The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aktiviti 1 Keterampilan Bahasa Pengucapan Awam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhazirahsofiah, 2023-03-02 00:39:30

Aktiviti 1 Keterampilan Bahasa Pengucapan Awam

Aktiviti 1 Keterampilan Bahasa Pengucapan Awam

Keterampilan bahasa dalam pengucapan awam NUR AINA NADHIRAH NURHAZIRAH SOFIAH


Ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik Pengucapan Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan ucapan adalah untuk memaklumkan (to inform), mempengaruhi (to influence) , memberikan inspirasi (to inspire) dan menghiburkan (amuse). Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja. Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu. Definisi pengucapan awam


T. Hunt (1987) yang dipetik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada pendengar dengan menggunakan lambang-lambang bahasa. Melalui definisi tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa pengucapan awam ialah satu proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar. Definisi pengucapan awam


Terdapat 7 elemen dalam pengucapan awam. 1. Pengucap (speaker) 2. Mesej 3. Saluran 4. Pendengar 5. Maklum balas 6. Gangguan 7. Susun atur(Setting) Elemen dalam pengucapan awam


1. 2. Tujuan Pengucapan Awam Ucapan jenis ini biasanya dibuat untuk membuatkan pendengar gembira atau seronok. Selalunya ia dibuat majlis-majlis keraian seperti dalam majlis makan malam. Pengucap bukannya pelawak tetapi orang yang berpengaruh dalam sesebuah organisasi seperti ketua pegawai eksekutif dan sebagainya. Cuma dalam ucapan jenis ini pengucap kerap kali membawa audiens ke suatu situasi atau kenyataan yang meriangkan atau melucukan. - Pengucap bertujuaan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea atau sebagainya. Pendengar pula akan memperolehi pengetahuaan baru atau peningkatan taraf pengetahuaan. Menghibur Memberi Maklumat


3. 4. Melalui ucapan jenis ini pengucap merayu atau cuba mempengaruhi pendengar untuk membuat perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan atau perlakuaan. Semua jenis kempen, sama ada kempen politik, sosial atau ekonomi tergolong dalam ucapan jenis ini. M e m e n u h i k e p e rlu a n m a jli s M e m u j u k U c a p a n j e n i s i n i j u g a d i s e b u t u c a p a n k h a s a t a u u c a p a n m a jli s. Ucapan jenis ini disampaikan dalam majlis- majlis khas yang diadakan dengan tujuan tertentu. Ertinya ucapan ini tidak boleh disampaikan seandainya tiada majlis. Umpamanya, ucapan perasmiaan hanya boleh disampaikan apabila ada majlis perasmiaan. Contoh lain ucapan jenis ini ialah ucapan perpisahan, ucapan penganugerahan, ucapan mengalu- alukan tetamu, ucapan balas daripada ketua rombongan dan sebagainya


Peringkat Pengucapan Awam Peringkat 1: Sebelum Ucapan -Mengatahui tajuk yang ingin disampaikan. -Mengenalpasti bidang/kepakaran yang diperlukan semasa pengucapan awam. -Menganalisis latar belakang dalam khalayak audiens, taraf pendidikan, minat, pengetahuan sedia ada, agama, dan memastikan strategi yang sesuai dengan mereka. -Mengetahui butir maklumat majlis seperti cakna dengan masa, tempat, situasi dan kemudahan yang disediakan. -Menyediakan teks ucapan dan membuat latihan sewajarnya untuk elak masalah kegugupan.


Peringkat 2: Semasa Ucapan -Membuat pengenalan diri tentang penyampai /penceramah (untuk membina keyakinan dari khalayak audiens kepada pengucap). -Permulaan yang menarik -Memberi gambaran atau perkenalkan tajuk ucapan. -Menggunakan aspek bukan lisan dengan berkesan contohnya gaya, intonasi, mimik muka, bahasa badan dan alat bantu untuk ucapan yang berkesan. -Peka terhadap maklum balas audiens, sama ada negatif atau positif- sesuaikan cara atau kandungan penyampaian dengan keperluan audiens. -Guna paras sikap yang sama dengan khalayak (mesra khalayak)


Peringkat 3:Selelpas Ucapan (Refleksi) -Pengucap perlu bersedia dengan sesi soal jawab. Sesi soal jawab ini dilakukan untuk menjawab kemusykilan audiens dengan baik dan dengan penuh yakin untuk meyakinkan audiens terhadap jawapan kita


Penggunaan Bahasa dalam Pengucapan Awam Bahasa adalah alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk konsep, idea, teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat dan sebagainya bagi mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran. Bahasa yang digunakan oleh perucap perlulah jelas, dinyatakan dengan mudah, terang dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas dapat memperjelaskan maklumat dengan lebih tepat. Setiap hujah perlulah dihuraikan maksudnya bagi mengelak kekeliruandan ketidakfahaman khususnya konsep – konsep yang diterapkan dalam teks ucapan.


Alat bantu dalam pengucapan awam Alat bantu –ialah “ sebarang alatan yang digunakan bagi membantu pengucap ketika berucap di hadapan audiens. "


-Antara alat bantu dalam pengucapan awam yang biasa digunakan ialah laptop, •Mikrofon•, ‘Speaker ’ , •Thumbdrive •Skrin / Skrin •Powerpoint, dan slides•LCD/ DVD/ VCD Contoh penggunaan alat bantu ' speaker ' Penggunaan ‘ speaker ’:•Perhatikan kedudukan speaker•. Sebaiknya lakukan ‘ sound check’ . Jaga kualiti ‘ volume ’ bass, tone, etc. Jaga jarak audien dgn ‘ speaker. Lain ‘ speaker, lain cara pengendaliannya. Alat bantu dalam pengucapan awam


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version