The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 10 Teknologi Hijau
Tingkatan 2 Geografi KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-07-11 00:19:32

Bab 10 Teknologi Hijau Geografi

Bab 10 Teknologi Hijau
Tingkatan 2 Geografi KSSM

Keywords: Bab 10 Teknologi Hijau

Geografi Bab 10:
Teknologi Hijau

Faddey Tay Ibrahim



10.1 Konsep Teknologi Hijau

 Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan
penggunaan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber
semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

 (Sumber: Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan).

Konsep Teknologi Hijau

 Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
 Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa

menjejaskan keperluan generasi masa depan.
 Kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati

kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang atau yang lebih baik.

Matlamat teknologi hijau:

• Melindungi ekosistem semula jadi.
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.
• Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia.
• Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi

MENGHUBUNGKAIT KECEKAPAN
TENAGA DENGAN TEKNOLOGI HIJAU

• Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah

dilancarkan pada Julai 2009 bagi menjayakan
Teknologi Hijau di Malaysia



10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

 Pengaplikasian ciri teknologi hijau dalam penghasilan produk dapat
mendorong masyarakat mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang
lebih baik.

 2 Kriteria produk teknologi hijau adalah seperti yang berikut:
 (a) Inovatif: Penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi

menjaga keharmonian manusia dan persekitaran.
 (b) Boleh dikitar semula: Menggalakkan penggunaan bahan yang boleh

diperbaharui dan boleh dikitar semula melalui amalan 5R.
 (c) Bersesuaian: Piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari

segi penerimaan masyarakat.

10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

 (d) Reka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk
membantu manusia.

 (e) Mudah: Mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan
manusia.

 (f) Selamat: Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan
lebih baik.

 (g) Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar.
 (h) Berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar.
 (i) Jimat: Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api

TONGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Tenaga • Mempromosikan kecekapan tenaga
Alam Sekitar • Mencari ketidakbergantungan tenaga

Ekonomi • Meminimumkan kesan negatif
Sosial • Memulihara alam sekitar

• Menambah ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi

• Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau

 Produk teknologi hijau terdiri daripada empat teras:
(a) Tenaga
• Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga.
• Tujuan: mengurangkan pencemaran udara.
• Contoh: Penggunaan kenderaan hibrid, kenderaan elektrik, penggunaan

biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV).



CONTOH
TEKNOLOGI
HIJAU DALAM
KEHIDUPAN

CONTOH
TEKNOLOGI
HIJAU DALAM
KEHIDUPAN

Contoh Produk Teknologi Hijau

 (b) Ekonomi
• Malaysia mensasarkan menjadi pengeluar fotovolta kedua terbesar di dunia
menjelang tahun 2020.
• Tujuan: untuk meningkatkan pembangunan ekonomi melalui penggunaan
teknologi yang canggih dan terkini.
• Contoh: Industri fotovolta dimana panel solar akan dipasang di atas bumbung
atau bangunan dapat memberi pulangan dengan menjual bekalan tenaga elektrik
(dalam unit kilowatt) yang dihasilkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Contoh Produk Teknologi Hijau

 (c) Alam sekitar
• Satu usaha untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
• Contoh: melalui penggunaan produk biodegradasi, perkakasan boleh

diguna semula dan baja kompos.

Contoh Produk Teknologi Hijau

 (d) Sosial
• Mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat.
• Contoh: Penggunaan bekas makanan mesra alam menggunakan pengangkutan
awam berkuasa elektrik dan peralatan elektrik mesra alam seperti bateri boleh
cas semula dan lampu LED.





10.4 Kepentingan Teknologi Hijau

 Terdapat empat teras utama yang merangkumi kepentingan teknologi hijau:
 (a) Sosial.
 • Mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.
 • Meningkatkan kualiti hidup dengan adanya kawasan persekitaran yang

bersih dan selamat.
 • Menyediakan peluang pekerjaan dan mengembangkan kepakaran dalam

bidang pengeluaran dan pengendalian teknologi hijau.
 • Meningkatkan kualiti udara
 • Mengurangkan peningkatan suhu
 • Mengurangkan pencemaran bunyi

Kepentingan Teknologi Hijau

 (b) Ekonomi :
 • Mengurangkan kos operasi.
 • Meningkatkan nilai asset dan keuntungan.
 • Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
 • Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport produk teknologi hijau.
 • Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK).

Kepentingan Teknologi Hijau

 (c) Menjana tenaga
 • Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh

diperbaharui.
 • Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara yang selamat dan mesra

pengguna (mudah dan selamat digunakan).
 • Tenaga dapat dijana dengan lebih cekap, murah dan selamat serta tidak

mencemarkan alam sekitar.

CONTOH TENAGA YANG
BOLEH DIPERBAHARUI

Sumber tenaga angin

• Sumber tenaga yang bersih
• Boleh menggantikan

penggunaan bahan api fosil di
masa hadapan

CONTOH TENAGA YANG
BOLEH DIPERBAHARUI

Sumber tenaga hidro

• Sumber tenaga yang boleh

diperbaharui

• Menjadi sumber tenaga utama

dunia untuk menjana elektrik

CONTOH TENAGA YANG BOLEH
DIPERBAHARUI

Sumber tenaga solar

• Sumber tenaga yang boleh

diperbaharui

• Berpotensi dibangunkan di

Malaysia kerana Malaysia
menerima cahaya matahari yang
cukup sepanjang tahun

Kepentingan Teknologi Hijau

(d) Memelihara dan memulihara alam sekitar
• Meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
• Mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi.
• Meningkatkan serta melindungi ekosistem kepelbagaian hidupan (biodiversiti).
• Meningkatkan kualiti sumber air bersih.
• Mengurangkan pembuangan bahan pencemar dan melindungi sumber semula

jadi.

10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi
Hijau

 1. Amalan berkonsepkan teknologi hijau boleh mengatasi masalah
kemusnahan alam sekitar, meningkatkan kualiti hidup dan memelihara
ekosistem.

 Amalan tersebut ialah:
 (a) Penjimatan tenaga:

• Menggunakan tenaga secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
• Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai label jimat tenaga.
• Praktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi.
• Menetapkan suhu penyaman udara minimum pada kadar 24°C.

Cara menjimatkan elektrik

Menutup suis apabila tidak digunakan
Menetapkan suhu penyaman udara 24oC – 25oC
Menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga

INISIATIF DAN
USAHA KE
ARAH

PELAKSANAAN
KECEKAPAN
TENAGA

•Label

kecekapan
tenaga

 Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan
kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah.

 Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk
dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran.

 Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh
Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model
yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi
setiap peralatan elektrik.

 Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi
setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga.

 Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap
dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

 Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam
bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf.

 Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling
cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik.

 Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil
elektrik di rumah.

 Ini secara langsung akan menghasilkan pendapatan isi rumah boleh guna atau disposable
household income yang lebih tinggi terutamanya dalam jangka masa yang panjang yang
akan meningkatkan kualiti kehidupan.

 Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan
tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah



INISIATIF DAN
USAHA KE ARAH
PELAKSANAAN

KECEKAPAN
TENAGA

• Index Bangunan Hijau

(GBI)

• Ialah sistem penarafan

yang diberikan kepada
bangunan yang
mempunyai ciri-ciri
mesra alam

• Contoh : Masjid Raja

Haji Fi Sabilillah di
Cyberjaya

INISIATIF DAN USAHA
KE ARAH

PELAKSANAAN
KECEKAPAN TENAGA

Kempen Teknologi Cekap Tenaga

INISIATIF DAN
USAHA KE ARAH
PELAKSANAAN
KECEKAPAN TENAGA

• Kempen kesedaran

terhadap pengguna
melalui amalan
penjimatan tenaga

Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

 (b) Perolehan produk hijau:
• Mengutamakan penggunaan bahan mesra alam.
• Amalan membeli bahan kimia biodegradasi untuk tujuan pembersihan atau
penyelenggaraan.
• Penggunaan kertas kitar semula.
• Menggalakkan penggunaan kereta hibrid.
(c) Pengurangan sisa :
• Meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa
pepejal.
• Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat

INISIATIF DAN
USAHA KE ARAH
PELAKSANAAN

KECEKAPAN
TENAGA

• Kempen penggunaan

tenaga elektrik
berasaskan sumber
solar

Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

 (d) Zon bebas asap rokok:
• Kawasan larangan merokok ditetapkan.
• Kompaun dan denda dikenakan kepada perokok di zon larangan.
• Letakkan poster dan papan tanda larangan merokok di kawasan terbuka dan jelas di
penglihatan umum.
(e) Pengangkutan:
• Amalan penggunaan pengangkutan awam dan berkongsi kenderaan dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
• Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.
• Galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau pejabat mengikut
kesesuaian



Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

 (f) Penjimatan air :
• Pastikan pili air ditutup dengan betul untuk mengelakkan pembaziran.
• Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran paip.
• Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta, halaman
rumah dan menyiram pokok bunga.
(g) Amalan 5R :
• Gunakan tong kitar semula dengan betul.
• Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik.
• Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat untuk
menjimatkan kertas

Amalan 5R

Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

 (h) Perkhidmatan makanan :
• Gunakan pembungkus makanan biodegradasi
yang lebih mesra alam.
• Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi
makanan dan minuman.
• Elakkan daripada menggunakan bekas plastik
yang tidak boleh diguna semula.
 (i) Landskap :
• Menanam pokok di persekitaran rumah,
sekolah dan bangunan.
• Menyediakan sistem perparitan dan saliran
berfungsi dengan efektif.



-SEKIAN, SELAMAT BELAJAR-

Disediakan Oleh:
 Faddey Tay Ibrahim
 Guru Geografi /Biologi
 SMK Ghafar Baba


Click to View FlipBook Version