The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4.4 fitoremediasi
Pengangkutan Dalam Tumbuhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-03-11 00:32:22

4.4 fitoremediasi

4.4 fitoremediasi
Pengangkutan Dalam Tumbuhan

4.4 Fitoremediasi

Faddey tay Ibrahim

fitoremediasi

• Pada tahun 1990, kaedah fitoremediasi diperkenalkan sebagai satu teknologi

dan juga alternatif yang digunakan untuk menyingkirkan bahan pencemar
(Nor Rifhan Syuhada et al. 2015).

• Fitoremediasi iaitu penggunaan tumbuhan untuk menghilangkan bahan

pencemar daripada alam sekitar, merupakan bidang penyelidikan yang
semakin berkembang dalam kajian alam sekitar kerana kelebihannya yang
mesra alam dan kos efektif (Wang et al. 2011).

Kaedah fitoremediasi

• Kaedah fitoremediasi merupakan salah satu alternatif dalam merawat air sisa

dengan menyingkirkan logam berat serta memerangkap nutrien dan
mikroorganisma berbahaya yang terhasil daripada aktiviti perindustrian
mahupun domestik (Meagher 2000).

• Fitoremediasi merupakan satu kaedah rawatan yang menggunakan tumbuhan

untuk tujuan degradasi, pengekstrakan atau penyingkiran bahan pencemar
dalam tanah dan air (Suhaimi & Samah 2013).

• Agen fitoremediasi yang paling ideal dan efisien perlu digunakan untuk

menjalankan kaedah fitoremediasi ini.

• Spesies tumbuhan akuatik yang sesuai sebagai agen fitoremediasi adalah

mempunyai biojisim yang tinggi, cepat membiak, mempunyai sistem akar
yang baik dan mudah ditanam (Clemens et al. 2002).

• Kajian Arora et al. (2006) mendapati tumbuhan Azolla sp. boleh membiak

dengan cepat serta sangat efisien menjadi agen fitoremediasi bagi
menyingkirkan sisa logam berat daripada persekitaran akuatik yang tercemar.

• Antara contoh tumbuhan yang digunakan untuk fitoremediasi ialah

Eichhornia crassipes (keladi bunting). Tumbuhan ini mempunyai akar yang
panjang yang dapat mengumpul logam berat seperti kuprum dan plumbum
di dalam air.

Kenapa perlu merawat air sisa?

• Air sisa hasil daripada aktiviti manusia seperti domestik, perindustrian, pertanian dan

penternakan yang mengandungi bahan pencemar boleh memberi kesan kepada kesihatan
manusia dan alam sekitar kerana mengandungi kandungan sebatian mineral bukan organik
seperti sodium, potassium, kalsium, magnesium, kadmium, nikel dan zink (Bakar et al. 2016;
Halim et al. 2017, 2015).

• Selain itu juga, air sisa kumbahan mempunyai kandungan pepejal terampai dan pepejal

terlarut yang tinggi selain mengandungi kepekatan ammonia serta nitrogen dan fosforus
yang kemungkinan terhasil daripada penguraian bahan organik di dalam air (Chavan &
Dhulap 2012)

• Keperluan pengurusan dan rawatan air sisa adalah penting bagi menangani krisis kekurangan

bekalan air bersih, isu pencemaran sumber air, kos rawatan air yang semakin meningkat serta
peraturan pelepasan air sisa yang semakin ketat.

• Tumbuhan akuatik yang digunakan dalam kaedah penyelidikan ini adalah

Azolla pinnata bertujuan untuk penyerapan nutrien ammonia dan fosforus di
dalam air sisa akuakultur.

• Kaedah fitoremediasi menunjukkan kemampuan menyingkirkan ammonia

dan fosfat melalui penyerapan nutrien oleh A. pinnata.

• Perubahan biojisim melalui penyerapan nutrien juga telah diperhatikan

dalam kajian ini.

• Terdapat peningkatan biojisim A. pinnata selepas proses merawat air sisa

akuakultur dengan menggunakan kaedah fitoremediasi.

Kelebihan Fitoremediasi

• Kelebihan menggunakan kaedah fitoremediasi adalah rawatan ini mesra alam dan merupakan

satu proses semula jadi yang tidak memerlukan bahan kimia sintetik serta kos aplikasi yang
rendah.

• Rawatan fitoremediasi menggunakan tumbuhan akuatik berupaya daripada segi biologinya

untuk menyerap logam berat dan nutrien yang terdapat dalam air sisa serta memperbaiki
tahap kualiti air (Baharim et al. 2016; Dixit et al. 2011; Elias et al. 2014; Manan et al. 2015;
Rahman & Hasegawa 2011).

• Berdasarkan kajian lepas (Ng & Chan 2016; Rahman & Hasegawa 2011; Warrier 2012),

terdapat beberapa jenis tumbuhan akuatik yang berpotensi sebagai agen fitoremediasi seperti
Salvinia molesta, Pistia stratiotes, Azolla pinnata, Hydrilla verticillata, Pteris vittata, Rumex
acetosa dan Sebertia acuminata.

Kajian 2

• Akumulasi logam berat dan bahan pencemar ke dalam ekosistem akuatik

memberi impak negatif kepada alam sekitar dan organisma akuatik.

• Salvinia molesta dan Pistia stratiotes merupakan spesies yang mempunyai

kadar pertumbuhan yang cepat dan berkemampuan dalam mengakumulasi
logam berat dan menyerap nutrien menjadikan ia sesuai digunakan untuk
merawat air sisa melalui kaedah bioteknologi iaitu fitoremediasi.

• Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti air sisa kumbahan sebelum

dan selepas rawatan menggunakan kaedah fitoremediasi













Penggunaan Fitoremediasi dalam Kehidupan

• Bunga matahari (Gambar foto 4.11)

digunakan untuk remediasi tanah yang
tercemar akibat letupan loji nuklear di
Chernobyl, Rusia.

• Bunga matahari bertindak sebagai

hiperakumulator yang dapat
menyingkirkan logam berat seperti
zink, kromium, kuprum, plumbum dan
nikel serta bahan radioaktif sesium dan
strontium.

• Terdapat tumbuhan akuatik yang

sesuai digunakan untuk merawat air
sisa di loji kumbahan (Gambar foto
4.12) melalui kaedah fitoremediasi.

• Contohnya, Pistia stratiotes (pokok

kiambang) (Gambar foto 4.13)
mempunyai kadar pertumbuhan yang
cepat dan mampu mengakumulasi
logam berat dan menyerap nutrien di
loji kumbahan

• Akar pokok kangkung darat

(Gambar foto 4.14) berupaya
menyerap merkuri dari dalam
tanah, manakala akar pokok
kangkung air pula dapat menyerap
logam berat kadmium daripada air.

Selamat Membaca

Disediakan oleh:
Faddey Tay Ibrahim
Guru Biologi
SMK Ghafar Baba
Melaka.


Click to View FlipBook Version