di kawasan sempadan plat.

 • Kejadian gempa bumi di dasar laut
berpotensi mengakibatkan tsunami

Apa itu Tsunami?

 Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud  Tsunami menunjukkan ciri-ciri yang berbeza apabila
ombak laut di perlabuhan. merambat pada kawasan laut yang mempunyai
kedalaman yang berbeza.
 Tsunami merupakan suatu siri gelombang besar yang
mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang  Di kawasan laut dalam tsunami boleh bergerak dengan
agak panjang. kelajuan melebihi 800 km/jam dan biasanya mempunyai
amplitude gelombang hanya dalam beberapa sentimeter.
 Perbezaan masa di antara setiap puncak gelombang
adalah dalam lingkungan kira-kira 10 minit sehingga 1  Apabila gelombang tsunami menghampiri kawasan
jam. pantai yang lebih cetak, kelajuan gelombang
berkurangan dan ketinggiannya bertambah sehingga
 Biasanya terjadi secara impulsif disebabkan oleh membentuk dinding air dengan ketinggian mencapai
gangguan pada dasar laut. Apabila berlaku perubahan puluhan meter.
dasar laut secara tiba-tiba atau dasar laut secara tiba-
tiba terangkat selepas berlakunya sesuatu gempa bumi,  Tsunami yang mengganas di kawasan pantai boleh
menyebabkan berlakunya tsunami besar. membawa kepada kerosakan harta benda dan
kehilangan nyawa.
 Gempa bumi, tanah runtuh di dasar laut, ledakan
gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan
kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan
tsunami.

Informasi Tsunami

Keseismikan di Malaysia

 Malaysia terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan yang aktif keseismikannya iaitu
sempadan pertembungan di antara Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan
sempadan pertembungan di antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur.

 Gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di sempadan pertembungan kepingan-kepingan
tersebut dapat dirasai gegarannya di Malaysia.

 Gegaran gempa bumi yang dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah berpunca dari gempa bumi
bermagnitud besar yang berpusat di Sumatera dan Laut Andaman.

 Semenanjung Malaysia (seperti Bukit Tinggi, Jerantut, Temenggor dan Kuala Pilah) dan Malaysia Timur juga
turut mengalami gempa bumi tempatan.

 Gempa bumi tempatan ini disebabkan wujudnya gelinciran atau garis sesar aktif di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.

 Beberapa potensi garis sesar aktif yang telah dikenalpasti dilihat mempunyai hubungan dengan sesetengah
kewujudan gempa-gempa bumi tempatan ini.

 Selain dari ancaman gempa bumi tempatan, Malaysia Timur juga turut terdedah kepada ancaman gegaran
akibat gempa bumi yang berlaku di Filipina Selatan dan Sulawesi Utara.

Gunung Berapi

 • Gunung berapi terbentuk apabila
berlakunya pertembungan dua plat yang
mewujudkan zon benam.

 • Salah satu plat akan terjunam ke bawah
seterusnya bertemu dengan lapisan mantel.
Proses tersebut akan membentuk magma
dan lava.

 • Plat yang terangkat akibat pertembungan
akan membentuk gunung dan rekahan.

 • Cecair magma akan keluar memenuhi
rekahan pada plat bumi seterusnya
membentuk gunung berapi

Langkah Keselamatan Gempa Bumi

 Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan
• Kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, dan meja tulis atau

bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
• Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga

tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelongsor dan jatuh.
• Capai sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain untuk

melindungi kepala dan muka daripada objek jatuh dan serpihan kaca.
• Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api kerana ada kemungkinan

terdapat kebocoran gas.
• Padamkan semua api.

Langkah Keselamatan Gempa Bumi

 Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi
• Berlindung di bawah meja atau perabot yang teguh.
• Jauhkan diri daripada tingkap.
• Jangan tergesa-gesa keluar daripada bangunan.
• Jangan gunakan lif kerana bekalan kuasa mungkin terputus.
• Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.
 Sekiranya Anda Di Luar Bangunan
• Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati. Jauhi diri daripada talian kuasa, tiang letrik,

pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
• Berwaspada dengan serpihan binaan yang jatuh.
• Jauhi daripada tiang letrik yang jatuh.
• Kekal berada di kawasan terbuka sehingga gegaran berhenti

Langkah Keselamatan Gempa Bumi

 Sekiranya Anda Di Dalam Kedai Yang Sesak
• Jangan tergesa-gesa untuk keluar memandangkan kesemua orang akan

berpusu-pusu keluar dan boleh mengakibatkan kemalangan.
• Jauhkan diri daripada rak-rak yang terdapat objek-objek yang mungkin jatuh.
 Sekiranya Anda Di Dalam Kereta Yang Bergerak
• Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti kawasan selamat. Walau

bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau jalan raya bertingkat
atau rintangan kabel atau di mana bangunan cenderung untuk runtuh.
• Kekal berada di dalam kereta sehingga gegaran berhenti.

Langkah Keselamatan Gempa Bumi

 b) Selepas Gempa Bumi
• Hidupkan radio atau televisyen untuk mendapatkan informasi kecemasan terkini. Jika

elektrik terputus, hidupkan radio menggunakan kuasa bateri.
• Kekal bertenang dan berwaspada dengan situasi semasa. Bersedia untuk berhadapan

dengan gegaran gempa bumi kecil dikenali sebagai "gempa susulan". Walaupun
gegaran susulan lebih kecil daripada gegaran utama, sesetengahnya mungkin cukup
kuat untuk menyebabkan kerosakan.
• Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti banyak juga kerosakan yang mungkin
berlaku dan mungkin ada yang cedera. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau
bagaimanapun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah melainkan mereka di
dalam bahaya berterusan daripada kecederaan lanjutan.
• Periksa jika terdapat kebakaran. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
• Periksa kerosakan utiliti dan perkakas. Pakai kasut. Jika anda terbau gas, buka
tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan
lampu suluh.

Langkah Keselamatan Gempa Bumi

• Jangan sentuh wayar letrik yang terendam atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
• Periksa almari dan kawasan rak penstoran, buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek

yang jatuh.
• Periksa untuk lihat sama ada saluran kumbahan sempurna sebelum mengepam tandas.
• Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi mendatangkan bahaya.
• Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah pecah.
• Jangan guna telefon kecuali untuk mendapatkan bantuan iaitu untuk melaporkan kecemasan (perubatan,

kebakaran atau jenayah).
• Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.
• Bekerjasama dengan pihak keselamatan awam. Jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali

jika bantuan anda diperlukan.
• Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
• Cuba menenangkan dan membantu kanak-kanak dan orang lain yang mungkin mengalami trauma psikologi

akibat gempa bumi.



Aplikasi dalam Kehidupan

Kesan kesan Pergerakan Kerak Bumi

Rumusan

Latihan


Click to View FlipBook Version