The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

9.1 9.2 Sistem pencernaan-KSSM
Biologi Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-05-09 05:24:44

9.1 9.2 Sistem pencernaan

9.1 9.2 Sistem pencernaan-KSSM
Biologi Tingkatan 4

Keywords: Biologi Sistem Pencernaan

9.1 SISTEM PENCERNAAN

STRUKTUR SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

● terdiri daripada salur alimentari yang panjang dan berotot dari mulut hingga
ke dubur

● bahagian-bahagian dalam salur alimentari ialah mulut,esofagus,perut,usus
kecil,usus besar dan dubur

● organ lain sistem pencernaan ialah hati,pundi hempedu dan pankreas
● kelenjar liur,kelenjar gaster dan kelenjar usus merembes jus pencernaan ke

dalam salur alimentari

Labelkan :

●A
●B
●C
●D
●E
●F
●G



9.2 PENCERNAAN

Jenis Pencernaan

● pencernaan ~proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepada
butiran kecil yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap

● penceraan terdiri daripada dua bahagian :-pencernaan fizikal -pencernaan kimia

PENCERNAAN FIZIKAL PENCERNAAN KIMIA

vpemecahan makanan secara mekanikal untuk proses penguraian molekul kompleks menjadi
molekul ringkas
membentuk butiran yang kecil
melibatkan pengunyahan dan peristalss melibatkan tindakan enzim

PENCERNAAN KARBOHIDRAT DALAM MULUT

● kehadiran makanan merangsang perembesan air liur oleh kelenjar liur
● air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi

maltosa
● pH air liur berada dalam julat 6.5-7.5 ,iaitu sesuai untuk amilase air liur

bertindak dengan optimum

amilase air liur

kanji+air------------------------>maltosa

● air liur membantu makanan membentuk bolus dan menjadikannya lebih
mudah untuk ditelan

● semasa penelanan,epiglotis akan menutup bukaan trakea supaya makanan
tidak memasuki trakea.

● dalam esofagus,bolus makanan digerakkan secara peristalsis
● peristalsis = tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma

PENCERNAAN PROTEIN DALAM PERUT

● permukaan dinding perut dilapisi oleh sel epitelium yang mengalami
perubahan struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar gaster

● sel -sel epitelium terdiri daripada

○ sel utama merembeskan pepsinogen
○ sel parietal merembeskan asid hidroklorik
○ sel mukus merembeskan mukus







● pepsinogen ialah enzim tidak aktif yang akan diaktifkan oleh asid hidroklorik
untuk menjadi enzim pepsin.

● enzim pepsin kemudiannya menghidrolisis protein menjadi polipeptida

pepsin

protein + air --------------------->polipeptida

● fungsi asid hidroklorik:

○ menyediakan medium dengan pH yang sesuai (1.5-2.0)untuk tindakan enzim pepsin
○ menghentikan tindakan enzim amilase air liur
○ membunuh bakteria dalam makanan

● fungsi mukus:

○ melindungi dinding perut daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan

Percernaan protein di perut

● makanan dalam perut bercampur dengan jus gaster yang terdiri daripada asid
hidroklorik dan enzim pepsin

● makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa
jam

● kandungan dalam perut akhirnya bertukar kepada bentuk separa cecair yang
disebut kim.

● kim akan memasuki duodenum dengan perlahan-lahan apabila otot sfinker
mengendur.







PENCERNAAN KARBOHIDRAT,PROTIEN DAN
LIPID DALAM USUS KECIL

● usus kecil terdiri daripada

duodenum,jejunum dan ileum yang
berlingkar.

● duodenum ~ bahagian pertama usus kecil

yang menerima kim daripada perut

● duodenum juga menerima hempedu yang

dihasilkan oleh hati dan jus pankreas yang
dirembeskan oleh pankreas.

pankreas

● pankreas ~ merembeskan enzim amilase pankreas, tripsin dan lipase ke
dalam duodenum melalui duktus pankreas

● Hati~

○ menghasilkan hempedu
○ pundi hempedu menyimpan hempedu
○ hempedu disalur ke duodenum melalui

duktus hempedu
○ fungsi hempedu:

■ meneutralkn kim yang berasid
■ menyediakan keadaan beralkali

(pH 7.6 hingga 8.6) untuk tindakan
enzim dalam duodenum
■ mengemulsikan lipid dengan
memecahkan lipid kepada titisan-
titisan halus bagi menambahkan
luas permukaan untuk tindakan
enzim lipase

duodenum ~ Duodenum

○ amilase pankreas menghidrolisis
kanji kepada maltosa

○ tripsin menghidrolisis polipeptida
menjadi peptida yang lebih pendek

○ lipase menghidrolisis lipid kepada
asid lemak dan gliserol



PENCERNAAN KIMIA DI DUODENUM

(Jus pankreas)
Amilase

pankreas

KANJI + AIR MALTOSA

POLIPEPTIDA + Tripsin PEPTIDA
AIR

Lipase GLISEROL +
LIPID + AIR

ASID LEMAK

kelenjar pada dinding ileum merembeskan mukus dan jus usus yang
mengandungi enzim -enzim:

● maltase
● sukrase
● laktose
● lipase
● erepsin

Pencernaan Karbohidrat:

● maltase menghidrolisis maltosa kepada glukosa
● sukrase menghidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
● laktase menghidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa

Pencernaan lipid
● lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol

Pencernaan protein
● enzim erepsin menghidrolisis peptida kepada asid amino

PENCERNAAN KIMIA DI USUS KECIL

Peptida + air erepsin asid amino
Maltosa + air maltase glukosa

Sucrosa + air sucrase
Laktosa + air
glukosa + fruktosa

lactase

glukosa + galaktosa

-SEKIAN-

Disediakan Oleh:
Nurul Aleeya Binti Zaidi
Muhammad Aidil Akmal Bin
Abdullah
Faddey Tay Ibrahim


Click to View FlipBook Version