The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

perjumpaan 3 1m1s-pengurusan-kecederaan-sukan sgb

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-03-01 01:22:29

perjumpaan 3 1m1s-pengurusan-kecederaan-sukan sgb

perjumpaan 3 1m1s-pengurusan-kecederaan-sukan sgb

5.1 PENGENALAN ASAS BANTU MULA

Definisi :

Bantuan permulaan dan rawatan
yang pertama diberikan kepada
seseorang yang tercedera atau
mengalami kecemasan atau sakit
secara mengejut sebelum ketibaan
ambulan, doktor, atau pakar
perubatan.

PERANAN PENGAMAL ASAS
BANTU MULA

1. Menilai sesuatu keadaan dengan pantas
dan selamat dan meminta bantuan

2. Mengenalpasti
- kecederaan
- bentuk kesakitan

3. Memberi rawatan awal yang sesuai
4. Memastikan mangsa dihantar ke hospital
5. Membuat laporan

KAEDAH MENGHADAPI
KECEMASAN

1. KAWAL PERASAAN ANDA
2. AMBIL SEDIKIT MASA UNTUK

BERFIKIR
3. JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA

DALAM BAHAYA
4. GUNAKAN FIKIRAN ANDA SECARA

WARAS
5. JANGAN CUBA BERTINDAK SECARA

SENDIRI

PRINSIP PERKHIDMATAN

KECEMASAN PERUBATAN

( EMS )

- Meminta individu mendapatkan bantuan
kecemasan cth: pen. j/latih, atlit lain dan
orang2 berdekatan

- Menyenaraikan nombor telefon agensi
bantuan kecemasan cth: 999

- Mendapatkan maklumat perubatan /
kecedaraan setiap atlit

- Serahkan rekod perubatan kepada pihak
yang memberi bantuan

- Merekodkan kecederaan baru / berulang

5.2 PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA

Definisi :

Sebarang kecederaan normal pada
kulit permukaan badan dinamakan
luka yang menyebabkan darah dan
cecair lain mengalir keluar dari
badan

JENIS LUKA TERBUKA

1. Luka terguris

- luka lurus dan
bersih drp
sesuatu benda
tajam

- saluran darah
pada luka
terpotong
menyebabkan
darah meleleh

2. Luka melecet

- luka yang kesat dan
kasar disebabkan
daya tekanan yang
teruk

- tidak mengalirkan
darah yang banyak

- banyak tisu2 yang
rosak

- risiko jangkitan tinggi

3. Luka Calar Balar :

- luka pada permukaan
/ lapisan atas kulit
tergesel dan terkikis

- meninggalkan bekas
yang lembut dan calar
balar

- mengandungi partikel2
asing yang terbenam
serta boleh
menyebabkan infeksi

4. Luka Kontusi ( Lebam )

- sebarang tamparan
yang kasar (tumbukan)
boleh memecahkan
kapilari

- darah yang masuk ke
tisu menyebabkan
lebam

- kulit lazimnya tidak
terkoyak tetapi merekah

- kontusi yang teruk
boleh menyebabkan
keretakan dan
kecederaan dalaman

5. Luka Tercucuk

- terpijak paku, tercucuk
jarum atau tertikam
iaitu luka pd titik
kemasukan yang kecil
tetapi dalam dan
menyebabkan
kerosakan dalaman

- kuman dan lain2
kotoran mudah dibawa
masuk menerusi luka
ini mengakibatkan
risiko infeksi

6. Luka Tembakan :

- menyebabkan
kecederaan dalaman
yg serius.

- luka ini
mengambilmasuk
kuman dan partikel
lain

- luka pd titik
kemasukan kecil
tetapi di dlm lebih
besar dan teruk

RAWATAN AWAL PENDARAHAN

1. Tanggal atau gunting pakaian untuk
mendedahkan luka.

2. Beri tekanan dan tuaman keatas luka.
3. Angkat dan ampu anggota tercedera lebih tinggi

dari aras jantung.
4. Baringkan mangsa bg mengurangkan renjatan
5. Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya,

kemudian gunakan satu balutan steril.
6. Sokong dan ampu bahagian anggota tercedera.
7. Dapatkan rawatan lanjut.

KOMPLIKASI PENDARAHAN

1. Renjatan
- Sistem peredaran darah gagal berfungsi
dan tisu tidak memperoleh oksigen yang
mencukupi.

2. Anemia/Pengurangan hemoglobin
- Kehilangan darah yang kronik/teruk.

3. Jangkitan
-Titanus/kancing kancing gigi.

4. Defomity

5.3 PRINSIP PENILAIAN AWAL

PROSES PENILAIAN ATLET YANG CEDERA

Penilaian Awal- Memastikan mangsa berada dalam keadaan
sedar atau tidak sedar.

- Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
penilaian di bawah boleh dilakukan:

DRABC -(Penilaian tahap pertama)
DANGER -(Bahaya)

-Adakah anda atau mangsa bebas dari bahaya sekitarnya.
RESPONSE -(Gerakbalas)

-Gerakan atau perhatikan gerak balas mangsa untuk mengetahui
keadaan sebenar.
AIRWAYS -(Saluran pernafasan)
-Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada benda asing
menghalang saluran pernafasan.
BREATHING-(Pernafasan)
-Periksa samada mangsa masih bernafas melalui hidung atau
mulut.

CIRCULATION-(Peredaran darah)
- Periksa keadaan denyutan nadi.Jika terdapat punca kehilangan darah
seperti luka, balut dan tutup luka tersebut

 sekiranya mangsa dlm keadaan sedar penilaian kecederaan di bawah
boleh dilakukan:

TOTAPS
TALK - (bercakap dengan mangsa)

- Bertanya kepadanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan.
OBSERVE - (Pemerhatian)

- Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa,
terutama yang dialami pada bahagian kepala.

TOUCH - (Sentuh)
- Rasa tempat kecederaan periksa sebarang bengkak atau deformiti
anggota badan.

ACTIVE MOVEMENT - (Pergerakan Aktif)
- Minta mangsa gerakkan anggota yang cedera. Sekiranya mangsa merasa
sakit, rujuk kepada doktor.

PASSIVE MOVEMENT - (Pergerakan Pasif)
- Gerak perlahan bahagian yang cedera untuk periksa tahap kecederaan.
Regangkan otot dan benarkan mangsa beraksi setelah pasti kecederaan
tidak serius.

STAND – (Berdiri)
- Minta mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk menilai tahap
kecederaan.

PEMULIHAN PERNAFASAN

ABC

A – (Airways)
Memastikan salur pernafasan tidak terhalang
oleh benda asing.

Proses rawatan
- Condongkan kepala mangsa ke belakang,
angkat dagu untuk membuka salur udara.
- Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa
kebelakang tekak supaya tidak menghalang
laluan udara.

B- (Breathing)

Bantuan PernafasanProses Rawatan

- Jika mangsa tidak bernafas lakukan
“pernafasan bantuan” dengan
menghembus nafas anda ke dalam
paru-paru mangsa.

C -(Penilaian Peredaran darah)

Proses rawatan

- Jika degupan jantung terhenti
lakukan pemampatan dada untuk
memaksa darah beredar menerusi
jantung dan keseluruh anggota
bandan.

5.4 PITAM DAN PENGSAN

Definisi Pengsan ( Syncope ) :
- Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh

penyusutan sementara pengaliran darah ke otak

Tanda2:
- Mangsa rebah
- Denyutan nadi perlahan
- Warna kulit pucat

Punca2:
- Kecederaan di kepala
- Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan
- Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )
- Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol

dan dadah
- Sawan dan suhu badan tidak normal

RAWATAN PITAM / PENGSAN

- Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan
sendengkan bahagian kepala

- Periksa pernafasan dan denyutan nadi

- Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan

- Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik
untuk kenalpasti pendarahan luar atau keretakan
tulang. ( sekiranya terdapat pendarahan luar /
keretakan tulang-hentikan pendarahan

- Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan
kemalangan

- Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran
dalam tempoh 3 minit, dial 994. Jika mangsa
memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3
minit, nasihatkan mangsa berjumpa doktor

5.5 KECEDERAAN TISU LEMBUT

( SOFT TISSUE INJURY )

Definisi :

Kecederaan yang dialami oleh
tisu lembut dalam badan
merangkumi kulit, salur
darah, saraf, otot, tendon,
ligamen, kelenjar, dan lapisan
yang melindungi organ2
tubuh. Kecederaan ini
berpunca drpd rentapan pd
sendi yg menyebabkan tisu2
disekeliling terkoyak.

PUNCA2 KECEDERAAN

1. Ketegangan otot otot separuh
koyak

2. Koyakan otot koyakan
sepenuhnya pd otot

3. Calar2 pd bahagian dalam otot

RAWATAN

RICE

1. REST – rehatkan mangsa. Letakkan
/ alihkan mangsa ke tempat yang
selamat

2. ICE – ais yang dibalut dgn kain /
plastik didemah di tempat yang
cedera

3. COMPRESSION – balut bahagian yg
cedera utk mengelakkan bengkak
yg keterlaluan

4. ELEVATION – tinggikan bhg yg
cedera

APLIKASI RAWATAN AWAL

MENGGUNAKAN AIS

1. Menyokong dan melegakan bhg anggota yg
tercedera dalam posisi yang selesa terhadap mangsa

2. Jika kecederaan baru, tuam dgn ais utk kurangkan
bengkak, lebam dan kesakitan

3. Tuam dgn lembut, perlahan sekeliling tmpt cedera;
gunakan lapisan kapas tebal

4. Angkat dan topang bhg anggota cedera utk
kurangkan pengaliran darah ditmpt cedera

5. Hantar mangsa ke hospital. Jika kecederaan ringan,
nasihatkan agar tidak menggerakkan bhg anggota
cedera; dptkan rawatan jika perlu

PERINGATAN : Kaedah rawatan ini perlu dilakukan
untuk 48 jam yang pertama. Dalam tempoh
tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan
sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi

FAEDAH DAN KONTRAINDIKASI
RICE

- Mencegah tisu2 lembut lain drp
mengalami kecederaan

- Mengurangkan kesakitan yang dialami
- Mengurangkan kebengkakan
- Mengelakkan kecergasan sementara bhg

kecederaan yang cedera
- Mengembalikan keyakinan mangsa terhdp

bahagian yg tercedera
- Mencegah berlaku semula kecederaan

yang sama

PENGENALAN JENIS BALUTAN

Terdapat 3 jenis:

1. Pembalut Anyaman Terbuka

Membalut pembebat yang ringan. Oleh kerana
tenunan pembalut ini longgar ia membenarkan
ventilasi ttp tidak boleh digunakan utk
membuat tekanan ke atas luka

2. Pembalut Pelaras

Digunakan utk memperkemaskan pembebat
dan membekalkan sokongan ringan terhadap
kecederaan

3. Pembalut Krep

Digunakan memberi sokongan yang teguh pada
sendi

Saiz pembalut ;

Jari 2.5cm

Tangan 5 cm

Lengan 7.5 – 10 cm

Kaki 10 – 15 cm

5.6 RESUTITASI
KARDIOPULMONARI ( CPR )

Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan
bantuan dan tekanan dada

( Pemulihan pernafasan peparu jantung )

Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru
dapat berfungsi semula untuk
mengepam darah disamping
membekalkan oksigen ke seluruh
tubuh.

CPR (Cardiopulmonary Resusitation) – Resusitasi
Kardiopulmonari

PERNAFASAN MULUT KE MULUT

1-Dgn keadaan mangsa baring
melentang anda hendaklah terlebih
dahulu membuang bendasing dalam
mulut.
2-Buka saluran udara dgn
mencondongkan kepala ke belakang
dan dagu diangkat ke atas.
3-Tutup lubang hidung mangsa dgn
memicitnya menggunakan ibu jari
dari jari telunjuk anda.Tarik nafas
sepenuhnya dan letakkan bibir anda
di sekeliling mulut mangsa.
4-Tiup ke dalam mulut mangsa
sehingga anda melihat dada mangsa
bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan
dada mangsa turun perlahan-lahan.
Berikan pernafasan berturut-turut.

TEKANAN DADA

1-Keadaan mangsa baring terlentang di
permukaan rata.Berlutut di sisinya dan
cari tulang selangka terakhir dgn
menggunakan jari telunjuk dan jari
tengah anda. Sorotkan jari anda ke atas
sehingga kepada titik tengah pertemuan
sempadan tulang selangka dan tulang
dada.

2- Letakkan bahagian belakang tapak
tangan keatas tulang dada, sorot
kebawah sehingga ia sampai ke jari
telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik
ini.

3- Tindihkan tapak tangan anda dan
selang-selikan jari-jari anda.

4- Secara berbongkok dan dengan
keadaan lengan yang lurus tekan secara
tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih
kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan
tekanan tanpa mengangkat tangan anda.

5- Ulangi tekanan sehingga 80
tekanan/minit tercapai.

URUTAN DAN TEKNIK CPR

Membuat penilaian :

1-Adakah mangsa pengsan?

2-Adakah mangsa bernafas?

3-Adakah denyutan nadi?

Apabila seseorang mangsa kecederaan
mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas lakukan kombinasi teknik
pernafasan bantuan dan tekanan
dada.

5.7 Patah dan terkehel
(Dislocation)

Patah –Pecahan atau rekahan pada suatu
tulang.

Terkehel – Keadaan tulang yang berada
dalam posisi yang tidak normal atau ia
berpunca daripada pengecutan otot-otot
yang terlalu kasar.

Terbahagi kepada 5 jenis :
1. Keretakan ringan
2. Retak seribu
3. Keretakan Greenstick
4. Keretakan terbuka
5. Keretakan tertutup

KECEDERAAN SENDI

Terseliuh Berubah
Kedudukan
Terkehel Sendi Lutut

Dislokasi pada sendi bahu Patah tulang humerus

Gejala dan tanda

1. Kesukaran untuk menggerakan
anggota dengan normal atau tidak
boleh bergerak langsung.

2. Sakit pada tempat kecederaan.
3. Berasa lembik pada atas tulang.
4. Herut, bengkak dan lebam.

Rawatan awal

1. Beritahu mangsa supaya jangan
bergerak.

2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan.
Tekan luka dengan pembebat yang
bersih.

3. Bagi kaki yang patah, balut pada
bahagian lutut dan buku lali.

4. Bagi lengan, gunakan sling.
5. Dail 994 untuk dapatkan perkhidmatan

ambulan.
6. Periksa peredaran darah pada tangan

atau kaki setiap 10 minit.

5.8 PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN

Faktor Ekstrinsik :

1-Pakaian
Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan
membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg
ketat menjerut peredaran darah membawa kesan buruk.

2-Peralatan
Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal
individu terutama oleh kanak-kanak dan remaja.

3-Peralatan keselamatan
Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi
melindungi daripada sebarang kecederaan.

4-Persekitaran
Selamat dan sesuai untuk menjalankan aktiviti. Bebas
daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko
kemalangan dan kecederaan.

Faktor Intrinsik :

1-Kesihatan
Memastikan atlet bebas daripada masalah
kesihatan.Persediaan dari segi mental dan
fizikal sebelum melakukan sebarang
aktiviti.

2. Kecergasan
Memastikan setiap atlet mempunyai tahap
kecergasan yang optimum sebelum
melakukan sebarang aktiviti.

3. Pemakanan
Memastikan setiap atlet mengamalkan
pemakanan yang seimbang

LANGKAH PENCEGAHAN

1. Memanaskan badan:

 meningkatkan intensiti pergerakan
membolehkan jantung, peparu dan
saluran darah disesuaikan dengan
peningkatan kadar kerja bagi
mengurangkan tekanan dan risiko
kecederaan jantung

 menambah keyakinan atlet terhadap
keupayaan dirinya

 membolehkan atlet memberi tumpuan
terhadap permainan

 otot menerima darah yang mencukupi

2. Gerak Kendur

- mengurangkan kelesuan otot dan
meningkatkan keanjalannya, tendon dan
ligamen kerana suhu dalaman adalah
tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama

- menguraikan asid laktik dari pada bhg
sendi otot yang menyebabkan kelesuan

- mempercepatkan kemalian darah ke
jantung dan mengembalikan darah yang
telah dipam oleh jantung ke hujung
anggota badan seperti kaki dan tangan

5.10 Pendedahan Pada Cuaca Panas

Bagaimana stres haba terjadi?

Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang
dengan suhu badan, maka badan tidak
berupaya utk menghilangkan haba
menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi
yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn
sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba
yang berlebihan akan dijanakan oleh
kegiatan otot. Kelesuan haba atau
keadaan yang lebih bahaya ialah strok
haba akan menyerang.

Gejala dan tanda :

Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
Gejala : Cirit birit dan muntah.
Tanda :
1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
2. Hilang selera makan dan loya.
3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah

Heat Stroke (Strok haba)
Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa
tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
Tanda :
-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
-2. Lesu dan kebingungan.
-3. Kulit kering, merah dan panas.
-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.
-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.
-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.

Heat Cramp (Kejang haba)

Gejala : Ketidakseimbangan air dan
elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam
badan. Sering berlaku di gastrocnemius
dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan
air dan elektrolit melalui perpeluhan.

Tanda :

-1. Otot menjadi keras

-2. Pergerakan tidak normal

Langkah-langkah mengelakkan

stres haba

1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan
suhu yang panas sekurang-kurangnya
seminggu sebelum hari pertandingan.

2. Minum air sebelum, semasa dan selepas
sesuatu sesi latihan atau pertandingan.

3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah
yang paling sesuai dalam cuaca yang
panas.Pemakaian topi digalakkan bagi
mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian
kepala.

4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.

5.11 Masalah Kesihatan Umum

Demam panas

Punca :
Jangkitan virus atau bakteria.Dimana
keadaan berkaitan dengan suhu yang tinggi
termasuh selesema, cacar air, campak dan
meningitis.

Tanda-tanda:

1. Suhu dibawah lidah meningkat.
2. Perasaan seram sejuk dan menggigil
3. Kulit merah, panas dan berpeluh.
4. Sakit kepala
5. Sengal dan sakit keseluruhan badan.
6. Suhu bawah ketiak meningkat.

Rawatan :

1. Baringkan mangsa di atas katil atau
persekitaran yang panas dan
selesa.

2. Berikan mangsa air untuk diminum.
3. Memberi parasitamol.
4. Dituam dengan air panas suam.

Keracunan makanan

Punca :
Memakan makanan yang tercemar oleh
bakteria atau toksin.

Jenis keracunan makanan :

1. Keracunan bakteria- berpunca daripada
sekumpulan bakteria “Calmonella”.

2. Keracunan Toksin – Toksin yang dihasilkan
oleh sekumpulan bakteria “Staphylotoccus”

Mencegah keracunan makanan

1. Pastikan ayam dan daging dicairkan
sebelum dimasak.

2. Masak daging, ayam dan telur
dengan sempurna.

3. Jangan simpan makanan panas
terlalu lama kerana membenarkan
bakteria membiak tanpa sebarang
tanda.

4. Pastikan tangan bersih sebelum
menyediakan makanan.

Tanda-tanda :

1. Loya dan muntah
2. Sakit perut.
3. Cirit-birit yang berdarah.
4. Pening kepala.
5. Demam
6. Ciri-ciri renjatan
7. Terjatuh


Click to View FlipBook Version