9.5 Penyahtinjaan
Fungsi usus besar
Selepas penyerapan nutrien di ileum selesai,
makanan yang tidak tercerna, sel yang mati, sel
epitelium, serat dan air memasuki usus besar dan
bergerak dengan perlahan melalui tindakan
peristalsis.
Serat terdiri daripada selulosa dinding sel
tumbuhan.
Usus besar menjalankan dua fungsi utama:
• penyerapan air dan vitamin • pembentukan tinja
Usus besar
Usus besar mempunyai satu populasi bakteria yang besar.
Terdapat lebih 1000 spesies bakteria berbeza dalam usus
besar dan keseimbangan antara bakteria berfaedah dengan
yang kurang berfaedah amat penting bagi kesihatan dan
persekitaran yang stabil dalam salur alimentari.
Kesihatan usus anda juga dapat dikekalkan dengan
mengamalkan tabiat baik seperti senaman secara tetap dan
tidur yang mencukupi, serta mengelakkan tabiat buruk,
termasuk penggunaan alkohol dan antibiotik yang berlebihan.
Terdapat makanan tertentu yang boleh membantu
mengimbangkan nisbah mikrobiota baik dan buruk di dalam
usus seperti probiotik, prebiotik dan serat.
PENYERAPAN AIR DAN VITAMIN
Bahan yang diserap ialah:
air dan garam mineral
hasil sampingan metabolisme sesetengah bakteria,
misalnya, vitamin B, K dan asid folik
PENYERAPAN AIR
PEMBENTUKAN TINJA
Setelah air diserap, sisa yang tinggal berupa separa
pepejal disebut tinja. Tinja mengandungi sel-sel mati
daripada lapisan dalam usus, bahan buangan seperti
pigmen hempedu, bakteria dan bahan toksik.
Dinding usus besar merembeskan mukus untuk
melicinkan pergerakan tinja sehingga ke dubur. Tinja
mengambil masa selama 12 hingga 24 jam untuk
bergerak sebelum memasuki rektum.
Tinja akan terus dikumpulkan dalam rektum sehingga
tekanan dalam rektum meningkat dan menyebabkan
keinginan untuk menyingkirkan tinja dari badan.
Otot-otot rektum mengecut untuk mengeluarkan tinja
dari dubur. Proses ini disebut penyahtinjaan.
Proses dalam kolon
penyahtinjaan
Dubur
Kanser kolon
Polip usus
Probiotik
Probiotik ialah mikro organisma hidup yang apabila
dimakan boleh memberi manfaat kesihatan. Ia boleh
dimakan dalam bentuk suplemen, produk kesihatan
preskripsi atau produk makanan asli, seperti yogurt
dan kimchi.
Apabila populasi mikrobiota usus tidak seimbang
kerana masalah cirit-birit atau selepas rawatan
antibiotik, probiotik boleh dimakan untuk
memulihkan nisbah mikrobiota baik dan buruk yang
normal di dalam usus.
Lactobacillus
Ada banyak spesies mikrobiota berbeza yang dikelaskan sebagai
probiotik. Ia terdiri daripada bakteria dan yis. Antara spesies
probiotik yang biasa termasuk:
a. Lactobacillus ialah kumpulan bakteria probiotik terbesar di
dalam usus. Terdapat lebih daripada 50 spesies lactobasilli, seperti
L. acidophilus, L. rhamnosus GG, dan L. bulgaricus. Ia boleh
ditemui secara semula jadi di dalam sistem penghadaman, urinari,
genital serta makanan asli dan tambahan.
Lactobacillus berpotensi untuk mencegah atau merawat cirit-birit
akut (juga dikenali sebagai gastroenteritis akut yang sering disebab-
kan jangkitan virus), sindrom usus rengsa (IBS), jangkitan saluran
kencing (UTI), jangkitan yis vagina, selesema, penyakit kulit,
jangkitan pernafasan viral pada kanak-kanak serta mengurangkan
intolerans laktosa dan paras kolesterol
Bifidobacterium
b. Bifidobacterium meliputi kira-kira 30 spesies yang
berbeza, seperti B. bifidum, B. lactis dan B. longum. Ia
adalah antara spesies bakteria pertama yang membiak di
dalam usus bayi, terutama bayi yang diberi susu ibu dan
boleh membantu menghadam susu ibu.
Penyusuan susu ibu membantu mengembangkan
mikrobiota usus bayi. Kanak-kanak yang diberi susu ibu
untuk sekurang-kurangnya enam bulan didapati
mempunyai lebih banyak Bifidobacteria berbanding yang
diberi susu formula.
Bifidobacterium, sebagaimana Lactobacillus, juga
digunakan untuk membantu mencegah atau merawat
pelbagai masalah usus, jangkitan dan masalah kulit.
Apakah Yang Berlaku Di Dalam Usus ?
Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang
seimbang untuk membantu sistem penghadaman
berfungsi dengan baik
Usus yang sihat dapat mencegah penyakit
usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta
penyakit melibatkan iritasi pada usus (Irritable Bowel
Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative
Colitis.
Bakteria usus terdiri daripada bakteria
baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria
ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem
penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan
penyerapan nutrien yang lebih berkesan.
Streptococcus thermophilus
c. Streptococcus thermophilus yang boleh dijumpai
di dalam usus besar, menghasilkan kuantiti enzim
laktase yang banyak untuk mengurai laktosa di dalam
susu menjadi asid laktik. Ia banyak digunakan dalam
penghasilan yogurt dan keju.
Spesies lain genus Streptococcus, seperti S. pneumoniae,
mungkin patogenik, tetapi S. thermophilus dibuktikan
selamat sebagai probiotik. Suhu pertumbuhan
optimumnya juga dalam julat yang sesuai untuk
mikrobiota usus kita. Ia juga boleh memperbaiki
penghadaman, meningkatkan keimunan dan membantu
mengatasi masalah kesihatan lain.
Saccharomyces boulardii
d. Saccharomyces boulardii berbeza daripada probiotik yang
disebutkan sebelum ini. S. boulardii ialah keluarga terdekat S. cerevisiae,
yang dikenali sebagai yis ibu roti. Bagaimanapun, ia mempunyai suhu
pertumbuhan optimum lebih tinggi iaitu pada 37 darjah Celsius dan
bertahan lebih baik dalam pH berasid, membolehkannya sampai ke usus
dalam keadaan aktif. Ia juga tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.
Kerana S. boulardii ialah spesis yis, ia tidak terjejas dengan antibiotik, yang
cuma menyasarkan bakteria. Oleh itu, ia sesuai untuk mengembalikan
imbangan mikrobiota usus selepas rawatan antibiotik.
Kerana itu ia berguna terutama untuk merawat penyakit cirit-birit akut dan
cirit-birit yang berkaitan dengan penggunaan antibiotik. S. boulardii boleh
ditemui di dalam makanan yang ditapai, seperti kefir atau kombucha, yang
mempunyai kombinasi yis dan probiotik bakteria.
Bakteria Baik VS Bakteria Jahat
Bakteria Baik Bakteria Jahat
dipanggil probiotik boleh menyebabkan
usus sakit jika berada
merupakan bakteria yang dalam usus
menjadikan dinding secara berlebihan
usus kuat dan sihat.
1. Bakteria Baik (Probiotik)
Fungsi
Membantu melegakan masalah penghadaman seperti
sembelit, kembung dan cirit-birit.
Menguatkan sistem ketahanan badan.
Menggalakkan penyerapan nutrien oleh usus.
Sumber
Terdapat 2 jenis probiotik yang utama iaitu :
i. Lactobacillus (hidup di usus kecil)
ii. Bifidobacterium (hidup di usus besar).
Probiotik daripada sumber makanan boleh didapati
daripada susu kultur, tempe dan yogurt untuk
meningkatkan bakteria baik di dalam usus.
Bagi mereka yang tidak menggemari susu, probiotik dalam
bentuk suplemen juga boleh didapati di pasaran.
Prebiotik
Prebiotik adalah “makanan” untuk bakteria baik
(probiotik) di mana ia meningkatkan populasi
probiotik di dalam usus.
Sumber prebiotik :
1) Bawang besar, bawang putih, daun saderi
2) Buah pisang
3) Asparagus
4) Oat, barli
5) Kacang soya
2. Bakteria Jahat
Antara faktor peningkatan populasi bakteria jahat di
dalam usus termasuklah :
penggunaan antibiotik yang berlebihan
peningkatan toksik dalam badan
pengambilan serat yang tidak mencukupi.
-SEKIAN-
Disediakan Oleh:
Faddey Tay Ibrahim
Guru Biologi
SMK Ghafar Baba