8.4 Isu Kesihatan Berkaitan
Sistem Respirasi Manusia
Nama ahli :
Nur Athirah Binti Mansor
Haslia Izzaty Binti Irwan Shah
merangkumi penyakit
asma Chronic Obstructive
Pulmonary
Disease
Penyakit
pulmonari obstruktif kronik
emfisema
EMFISEMA
Alveolus Dinding Pertukaran
hilang alveolus gas
rosak,luas menjadi
kekenyalan permukaan kurang
& saiz alveolus
berkurang efisien .
bertambah.
BRONKITIS KRONIK
● mengurangkan
aliran udara
● sukar bernafas
mukus banyak silium rosak
terbentuk > batuk menyukarkan
berterusan penyingkiran mukus
»ASMA«DINDING BUKAAN
BRONKIOL TIUB
● BENGKAK BRONKIOL
● MENEBAL KECIL
● SUKAR LALUAN
UDARA
BERNAFAS MENJADI
● PESAKIT SEMPIT
SESAK NAFAS
Penyakit pulmonari obstruktif kronik
(chronic obstructive pulmonary disease, COPD)
● Penyakit pulmonari obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease, COPD) ialah
sejenis penyakit paru-paru yang membuatkan seseorang susah untuk bernafas.
● COPD adalah satu penyakit kronik sistem pernafasan, di mana terjadi penyempitan dan radang
(inflamasi) pada saluran pernafasan
● Ia kebiasaannya gabungan dua penyakit yang disebabkan oleh merokok: bronkitis kronik dan
emfisema. Semakin lama, ia boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk dan masalah jantung.
● COPD tidak boleh sembuh tetapi ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup boleh membantu
mengurangkan simptom.
● Satu-satunya cara yang paling boleh diharapkan untuk memperlahankan COPD ialah berhenti
merokok. Penyakit ini boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita dan ia meningkat dengan
usia.
Gejala penyakit COPD
● Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat
● Sesak nafas terutama sekali waktu pagi waktu bangun tidur
● Batuk berkahak berpanjangan
● Nafas berbunyi (wheezing)
● Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki
Apakah risiko mendapat COPD?
● Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi
sekiranya individu kerap merokok
● Perokok pasif
● Pencemaran udara
● Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif
● Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk
● Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency
Rawatan untuk COPD :
● Pendidikan
● Berhenti merokok dan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia dapat
mengurangkan kerosakan paru-paru.
● Berhenti merokok juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun
individu tersebut merokok dalam kuantiti yang banyak sebelumnya.
Rawatan untuk COPD :
Ubat-ubatan
● Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat
mengurangkan ketegangan otot bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat
kontraksi. Kebaikan mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak
cepat dengan kurang kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti
neulin SR, dan theodur.
● Penggunaan ubat-ubat steroid secara sistemik adalah penting semasa serangan pernafasan
(acute exacerbation). Ia boleh didapati dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan.
● Antibiotik – ‘broad-spectrum’ antibiotik selalu digunakan, jika ada tanda-tanda jangkitan
kuman.
● Ubat-ubat pencair kahak (Mucolytic agent) untuk mencairkan kahak supaya mudah
dikeluarkan.
Apa itu Emfisema?
● Emfisema ialah sejenis penyakit paru-paru yang menyebabkan sesak
nafas.
● Ia adalah antara jenis yang paling kerap bagi penyakit pulmonari
obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease, COPD).
● Emfisema kebanyakannya disebabkan oleh merokok.
Apakah simptom-simptom Emfisema?
● Simptom-simptom yang kerap ialah:
● Susah bernafas;
● Batuk ialah tanda yang pertama;
● Letih;
● Dada berbentuk tong (dada bulat dan membonjol seperti tong);
● Sianosis (warna kebiruan pada kulit, jari kuku dan hujung jari);
● Sistem imun melemah, meletakkan anda pada risiko yang tinggi kepada
jangkitan paru-paru.
Apakah Punca Emfisema?
● Terdapat beberapa sebab:
● Merokok tembakau atau ganja;
● Pencemaran udara;
● Asap industri;
● Dalam sesetangah kes yang jarang, emfisema disebabkan oleh
kekurangan protein alpha-1-antitrypsin yang melindungi paru-paru.
Bagaimana pesakit Emfisema
didiagnosis?
● Ujian-ujian diagnosis yang lain ialah:
● Ujian pengimejan seperti imbasan CT (computerized tomography) dan x-ray untuk
melihat paru-paru anda;
● Ujian darah untuk memeriksa saluran darah di dalam paru-paru;
● Ujian fungsi paru-paru, yang digelar spirometri, yang menggunakan sejenis alat
dinamakan spirometer untuk mengukur udara di dalam paru-paru yang dihirup dan
dihembus keluar;
● Ujian gas darah arteri untuk mengukur kadar oksigen dan karbon dioksida dalam
darah;
● Elektrokardiogram (ECG) untuk memeriksa penyakit jantung.
Bagaimana pesakit Emfisema dirawat?
● Tiada penyempuh bagi emfisema. Walaubagaimanapun, beberapa rawatan berikut boleh membantu
mengelakkan simptomnya menjadi semakin teruk:
● Jika anda merokok, sila berhenti dengan serta merta.
● Ubat-ubatan seperti bronkodilator, steroid atau antibiotik boleh dipreskrip oleh doktor untuk
mengurangkan batuk, sesak nafas dan mengelakkan jangkitan bakteria.
● Terapi: rehabilitasi pulmonari, terapi nutrisi atau suplemen oksigen akan memperbaik maslaah
pernafasan dan membantu anda menguruskan berat badan anda kerana anda mungkin mengalami
perubatan berat badan mendadak kesan dari emfisema.
● Pembedahan: lung volume reduction surgery (LVRS) ialah satu prosedur dimana doctor akan
membuang tisu-tisu yang cedera di dalam paru-paru untuk membantunya bekerja dengan lebih
efektif dan menghilangkan sesak nafas. Pemindahan paru-paru mungkin diperlukan jika keadaan anda
lebih serius.
● Anda mungkin diminta mengambil vaksin influenza dan pneumokokal untuk melindungi daripada
jangkitan respiratori.
Perubahan gaya hidup & rawatan
sampingan
● Elakkan merokok: cuba untuk menjauhkan diri dari merokok dengan melakukan
aktiviti lain. Ini tidak hanya akan melindungi diri anda dari emfisema tetapi juga
meningkatkan tahap kesihatan anda keseluruhannya.
● Elakkan pencemar udara seperti asap dari kilang kimia.
● Lakukan senaman setiap hari dan ambil diet yang seimbang untuk meningkatkan
kesihatan dan kapasiti paru-paru anda.
● Elakkan diri anda dari jangkitan. Anda boleh menggunakan ubat-ubatan yang
dipreskrip oleh doktor dan menggunakan pakaian pelindung jika anda perlu
berhubung dengan mereka yang demam.
Apa itu Bronkitis Kronik?
● Bronkitis ialah keradangan tiub bronkial. Terdapat saluran udara yang
membawa udara ke dalam paru-paru.
● Pesakit bronkitis kebiasaannya mengalami batuk berkekalan yang
mengeluarkan lendir pekat. Bronkitis boleh jadi samada akut atau kronik.
● Bronkitis kronik adalah salah satu dari jenis COPD (penyakit pulmonari
obstruktif kronik).
● Tiub bronkial yang mengalami keradangan menghasilkan banyak mukus.
Ini menyebabkan batuk dan susah bernafas.
Apakah simptom-simptom Bronkitis
Kronik?
● Simptom-simptomnya ialah:
● Batuk;
● Lendir berwarna putih, kelabu kekuningan atau hijau;
● Letih;
● Sesak nafas;
● Sedikit demam dan menggigil
● Ketidakselesaan dada.
Apakah Punca Bronkitis Kronik?
● Ia kebiasaannya disebabkan oleh virus, selalunya virus yang sama
menyebabkan demam dan selsema (influenza) .Antibiotik tidak
membunuh virus. Jadi, ubat jenis ini tidak berguna dalam kebanyakan kes
bronkitis.
● Sebab paling kerap ialah merokok.
● Pencemaran udara atau dan habuk atau gas toksik di dalam persekitaran
atau tempat kerja juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Apakah yang meningkatkan risiko saya
kepada Bronkitis Kronik?
● Merokok. Mereka yang merokok atau hidup bersama perokok adalah berisiko untuk bronkitis akut
dan kronik.
● Ketahanan diri lemah. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit akut lain seperti demam, atau keadaan
kronik yang melemahkan sistem imun anda. Dewasa tua, bayi dan kanak-kanak muda lebih
cenderung kepada jangkitan.
● Terdedah kepada bahan rengsa di tempat kerja. Risiko anda menghidapi bronkitis adalah lebih tinggi
jika anda bekerja sekitar bahan rengsa paru-paru tertentu seperti gandum atau tekstil atau terdedah
kepada wap kimia.
● Refluks perut. Serangan pedih ulu hati yang berterusan boleh merengsa tekak anda dan membuatkan
anda lebih cenderung untuk mendapat bronkitis.
Bagaimana pesakit Bronkitis Kronik
didiagnosis?
● Pemeriksaan fizikal sentiasa menjadi yang pertama. Doktor akan menggunakan stetoskop
untuk mendengar secara dekat paru-paru anda semasa bernafas. Dalam sesetengah kes,
doktor mungkin mencadangkan:
● X-ray dada. X-ray dada boleh membantu menentukan jika anda mengalami pneumonia atau
keadaan lain yang mungkin menjelaskan batuk anda. Ini secara khususnya penting jika anda
sedang atau pernah menjadi perokok.
● Ujian kahak. Ia boleh diuji untuk melihat jika anda menghdapi batuk kokol (pertussis) atau
penyakit lain yang boleh dirawat dengan antibiotik. Kahak juga boleh diuji untuk melihat
tanda-tanda alergik.
● Ujian fungsi paru-paru. Ujian ini melihat tanda-tanda asma atau emfisema.
Bagaimana pesakit Bronkitis Kronik
dirawat?
● Kebanyakan kes bronkitis kronik akut pulih tanpa rawatan ubat
dalam tempoh 2 minggu.
● Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin mempreskrip ubat
seperti antibiotik, ubat batuk atau inhaler jika perlu.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
menangani Bronkitis Kronik?
● Jangan merokok. Pakai penutup muka jika udara tercemar atau anda terdedah
kepada bahan perengsa seperti cat atau bahan pencuci rumah dengan wap yang
kuat.
● Gunakan pelembap udara. Udara yang panas dan lembap membantu
mengurangkan batuk dan mencairkan lendir di dalam saluran udara anda.
● Pertimbangkan untuk memakai penutup muka di luar. Jika udara sejuk
membuatkan batuk anda semakin teruk dan menyebabkan sesak nafas, gunakan
penutup muka udara sejuk sebelum keluar rumah.
Apakah itu Asma?
● Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur
pernafasan menjadi:
● Merah.
● Bengkak.
● Menghasilkan lendir berlebihan.
● Mudah terangsang (hypersensitive).
● Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan
menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
● Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan
terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.
Apakah faktor pencetus?
● Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
● Merokok.
● Perubahan cuaca.
● Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
● Senaman.
● Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
● Makanan dan perasa tambahan makanan.
● Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
● Emosi.
● Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).
Apakah gejala asma?
● Gejala asma boleh menjadi bertambah teruk dengan cepat. Gejala ini adalah
berbeza antara satu sama lain. Semasa serangan asma, tanda dan gejala adalah
termasuk:
● Batuk dengan atau tanpa selesema.
● Berkahak.
● Bernafas dengan cepat.
● Rasa ketat di dada.
● Nafas berbunyi.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu
serangan asma.
● Nafas berbunyi (Audible wheeze).
● Susah untuk menghembus nafas (breath out).
● Denyutan jantung cepat.
● Batuk tanpa henti.
● Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
● Tidur yang tidak nyenyak.
● Kulit menjadi pucat.
● Tahap kesedaran menurun.
● Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.
Apakah jenis rawatan asma?
● Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
● Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia
bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
● Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan
membuka salur pernafasan yang sempit.
● Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam
keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.
Apa yang perlu dilakukan untuk
mengawal asma?
● Elakkan faktor pencetus asma.
● Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
● Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
● Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
● Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
● Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.
Rujukan
● http://www.myhealth.gov.my/asma/
● https://hellodoktor.com/ms/kesihatan/keadaan-kesihatan/bronkitis-kronik/
● http://www.myhealth.gov.my/cara-merawat-serangan-asma/
● http://www.myhealth.gov.my/?s=asma
● http://www.myhealth.gov.my/dewasa-chronic-obstructive-pulmonary-disease/
● https://hellodoktor.com/ms/pusat-kesihatan/asma/
● https://hellodoktor.com/ms/kesihatan/keadaan-kesihatan/emfisema/
-SEKIAN, SELAMAT BERAMAL-
Disediakan Oleh:
Nur Athirah Binti Mansor
Haslia Izzaty Binti Irwan Shah
Faddey Tay Ibrahim
SMK Ghafar Baba