The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ting 1 KSSM Bab 4 LAKARAN PETA MALAYSIA edit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-01-31 22:31:31

Ting 1 KSSM Bab 4 LAKARAN PETA MALAYSIA edit

Ting 1 KSSM Bab 4 LAKARAN PETA MALAYSIA edit

Keywords: Peta,Malaysia

KEMAHIRAN GEOGRAFI

BAB 4 LAKARAN PETA MALAYSIA
FADDEY TAY IBRAHIM
SMK GHAFAR BABA, MELAKA

4.1: Kedudukan Negeri-Negeri
di Malaysia

4.2: Kedudukan Ibu Negeri, Ibu
Negara dan Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan di
Malaysia

4.3: Melakar peta Malaysia

4.1: NEGERI-NEGERI
DI MALAYSIA

PETA MALAYSIA

Negeri-negeri di Malaysia

BENDERA
MALAYSIA,
NEGERI dan

WILAYAH

Wilayah Persekutuan

 Wilayah Persekutuan (Jawi: ) )‫ ولايه ڤرسکوتوان‬ialah wilayah
yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan
Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah
perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

 Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah
Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri,
sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan
diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan,
iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan
ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat
Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala
Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan
ibu negara pentadbiran Malaysia.

Bendera Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan

Aplikasi bendera

Aplikasi Peta

4.2: Ibu negeri, ibu
negara dan Pusat

Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan

KEDUDUKAN IBU NEGERI DI MALAYSIA

 Fungsi ibu negeri sebagai pusat pentadbiran sesebuah negeri.

Negeri dan Ibu Negeri

Info Geografi

 Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia
pada 1963.

 Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat pentadbiran
negara, pusat perniagaan, kebudayaan dan kewangan.
 Pada tahun 2001, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan
Putrajaya.

Sumber: Utusan Malaysia, 2 Februari 2001

IBU NEGARA
MALAYSIA
- Wilayah

Persekutuan
Kuala Lumpur

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN

Nama Putrajaya diambil bersempena dengan nama Perdana
Menteri Malaysia yang pertama,

iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Mengapa Putrajaya?

 Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru
yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat
pada ketika itu.

 Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk
mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Pembangunannya juga sejajar
dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih
seimbang dan efisien daripada sebelumnya.

 Kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru buat Malaysia dalam
pembinaan bandaraya yang sangat moden tetapi masih mengekalkan
ciri-ciri dan budaya tempatan.

 Selain itu, Putrajaya merupakan bandar contoh yang disertai taman yang
lengkap dengan jaringan informasi berdasarkan teknologi multimedia
yang serba canggih.

 Ia juga berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sangat memudahkan bagi mereka
yang mencari tempat ideal merangkumi tempat pekerjaan, penempatan,
bersukan dan juga pelbagai aktiviti rekreasi. Putrajaya menjanjikan
kehidupan yang selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Kenali Putrajaya

 Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Terletak di dalam lingkungan
Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Putrajaya
mencatatkan sejarah baru dalam pembinaan bandaraya
moden Malaysia.

 Putrajaya telah dicadangkan untuk menjadi contoh
bandar-dalam-taman lengkap dengan jaringan infomasi
berdasarkan teknologi multimedia.

 Oleh itu, sebagai bandar contoh, Putrajaya adalah pusat
rakyat Malaysia dan tempat yang ideal untuk pekerjaan,
penempatan, bersukan dan pelbagai aktiviti rekreasi.

Bandar Pintar Dalam Taman

Perdana Putra

 Juga dikenali sebagai Pejabat
Perdana Menteri, Perdana Putra
didirikan di atas bukit setinggi
50 meter.

 Ia dibina untuk menggambarkan
kekuatan, kestabilan dan
simetri serta dianggap sebagai
nilai teras sebuah kerajaan
yang baik.

 Struktur granit yang berdiri
ditanam teguh pada asas
perimeter dua hektar yang
stabil di tengah-tengah bukit,
menggambarkan kepentingan
asas yang kukuh untuk
pentadbiran negara yang cekap.

 Warna coklat dan hijau
bangunan enam tingkat ini pula
melambangkan keharmonian
dan kepelbagaian serta
pelengkap kepada persekitaran
semulajadi.

Jambatan Sri Wawasan

 Sebagaimana namanya,
jambatan ini
mencerminkan visi yang
jelas dan berani.

 Jambatan kabel tunggal
ini memiliki bentuk
persis kapal layar.

 Ia turut menjadi
lambang pencapaian
cemerlang Malaysia
dalam reka bentuk
jambatan dan
kejuruteraan
pembinaan.

 Malah, ia siap dalam
tempoh 34 bulan.

Tasik Putrajaya

 Tasik ini menjadi tumpuan
orang ramai untuk
berkumpul dan melakukan
aktiviti sukan dan
rekreasi.

 Tasik buatan manusia itu
dibina di Sungai Chua dan
anak sungainya.

 Salah satu ciri unik
empangan kekal Tasik
Putrajaya ialah reka
bentuk labyrinth spillway
(mata gergaji) yang
pertama seumpamanya di
Malaysia.

Masjid Putra

 Terkenal dengan warna
merah jambu-gurun dan
kubah yang indah, binaan
ini diperbuat daripada
gentian kaca bertetulang
serta dihiasi jubin kaca
berwarna merah jambu
dan kuning.

 Evolusi reka bentuk
masjid di Malaysia dengan
ilham seni bina Islam dan
reka bentuk serta
pertukangan tradisional
jelas terpapar menerusi
binaan majsid gah ini.

 Terletak di Tasik
Putrajaya, masjid ini
boleh menampung 10,000
jemaah dalam ruangan
utamanya.

Latihan KBAT 1

 1. Setiap ibu negeri ditentukan berdasarkan faktor
tertentu. Pada pendapat anda, mengapakah sesuatu
kawasan dipilih sebagai ibu negari ? (3 markah)

 Fakta
 Huraian
 Contoh

Latihan 2

 Lukiskan peta kosong Malaysia pada kertas A4.
 Tuliskan nama negeri dan wilayah persekutuan pada tempat

yang betul
 Lukisan yang siap perlu di printscreen dan diemail ke

[email protected] sebagai latihan PBD 2.
 Lakaran peta Malaysia perlu ditampal pada buku latihan.

4.3: Melakar peta Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=O1Y0spW5ook
Video cara melakar peta malaysia.
(Perlu muat turun jika nak run tanpa talian internet)

-SEKIAN-

Di edit oleh:
 Faddey Tay Ibrahim
 Guru Geografi/Biologi
 SMK Ghafar Baba


Click to View FlipBook Version