The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Kursus Asas Permainan Bola Tampar Siri 3
SMK GHAFAR BABA 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-05-29 04:53:54

Modul Kursus Asas Permainan Bola Tampar sgb 2020

Modul Kursus Asas Permainan Bola Tampar Siri 3
SMK GHAFAR BABA 2020

Keywords: BOLA TAMPAR

SMK GHAFAR BABA
2020

KURSUS ONLINE PKPB
SIRI 3

PERMAINAN BOLA TAMPAR

Disediakan oleh :
MOHAMAD FADZIL BIN IBRAHIM

GURU / SETIAUSAHA 1M1S

*

1|F A D D EY T A Y I B R A H I M

2.0 ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK M/SURAT
1.0 H/UTAMA 1
2.0 ISI KANDUNGAN 2
3.0 PENDAHULUAN 3
4.0 SEJARAH DAN
PERKEMBANGAN 4-5
5.0
KEERLUAN DAN 6
6.0 PERALATAN
7 -10
7.0 CONTOH PAKAIAN DAN
AKSI PEMAIN 10-11
8.0
BAGAIMANA BOLA 12 - 17
9.0 BALING DIMAINKAN
17-18
10.0 TEKNIK DAN
KEMAHIRAN ASAS 18 - 19
11.0
12.0 ISYARAT PENGADIL 20
13.0 DALAM BOLA TAMPAR 21
22-26
PERATURAN ASAS
DALAM PERMAINAN

BOLA TAMPAR

KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

2|F A D D EY T A Y I B R A H I M

3.0 PENDAHULUAN

(Bola Tampar ): -

* Sejarah bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat.
Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat
satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan
beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia
Tenggara. Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895
di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat
oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu
permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk
sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat
mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di
pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang
bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun
bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain
menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah
meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu
yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu,
permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.

3|F A D D EY T A Y I B R A H I M

4.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

4.1 – Latar Belakang sukan : -

* Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan
yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau
(jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola
melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai
enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut.
Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan
melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan
betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan
memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan
melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau
Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada
Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan
negeri-negeri lain.

4|F A D D EY T A Y I B R A H I M

4.2 (Sejarah Dan Perkembangan Sukan) : -

* Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat.
Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa
permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan
beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di
Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and
Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah
diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada
tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke
Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua
jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian
bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan
(1870 – 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian
Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola
keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai
”Mintonette”.

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball”
setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima
oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa
Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan,
“Volleyball”. Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation
Internationale de Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.

Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah
diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar
sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada
tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan
sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali
dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun
1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun
mendapat pingat emas dalam acara wanita.

5|F A D D EY T A Y I B R A H I M

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis
sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220
negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari
Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and
the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan
persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

5.0 Keperluan Dan Peralatan

* Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua

ukuran dan peralatan yang digunakan dalam permainan ini adalah
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa. Peralatan dan permain terdiri daripada jersi,
seluar pendek dan kasut sukan. Seterusnya, jersi, seluar pendek dan
stokin mestilah seragam dan bersih dan sama warnanya untuk satu
pasukan. Dari segi kasut pula, mestilah ringan dan mudah lentur dengan
tapak getah atau kulit tanpa tumit.
Jersi pula mestilah merangkumi dari no. 1 – 18. Nombor-nombor
tersebut mesti dilekatkan di tengah bahagian depan dan di belakang
baju. Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna
jersi dan mempunyai ketinggian minimum 15cm di depan dan 20cm di
belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut
hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.

6|F A D D EY T A Y I B R A H I M

6.0 Contoh Pakaian Dan Aksi Pemain : -

(Saiz Bola) : -

* Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan

kulit yangmudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang
serupa di dalamnya.
*Warna : Seragam dan cerah
*Ukur lilit : 65-67 cm
*Berat : 260-280 gram
*Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

Penyukat Tekanan Udara
(Ukuran Gelanggang) : -
* Permainan ini dimainkan di atas gelanggang bola tampar yang
berukuran 18 meter (59 kaki) panjang dan 9 meter (29.5 kaki) lebar,
kemudian dibahagikan sama rata dengan ukuran 9m x 9m dengan jaring
yang berukuran 1 meter (40 inci) lebar. Ketinggian jaring bagi lelaki ialah
2.43 meter (7 kaki 11 5/8 inci) di atas garis tengah gelanggang dan 2.24
meter (7 kaki 4 1/8 inci) bagi wanita.

7|F A D D EY T A Y I B R A H I M

* Terdapat garisan 3 meter yang selari dari garisan pembahagi
gelanggang yang dikenali sebagai garisan serangan. Garisan 3 meter ini
(10 kaki) membahagikan gelanggang kepada kawasan barisan hadapan
dan barisan belakang. Setelah setiap pasukan mendapat giliran untuk
melakukan servis, ahli – ahli setiap pasukan hendaklah bergerak
mengikut arah pusingan jam.

* Gelanggang setiap pasukan dikelilingi dengan satu kawasan bebas
berukuran minimum 3 meter yang mana para pemain boleh memasuki
dan bermain di dalamnya selepas servis bola dilakukan. Setiap garisan
yang menandakan sempadan gelanggang pasukan dan zon serangan
dicat berdasarkan dimensi kawasan. Jika bola mengenai garisan –
garisan tersebut, bola tersebut dianggap ‘masuk’. Sepasang antena
diletakkan di setiap sisi jaring secara menegak di sempadan
gelanggang. Bola yang dihantar kepada pihak lawan hendaklah
melepasi kawasan antara antena tanpa menyentuh antena.

8|F A D D EY T A Y I B R A H I M

(Pakaian) : -

*Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan.
*Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama
warna untuksatu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk
dewasa,warna kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi
jenamanya boleh berbeza.
*Kasut mestilah ringan dan mudah lentuk dengan tapak getah atau kulit
tanpa tumit
*Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum
*Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian
depan dan belakang.
* Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi
dan mempunyai ketinggian minimum 15cm di depan dan 20cm di
belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut
hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.

9|F A D D EY T A Y I B R A H I M

7.0 Bagaimana Bola Baling Dimainkan : -

(Kedudukan Pemain) : -

* Susunan kedudukan pemain bola tampar dalam gelanggang adalah
mengikut strategik sesebuah pasukan. Susun atur ini menentukan
giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan
giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam.
Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada di posisi giliran
yang betul.

10 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Masa Permainan) : -
* Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima
adalah selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan
pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.

11 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

8.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS

(Menyangga Bola) : -

1. Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari.
2.Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan
pergelangan tangan.
3.Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut
untuk menerima hantaran.
4.Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk
menghadap sasaran.
5.Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang
minimum.
6.Elakkan daripada mengayun lengan ke bola.
7.Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil.
8.Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

12 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

Variasi Menyangga
1.Persediaan kedudukan asas
2.Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement )
3.Junam dan tangkap ( dive and catch )
4.Junam dan luncur ( dive and slide )
5.Junam dan pusing ( dive and turn )

(Servis Bawah) : -

* Pemain yang melakukan servis memukul bola dari arah bawah ke
atas. Servis jenis ini amat mudah untuk dikawal oleh para pemain pihak
lawan dan jarang digunakan di dalam pertandingan peringkat tinggi.
(Servis Atas) : -

13 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

* Bola diservis menggunakan tenaga dan daya yang lebih banyak
supaya bola yang dipukul naik ke atas setinggi – tingginya. Hasilnya,
pemain lawan perlu lebih berhati – hati dalam mengawal bola ini kerana
momentum jatuhannya lebih besar daripada bola yang diservis dengan
kaedah servis bawah tangan.

14 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Mengumpan) : -

* Umpanan pada kebiasaannya merupakan sentuhan kedua terhadap
bola di dalam sesebuah pasukan. Tujuan utamanya ialah mengumpan
bola ke udara supaya boleh diserang ke dalam gelanggang lawan.
Pengumpan menentukan koordinasi menyerang sesebuah pasukan.
Pengumpan jugalah yang akan menentukan siapa sebenarnya yang
akan menyerang bola yang diumpan.

* Adakalanya pengumpan akan melakukan umpanan secara melompat
apabila bola berada begitu hamper dengan jaring. Kadangkala
pengumpan akan cuba ‘menipu’ pihak lawan iaitu seakan – akan ingin
mengumpan bola kepada rakan sepasukan tetapi sebenarnya
pengumpan itu sendiri akan cuba menyerang iaitu cuba bermain bola
secara terus ke gelanggang lawan.

15 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Menghadang) : -

* Menghadang merujuk kepada tindakan yang diambil oleh para pemain
yang berdiri berhampiran jaring bagi menghalang serangan pihak
lawan.Hadangan yang dilakukan dengan tujuan untuk menghalang
serangan sepenuhnya, menjadikan bola yang diserang pihak lawan
kekal di gelanggang mereka sendiri dinamakan hadangan serangan.
Lompatan hendaklah tepat bagi memintas bola serangan pihak lawan.
Tapak tangan hendaklah dicondongkan kira – kira 45 hingga 60 darjah
kearah gelanggan lawan. ‘Bumbung’ merupakan suatu contoh hadangan
terbaik kerana bola serangan pihak lawan bukan sahaja dapat dihalang
malah akan kembali ke gelanggang lawan.

*Sebaliknya, sesuatu hadangan dipanggil hadangan bertahan jika
matlamat pasukan yang sedang bertahan ialah untuk mengawal dan
membiaskan bola pacuan tinggi supaya kelajuannya berkurangan dan
menjadi lebih senang untuk pasukan tersebut bertahan. Hadangan
seumpama ini dilakukan dengan cara menghalakan tapak tangan dan
lengan ke arah gelanggang sendiri.

16 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

9.0 Isyarat Pengadil Dalam Bola Tampar

* Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain. Sebelum
permainan dimulakan, giliran pasukan yang mana terlebih dahulu
memulakan servis ditentukan melalui undian. Seorang pemain
melakukan servis dengan melambungkan bola ke udara dan cuba
memukul bola tersebut agar melepasi jaring supaya bola tersebut akan
jatuh ke kawasan gelanggang lawan. Pihak lawan perlu menggunakan
tidak lebih daripada tiga sentuhan sahaja sebelum bagi mengembalikan
bola ke gelanggang pihak yang melakukan servis.

* Sentuhan – sentuhan yang dilakukan pada kebiasaannya terdiri
daripada sentuhan pertama iaitu bump atau pass supaya trajektori bola
tersebut menuju ke arah pemain yang ditugaskan sebagai setter
(pengumpan). Sentuhan yang kedua dilakukan oleh setter (pengumpan)
dengan cara hantaran atas kepala menggunakan pergelangan tangan
kemudian menolak bola menggunakan hujung jari supaya trajektori bola
tersebut menghala ke satu titik di udara di mana akan ada seorang
pemain yang ditugaskan untuk merejam bola tersebut. Sentuhan yang
ketiga dilakukan oleh attacker (penyerang) yang mana akan merejam
bola tersebut (melompat, menaikkan salah satu lengan melepasi aras
kepala lalu memukul bola tersebut agar ia bergerak dengan pantas terus
ke arah gelanggang lawan). Pasukan yang berada di dalam situasi ini
dinamakan pasukan yang menyerang.

17 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

* Pasukan bertahan akan cuba menghalang penyerang daripada
menghantar bola ke kawasan gelanggang mereka. Pemain – pemain
pasukan bertahan yang berhampiran dengan jaring akan melompat
untuk mencapai atau melepasi bahagian atas jaring untuk menghadang
bola yang direjam. Seandainya bola yang direjam masih berada di
dalam permainan atau melepasi hadangan, pemain – pemain bertahan
yang lain akan mengawal bola melalui dig (kebiasaannya hantaran
pergelangan tangan digunakan untuk hantaran bola berkelajuan tinggi).

10.0 PERATURAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA
TAMPAR

# Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut undang-undang
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-
peraturan am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Antara
undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut : -

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil.
2. Setiap pasukan terdiri daridapa sekurang-kurangnya enam orang
pemain.
3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup
wisel.
4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan
belakang.
6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja.
7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola
dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan.

18 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

8. Menghalang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
9.Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar
kawasan serangan.
10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau
memasuki kawasan pihak lawan.
11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali dalam satu set permainan
dengan kebenaran pengadil.
12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set
permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang
ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran
dibuat semula.
13. Masa kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan
pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan
untuk menentukan kemenangan.
14.Set penentuan hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua
mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam
kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

19 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

11.0 Kesimpulan

Permainan bola tampar adalah salah satu sukan yang unik serta
terkenal di seluruh dunia. Keseluruhan tugasan ini menerangkan
mengenai sejarah bola tampar, alatan, undang-undang, kemahiran asas
dan taktik permainan.Sukan bola tampar memerlukan enam orang
pemain, satu gelanggang yang khusus serta ketinggian jaring yang telah
ditetapkan. Seperti permainan bola sepak, ia telah dipertandingkan di
peringkat dunia seperti sukan Olimpik.Sukan bola tampar juga
memerlukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti digging,
menghadang, mengumpan, dan merejam.
Penguasaan yang tinggi terhadap kemahiran - kemahiran ini
memberikan kelebihan kepada pasukan untuk mengatasi lawan.Sebagai
seorang guru, kita perlulah sentiasa mengkaji mengenai permainan-
permainan supaya kita mampu menjadi seorang guru yang serba boleh
dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
Bagi seorang guru, kita perlu tahu sekurang-kurangnya kemahiran asas
mengenai sesuatu permainan, selain melahirkan idea-idea yang baru
dan bernas ke arah meningkatkan martabat profesion perguruan dan
sukan negara.

20 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

12.0 RUJUKAN

*http://www.mpob.gov.my/mpic/img/pdf/peraturan/peraturanBolaTa

mpar.pdf

* http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1314146539.pdf
* http://www.slideshare.net/gtabbas/chegu-abbas-undangundang-

dan-peraturan-bola-tampar
* http://www.zairedin.com/2011/03/peraturan-dan-undang-undang-
bola-tampar.html
* https://www.scribd.com/doc/98541404/Nota-Bola-Tampar
* http://lorong-cinta.blogspot.my/2012/10/bola-tampar.html
* http://www.slideshare.net/Afzan_Razali/permainan-bola-tampar-
12910052

21 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

13.0 LAMPIRAN

(Saiz Bola) : -
Bola saiz 5 berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit
sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau
bahan serupa.

(Ukuran Gelanggang) : -

22 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Pakaian) : -

23 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Kedudukan Pemain) : -

(Menyangga Bola) : -

24 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Servis Atas) : -

(Servis Bawah) : -

(Mengumpan) : -

25 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

(Menghadang) : -

TAMAT_________________________

26 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M

DISEDIAKAN OLEH:
EN.MOHAMAD FADZIL
BIN IBRAHIM
SETIAUSAHA 1M1S
SMK GHAFAR BABA

27 | F A D D E Y T A Y I B R A H I M


Click to View FlipBook Version