PERBEZAAN SUKAN, SENAMAN DAN
GAYA HIDUP
UNIT 1M1S siri-7
1 APRIL 2021
SMK GHAFAR BABA,MELAKA
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU FADDEY TAY IBRAHIM
SUKAN
Sukan (Definasi + Takrifan)
SENAMAN
Senaman
Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal
dan juga mental.
Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang kita seronok untuk
melakukannya.
Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti
berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin
larian treadmill dan sebagainya.
Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk mengekalkan
kesihatan.
SARANAN AKTIVITI FIZIKAL MENGIKUT
UMUR
a) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 5 hingga 17 tahun
Aktiviti fizikal yang dicadangkan :
Bermain atau beriadah, bersukan, melakukan kerja rumah, berekreasi sama ada
di rumah, di sekolah atau dalam komuniti.
Tempoh masa :
Melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal tahap sederhana atau
tahap tinggi setiap hari.
b) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 18 Tahun hingga 64 Tahun
Aktiviti fizikal yang dicadangkan:
Boleh dibahagikan mengikut domain seperti aktiviti fizikal waktu senggang
(contoh: membasuh kereta atau berkebun), perjalanan (contoh: berjalan atau
berbasikal), pekerjaan, melakukan kerja rumah, bermain, rekreasi luar dan
bersukan sama ada bersama dengan keluarga, rakan atau komuniti.
Tempoh masa:
Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Konsep kumulatif 150 minit seminggu
merujuk jumlah masa yang dicampurkan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari secara berterusan. Misalnya 30 minit
aktiviti fizikal tahap sederhana, 5 hari seminggu.
Individu dewasa yang tidak aktif pula, lebih baik melakukan sedikit aktiviti
daripada tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Individu dewasa yang tidak
mencapai keaktifan yang disarankan perlu lebih fokus untuk meningkatkan
tempoh masa, kekerapan dan intensiti yang lebih tinggi.
c) Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 65 Tahun dan Ke Atas
Aktiviti fizikal yang dicadangkan:
Domain aktiviti fizikal termasuklah aktiviti fizikal pada masa senggang
(contohnya berkebun), perjalanan (contohnya berjalan atau berbasikal),
pekerjaan (bagi individu yang masih bekerja), melakukan kerja rumah,
aktiviti rekreasi, senaman (contohnya regangan, jogging & tai-chi) dan
bersukan.
Tempoh masa :
Melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal tahap sederhana
seminggu atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal tahap tinggi
sepanjang minggu dengan kombinasi aktiviti fizikal tahap tinggi dan
sederhana.
PENGLIBATAN RAKYAT MALAYSIA
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang
aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas,
Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan rakyat untuk berjalan
10,000 langkah sehari.
GAYA
HIDUP
GAYA HIDUP SIHAT
Konsep dan Definisi
Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan
jangkitan penyakit.
Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,
persekitaran dan alam sekitar.
• Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
• Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
• Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan
aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
• Mendapat rehat yang cukup
• Berfikiran positif
Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud
• Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan
• Patuh kepada ajaran agama
KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
Memastikan tahap kesihatan yang Menstabilkan kesihatan mental dan
baik mengurangkan tekanan
Mendisiplinkan masyarakat Rakyat yang mengamalkan gaya
hidup sihat dapat melahirkan sebuah
Mewujudkan keluarga yang dapat
memenuhi fungsi-fungsi dari segi negara yang maju.
biologi, sosial, dan psikologi secara
Mengekalkan jaringan hubungan
optimum. antara masyarakat.
Mengurangkan masalah sosial di
kalangan remaja
KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT
PEMAKANAN
SENAMAN KEBERSIHAN DIRI
REHAT YANG CUKUP PENYALAHGUNAAN
DADAH
PENYALAHGUNAAN BAHAN
DEFINISI : Menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan
atau untuk tujuan lain selain dari tujuan sebenarnya.
• Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin,
ubat batuk dan dadah.
• Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan- bahan tersebut
boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.
• Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral.
• Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan koKain.
• Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan.
• Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan
terutamanya dadah, rokok dan alkohol.
Punca Penyalahgunaan Bahan
✓Cabaran daripada rakan sebaya
✓Terpengaruh dengan rakan sebaya yang
menyalahgunakan dadah
✓Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan
kesannya.
✓Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya.
✓Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.
Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap
Individu, masyarakat dan Negara
Keruntuhan Gagal Tersisih Terdedah Kehilangan
Akhlak Dalam Daripada kepada tenaga kerja
Pelajaran Masyarakat penyakit
daripada
golongan
muda
REHAT YANG CUKUP
• Definisi:
• Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu
aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan.
• Konsep
• Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum
antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa.
• Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan
daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan
otak serta menyegarkan tubuh.
• Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi,
memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang
hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
KEPENTINGAN REHAT KEPADA MANUSIA
Dapat melegakan Menurunkan kadar Otak menjadi aktif.
stress dan denyutan jantung
ketegangan dan tekanan darah
menurun.
Suhu badan Badan akan lebih Fungsi biokimia
menurun segar badan dapat
dipulihkan.
Menghilangkan rasa Menenangkan fikiran
lapar dan dahaga
Apakah gaya hidup Sedentary?
Gaya hidup yang tidak aktif dicirikan oleh minimum atau tiada latihan fizikal .
Individu akan lebih suka duduk sepanjang hari di hadapan televisyen atau
komputer lain, menjadikannya tidak sihat dan terdedah kepada masalah kesihatan
yang berkaitan.
Memang benar bahawa kita hidup dalam dunia yang penuh dengan aktiviti dan
kerja yang kebanyakan orang merasa sukar untuk menguruskan masa mereka
untuk latihan.
Kebanyakan orang menghabiskan kira-kira lapan jam duduk di dalam bilik
pejabat, kemudian pulang ke rumah dan menghabiskan waktu sepanjang hari di
hadapan televisyen atau komputer..
Apakah gaya hidup Sedentary?
Orang-orang ini juga dirujuk sebagai kentang sofa kerana mereka tidak terlibat
dalam apa-apa aktiviti fizikal.
Penyakit jantung, obesiti, kebimbangan, kemurungan, diabetes, sakit belakang
adalah beberapa keadaan kesihatan yang dihadapi oleh individu tersebut.
Diyakini, di dunia hari ini, majoriti rakyat mempunyai gaya hidup yang tidak aktif
yang menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang sihat
Amalan Gaya Hidup Sihat
-SEKIAN, SELAMAT BERAMAL-
Disediakan Oleh:
Cikgu Faddey Tay Ibrahim
Setiausaha Unit 1M1S
SMK Ghafar Baba, Melaka