1
PENGENALAN
Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan
untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.
Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas
berasid yang terdapat di atmosfera.
Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah
menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api
fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan
pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan dalam bidang industri maka
penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil dibakar secara
2
berleluasa. Pembakaran bahan api fosil ini akan menghasilkan berjuta-juta ton sulfur
dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini apabila bergabung dengan air hujan akan
menghasilkan hujan asid.
PUNCA HUJAN ASID
Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran
bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah
menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur
dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
Aktiviti sistem pengangkutan :
asap ekzos membebaskan gas
nitrogen dioksida dan nitrik
oksida semasa pembakaran
pada suhu tinggi di silinder
kereta.
Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen,
pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur
dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida
nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.
3
KESAN HUJAN ASID
Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu
dari aspek kesihatan manusia, memusnahkan kesuburan tanah dan tanaman tumbuhan,
ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.
Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu
pun muda terhadap penyakit asma.Bagi kanak-kanak pula fenomena
ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulfur dioksida
pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit
dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu
dara. Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit kulit, kerosakan
tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik
dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.
Selain itu hujan asid juga memberi kesan terhadap
tanah dan tumbuhan. Hujan ini menyebabkan
kemusnahan hutan dan tanaman kerana terkena
hujan asid. Hujan asid menyebabkan kandungan
asid dan alkali menjadi tidak seimbang dan
mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan
tanah. Nilai pH yang kurang daripada 6 akan menyebabkan organik tanah mati, maka tanah
ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Kesannya ia akan
menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.Hujan
asid yang terkena pada daun pokok akan memusnahkan fungsi daun. Ini kerana bahagian
daun yang terkena hujan asid ini tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan
sempurna.Kesannya pokok akan layu dan mati. Di Jerman, fenomena hujan asid berupaya
menggugurkan daun-daun pokok meninggalkan dahan dan ranting. Fenomena ini
4
dinamakan sebagai hutan berangka.Kesan lain ialah pokokakan mati kerana asid bertindak
balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.
Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik
dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan mengganggu
kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.Manakala ikan dan
udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada
manusia di mana kandunagan raksa dan asid sulfurik yang
tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan. Apabila
manusia memakan haiwan ini akan menyebabkan penyakit
barah kolon. Air sungai dan laut yang menjadi berasid pada
pH 5 akan membunuh hidupan akuatik dan memutuskan rantaian makanan. Contohnya di
Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik situ.
Di bandar, hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan
bangunan. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini
akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan
melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan
binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.
5
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HUJAN ASID
6
7