The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

bab 9 Pemanasan global
tingkatan 2 kssm

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadymore81, 2020-07-01 07:17:35

Pemanasan global

bab 9 Pemanasan global
tingkatan 2 kssm

Keywords: Pemanasan global

BAB 9:PEMANASAN GLOBAL

TINGKATAN DUA

Disediakan: Faddey Tay IbraPhagiem1

Page 2

Pemanasan Global

Page 3

9.1 Maksud Pemanasan Global
9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global

9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global

9.4 Langkah-langkah Mengurangakan Kesan
Pemanasan Global
Page 4

Maksud Pemanasan Global

• Pemanasan global (Global Warming) adalah peningkatan
suhu permukaan bumi yang diakibatkan oleh pengumpulan
gas-gas yang menimbulkan kesan rumah hijau di lapisan
atmosfera bumi, ini mengakibatkan haba bumi tertahan di
lapisan bawah atmosfera, yang akhirnya menyebabkan
meningkatkan suhu bumi.

Page 5

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan Global  kenaikan suhu permukaan bumi (atmosfera,
laut dan daratan bumi) yang disebabkan oleh peningkatan
pembebasan gas karbon dioksida (CO2) dan gas-gas lain yang biasa
dikenal sebagai gas rumah hijau yang menyelimuti bumi.

Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara
berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan
pertambahan gas karbon dioksida (CO2 ), klorofluorokarbon (CFC)
dan bahan-bahan pencemar yang lain.

Page 6

Page 7

Kesan Rumah
Hijau

Page 8

PEMANASAN GLOBAL

• Cahaya matahari yang masuk ke bumi. Sebahagian dipantulkan kembali
oleh permukaan bumi ke angkasa. Sebahagian lagi akan diserap oleh gas-
gas di atmosfera yang menyelimuti bumi (gas rumah hijau) sehingga haba
terperangkap dalam bumi dan memanaskan seluruh bumi  KESAN
RUMAH HIJAU

• Suhu bumi semakin panas kerana haba yang dibalikkan oleh bumi
terperangkap dalam atmosfera kesan daripada gas rumah hijau.

• Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur
dioksida, metana, kloroflurokarbon (CFC), habuk, debu, gas-gas dan
sebagainya.

Page 9

KESAN RUMAH HIJAU

• Kesan Rumah Hijau menyebabkan bumi menjadi panas dan sesuai ditempati
manusia kerana jika tidak ada Kesan Rumah Hijau, suhu permukaan bumi akan
berada pada lingkungan 0 – 18°C.

• Jika tidak ada kesan rumah hijau, permukaan bumi akan tertutupi oleh lapisan
ais dan sebaliknya jika kesan rumah hijau berlebihan maka akan menyebabkan
pemanasan global.

• Gas-gas rumah hijau, antara lain :

1. CO2 (Karbon dioksida)

 CO2 merupakan salah satu gas rumah hijau yang terbentuk secara semulajadi.
CO2 lebih banyak dihasilkan akibat aktiviti manusia.

 Meningkatnya jumlah CO2 yang dilbebaskan ke atmosfera disebabkan beberapa
aktiviti manusia seperti, membakar bahan bakar fosil, dan kayu, asap kilang.

 Jumlah tumbuhan yang mampu menyerap CO2 semakin
berkurang akibat pembakaran hutan mahupun penebangan

hutan untuk bahan mentah kayu atau perluasan kawasan

pertanian. Page 10

KESAN RUMAH HIJAU

2. CH4 (Metana)
 CH4 merupakan pemerangkap haba yang efektif kerana mampu memerangkap
kepanasan 20 kali lebih banyak dibandingkan dengan CO2.
 Gas CH4 dihasilkan oleh kegiatan perlombongan arang batu dan fosil. Selain itu,
gas CH4 juga dihasilkan dari pereputan bahan organik di tempat pembuangan
sampah, dan najis dikeluarkan oleh haiwan-haiwan.

3. N2O (Nitrogen oksida)
 N2O dihasilkan terutama dari pembakaran bahan bakar fosil, kegiatan pertanian
dan proses industri.
 Gas N2O dapat memerangkap haba 300 kali lebih tinggi
dibandingkan dengan CO2.

Page 11

KESAN RUMAH HIJAU

4. CFC (klorofluorokarbon)
 CFC atau klorofluorokarbon ialah suatu kelas bahan kimia sintetik yang
tidak berbau, tidak beracun, tidak mudah terbakar dan lengai dari segi
kimia..
 CFC menjadi popular sebagai propelan dalam tin aerosol, sebagai bahan
pendingin dalam peti sejuk dan penyaman udara, sebagai agen
penyahgris dan dalam pengilangan bungkusan.
 CFC bertanggungjawab terhadap penipisan lapisan ozon dan
mengakibatkan sinaran ultraviolet (UV) memasuki ruang Bumi dalam
kuantiti yang banyak.

Page 12

Tindakan Manusia Punca Pemanasan Global

Page 13

KESAN NEGATIF

Pencairan Ais di Kutub Kenaikan Permukaan Air Laut
Pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub
Selatan. Ais di Greenland yang telah
mencair hampir mencapai 19 juta ton!

Perubahan Iklim

Kemusnahan Gangguan
terumbu Ekologi

karang pada Habitat beruang
ekosistem laut kutub dan penguin

Musnahnya Glasier sebagai Sumber Air Bersih berkurang di
ekosistem kutub

Page 14

Faktor-faktor Pemanasan Global
(Manusia)

(a) Pembukaan hutan atau penyahutanan
•Hutan dibuka untuk petempatan, pertanian, pengangkutan dan
perindustrian.
• Kayu, dahan, ranting dan daun pokok dibakar.
• Asap dan habuk mencemarkan udara semasa aktiviti pembakaran
hutan secara terbuka dilakukan.
• Pembukaan hutan membolehkan pancaran matahari sampai ke
permukaan bumi tanpa halangan.
• Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses fotosintesis
terganggu dan peratusan karbon dioksida semakin meningkat.

Page 15

Faktor-faktor Pemanasan Global
(Manusia)

(b) Pertanian dan penternakan
• Penggunaan baja organik terutamanya najis lembu,
kambing, ayam dan kelawar membebaskan gas metana
yang mencemarkan udara semasa mengalami proses
pereputan.
• Penggunaan baja nitrat untuk pertanian membebaskan
gas nitrogen yang turut menyumbang kepada pencemaran
udara

Page 16

Faktor-faktor Pemanasan Global
(Manusia)

(c) Penggunaan bahan api fosil
• Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti
perindustrian yang menggunakan bahan api fosil sebagai
bahan bakar utama.
• Penggunaan bahan api fosil menghasilkan gas
pencemar udara seperti sulphur dioksida dan karbon
monoksida.

Page 17

Faktor-faktor Pemanasan Global
(Manusia)

(d) Aktiviti penjanaan kuasa elektrik
• Penjanaan kuasa elektrik melalui
pembakaran arang batu dan petroleum
membebaskan gas karbon dioksida, karbon
monoksida, hidrokarbon, asap dan habuk
ke udara

Page 18

Faktor-faktor Pemanasan Global
(Faktor Semula Jadi)

(a) Aktiviti gunung berapi
• Asap, debu, habuk dan gas sulphur yang dikeluarkan
melalui ledakan gunung berapi memanaskan udara dan
meningkat suhu bumi.

(b) Pemanasan berlebihan daripada matahari
• Pemanasan cahaya matahari yang berlebihan di
permukaan bumi akibat pencemaran udara, penipisan
lapisan ozon dan kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan.

Page 19

Page 20

Sumber Gas Rumah Hijau

Page 21

Kesan–kesan Pemanasan
Global

Page 22

Kesan–kesan Pemanasan
Global

Page 23

Kesan–kesan Pemanasan
Global

Page 24

Kesan–kesan Pemanasan
Global

Page 25

Page 26

Langkah-langkah Mengurangkan
Kesan Pemanasan Global

Page 27

Langkah-langkah Mengurangkan
Kesan Pemanasan Global

Page 28

Amalan 5R

• Reduce (Kurangkan) – Mengurangkan
penggunaan barangan yang boleh
menjejaskan alam sekitar.
• Recycle (Kitar semula) – Kitar semula
barangan yang telah digunakan untuk fungsi
yang lain. – Misalnya, kertas surat khabar
boleh dianyam menjadi bakul atau kraf
tangan.

Page 29

Amalan 5R

• Repair (Baiki) – Memperbaiki sesuatu
barangan yang telah rosak.
• Reuse (Guna semula) – Menggunakan
semula sesuatu barang yang tidak boleh
dilupuskan. Misalnya beg plastik dan botol
plastik.

Page 30

Amalan 5R

• Rethink (Fikir semula) – Berfikir dua kali
atau lebih sebelum menggunakan sesuatu
produk atau barang.
– Elakkan menggunakannya jika tidak
memberikan manfaat serta boleh
menjejaskan persekitaran.

Page 31

Penggunaan tenaga mesra
alam sekitar

• Penggunaan tenaga arang batu dan
petroleum menghasilkan banyak bahan
pencemar.

• Tenaga tersebut boleh digantikan dengan:
– Tenaga suria – Tenaga biomas
– Tenaga angin – Tenaga ombak
– Tenaga hidroelektrik – Tenaga geoterma
– Tenaga nuklear

Page 32

Pendidikan Alam Sekitar

• Penerapan ilmu alam sekitar dalam
kurikulum melalui mata pelajaran Geografi
dan Sains di sekolah serta pengenalan
kursus berkaitan alam sekitar di universiti
dan kolej.
• Penubuhan kelab dan persatuan berkaitan
seperti Sahabat Alam Malaysia, Kelab
Rekreasi, Kelab Alam Sekitar dan
sebagainya.

Page 33

Penguatkuasaan undang-undang

Tujuan:
• – Mengawal penebangan hutan secara

tidak terancang.
• – Mencegah aktiviti pembakaran terbuka.
• – Mengawal pelepasan asap dari

kenderaan secara berlebihan.
• – Mengawal pembebasan asap

berbahaya dari kilang

Page 34

Penguatkuasaan Undang-Undang

• Contoh akta undang-undang yang digubal:
– Akta Perlombongan Petrol 1966
– Akta Kerajaan Tempatan 1976
– Akta Perhutanan 1984
– Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012
– Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

2012

Page 35

Kerjasama Antarabangsa

• Protokol Kyoto 1997: Perjanjian antarabangsa untuk
mengambil langkah bagi mengurangkan pencemaran
udara dan kesan rumah hijau.

• Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca
(IPCC).

• Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam
Sekitar dan Pembangunan (UNCED) atau Sidang
Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun
1992.

Page 36

Kerjasama Antarabangsa

• Kerangka Konvensyen tentang Perubahan
Cuaca (UNFCCC).

• Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis
dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk
bersama komuniti antarabangsa bagi menangani
isu perubahan iklim.

Page 37

Tips Mengurangkan
Pemanasan Global

Page 38

Page 39

Rumusan

Page 40

Page 41

-SEKIAN, SELAMAT
BELAJAR-

Disediakan Oleh:
• Faddey Tay Ibrahim
• Guru Geografi

/Biologi
• SMK Ghafar Baba

Page 42


Click to View FlipBook Version