The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

9.6 Gizi Seimbang-Biologi KSSM
Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-05-09 10:03:19

9.6 Gizi Seimbang-Biologi KSSM

9.6 Gizi Seimbang-Biologi KSSM
Tingkatan 4

Keywords: Biologi Tingkatan4

9.6 Gizi Seimbang

Definasi

 Gizi seimbang merujuk kepada gizi yang mengandungi
kesemua tujuh kelas makanan (karbohidrat, lipid, protein,
vitamin, garam mineral, serat dan air) dalam kadar yang betul
dan kuantiti yang seimbang mengikut keperluan seseorang
individu supaya kesihatan yang optimum dapat dipelihara

Formula

 4.2 J g-1 °C-1 merujuk kepada muatan haba tentu air, iaitu
tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 g air
sebanyak 1 °C.

 1 kalori (kal) = 4.2 joule (J)
 1 kilojoule = 1000 joule
 Nilai tenaga makanan (kJ g-1) =

Jisim air (g) x 4.2 J g-1 C-1 × Peningkatan suhu air (°C)
_____________________________________________

Jisim sampel makanan (g) × 1000

NILAI TENAGA

 • Nilai tenaga ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila
satu gram makanan dioksidakan dengan lengkap.

 • Nilai tenaga dalam makanan boleh diukur dalam bentuk
tenaga haba iaitu dalam unit kilojoule per gram (kJ g-1).

 • Unit lain bagi tenaga haba ialah kalori.

 • 1 kalori atau 4.2 joule ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga
haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air
sebanyak 1 darjah Celsius (ºC) pada tekanan 1 atmosfera.

Kalorimeter Bom

Kandungan vitamin C dalam jus buah-
buahan atau sayur-sayuran



Kandungan vitamin C

Sampel buah





Pinggan sihat Malaysia

Model pinggan sihat





Panduan suku-suku separuh

Kegemukan (Obesiti)

 Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang
individu itu mempunyai lemak berlebihan.

 Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan
berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal
perubatan.

 Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak
berlebihan sebanyak 25%

 Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak
sebanyak 35%.

obesiti

 Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass
Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).

 BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding
dengan ketinggian.

 Formula adalah seperti tertera: BMI = Weight (kg) /
Height² (m) ²

 Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam
kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter

B.M.I

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)

 Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma
menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun
tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat
pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

 Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk
menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita
mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar
metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti
ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

 Faktor keturunan.
 Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak

menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam
peningkatan obesiti.

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)

 Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan
apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan
emosi.

 Penyakit.Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku
kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism,
kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang
menyebabkan pesakit makan berlebihan.

 Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat
kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

Implikasi Kegemukan (Obesiti)

 Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa
kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup
pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

 Diabetes Mellitus
 Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
 Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
 Metabolic syndrome
 Sleep apnoea
 Penyakit jantung koronari
 Cerebrovascular disease
 Kegagalan jantung
 Tekanan darah tinggi (hypertension)
 Osteoarthritis
 Gout

-SEKIAN-

Disediakan Oleh:
 FaddeyTay Ibrahim
 Guru Biologi
 SMK Ghafar Baba


Click to View FlipBook Version