The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kinae, 2022-10-16 12:36:25

Sejarah Perkembangan Tulisa Bahasa Melayu Pascamerdeka

BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Buku Skrap

SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN BAHASA MELAYU

PASCAMERDEKA
Graphic Designer
Social Media Marketing
NOR SAKINAH BINTI MOHAMAD

TAJUK KECIL

Sistem Ejaan ZA'BA
Sistem Ejaan Rumi Kongres
Pedoman Ejaan Rumi
Bahasa Melayu

PENGENALAN
Sistem Ejaan Za'Ba

Sistem Tulisan Za'Ba

Zainal Abidin Bin Ahmad

Sistem Tulisan Za'Ba

BIODATA ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD

Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober
1973), juga dikenali sebagai Za'aba merupakan seorang sasterawan
bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau yang giat menulis
sekitar tahun 1940-an.
Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau
merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan
dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama

Sistem Tulisan Za'Ba

BIODATA ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD

hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan
umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Sistem Tulisan Za'Ba

KEHIDUPAN AWAL

Zainal Abidin dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit

Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.

Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik kepada Intan

Awaluddin (1877-1907), seorang Minangkabau Tanah Datar dan Ahmad

Ibrahim (1862-1927), seorang suku Bugis Linggi Kepulauan Riau; Ahmad

berharta hasil kerjanya sebagai petani dan pemborong yang mengerjakan

jalan-jalan kecil di Bahau dan Kuala Pilah, dia tidak sahaja

berpengetahuan agama malah satu- satunya penduduk kampungnya

Sistem Tulisan Za'Ba

KEHIDUPAN AWAL

yang pandai membaca dan menulis.
Zainal belajar sendiri menulis ketika berusia lima tahun pada daun-daun
pokok pisang, gelagatnya menarik perhatian ayahnya yang
membelikannya papan tulis untuknya. Hadiah tersebut mendorong Zainal
mendalamkan lagi minatnya menulis serta tajamkan lagi kemahirannya.
Beliau turut diajar untuk mengaji al- Quran pada usia muda ini.
Ibunya meninggal dunia pada tahun 1907 ketika Za'ba berumur 12 tahun.

PENDIDIKAN Sistem Tulisan Za'Ba

Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu
di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis jawi dan rumi,
beliau ditempatkan dalam darjah tiga. Ayahnya menghantarkannya ke
sebuah sekolah berdekatan di Linggi tahun 1909 kerana mahukannya
belajar bahasa Arab dan fekah sehingga mahir sebagai seorang ulama,
namun Zainal berubah minat sendiri.
Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan
merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior
Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

KERJAYA AWAL Sistem Tulisan Za'Ba

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada
tahun 1916 di English College, dan kemudiannya bertukar ke:
1918 : Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923 : Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924 : Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939 : Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942 : Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London
sehingga 1951.
1954 : Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

KERJAYA AWAL Sistem Tulisan Za'Ba

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam
bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-
akhbar dan majalah-majalah tempatan seperti Utusan Melayu, Lembaga
Melayu, Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa
siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu
Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita
Shakespeare terbitan Percetakan Gudang Chap di Singapura yang
menghimpunkan seberapa karya terpilih karyawan bahasa Inggeris
William Shakespeare yang diterjemahkan Zaba sendiri.

KERJAYA AWAL Sistem Tulisan Za'Ba

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada
tahun 1916 di English College, dan kemudiannya bertukar ke:
1918 : Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923 : Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924 : Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939 : Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942 : Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London
sehingga 1951.
1954 : Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

KERJAYA POLITIK Sistem Tulisan Za'Ba

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Zaaba
sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Tentera British datang semula ke
Tanah Melayu. Oleh sebab itu, mereka menubuhkan Malayan Union.
Penubuhan ini ditentang oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Penentangan
tersebut diketuai oleh Dato' Onn Jaafar dan menubuhkan UMNO sebagai
usaha untuk menyatupadukan bangsa Melayu. Zaaba dilantik menjadi
Setiausaha Agung UMNO yang pertama namun jawatan tersebut tidak
kekal lama kerana beliau lebih berminat dengan bidang penulisan dan
Bahasa Melayu.

SENARAI KARYA Sistem Tulisan Za'Ba

Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling
Ilmu Bahasa Melayu (1926)
Rahsia Ejaan Jawi (1929)
Umbi Kemajuan (1932)
Falsafah Takdir (1932)
Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan
Perusahaan Hamba (1934)
Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934)
Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938)

SENARAI KARYA Sistem Tulisan Za'Ba

Siri Pelita Bahasa Melayu
ilid I (1940)
Jilid II (1946)
Jilid III (1949)
Asuhan Budi Menerusi Islam (1958)

PENGHARGAAN Sistem Tulisan Za'Ba

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:
1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga 1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya
1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia
1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

MENINGGAL DUNIA Sistem Tulisan Za'Ba

Kesihatan Za'aba semakin terjejas apabila umurnya semakin meningkat.

Akhirnya pada 23 Oktober 1973, beliau menghembuskan nafas

terakhirnya pada hari Selasa pada umur 78 tahun setelah menjalani

pembedahan batu karang.

Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala

Lumpur.

Pemergian beliau sebagai seorang pendeta dan karyawan merupakan

suatu kehilangan besar kepada negara. Sumbangan Za'aba terhadap ilmu

Bahasa Melayu tidak ternilai harganya.

PENGENALAN SISTEM Sistem Tulisan Za'Ba

Menurut sejarah Sistem Ejaan, Sistem Ejaan Za’ba merupakan siste, yang

pertama dalam system ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang

berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua

dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949.

Dihasilkan di SITC (MPSI) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang

terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.

Disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat

dalam beberapa buah buku pedoman Bahasa terbitan Pejabat Karang

Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926),

PENGENALAN SISTEM Sistem Tulisan Za'Ba

Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-

Rumi) (1949) dengan judul “Petua-petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya

dikarang sendiri oleh Za’ba.

Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan

Malaysia.

Sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an

sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16

Ogos 1972.

PENGENALAN SISTEM Sistem Tulisan Za'Ba

Ketika itu juga, Ejaan Fajar Asia juga turut digunakan. Sistem ejaan

berkenaan juga telah digunakan sebagai ‘Ejaan Sekolah’ yang sebenar.

Dalam sistem ejaan ini dikatakan mempunyai pengaruh transliterasi huru

Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan banyak kelemahan yang

dapat dikesan serta tidak tetap atau konsisten yang menganggu

pengguna Bahasa Melayu.

Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan Teknik linguistik kerana

ianya hanya melambangkan bunyi-bunyi Bahasa Melayu melalui huruf-

huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.

PENGENALAN SISTEM Sistem Tulisan Za'Ba

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk
melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Maka,
grafem dan tanda-tanda baharu telah digunakan untuk mencukupkannya.
Misalnya dalam rumu <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <gh>,
<dha>, <dz>, dan tanda-tanda sepert<‘>, adalah untuk melambangkan
bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi seperti <a’in> dan
<hamzah>. Dalam penggunaan partikel <pun> dalam system ejaan ini
mestilah dipisahkan, Sebagai contoh, <ada pun>, dan <atau pun> .

PENGENALAN SISTEM Sistem Tulisan Za'Ba

Za’ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda

Panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vocal dalam system

ejaannya. Setiap perkataan yang dieja adalah berdasarkan bunyi. Dalam

sistem ejaan ini juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan

sebagai bunyi huruf ‘berkait’ iaitu bunyi-bunyi <ai>, <au> dan <oi>.

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933

dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan

Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka,

sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi

sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.

Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-

huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi

merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan

u. Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan dalam sistem Ejaan Za’ba.

Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam suku kata

pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.

Antara beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h

dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e

yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh,

tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan

bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik,

raih, dan sebagainya.

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan

konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya nasib,

katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata

pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya

vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi

sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘

dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya:

wa’sala’m, ahlu’n-nujum, ‘amiru’I-minim, dan sebagainya..

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan

dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y.

Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama

dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja)

berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang,

berebut dan sebagainya.

Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet,

dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:

langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

dan sebagainya.

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi

sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.

Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya.

Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me-

mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang

berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat,

melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya.

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k,

maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-. Misalnya,

(pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung,

pengait dan (me) mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan

sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur

kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang

mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam perkataan

mengkemudiankan.

Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang,

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding

dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si- laki, si-Abu, di-bawa, dan

sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa

yang tidak memakai sempang.

Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada

awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah, kemudian

daripada tanda tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian

daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan pengarang,

huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris syair atau

EJAAN RUMI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam

perkataan teriakan.

Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama

Tuhan kata gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau

pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk atau fasal dalam kitab,

nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya, nama bulan, hari cuti dan

sebagainya, dan nama perkara atau benda yang diserukan.

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana
beberapa sebab:
Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang
dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya
ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang
lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi
beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-
penulis yang ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain
pada lain-lain orang".

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah
atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah
penolong Melayunya. Bila ini dicuba lakukan maka "telah menjadi gempar
dan hebuh sungutan di antara penulis-penulis Melayu apabila terjadi
kacau bilau pada ejaan Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala Daeng Abdul
Hamid kerani Melayu Sir Richard Winstedt masa itu mencuba hendak
memandai-mandai memakai setengah daripada ejaan cara lama yang
telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di sekolah-sekolah
Melayu".

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan
orang Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf
qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf
lagi.
Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang",
atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undang-
undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

TAHAP PERKEMBANGAN Sistem Tulisan Za'Ba
EJAAN JAWI

Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan
syaddah;
Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama
tetapi menanggalkan penggunaan tanda;
Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi
pada suku kata pertama;
Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila
terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata

TAHAP PERKEMBANGAN Sistem Tulisan Za'Ba
EJAAN JAWI

pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua
perkataan.
Menurutnya lagi, ejaan Jawi tahap keempat inilah yang menjadi asas
kepada sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor (1937) dan sistem ejaan Za'ba
(1938). Walaupun Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang memperkenalkan
sistem ejaan Jawi Za'ba itu siap setahun kemudian daripada sistem ejaan
Pakatan Bahasa Johor, kita dapat mengatakan bahawa Za'balah yang
mempelopori ejaan tahap keempat ini kerana pertama, ejaan Jawi tahap

TAHAP PERKEMBANGAN Sistem Tulisan Za'Ba
EJAAN JAWI

keempat itu telah dirumuskannya dalam Rahsia Ejaan Jawi dalam tahun
1931 lagi, dan kedua, Za'ba juga terlibat dalam penyediaan sistem ejaan
yang dipakai dalam Buku Katan terbitan Pakatan Bahasa Johor (1937) itu.

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN Sistem Tulisan Za'Ba
JAWI ZA'BA

Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan
sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan
Melayu itu sendiri. Di antara lain:
(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan
perkataan- perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;
(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan
Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam
tahun 1904. Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN Sistem Tulisan Za'Ba
JAWI ZA'BA

menambah beberapa banyak perkataan pula.
(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.
(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru
"Kolej Tanjung Malim" bergilir- gilir, dan ditambah lagi oleh mereka
beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga
mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar Maktab.
(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi
Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN Sistem Tulisan Za'Ba
JAWI ZA'BA

kerja menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat- dapatnya".
(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya
dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya
kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada
setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan
Ruminya.
(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak
menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN Sistem Tulisan Za'Ba
JAWI ZA'BA

sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-
simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan
menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada".
Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-
Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua
puluh tahun lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun
sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 -
selepas 31 tahun projek itu dimulakannya dalam tahun 1918.

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN Sistem Tulisan Za'Ba
JAWI ZA'BA

Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-
bab itu ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan
Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar
ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad,
sedang kedua-dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang
rasional, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah
ejaan Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas
kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA Sistem Tulisan Za'Ba

PENGENALAN
Sistem Ejaan Rumi

Komgres

PENGENALAN Sistem Tulisan Rumi Kongres

Sistem Ejaan Kongres (Bahasa Melayu: Ejaan Kongres) ialah

pembaharuan ejaan daripada Tulisan Rumi Melayu diperkenalkan semasa

Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura pada

tahun 1956. Ciri utama sistem adalah penggunaan simbol di Huruf Fonetik

Antarabangsa, menggunakan diktom satu simbol untuk satu fonem, dan

dalil baru dalam penulisan diphthongs.

Inovasi ini pada awalnya bertujuan untuk menggantikan Ejaan Za'aba dan

akhirnya menjadi ortografi standard di dunia berbahasa Melayu, tetapi

nampaknya tidak mendapat penerimaan secara umum. Itu dianggap tidak

PENGENALAN Sistem Tulisan Rumi Kongres

praktis untuk digunakan oleh massa, dan grafik tertentu yang diusulkan
oleh sistem tidak diwakili dalam mesin taip umum pada waktu itu.
Walaupun begitu, kumpulan tertentu, terutama yang berafiliasi dengan
Gerakan Sastera 1950, menggunakan grafik Kongres untuk diphthong
dalam penerbitan mereka sendiri.

LATAR BELAKANG Sistem Tulisan Rumi Kongres

Pada tahun 1950-an, dua ortografi berbeza digunakan di Dunia
berbahasa Melayu, iaitu Sistem Ejaan Republik dalam Indonesia dan Ejaan
Za'aba dalam Tanah Melayu Britain dan Borneo.
Diperkenalkan pada tahun 1947 untuk menggantikan Belanda yang lebih
tua Sistem Ejaan Van Ophuijsen.
Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura dari 16
hingga 21 September 1956, berusaha menyatukan kedua ortografik yang
berbeza ini ke dalam satu sistem. Ortografi baru, dibayangkan menjadi
sistem yang lebih baik dan praktikal, yang disederhanakan dan

LATAR BELAKANG Sistem Tulisan Rumi Kongres

menggunakan kaedah ejaan standard, dan lebih menekankan pada
penggunaan sistem fonologi bahasa Melayu. Semasa kongres, dua
makalah proposal mengenai ortografi baru disampaikan oleh Pergerakan
Sastera 1950 dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Gerakan
Sastera 1950, mencadangkan sistem yang sudah digunakan oleh penulis
mereka, sebahagian besarnya berdasarkan ortografi Fajar Asia yang
diperkenalkan selama ini Pendudukan Jepun pada tahun 1943.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya secara amnya menolak
penggunaan digraf dan dengan gigih mempromosikan unsur ejaan

LATAR BELAKANG Sistem Tulisan Rumi Kongres

Indonesia. Konsensus dicapai semasa kongres, dan ortografi baru
kemudian dinamakan Ejaan Kongres (ejaan kongres)
Pada tahun 1957, Sistem Ejaan Kongres diterbitkan untuk pertama kalinya
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam risalah bahasanya, DBP bilangan
(1), dengan judul Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu (keputusan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III) (Bahasa Melayu untuk
'Kaedah Baru Ejaan Rumi Bahasa Melayu (berdasarkan keputusan
Kongres bahasa Melayu dan huruf III)'

SEKIAN

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version