The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-02-05 01:11:45

PROJEK PBL HERBARIUM f5 2021.

PROJEK PBL HERBARIUM f5 2021.

Keywords: herbarium

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA

TUGASAN :
SEDIAKAN HERBARIUM YANG MENGANDUNGI PELBAGAI JENIS TUMBUHAN YANG BOLEH DIDAPATI DI
KAWASAN RUMAH ANDA.

A. APAKAH ITU HERBARIUM ?
Nama herbarium berasal dari perkataan herba Latin - "rumput". Ia adalah koleksi tumbuhan kering yang
tersenarai dalam katalog khas. Ahli botani Itali Luca Gini adalah orang pertama yang mengumpul
herbarium menggunakan kertas. Bahan ini sangat menyerap dan membolehkan anda menyimpan bahan
yang dikumpul untuk masa yang lama.
Herbarium berasal dari kata “Horcus dan Botanicus”, ertinya kebun botani yang dikeringkan. Secara
sederhana yang dimaksud herbarium adalah suatu koleksi spesimen tumbuhan yang umumnya telah
dikeringkan, agar mudah diangkut berbanding spesimen basah dan biasanya disusun berdasarkan
klasifikasi.
Istilah herbarium adalah pengawetan spesimen tumbuhan dengan berbagai cara untuk kepentingan
koleksi dan ilmu pengetahuan. Herbarium adalah sekumpulan tumbuhan yang diawetkan, diberi nama,
disimpan dan diatur berdasarkan sistem klasifikasi dan dimanfaatkan dalam kajian botani. Herbarium
dapat juga diertikan suatu gedung/bangunan tempat penyimpanan tumbuhan-tumbuhan diawetkan.
Herbarium terdiri dari dua jenis, iaitu herbarium kering (tumbuhan diawetkan dengan cara dikeringkan)
dan herbarium basah (tumbuhan diawetkan dengan cara disimpan dalam cairan/larutan pengawet).
Tahap-tahap pembuatan herbarium kering adalah sebagai berikut:
1. Pengambilan dan pemilihan tumbuhan yang akan diawetkan
2. Pengeringan dan proses menghimpit
3. Pemberian bahan anti serangga
4. Pelekatan atau penempelan
5. Identifikasi dan perlabelan
6. Penyimpanan herbarium.

Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA
B . BAHAN DAN RADAS
Radas :
1. Kertas kadbod / kotak
2. Kertas surat khabar lama
3. Solotip
4. Jarum , benang
5. Cutter tumbuhan
6. Kertas lukisan
7. Gam PVA, gunting,
8. Punch lubang.
9. Helaian plastik album
Bahan :
1. Sampel tanaman: batang / daun / akar / bunga.

C. PROSEDUR :
1. Dapatkan sampel di sekitar halaman rumah anda, sampel berupa bahagian-bahagian tumbuhan
daun, akar, dan batang yang memiliki ciri-ciri yang khas. Bahagian-bahagian lain misalnya bunga, buah,
dan biji adalah digalakkan.
2. Bagi menghindari struktur tumbuhannya rosak anda boleh menyemburkan dengan alcohol 70% (jika
ada) sebelum menutupnya dengan kertas.
3. Keringkan sampel-sampel tersebut dengan dijemur atau dikering anginkan
4. Letakkan sampel tersebut di atas kertas surat khabar kemudian ditekap dan dihimpit dengan
timbunan buku atau kertas.

Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA

Contoh : Himpitan Tumbuhan
5. Setelah seminggu, sampel-sampel tersebut sudah cukup kering. Keluarkan sampel-sampel tersebut
untuk dilekatkan pada kertas herbarium (A3).(Jika tiada, anda boleh menggunakan kertas lukisan yang
tebal).
6. Sampel yang telah dikeluarkan harus segera dilekatkan dengan menggunakan gam pada kertas
herbarium dengan hati-hati. Bahagian sampel yang akan dilekatkan dengan solotip terlebih dahulu agar
bahagian lain tidak bersentuhan langsung dengan sampel.
7. Jika batang tumbuhan tersebut besar anda boleh menjahit ukur lilit batang tersebut dengan benang
putih di beberapa bahagian batang agar tumbuhan tidak jatuh dari kertas herbarium.

Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA

6. Jika sampel terlalu besar untuk dilekatkan pada kertas A3, sampel dapat dilipat atau dipotong pada
bahagian-bahagian tertentu dengan berhati-hati sehingga tidak menghilangkan ciri-cirinya.
7. Lengkapkan herbarium tersebut dengan label yang berisi keterangan mengenai :

Famili :
Nama Saintifik :
Nama Tempatan :
Pengumpul :
Nombor Sampel :
Tarikh :
Tempat :
Nota :

8. Penulisan keterangan pada label tersebut dilakukan dengan pen atau bertaip . Label ini ditampalkan
pada sudut kanan bawah kertas herbarium.

9. Letakkan sampel tumbuhan di dalam plastik album dan jika banyak boleh gunakan ‘ring folder’.

7. Kumpulkan herbarium dari berbagai jenis tumbuhan (lumut, paku pakis dan tumbuhan herba)
dengan jumlah minima satu spesies untuk tiap jenis tumbuhan.

Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA

Lampiran :

Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21

PANITIA BIOLOGI BDLP SMK GHAFAR BABA, MELAKA
Disediakan : Faddey Tay Ibrahim 5.2.21


Click to View FlipBook Version