PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI ISU KESALAHAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI NOR SAKINAH BINTI MOHAMAD BMMB3023
PENGENALAN Bahasa merupakan satu sistem simbol yang mempunyai makna dan digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat pernyataan dan bertindak sebagai alat untuk menyuarakan emosi, perasaan dan fikiran. Justeru, bahasa seringkali mengalami perubahan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat, budaya, teknologi dan ilmu pengetahuan (Faridah et al, 2024). Terdapat banyak istilah mahupun perkataan baharu yang muncul saban hari digunakan bersesuaian untuk mengungkapkan istilah-istilah, konsep, benda, keadaan dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu (Rafiza et al, 2015). BMMB3023
Menurut Wan Robiah Meor Osman dan Shin (2019), penutur bahasa tidak dapat lari daripada perubahan bahasa disebabkan kemajuan teknologi maklumat yang sering berkembang pesat. Sebagai contohnya, perkataan ‘5G’ dan ‘Internet’ merupakan perkataan baharu yang muncul seiring dengan perkembangan teknologi digital. Perkembangan teknologi FAKTOR-FAKTOR PERKATAAN BAHARU DIBENTUK FAKTOR-FAKTOR PERKATAAN BAHARU DIBENTUK BMMB3023 Perubahan sosial dan budaya Pembentukan perkataan baharu ini adakalanya berdasarkan tren, nilai-nilai dan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat kita sekaligus mencerminkan evolusi budaya dan perubahan dalam cara kita berfikir dan berinteraksi. Misalnya, perkataan melepak merujuk kepada aktiviti bersantai, biasanya dengan rakan-rakan di kedai kopi. Globalisasi Globalisasi menghubungkan masyarakat di seluruh dunia sehingga telah mempengaruhi bahasa Melayu dengan memasukkan istilah-istilah baharu seperti perkataan ‘Global Brand’ yang merupakan jenama terkenal di seluruh pelosok dunia seperti Apple, Nike, Coca Cola dan sebagainya. Pembentukan Perkataan Baharu
Bagi menggambarkan konsep yang belum ada dalam bahasa aslinya adalah dengan meminjam kata-kata dari bahasa lain. Istilah-istilah yang diambil daripada bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Tamil, bahasa Cina mahupun dialek telah memberi kesan pada perubahan struktur kata bahkan menambah jumlah suku kata kepada sesuatu kata (Atiqah et al, 2017). Tamsilnya, kata ‘tweet’ , ‘chat’ dipinjam daripada bahasa Inggeris. Pinjaman kata FAKTOR-FAKTOR PERKATAAN BAHARU DIBENTUK FAKTOR-FAKTOR PERKATAAN BAHARU DIBENTUK Pengaruh Media Sosial Media sosial turut memainkan peranan penting dalam penyebaran perkataan baharu seiring perkembangan teknologi yang semakin pesat. Perkataan baharu yang tersebar melalui media sosial mudah digunakan oleh masyarakat serta popular. Menurut Ayu Mazlan et al. (2021), banyak lambakan istilah baharu berkaitan COVID-19 yang belum dibakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti kontak sosial, zon merah, kes positif dan nyahkuman. BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
BUNYI ASLI BAHASA MELAYU BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Menurut Kahramonovna et al. (2023), bidang fonetik mentakrifkan bunyi bahasa sebagai fonem yang merupakan unit terkecil dalam sesuatu bahasa. Fonem ialah unit bunyi yang memainkan peranan penting dalam bahasa dan perubahan fonem dalam kata-kata dapat menghasilkan perubahan makna. Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi asli yang terdiri daripada 18 konsonan dan enam vokal (Nik Safiah Karim et al, 2015). BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
K O N S O N A N 1 . K O N S O N A N 1 . Daerah Sebutan Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Glotis LETUPAN PB TD - KG - LETUSAN - - - - - SENGAU M N NYN NGN - GESERAN - S - - N GETARAN - R - - - SISIAN - L - - - SEPARUH VOKAL W - Y - - Huruf konsonan ialah huruf-huruf selain huruf vokal. Terdapat 18 bunyi konsonan Melayu asli yang diklasifikasikan berdasarkan cara dan daerah sebutan bunyi. Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
TABURAN KONSONAN awal perkataan p, t, k, m, n, ,ng, s, h, r dan l, b, c, d, g dan j tengah perkataan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g, dan j akhir perkataan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l ,b, c, d, g dan j Huruf konsonan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g dan j hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan namun perkataan yang berakhir dengan huruf b, c, d, g dan j merupakan contoh kata pinjaman. BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
K O N S O N A N K O N S O N A N Huruf Konsonan Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan P PAYUNG KAPAL MALAP T TEKUN BETUL BARAT K KINI BAKAT SELAK M MALAM LAMPU BELUM N NANTI MANDI BUKAN NG NGANGA MUNGKIN BARANG S SAPU BASUH BAS H HAMA TAHUN MUDAH Contoh perkataan konsonan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g dan j Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
K O N S O N A N K O N S O N A N Huruf Konsonan Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan R RABUN BERUK BESAR L LARI BELIT BAKUL B BELON RABUN BAB C CANTIK BONCENG KOC D DACING BANDING ABAD G GULI BAGAI BEG J JANTUNG BAJAK KOLAJ Contoh perkataan konsonan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g dan j Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
K O N S O N A N K O N S O N A N Huruf Konsonan Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan NY NYANYI BANYAK - W WANITA BAWAL - Y YAKIN BAYAR - Perkataan ny, w dan y dapat muncul pada awal dan tengah perkataan tetapi tidak muncul pada akhir perkataan. Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
2 . V O K A L 2 . V O K A L VOKAL Huruf Vokal Hadapan Vokal Belakang Vokal Tengah [i] Vokal depan sempit - - [e] Vokal depan separuh sempit - - [a] Vokal depan luas - - [u] - Vokal belakang sempit - [o] - Vokal belakang separuh sempit - [ə] - - Vokal tengah Vokal asli bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga jenis iaitu : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023 Vokal a, i dan u boleh hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Namun, vokal e (taling), e (pepet) dan o hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Manakala, vokal e (taling) dan o yang muncul pada akhir perkataan hanya wujud daripada bahasa pinjaman.
V O K A L Huruf Awal Perkataan Tengah Perkataan Terbuka Tengah Perkataan Tertutup Akhir Perkataan a ambil buang bantu buana i ikan risiko pintu cermai o otak robotik dompet foto u udang beruang buntal baharu e (taling) enak tengok bengkok sate e (pepet) [ə] emak mantera bengkak idealisme Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
3 . D I F T O N G 3 . D I F T O N G Huruf Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan ai air bait badai au aurat maulana bau oi - boikot amboi Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023 Diftong merupakan gabungan dua suara vokal yang terdengar sebagai satu suara tunggal. Dalam bahasa Melayu, diftong umumnya terjadi ketika dua huruf vokal bertemu dalam satu suku kata. Tambahan pula, sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti berikut : Diftong oi hanya wujud pada akhir perkataan asli bahasa Melayu. Perkataan ‘boikot’ ialah kata pinjaman bahasa Inggeris.
BUNYI BAHASA PINJAMAN Antara bahasa yang pesat berkembang di wilayah Nusantara ialah bahasa Melayu yang memiliki sifat yang fleksibel dan dinamik sekaligus memudahkannya untuk menerima pengaruh bahasa asing, terutama dalam aspek perbendaharaan kata atau leksis. Pertama kali bahasa Melayu menerima pengaruh dari bahasa asing iaitu bahasa Sanskrit telah membuktikan adanya hubungan dengan peradaban Hindu-Buddha di Nusantara pada masa lalu. Kemudian, pada abad ke-11, bahasa Arab memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan bahasa Melayu terutamanya dalam bidang keagamaan dan ilmu pengetahuan kerana penyebaran Islam pada waktu itu. Manakala, sejak zaman kolonial hinggan abad ke-20, bahasa Inggeris menjadi pengaruh utama melalui proses kolonialisasi oleh penjajah British. Pengaruh bahasa Inggeris masih terasa hingga ke harini terutamanya dalam bidang teknologi, sains dan ekonomi. Bahasa Melayu telah menerima sembilan (9) konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing. BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
KONSONAN PINJAMAN Cara Sebutan Letupan Geseran Huruf Daerah Sebutan q anak tekak - f, v - bibir-gigi th, dz/th - gigi-gusi z - gigi sy - lelangit keras kh, gh - lelangit lembut BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
Huruf Konsonan Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan q quraisy maqam (makam) suraq f fakir manfaat maaf v vakum televisyen - th Thalasa (selasa) Ithnin (Isnin) bahath (bahas) dz/th dzat (zat) bedza (beza) haidh (haid) z zaman ekzema kuiz sy syarat masyhur skuasy kh Khamis akhir marikh gh ghazal maghrib tabligh Contoh perkataan untuk konsonan pinjaman : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu Imbuhan Sanskrit Imbuhan Arab-Parsi Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu terjadi melalui proses peminjaman kata dan pembentukan kata dengan menambah imbuhan sekaligus memberikan makna tertentu kepada kata dasar. Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku sejak zaman bahasa Melayu kuno, iaitu sekitar abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India yang datang berdagang di kepulauan Melayu. Malah, sami atau pendeta agama Hindu dan Buddha turut mengembangkan bahasa Sanskrit kepada penduduk tempatan melalui penyebaran agaram mereka. Imbuhan Sanskrit dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran. Penerapan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu melalui ajaran agama Islam memiliki pengaruh yang besar terutamanya dalam bidang perbendaharaan kata. Kedatangan Islam membawanya bersama AlQur’an dan telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap bahasa dan sastera Melayu secara keseluruhan. Beberapa perkataan Arab diterima pakai dalam bahasa Melayu tetap mempertahankan bentuk asalnya sementara sebahagian lagi mengalami perubahan bentuk sesuai dengan sebutan Melayu. Terdapat dua jenis imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan dan akhiran.
Bentuk Imbuhan Maksud Contoh AWALAN maha teramat, sangat, amat, berkuasa, hebat, agung mahaguru, mahasiswa, mahakarya Jika merujuk sifat Allah maka hendaklah ditulis dengan huruf besar (Allah Yang Maha Besar) tata peraturan, susunan tatanegara, tatasusila, tatarakyat pra sebelum, syarat kepada sesuatu yang mengikutinya pra sekolah, pra sejarah, pra penilaian swa sendiri swasta (berdiri sendiri), swafoto (foto sendiri) tuna tiada, tidak mempunyai tunaanggota (tiada anggota/cacat), tunawisma (tiada rumah) eka, dwi, tri, panca eka (satu), dwi (dua), tri (tiga), panca (lima) ekabahasa, dwibahasa, tribahasa, panca bahasa pasca sesudah pascabanjir, pascaprogram Contoh imbuhan awalan daripada bahasa Sanskrit : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
Bentuk Imbuhan Maksud Contoh AKHIRAN wan pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu sifat atau keupayaan usahawan, cendekiawan, jelitawan man seniman, budiman wati pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu sifat atau keupayaan (wanita) seniwati, angkasawati, budayawati nita karyawanita, biduanita Contoh imbuhan akhiran daripada bahasa Sanskrit : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
Bentuk Imbuhan Maksud Contoh Bentuk kata AWALAN bi tidak biadap (tidak beradab) bilazim (tidak lazim) kata adjektif AKHIRAN wi mencirikan sifat yang terkandung pada kata dasar sejarahwi, duniawi kata nana i hakiki, akli, bahari, azali kata adjektif iah sifat atau ciri yang ada pada kata dasar batiniah, ilmiah, akliah kata nama in merujuk kepada lelaki/perempuan muslimin, hadirin at muslimat ah ustazah, qariah Contoh imbuhan awalan dan akhiran daripada bahasa Arab-Parsi : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Antara faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu berpengaruh terhadap bahasa Melayu termasuklah dasar bahasa pihak pemerintah Inggeris yang mengutamakan bahasa Inggeris sekaligus menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pemerintahan Inggeris, pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu, peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan perancangan bahasa Melayu yang menyerap istilah daripada bahasa Inggeris untuk membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden. Terdapat dua imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan dan akhiran.
Bentuk Imbuhan Maksud Contoh Bentuk kata AWALAN pro menyokong, bersetuju, menyebelahi, memihak proaktif, probarat, propembangkang kata nama anti menentang, membangkang, melawan antikomunis, antibuli, antijenayah poli banyak policakera, poliklinik, politeknik auto dapat bekerja dengan sendiri automatik, autonomi, autograf sub sebahagian daripada keseluruhan subtema, subtopik, subkelas supra melebihi, mengatasi, melangkaui suprasegmental, supranasional, suprabudaya Contoh imbuhan awalan daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
Bentuk Imbuhan Maksud Contoh Bentuk kata AKHIRAN -isme fahaman, pegangan nasionalisme, idealisme kata nama -ik sifat sesuatu logistik, saintifik -si suatu keadaan potensi, konotasi -al sifat pada kata dasar teknikal, empirikal -is praktis, kolomnis Contoh imbuhan akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris : Pembentukan Perkataan Baharu BMMB3023
KESIMPULAN Bahasa Melayu memperkaya dan mengembangkan bahasa dengan membentuk perkataan baharu daripada bahasa-bahasa asing. Proses pembentukan perkataan baharu melibatkan penggunaan morfem-morfem tertentu seperti awalan, akhiran dan imbuhan dengan tidak hanya mengikut tradisi dan aturan bahasa Melayu tetapi juga daripada pengaruh perkembangan teknologi, ilmu pengetahuan dan perubahan sosial. Bahasa Melayu menjadi lebih dinamik dan berkembang terhadap keperluan komunikasi dalam kehidupan sehari-hari melalui pembentukan perkataan baharu. Situasi ini telah membuktikan kemampuan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi yang relevan dan berkembang seiring dengan perkembangan waktu. BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu
isu kesalahan isu kesalahan kata dari sudut morfologi dalam pelbagai sumber BMMB3023 IsuKesalahanKata
Dasawarsa ini, bahasa Melayu melalui detik yang amat mencabar kerana isu yang semakin hari semakin banyak yang wujud dalam bahasa Melayu. Secara rasminya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Justeru, pengguna bahasa harus bertanggungjawab dengan menggunaka bahasa Melayu rasmi di mana-mana sahaja. Sesungguhnya bahasa itu memerlukan orang untuk mewujudkannya dan tidak boleh wujud dengan sendiri. Namun, dini hari semakin banyak isu yang berkaitan bahasa Melayu telah meluas sama ada di media cetak, media elektronik mahupun di media sosial. pengenalan 02 BMMB3023 IsuKesalahanKata
media cetak isu BMMB3023 IsuKesalahanKata Isu membawa maksud perkara pokok atau persoalan dan misalnya bersinonim dengan masalah, perkara, hal, perbincangan, tajuk perbualan atau topik. Demi memelihara bahasa Melayu, isu-isu ini perlu ditangani dengan sewajarnya agar dapat memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Terdapat pelbagai isu morfologi dari segi ejaan dan pemilihan kata yang salah dalam media cetak, media elektronik dan dari segi sebutan yang lain juga. Maka, pengguna bahasa harus berhati-hati dalam pengucapan kerana setiap ayat yang dilafazkan tidak boleh diubah seperti penulisan dalam teks. media elektronik hak asasi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan
media cetak BMMB3023 IsuKesalahanKata Media cetak memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik dan puitis sekaligus mempengaruhi gaya berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan masyarakat sama ada melalui bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar dan majalah (Dahlan, 2022). Namun, terdapat beberapa isu bahasa yang wujud berkaitan perkataan yang acap kali berlaku di media cetak dan juga media elektronik seperti yang ditunjukkan. Penggunaan ‘buah’ sebagai penjodoh bilangan yang digunakan untuk pokok adalah merupakan kesalahan kerana penjodoh bilangan yang betul untuk pokok adalah ‘sepohon’ atau ‘sebatang’.
IsuKesalahanKata Alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen dan telefon bimbit yang merupakan media elektronik turut memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahasa pengguna media elektronik terutamanya telefon pintar sehingga mewujudkan pelbagai isu bahasa seperti bahasa rojak. Menurut Nurkhairunnisha et al. (2022), bahasa rojak merupakan suatu keadaan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk seperti yang dipaparkan. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa rojak dapat menurunkan kualiti tatabahasa dalam kalangan murid terutamanya apabila mendudukan peperiksaan atau berkomunikasi. media elektronik BMMB3023 Beberapa penggunaan bahasa rojak yang dikenal pasti seperti menggunakan ayat yang tidak lengkap dari segi binaan subjeknya, penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dalam ayat seperti ‘struggle, class, not, fault’ dan ‘I’ manakala ‘laoshi’ yang bermaksud guru dalam bahasa Mandarin. Malah, kesalahan ejaan bagi kata nama khas iaitu perkataan ‘mandarin’ juga perlu ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama, iaitu Mandarin.
hak asasi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan Hak asasi bermaksud hak yang penting dan asas yang sama bagi individu atau kumpulan seperti kebebasan mengeluarkan pendapat. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Misalnya, dalam pendidikan pada peringkat individu turut berlaku dalam bentuk pengembangan potensi yang ada pada diri manusia. Justeru, penggunaan bahasa yang betul dalam pendidikan dapat untuk menyampaikan perasaan, idea, pengalaman, mengapresiasi seni bahasa, berhujah dan sebagainya. Terdapat beberapa cabaran seperti kesalahan umum dalam tatabahasa dan ejaan, kemasukan kata pinjaman asing dan lain-lain dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengantar di institusi pendidikan. BMMB3023 IsuKesalahanKata
kata pinjaman asing Kata pinjaman asing ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diterapkan dalam satu bahasa lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut. Bahasa Asing Perkataan Asal Bahasa Melayu vāyu bayu thuppu dapur bandeira bendera angur anggur balconyi balkoni tiang issue isu Bahasa Sanskrit Bahasa tamil Bahasa portugis Bahasa parsi Bahasa belanda Bahasa cina Bahasa inggeris Qiáng BMMB3023 IsuKesalahanKata
kesalahan umum dalam tatabahasa dan ejaan BMMB3023 IsuKesalahanKata Salah Betul catit catat igama agama bistari bestari maksima maksimum aturcara atur cara merbahaya berbahaya
Justeru, setiap pengguna bahasa bertanggungjawab menggunakan bahasa Melayu dengan betul di mana-mana sahaja mereka berada. Bahasa Melayu juga boleh lenyap seperti mana terdapat beberapa bahasa di dunia yang lenyap kerana masyarakat mereka tersbeut tidak lagi menggunakan bahasa asal mereka dan menggunakan bahasa penjajah negara mereka jika semakin ramai pengguna bahasa tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan sehari-hari. Oleh itu, masyarakat harus melatih diri untuk menggunakan bahasa Melayu dari segi tatabahasa dengan betul sama ada dalam pengaplikasian struktur ayat atau penggunaan ayat agar tidak wujudnya bahasa rojak dan kecelaruan bahasa seperti isu kesalahan kata dari morfologi dalam pelbagai sumber. kesimpulan 02 BMMB3023 IsuKesalahanKata
RUJUKAN Dahlan Ismail Abu Bakar. (2022, December 23). Media cetak dan kepentingannya. Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat. https://pspk.upm.edu.my/article/media_cetak_dan_kepentingannya-70578 Faridah Nazir., Mohd Asri Harun., Amir Juhari., Zanariah Hamid., & Maria Tahir. (2024). Morfologi Bahasa Melayu. MK e-Solutions Sdn.Bhd. Kahramonovna, U. G., & Ismatullayeva N. R. (2023). A general classification of vowels in Malay language. Iqro Jurnali, 2(1), 2-4. Nik Safiah Karim et al. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Ayu Zahiran Mazlan., & Junaini Kasdan. (2021). Pembentukan istilah COVID-19 di media sosial: Analisis sosioterminologi. Jurnal Wacana Sarjana, 5(5), 1-15. BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu & IsuKesalahanKata
RUJUKAN Nurkhairunnisha Amani Mohd Faizal., Nurul Emelda Abdullah Safarizal., & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan Bahasa Rancu Dalam Medium Twitter Oleh Generasi Z. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(3), 20-21. https://journalarticle.ukm.my/19106/1/301-571-1-SM.pdf Nurul Atiqah Nor Azman., & Harishon Radzi. (2017). Bahasa lincah: Pembentukan kata baharu dalam komik humor remaja. Jurnal Wacana Sarjana, 21(1), 67-74. Rafiza Darus., & Siti Ainizah Samsuri. (2015, August 28). Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu) [PowerPoint Slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/diyraz/morfologi-bahasa-melayu-pembentukanperkataan-baharu BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu & IsuKesalahanKata
RUJUKAN Wan Robiah Meor Osman., & Shin, C. (2019). Fenomena evolusi dan revolusi makna perkataan Melayu: Tinjauan Awal. Asian Journal of Environment, History And Heritage, 3 (December), 195-196. http://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/138 BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu & IsuKesalahanKata
sekian, terima kasih. MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3023 Pembentukan Perkataan Baharu & IsuKesalahanKata