The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT 1M1S SGB
PERPADUAN MELALUI SUKAN PERJUMPAAN KE -4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2021-03-06 22:19:30

UNIT 1M1S SGB PERPADUAN MELALUI SUKAN P-4

UNIT 1M1S SGB
PERPADUAN MELALUI SUKAN PERJUMPAAN KE -4

PERPADUAN MELALUI SUKAN

UNIT 1M1S SMK GHAFAR BABA, MELAKA
PERJUMPAAN ONLINE KE-4

DISEDIAKAN: FADDEY TAY IBRAHIM



Kejohanan Sukan SMK Ghafar Baba,Melaka

PERANAN SUKAN

 Sukan dapat membina dan mengukuh perhubungan sosial di
kalangan ahli komuniti kerana ia instrumen paling mudah dan
berkesan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan
antara satu sama lain.

 Keistimewaan sukan berbanding dengan aktiviti lain sebagaimana
dinyatakan oleh Vogler dan Schwartz (1 993) ialah sifatnya yang
membolehkan penyertaan yang meluas dari pelbagai golongan
serta peringkat anggota komuniti tanpa mengira usia, jantina
atau kaum.

PERANAN SUKAN

 Nixon dan Frey (1996) yang memetik Stevenson dan Nixon (1972)
menyatakan sukan berfungsi untuk menyatukan ahli masyarakat
melalui perkongsian minat dan komitmen.

 Interaksi dan hubungan sosial yang terjalin dari aktiviti sukan
memudahkan anggota komuniti melaksanakan kegiatan
kemasyarakatan untuk faedah pembangunan komunitinya.

PERANAN SUKAN

 Snyder dan Spreitzer (1978) aktiviti sukan dapat memberi
kegembiraan dan hasilnya memberi sumbangan kepada fungsi
psikologi. Dengan adanya elemen keseronokan, aktiviti sukan
dapat menarik penyertaan ramai dan pada masa yang sama turut
memberi penyimpangan (diversion), yang menghindarkan individu
daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

PERANAN SUKAN

 Robins (1990) turut bersetuju dengan menyatakan sukan boleh
mencapai matlamat mengintegrasikan belia yang berisiko bagi
mengurangkan kadar jenayah dengan menggalakkan penggunaan
masa senggang secara berfaedah. Pengurangan kadar jenayah
atau perlakuan anti sosial adalah satu lagi petunjuk kepada
peningkatan prestasi komuniti

KONSEP ASAS KESUKANAN:

1. MAIN
2. PERMAINAN
3. SUKAN

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

MAIN

 Individu bermain secara sedar dan sukarela

 Tidak mempunyai peraturan tertentu

 Bukan kerja harian individu yang terlibat

 Tidak mempunyai had masa serta ruang untuk
menyekat mereka

 Hasilnya bukan berbentuk material atau
kebendaan

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

PERMAINAN

 Individu yang menyertai permainan kerana ada
matlamat tertentu seperti prestej , status atau
pengiktirafan tertentu.

 Mempunyai unsur organisasi dan pertandingan.

 Mempunyai struktur tertentu berdasarkan
undang - undang formal atau tidak formal.

 Khusus kepada sesuatu budaya sukan yang
disertai oleh individu tersebut.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

SUKAN

 Tersusun dari segi struktur organisasinya.

 Mempunyai unsur pertandingan untuk
menghasilkan pemenang.

 Memerlukan kemahiran perancangan, kemahiran
motor @ lakuan motor strategi dan nasib yang tak
tentu.

 Melihat keupayaan fizikal yang tinggi dan mental
yang tinggi bagi atlet yang mengambil bahagian
dalam acara sukan yang disertai mereka

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KESAN PENGLIBATAN DALAM SUKAN

 Individu
- Pembentukan Watak

• Dapat membentuk individu yang berwatak positif seperti
tenang, sabar, cekal dan lain-lain.

- Imej Kendiri Positif

• Meningkatkan imej kendiri yang positif seperti yakin,
berani dan lain-lain.

- Kualiti Kepimpinan

• Membentuk sikap dan daya kepimpinan individu
khususnya dalam sukan berpasukan.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KESAN PENGLIBATAN DALAM SUKAN

- Semangat Patriotisme

• Bangga apabila terpilih mewakilipasukan dan berazam
menaikkan nama pasukan diwakili.

- Semangat Setia Kawan

• Hubungan terbentuk menerusi proses sosialisasi dalam
sukan.

- Kesihatan

• Peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh boleh
dicapai menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti
sukan yang dilakukan dengan betul.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KESAN PENGLIBATAN DALAM SUKAN

 Masyarakat

- Sosial

• Membantu proses integrasi kaum menerusi perlaksanaan
aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti
pembentukan sebuah pasukan yang terdiri daripada
pelbagai kaum, gabungan penonton pelbagai kaum yang
menyokong sebuah pasukan yang sama dan lain-lain.

- Ekonomi

• Peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan
pertandingan, hak penyiaran, penganjuran pertandingan,
kutipan cukai serta kehadiran penyokong pasukan luar dan
pelancongan sukan.

- Politik

• Semangat setia kawan dapat dipupuk melalui penyertaan
dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan
Asia.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

 Penglibatan Penonton
- Sukan sesuatu yang menyeronokkan (hiburan).
- Kepuasan diperoleh apabila menonton atlit yang
diminati beraksi.
- Menyokong pasukan sendiri atau pasukan yang diminati.
- Sorakan dan sokongan padu mencerminkan sikap
penonton yang beretika.
- Sorakan penonton akan memotivasikan pasukan dan
dapat meningkatkan keyakinan diri pemain.
- Memberi imej yang baik kepada negara.
- Penonton yang beretika akan merasa puas ketika
menyaksikan kedua-dua pasukanmempamerkan
kesungguhan aksi dan berupaya mengawal diri
- Menerima apa jua keputusan perlawanan.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

 Impak Ekonomi
- Sukan dapat meningkatkan ekonomi negara
melalui penajaan, pelancongan sukan, kajiandan
penghasilan serta penjualan produk sukan.

- Satu cabang sumber kewangan melalui kutipan
cukai, hak penyiaran dan penganjuran sukan

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

 Penyertaan
- Individu atau kumpulan atlet yang terlibat secara
langsung dalam sukan yang di pertandingkan.

- Bertujuan mendapat kepuasan beraksi atau
bertanding, prestij dan hadiah yang ditawarkan
(wang dan pingat).

- Menyertai pelbagai kejohanan sukan dan menyertai
acara-acara yang di pertandingkan dalam kejohanan
dianjurkan.

- Jumlah penyertaan mempengaruhi kemeriahan
kejohanan dan jumlah kehadiranpenonton

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

 Budaya
- Manusia berbeza dari segi kepercayaan, nilai dan
gaya hidup.

- Sukan dapat merangsang individu untuk saling
mengenali antara satu sama lain merentasi warna
kulit, kepercayaan dan sebagainya.

- Sukan juga dapat menerapkan sikap saling
menghormati.

- Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk
bersosial, berinteraksi dengan orang lain dan
mempelajari budaya serta mengenali masyarakat lain.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

 Integrasi Kaum
- Proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat
dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum.

- Sukan dapat menyatu padukan individu daripada pelbagai
kaum menjadi satu pasukan mewakili sekolah, daerah, negeri
dan negara.

- Individu yang terdiri daripada pelbagai kaum bersatu padu
dan bekerjasama sebagai satu pasukan menggalas cabaran
negara.

- Perbezaan agama, bangsa dan lain-lain diketepikan demi
kejayaan pasukan.

- Perkenalan dan persahabatan yang terjalin semasa mewakili
pasukan menyumbang kepada proses integrasi kaum.

Hak Milik Blog Sains Sukan
www.sainsukanblog.wordpress.com

































• satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan
Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan
Negeri, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan
Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.

• merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports
competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia
yang melibatkan atlet remaja.

• diadakan secara dwi tahunan ,kemudian diadakan setiap tahun untuk
mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang
dipertandingkan.

• mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan
pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan
daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.

• Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi
kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal,
dan pentadbir-pentadbir sukan.

• Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan
yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang
sedia ada di peringkat negeri dan daerah.

• Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke

peringkat antarabangsa di masa hadapan.

• Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi

nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

•Akuatik •Bola sepak •Karate •Ragbi
•Renang
•Terjun •Boling padang •Lawan pedang
•Angkat berat
•Badminton •Gimnastik •Memanah •Skuasy
•Bola jaring
•Bola keranjang artistik •Menembak •Taekwando

•Gimnastik •Olahraga •Tenpin

berirama •Kapal layar boling

•Golf •Pencak silat •Tinju

•Hoki •Ping pong •Wushu

•Sepak takraw







25Jenis Permainan Tradisional

• 1. Aci sorok, sorok-sorok, sembunyi- • 14. Main koba, ceper, jentik tudung.
• 15. Dam aji, dam harimau, aji
sembunyi.
• 2. Batu Seremban, Selambut, Serembat. terbang.
• 3. Sepak bulu ayam, Capteh, Sebuyam. • 16. Main getah, lompat getah,
• 4. Mencari cucu, Nenek-nenek, Nenek Buta.
• 5. Congkak lompat tali.
• 6. Gasing Pangkah, Gasing Uri, Gasing Pinang. • 17. Baling selipar, susun selipar, pukul
• 7. Konda-Kondi, Perik Mata, Pukul Kayu.
• 8. Teng-teng, Ketinting, Teng-teng Kapal Terbang. selipar.
• 9. Sepak raga, timang bola, bola raga. • 18. Wan tu som, One Two Zoom,
• 10. Wau, Layang-layang, Layangan.
• 11. Sabung ayam, laga ayam, Batu-Gunting-Kertas.
• 19. Mahjong, mahjung, mahjeuk.
menyabung ayam. • 20. Go, weiqi, baduk.
• 12. Biji saga, buah saga, laga saga. • 21. Xiangqi, Chinese Chess,
• 13. Laga kerbau, lawan kerbau, adu • 22. Kabadi, hadudu, bengal.
• 23. Kercang, kercang panah,
kerbau.
kercang kahwin.
• 24. Yoyo cina, che ling, xiang huang.

• 25. Selotop, pistol buluh, selontop.



• sepak takraw.

• Dimain oleh golongan bangsawan sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

• diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

• Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain.

• Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan

tersebut ditamatkan.

• Selambut atau Serembat.

• dimainkan pada waktu lapang dan dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan.

• Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih.

• menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-
ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

• Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.

• sejenis permainan tradisional Melayu
yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan.

• menggunakan papan kayu berlubang
atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak
menggunakan biji getah atau guli.

• berasal daripada dunia Afrika atau Arab.

• Objektif : mengutip jumlah buah
paling banyak.

• dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat

Semenanjung.

• permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan

istana.

• Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah

dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan

di antara semangat angin dan langit.
• dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan

seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara.



• merupakan permainan untuk empat orang yang
berasal dari China.

• membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan,
termasuk juga satu tahap nasib.

• Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan.

• Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan

sebagai permainan komputer.

• permainan berpapan yang
dimainkan oleh dua orang.

• dikenali sebagai wéiqí di dalam

bahasa China.
• kaya dengan strategi yang

kompleks tetapi hanya
mempunyai undang- undang
permainan yang mudah.
• menggunakan biji-biji
berwarna hitam dan putih.


Click to View FlipBook Version