9.7 Isu Kesihatan Sistem
Pencernaan & Tabiat Pemakanan
Apakah Serat ?
Serat atau fiber adalah sejenis bahan yang tidak dapat dicerna
oleh usus.
Serat terbahagi kepada 2 iaitu :
serat larut air (soluble fibre)
serta tidak larut air (insoluble fibre).
Fungsi serat
Hal ini dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti
sembelit, kanser kolon, kanser rektum dan hemoroid.
Antara fungsi serat ialah:
merangsang peristalsis
menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
mengawal atur penyerapan glukosa terutamanya bagi pesakit
diabetes melitus
meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam usus besar
Pengambilan air yang banyak dapat memastikan tinja sentiasa
lembut dan mudah bergerak sepanjang usus besar untuk
membantu proses penyahtinjaan.
Serat Larut Air (Soluble Fibre)
Serat yang mengikat air dan membentuk jeli (gel) di dalam usus.
Fungsi :
Melambatkan proses penghadaman, seterusnya memberi rasa
kenyang lebih lama.
Mengawal aras tekanan darah, gula dan kolesterol dalam darah.
Sumber (oligosakarida, pektin, beta-glukan, gum galaktomanan) :
1) Oat
2) Kekacang
3) Buah-buahan seperti epal dan limau
4) Sayur-sayuran seperti timun
Serat Tidak Larut (Insoluble Fibre)
Serat tidak larut air dan mempercepat pergerakan makanan
di dalam usus.
Fungsi :
Membantu mencegah sembelit.
Sumber (selulosa, hemiselulosa, lignin) :
1) Barli, beras perang
2) Buah-buahan seperti kismis
3) Sayur-sayuran berdaun hijau
Pintasan Gaster
Pembedahan bariatrik atau dikenali sebagai pembedahan
penurunan berat badan dan pembedahan metabolik merupakan
prosedur yang menurunkan berat badan secara mekanikal.
Ia berfungsi dengan menyekat jumlah makanan yang masuk ke
dalam perut. Kesannya, pesakit hanya akan makan sedikit
berbanding biasa.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pakar bedah dalam
menjalani rawatan ini iaitu prosedur pembedahan pintasan gastrik,
gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan
gastrik dan penggunaan belon intragastrik.
Kini, pembedahan dilakukan secara laparoskopi atau dikenali
sebagai pembedahan lubang kunci sebagai satu prosedur terbaharu.
Pintasan gaster (gastric bypass)
Kaedah 'pintasan gastrik' (gastric bypass) yang mana kantung perut
yang kecil, kira-kira 30 mililiter, dicipta pada bahagian atas perut
dengan membahagi dua perut menggunakan stapler.
Kemudian, hujung usus kecil akan disambung dengan kantung
kecil berkenaan manakala bahagian kedua perut yang masih
bersambung dengan usus kecil dibiarkan kekal tanpa perlu
dikeluarkan.
Apabila makanan turun terus ke usus kecil lebih awal daripada
biasa, ada beberapa jenis hormon dikeluarkan oleh usus kecil iaitu
PYY dan GLP-1 bertanggung jawab menyembuhkan diabetes
malah 80 peratus kes diabetes sembuh menerusi kaedah ini.
"Pembedahan pintasan gastrik adalah yang terbaik untuk mereka
yang menghidap diabetes.
Pintasan gaster
Di dalam perut terdapat hormon ghrelin yang menaikkan
selera makan dan fungsi lainnya adalah untuk menaikkan
paras gula, jadi apabila 85 peratus perut di buang, keadaan ini
secara langsung mengawal selera dan berat badan.
Selepas pembedahan, pesakit mungkin dirujuk ke pakar
pembedahan plastik untuk menjalani rawatan bahagian badan
yang menggeleber selepas berat badan menurun.
Kesan
Kesan jangka panjang pendek yang mungkin akan dihadapi
pesakit seperti tindak balas anestesia, kebocoran pada
bahagian usus atau pendarahan,refluks asid, esofagus
mengembang, jangkitan kuman, masalah pernafasan atau
paru-paru, kekurangan mineral dan vitamin.
Kesan jangka panjang pula seperti menghadapi perubahan
tabiat usus (sembelit cirit-birit), hernia, muntah, mual yang
menyebabkan cirit-birit, paras gula rendah dalam darah, ulser
perut , masalah batu karang, malnutrisi.
Anorexia Nervosa
Anorexia Nervosa :Satu keadaan di mana seseorang sengaja
menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu
mengekalkan berat badan yang normal dengan
ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).
Anoreksia nervosa agak lazim dalam kalangan remaja
perempuan yang sering taksub dengan berat badan.
Penghidap anoreksia akan mengelak daripada makan untuk
mencapai berat badan idaman.
Mereka mengalami gangguan psikologi serta masalah
kekurangan nutrien kerana fungsi normal sistem pencernaan
terjejas.
Anorexia Nervosa :
Denyutan nadi yang rendah.
Tekanan darah rendah.
Keletihan.
Mengantuk.
Kulit menjadi kering.
Rambut tidak bermaya.
Kemunculan bulu-bulu halus.
Mudah marah.
Fikiran sering terganggu.
Sentiasa mencari kesempurnaan.
Kurang bersosial untuk mengelakkan daripada menikmati makanan.
Kurang keyakinan diri.
Tiada kedatangan haid.
Bulimia Nervosa
Merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian
mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti
memuntahkan semula makanan , penyalahgunaan laxative dan
enema (cecair yang disuntik ke dubur) atau senaman yang
berlebihan.
Bagi penghidap bulimia nervosa yang juga taksub dengan
pengawalan berat badan, individu tersebut akan makan
dengan banyak dan kemudian memuntahkannya atau
mengambil laksatif yang menyebabkan cirit-birit
Bulimia Nervosa :
Pembengkakan kelenjar liur akibat sering muntah.
Penyahhidratan
Kerosakan ginjal
Penyakit kardiovaskular
Kedatangan haid yang tidak teratur.
Kereputan gigi kerana kandungan asid yang tinggi dalam muntah.
Sakit perut akibat sering berlaku ketegangan atau pengecutan
perut disebabkan makan berlebihan.
Masalah perkumuhan, lendir kotor di dalam usus besar dan juga
gangguan pembuangan air besar akibat daripada penggunaan
laxative.
Sukar untuk tidur.
Apakah kesan-kesan yang berlaku akibat daripada
masalah gangguan pemakanan
Masalah gangguan pemakanan akan menyebabkan komplikasi yang serius iaitu :
Semakin lama tabiat pemakanan yang abnormal diamalkan, semakin tinggi risiko
gangguan status pemakanan akan berlaku termasuklah :
Kehilangan otot-otot, kehilangan lemak tubuh dan juga mineral pada tulang.
Kekurangan mineral utama dan vitamin.
Gangguan psikologi :
Masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh
Sentiasa mengasingkan diri daripada bersosial dan sering mengalami konflik
keluarga.
Kurang keyakinan diri.
Gangguan mental seperti takut dan kemurungan.
Masalah-masalah lain :
Pertumbuhan terbantut dan lewat mencapai akil baligh
Tulang mudah reput dan seterusnya mengakibatkan osteoporosis
Berisiko tinggi mendapat penyakit dan boleh membawa maut.
Apakah rawatan yang sesuai bagi mengatasi
masalah ini?
Objektif rawatan bagi masalah ini adalah untuk mencapai berat badan
yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan
mental dapat berkembang dengan sempurna. Sasaran berat badan yang
normal adalah pada Indeks Jisim Tubuh (IJT) 18 – 24 (ataupun mencapai
berat badan sebelum mengalami masalah gangguan pemakanan).
Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif
Ubat antikemurungan biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa
yang mengalami tekanan.
Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit.
Sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses
pemulihan.
Rawatan di hospital adalah diperlukan bagi kes-kes yang serius.
Gastritis
‘Gastrik’ bermaksud ‘perut’ dalam bahasa perubatan. Istilah yang betul
ialah ‘gastritis.
Gastritis merujuk kepada keradangan dan kakisan lapisan epitelium
perut oleh jus gaster apabila tiada makanan dalam perut. Gastritis yang
tidak dirawat akan mengakibatkan ulser gaster..
Sesetengah doktor juga turut menjalankan prosedur endoskopi, iaitu
memasukkan kamera berwayar ke dalam saluran pemakanan melalui
mulut.Tindakan ini adalah bagi melihat sekiranya terdapat komplikasi
daripada penyakit gastrik seperti pembentukan ulser, selain untuk
menyisihkan diagnosis lain.
Rawatan yang sering diberi adalah ubatan berupa cecair minuman, yang
mampu membantu mengurangkan rasa sakit perut. Ubatan ini boleh
ditemui di farmasi berdekatan.
Gastritis
Gastrik atau gastritis terjadi apabila berlakunya penurunan pada
tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Perlu diketahui umum bahawa, fungsi normal perut adalah
mengeluarkan asid (gastric juice) bagi mencerna
makanan serta membunuh kuman yang masuk melalui
mulut. Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam perut amat tinggi
berbanding bahagian lain dalam saluran pemakanan.
Bagi melindungi dinding perut itu sendiri daripada terhakis, suatu
mekanisma telah terbentuk (protective mechanism), dimana tisu
perut sendiri menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus, yang
mampu menjadi penghalang (protective layer) kepada asid
daripada terkena dinding perut.
Oleh itu, apa-apa yang mengganggu penghasilan lapisan ini boleh
menyebabkan gastritis berlaku.
Isu kesihatan
Penyebab Gastritis
Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh
mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga
mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:
Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
Tahap stress yang tinggi pada badan
Pengambilan alkohol berlebihan
Tindak balas dengan makanan atau ubat
Tindak balas dengan bahan kimia
Merokok
Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
8 dalam 10 kes gastritis berpunca daripada jangkitan bakteria ini.
Nama singkatannya yang sering digunakan juga ialah ‘H.pylori’.
Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan
makanan yang telah tercemar. Setelah berada di dalam perut,
bakteria ini akan bergerak masuk ke dalam lapisan mukus
yang memberi perlindungan tadi.
Dari sini, bakteria H.pylori akan bersarang dan menghasilkan
bahan kimia yang mampu mengakis lapisan mukus yang memberi
perlindungan tersebut.
Tanpa lapisan ini, asid perut akan terkena pada dinding lalu
menyebabkan rasa sakit dan pedih.
Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
NSAIDs adalah singkatan kepada ‘Non-steroidal Anti-
inflammatory Drugs’, iaitu sejenis ubat penahan sakit yang sering
diberi oleh doktor.
Ubat ini digunakan antaranya oleh mereka yang mempunyai sakit sendi
(keradangan) atau sakit otot (myalgia).
NSAIDs bertindak menghalang pembentukan sejenis bahan kimia yang
menyebabkan rasa sakit dalam tubuh manusia, iaitu ‘prostaglandin’.
Namun begitu, pada masa yang sama prostaglandin juga diperlukan
untuk menghasilkan lapisan mukus di dalam perut. Sekiranya NSAIDs
diberi, penghasilan mukus ini akan turut menurun kerana berkurangnya
jumlah prostaglandin yang diperlukan dalam proses penghasilan.
Apabila situasi ini berlaku, asid perut boleh menghakis sebahagian
dinding perut kerana ketiadaan lapisan mukus protektif ini.
Tanda Gastritis
Gejala yang hadir dalam penyakit gastritis selalunya adalah
ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul
diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku
ialah:
Senak perut (ketidakhadaman)
Sakit di bahagian ulu hati
Hilang selera makan
Perut kembung
Loya
Muntah
Rawatan Gastritis
Sekiranya anda mengalami penyakit ini, rawatan boleh dilakukan dengan
sendiri. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
Mengelakkan makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak
Mengambil makanan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil
Memberhentikan ubat NSAIDs sekiranya menjadi punca
Menjauhi minuman beralkohol
Mengurangkan stress
Berhenti merokok
Selain itu, ubat yang biasa diberikan bagi penyakit ini ialah:
Antasid (Antacid)
H2-blocker (contoh: ranitidine)
Proton pump inhibitor (PPI, contoh: lansoprazole,
pantoprazole)
Dismorfia otot
Sesetengah individu pula merasakan diri mereka bersaiz kecil dan
tidak cukup pertumbuhan. Jadi, mereka akan mengamalkan angkat
berat, menjalani latihan lasak dan bersenam secara berlebihan.
Dismorfia otot adalah gangguan psikologi yang membuat seseorang
ketagihan membentuk otot dan melakukan olahraga bina badan.
Meskipun tubuhnya sudah terbentuk dan otot-ototnya sudah
membesar, orang dengan gangguan dismorfia otot akan terus
berusaha untuk membuat tubuhnya lebih berotot.
Hal ini dilakukan dengan cara melakukan diet khusus secara ketat
serta latihan angkat berat yang ekstrim. Kadang-kadang, mereka
mengambil steroid atau suplemen pembina otot.
Ciri-ciri dismorfia otot
Bersenam habis-habisan untuk meningkatkan jisim otot
Panik dan stres jika tidak sempat bersenam
Tetap bersenam meskipun sedang sakit atau cedera
Gangguan makan, biasanya mengambil protein dalam jumlah
berlebihan
Ketagihan steroid
Terlalu sering bercermin dan memeriksa bentuk tubuh
Membanding-bandingkan tubuhnya dengan ahli bina badan
lain
Tidak percaya diri dengan bentuk tubuh dan dirinya
Kesan negatif
Mengangkat beban secara berlebihan berisiko menyebabkan
pecahnya salur darah aorta menyebabkan kematian. Aorta
adalah arteri utama yang mengalirkan darah dari jantung.
Obses dengan tubuh berotot menjalani diet ketat dengan
mengurangkan pengambilan kalori atau lemak.
Gizi yang tidak seimbang walau aktiviti fizikalnya
berlebihan, gula dalam darah menurun mendadak sehingga
pengsan.
Ketagihan steroid berisiko menyebabkan gangguan
hormon, penyakit jantung, stroke, hingga kanser hati.
-SEKIAN-
Disediakan Oleh:
FaddeyTay Ibrahim
Guru Biologi
SMK Ghafar Baba