The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1074 SPBM (SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU) NURHAZIRAH SOFIAH BINTI SAHARUDIN PPISMP JUN 2022 (B3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhazirahsofiah, 2022-11-04 13:03:22

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi,Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Menyeragamkan Ejaan Rumi serta Cabaran Sistem Ejaan Rumi.

BMMB1074 SPBM (SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU) NURHAZIRAH SOFIAH BINTI SAHARUDIN PPISMP JUN 2022 (B3)

Keywords: rumi,bahasa melayu,jawi,spbm,dbp

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
BMMB1074 : SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 : E-Portfolio

NAMA NURHAZIRAH SOFIAH BINTI SAHARUDIN

ANGKA GILIRAN 2022192310069

NO.KAD PENGENALAN 030328011596


PPISMP B3
KUMPULAN BMMB1074
DR IZANI IBRAHIM
KOD DAN NAMA KURSUS 11 OKTOBER 2022



NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Sistem Ejaan Rumi
2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi sebelum Merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson
2.1.1 Sistem Ejaan Za’ba
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia
2.1.4 Sistem Ejaan Kongres

2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
2.2.1 SistemEjaan Rumi Bahasa Melayu 1972

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Menyeragamkan SIstem Ejaan Rumi
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Masa Kini
5.0 Kesimpulan

2.0 SISRTUEMMIEJAAN

2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM

MERDEKA

Bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan pada awal abad ke- 20. Oleh itu, keperluan
kepada sistem ejaan Rumi menjadi utama. Penyusunan satu sistem ejaan dan tulisan Rumi yang
seragam serta lebih mudah diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan dan tulisan
Jawi.Kedatangan pengaruh Barat telah membawa masuk ejaan Rumi ke dalam masyarakat kita
terutamanya masyarakat Melayu.

Sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara, tulisan-tulisan yang sering digunakan ialah
tulisan Kawi,Batak,Rencong, dan juga Lampung.Walaupun mereka sering menggunakan ejaan
tersebut,ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji dengan mendalam kerana lebih banyak melibatkan
masyarakat Melayu pada hari ini.Ejaan Rumi ynag pertama kali wujud dalam masyarakat Melayu
adalah dengan menggunakan aksara rumi adalah sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van
Ophuysen pada tahun 1901 iaitu seorang pentadbir Belanda.

Menjelang abad ke-19, dan awal abad ke-20,usaha menulis bahasa Melayu
dengan menggunakan huruf Rumi telah dilakukan oleh beberapa orang Sarjana
Eropah secara perseorangan.Mereka telah menjalankan kajian terhadap
tatabahasa dalam Bahasa Melayu.Usaha dalam menggalakkan bahasa Melayu
dalam masyarakat dan sekolah-sekolah telah dipelopori oleh Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB).

Berikut iaah beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan pada masa itu:

-Sistem Ejaan Wilkinson
-Sistem Ejaan Zaaba
- Sistem Ejaan Fajar Asia
- Sistem Ejaan Rumi Kongres

2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson

Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila pihak atasan menyedari hakikat betapa pentingnya keseragaman ejaan.
Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah bersetuju dengan inisiatif
menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh RJ. Wikinson. Oleh itu,
semua sekolah umum menggunakan Ejaan Wilkinson ini. Selain itu, Ejaan Rumi
Wilkinson digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang
dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an.

2.1.1 Sistem Ejaan Za'ba

Za’ba telah melakukan perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem Ejaan Sekolah
atau juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Za’ba yang berupa sistem ejaan baru telah
dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara buku-buku yang ditulis oleh Za’ba
ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal(1941) dan Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949). Kemudian, Sistem Ejaan Sekolah ini dijelaskan dan
digunakan oleh Za’ba dalam buku “Pedoman Bahasa Melayu Penggal i, ii dan iii”. Namun
terdapat beberapa kelemahan iaitu sistem ini agak sukar kerana adanya pengejaan kata
yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Selain itu, sistem ini menggunakan
kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf telah mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan
tulisan Rumi.

2.1.1 Sistem Ejaan Fajar Asia

Zainal Abidin bin Ahmad selaku ketua pengarang mengolah Majalah “Fajar Asia” yang
diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 menggunakan Ejaan Fajar Asia. Jika
dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal, Sistem
Ejaan Fajar Asia boleh disifatkan sebagai percubaan yang pertama dalam usaha
menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Selain itu,
Ejaan Fajar Asia dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50.

2.1.1 Sistem Ejaan Fajar Kongres

Sistem ejaan Rumi Kongres ialah hasil dalam satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September tahun 1956.Sidang tersebut telahpun
memperhalusi dan mengkaji tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi Bahasa

Melayu.Sidang ini telah membuat sebanyak 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu,dua
ketetapan tentang bunyi bahasa dan dan juga sebanyak satu ketetapan tentang tulisan
Jawi.Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah diadakan di Singapura
pada tahun 1952, kedua di Seremban pada tahun 1954 dan ketiga di Singapura dan Johor
Baharu pada 16 hingga 21 September 1956. Dalam Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956),
masalah ejaan Rumi diberi perhatian berat. Peserta kongres mencadangkan beberapa

pembaharuan yang agak radikal, antaranya untuk memperbaiki Sistem Ejaan Za’ba. Sistem
ejaan baru ini dikenali sebagai ‘Sistem Ejaan Kongres’ yang dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.

Terdapat tiga sistem Ejaan Kongres iaitu yang terdiri daripada:

1)Sistem Ejaan Fajar 50
-Vokal kembar (diftong ai, au, oi akan menjadi ay, aw, oy)
Contoh:gulay, kacau,amboy
-Konsonan ng dan ny dalam penulisan fonetik.
Contoh:parang, nyonya, -Huruf f, q, v, x dan z boleh digantikan menggambarkan fonem-fonem asing

2)Sistem Ejaan PBUM

-Menolak huruf kembar diganti dengan fonem lain
Contoh:ch, ny, sh
-Ejaan Melayu disatukan dengan ejaan Indonesia
Contoh:kerana-karena, iaitu-yaitu, kurnia-karunia

3)Ejaan Kongres 1956

-Hasil kongres yang digunapakai ialah -ng, ny- dan -sh.
-aw, ay, oy menggantikan au, ai, oi

2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS

MERDEKA

Sistem Ejaan Baru bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia merupakan kemuncak kepada
segala kegiatan penyempurnaan kepada semua sistem ejaan. Sistem ejaan ini telah

dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak,pada 16 Ogos 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Sistem ejaan tersebut dirasmikan serentak Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, sistem

Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama yang digunakan sehingga kini.
Terdapat enam ciri utama Sistem Ejaan Rumi 1972 iaitu terdapat beberapa jenis huruf dalam

bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong serta huruf konsonan. Kedua, wujudnya sistem
keselarasan huruf vokal. Ketiga, adanya penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan
rangkai kata. Keempat, penggunaan huruf besar dan kecil. Kelima, penggunaan tanda baca
dan yang terakhir ialah penulisan partikel seperti lah, kah dan tah yang dieja berangkai dengan

perkataan yang mendahuluinya.

2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972

Sistem Ejaan Bahasa Melayu telah diisytiharkan penggunaannya secara
rasmi pada 16 Ogos 1972.Hal ini terjadi kerana kesepakatan oleh Majlis
Bahasa Indonesia-Malaysia.Tulisan Rumi mula brada di Tanah Melayu
setelah kedatangan orang Barat.Pada tahun 1516 di Melaka, dan setelah
Melaka ditawan oleh Portugis, orang pertama yang mnggunakan tulisan
rumi ialah David Barbosa.Aksara dan abjad Rumi mengandungi 26
hurufbermula dari A sehingga Z.

2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972

Terdapat beberapa ciri-ciri utama dalam sistem Ejaan Rumi 1972 ,antaranya
ialah:

1. Huruf dalam Bahasa Melayu

Terdapat tiga huruf dalam bahasa iaitu huruf vokal, konsonan dan diftong.Huruf vokal

terdapat lima ,iaitu a,e,i,o,u.Terdapat 21 hu
ruf konsonan iaitu yang terdiri daripada

(b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z.Huruf (f,v,z,sy,kh,gh,dz, dan th) pula adalah huruf
konsonan pinjaman yang diambil daripada bahasa Arab mahupun Bahasa
Inggeris.Bunyi diftong pula terdapat tiga iaitu ai,au dan oi.

2. Ejaan kata pinjaman

-Imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris (anti-,pro-,auto-,supra- dan pasca-)
-Imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit (eka-,tri-,juru-,maha-,tata-)
-Imbuhan pinjaman dari bahasa Arab (-at,-i,-wi)

13.Sistem Keselarasan Huruf Vokal
Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan
huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
contohnya:



3. Pe3n. gPegnugngauanaTaanndTanBdaacBaaca

TandTanbdaacbaadcigaudnigaukannakdaanladmalapmenpuleisnaunlisbaanhbaasahaMsealaMyeul.aHyaul.Hinai laidnai aladhaulanhtuukntuk
memmbeemzabkeaznaknaandnaasdeasesoersaenogradnagndaaynatamyaetnmjaednijlaedbiihlesbiishtesmistaetmi saetritasemrtaudmauhddaibhadcibaaca
danddaifnadhiafamhia.Tmani.dTanbdaacbaaycaangyadnigudnigaukannakialnahia:lah:

-Tan-dTanndoaktnaohktah

-Tan-dTankdoamkaoma
-Tan-dTantdaanytanya
-Tan-dTansdeamspeamnpgang
-Tan-dTansdearuseru
-Tan-dTanpdeanpgeiknagtikatakata

3.0 PERANAN DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA
DALAM MENYERAGAMKAN

SISTEM EJAAN RUMI

Thank y
listen
MEMBAKUKAN EJAAN DAN SEBUTAN, DAN MEMBENTUK ISTILAH-ISTILAH YANG
Here's to achieving all ou
SESUAI DALAM BAHASA KEBANGSAAN however big or sma

Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian

tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Banyak

Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama

institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan

menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains

gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu

berkembang dengan cepat sekali @reallygreatsite

MENCETAK / MENERBITKAN / MEMBANTU USAHA PERCETAKAN ATAU
PENERBITAN BUKU-BUKU, RISALAH-RISALAH DAN LAIN-LAIN BENTUK
PERSURATAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN

Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri
percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta
pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi
penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan
menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku
rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-
pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

@reallygreatsite

DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan
oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam
bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan. DBP juga
bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing.

Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi
memperkayakan perbendaharaannya. DBP juga memerlukan penglibatan para
sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat
dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang
ramai akan dapat memahami intipati buku-b@urekaullyygarenagtsidteiterbitkan oleh DBP.

MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI YANG
CEKAP DAN BERKESAN DALAM SEMUA BIDANG
 
Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi,

dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan

kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul ialah terdapat golongan

yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan

bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa

lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa

komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama dan golongan pemodal di

nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah ditutu@rrkeaalnlygoreleahtsimte asyarakat di negara ini sebagai

bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.

MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN YANG
BETUL

Hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa
Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa
Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah
rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa
percakapan harian mereka. Malah notis-notis ataupun risalah-risalah
awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa
Melayu yang betul .DBP perlu memainkan peranan yang penting untuk
mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti
mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang
tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. @Krineai lblyagrneyaatskitepecampuran
bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat
masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan
bahasa ini dapat dibendung.

CABARAN SISTEM
EJAAN RUMI PADA

MASA DEPAN

01 Berlakunya Kedwibahasaan

Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.

Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau
pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran daripada satu
bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa
yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar
Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke
dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku apabila seseorang
menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam
ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk
membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu
kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau
sebagainya.

0021 CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT




Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih
belum mencapai tahap yang memuaskan. Contoh, persidangan teknologi
maklumat tahap penggunaan Bahasa Melayu amat sedikit dan kurang
mendapat sambutan daripada orang ramai. Sebab sebilangan anggota
masyarakat lebih selesa dan lebih maju jika menggunakan medium Bahasa
Inggeris. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat
dianggap tidak bertaraf antarabangsa kerana penggunaan Bahasa Inggeris
dianggap mempunyai nilai ekonomi dan sosial yang lebih tinggi berbanding
dengan Bahasa Melayu.

03 PERSAINGAN DENGAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI
BAHASA PENGANTAR DI INSTITUTI TINGGI

Menurut Laporan Razak bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di

sekolah. Namun Permasalahan yang timbul
ialah dasar tersebut sudah mengalami

perubahan apabila bahasa Inggeris menjadi bahasa utama bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan.

Penubuhan kolej swasta IPTA menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar merupakan cabaran yang serius. Dasar pendidikan negara seharusnya
menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Akta
Pendidikan Tinggi Swasta (1996)ada menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini
hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tetapi ini
bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan bahasa Melayu. Akta yang sama juga
memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk membenarkan IPTS
menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar

04 TEKNOLOGI YANG MERUBAH PENGGUNAAN DAN

EJAAN RUMI.




Kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya
memberikan kesankepada Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
dalam dunia pendidikan menurut Rohaidah Mashudi dan J. Sham
Wahid (2005). Bahasa Melayu banyak diubah suai apabila mereka
menggunakan sistem mesej singkat(sms), Whatsapp, Wechat, Line
dan sebagainya. Perkara ini dilihat sebagai ancaman dan telah
mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Ada yang berpendapat
fenomena pencemaran bahasa ini samaada melalui aplikasi
perhubungan interne tseperti instagram, facebook, twitter dan lain-
lain adalah bersifat sementara dan akan berakhir apabila teknologi
semakin canggih dan berkembang.

Sebab itu dasar sesebuah negara haruslah digubal dan dikuatkuasakan.Dasar bahasa
pendidikan ialah dasar yang dipegang untuk digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Prinsip asas pembuatan keputusan dasar adalahberfokus kepada perkembangan
pembinaan bangsa. Dasar ini seharusnya menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam
semua bidang dan semua peringkat seperti bidang pentadbiran,komunikasi,media
massa,undang-undang dan bidang profesional lain. Cabaran persaingan bahasa ini
terbukti apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan
dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.Ini dibuat atas sebab untuk mempercepatkan
kemajuan dalam sains dan teknologi negara. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan
Bahasa Melayu tidak mampu untuk dikekalkan keasliannya.

05 PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DAN ROJAK

Penggunaan bahasa rojak dan slanga yang berlaku di media sosial tidak dapat dinafikan lagi
merupakan salah satu antara cabaran yang perlu ditangani bagi memartabatkan dan melindungi
Bahasa Melayu dalam masyarakat. Bahasa Rojak semakin berleluasa terutamanya pada zaman ini,
zaman yang penuh modenisasi bahasa.Generasi Z sering menggunakan bahasa rojak dalam media
sosial.Keaslian bahasa Melayu telah pudar disebabkan telah wujudnya istilah-istilah baharu dalam
kalangan generasi Z kerana generasi Z dikenali sebagai generasi internet.Mereka menggunakan
bahasa ini dalam media sosial seperti yang terkemuka dan popular serta hampir dimiliki oleh semua
orang di seluruh dunia pada ketika ini iaitu Whatsapp,Facebook,Twitter dan sebagainya sebagai
pendorong kepada masalah penggunaan bahasa rojak.Hal ini akan menjadikan martabat bahasa
Melayu semakin merudum ekoran penyalahgunaan bahasa Melayu yang betul.Penggunaan yang
bercampur akibat percantuman Bahasa dari setiap kaum-kaum di negara ini iaitu Malaysia telah
menyebabkan wujudnya bahasa rojak.Dengan penggunaan Bahasa rojak yang semakin berleluasa dan
sering digunakan oleh masyarakat Malaysia tanpa rasa bersalah,mereka memandang remeh tentang
Bahasa Melayu.Mereka juga telah menjadikan Bahasa rojak sebagai satu identiti atau gaya percakapan
haian mereka. Bahasa slanga juga amat terkenal dalam kalangan remaja kerana bahasa ini digunakan
tanpa mempunyai unsur tatabahasa yang betul

05 PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DAN ROJAK

Mereka hanya mengucapkan supaya difahami dan mengabaikan tatabahasa. Dato’ Seri
Mahdzir Khalid iaitu Menteri Pendidikan pernah berkata bahawa pengguna media sosial dilihat
menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding penggunaan bahasa
dan tatabahasa yang betul. Sehubungan itu, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu
terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar secara tidak langsung dapat
memartabatkan penggunaan bahasa itu tanpa mengira keadaan," katanya semasa
melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 peringkat kebangsaan di Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP).Jika penyalahgunaan Bahasa Melayu ini tidak diambil peduli,ia akan
memberi kesan yang buruk kepada negara dan masyarakat.Negara-negara lain akan
memandang rendah terhadap negara kita kerana tidak menyayangi dan mempersendakan
serta mempermainkan Bahasa sendiri.Kita seagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara dan
memiliki semangat patriotisme hendaklah menanamkan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa” dalam
diri kita.Perkara ini juga akan memberi kesan kepada generasi akan datang kerana mereka
akan megalami kekeliruan dalam berbahasa Melayu.Selain itu,singkatan perkataan adalah
kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pengguna media massa.

RUMUSAN

Kesimpulannya,sistem ejaan rumi telah lama wujud dan digunakan sehingga hari
ini.Sistem ejaan rumi merupakan ejaan yang berharga bagi masyarakat kita iaitu
masyarakat Melayu serta perlu dikekalkan sehingga ke akhir zaman.Sistem ejaan Rumi
semakin berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi satu ejaan yang penting
bagi masyarakat kita.DBP iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengiktiraf sistem
ejaan Rumi setelah betul-betul kukuh dan diiktiraf.DBP iaitu Dewan Bahasa Dan Pustak
juga memainkan peranan yang amat penting dalam penggunaan ejaan Rumi
terutamanya dalam memartabatkan Bahasa Melayu.Oleh itu,kita hendaklah
menggunakan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul bagi memartabatkan
bahasa Melayu.

RUJUKAN

Dr.Shamsul Aizuwani Nawi (2020) Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.Global Mediastreet Sdn Bhd.

Dr.Kamaruddin bin Ilias,Dr.Rusmawati binti Othman,Dr.Mani Rajan a/l Ellappan,Zaini bin Abdul Ghani (2022).Penulisan
Akademik.Freemind Horizons Sdn Bhd

(DOC) Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi | Nur Baiti Nazri. (n.d.). Academia.edu. Retrieved November 4, 2022, from
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi

Nota Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved November 4, 2022, from
https://www.scribd.com/document/494707333/Nota-Sejarah-Perkembangan-Sistem-Ejaan-Rumi

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. (2013, May 20). SlideShare. Retrieved
November 4, 2022, from https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-bahasa-
melayu

Sistem Ejaan Rumi 1972 - Membalik Buku Halaman 1-10. (2021, November 25). AnyFlip. Retrieved November 4, 2022,
from https://anyflip.com/ltagk/obgg/basic

Sistem Ejaan Rumi 1972 - Membalik Buku Halaman 1-10. (2021, November 25). AnyFlip. Retrieved November 4, 2022,
from https://anyflip.com/ltagk/obgg/basic

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU. (2014, December 22). Bahasaku. Retrieved November 4, 2022, from http://bahasaku-
zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html?m=1

Bahasa rojak media sosial cabar Bahasa Melayu. (2017, October 2). Berita Harian. Diambil 14 Oktober 2022, dari
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332837/bahasa-rojak-media-sosial-cabar-bahasa-melayu

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. (2018, April 30). Muhammad Al Afzan.
Retrieved October 14, 2022, dari https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html?m=1

SEKIAN, TERIMA KASIH
TAMAT


Click to View FlipBook Version