The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chong yokelai, 2023-09-28 21:02:10

BULETIN KAKOM 2023 EDISI 2

BULETIN KAKOM 2023 EDISI 2

BULETINKAKOM 2023EDISI 2


I S I KA N D U N G A N CHONG YOKE LAI JAMILAH BINTI OMAR NOOR AISYA AZREEN BINTI AB. RAHIM SYAIFUL AZHAR BIN OTHMAN NUR NADHIRAH BINTI MOHD ZAINAL NURUL AMEERA BINTI MOHD RAZIF NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI DAHLAN AISY FIRDAUS BIN MOHD SHAMSULQAMAR ARIFFIN AUNI MAISARAH BT ABU BAKAR SOFIEA BATRISYA BINTI SUHARNDI PUTRI INSYIRAH BINTI MOHD ZAKI PENGERUSI : EN MUHAMAD FARIQ BIN CHE MEE TIMBALAN PENGERUSI : EN. MASAH BIN ABU MANSOR PENASIHAT : EN NOR MAZLAN BIN ASRAR AJK LAMAN WEB & BULETIN: KETUA: ZURAIDAH BINTI AHMAD WARTAWAN/PELAPOR: GRAFIK DAN FOTOGRAFI : SUKARELAWAN/WARTAWAN: Lensa KAKOM KAKOM 2023: Debaran Bermula, Semangat Juang Memuncak Ketibaan dan Pendaftaran Kontinjen KM Temubual Atletatlet KAKOM 2023 Pertemuan Para Atlet Dengan Gelanggang 1,2,3 say Cheese !!! Sesi Fotografi Kontinjen KM Mesyuarat Ketua Kontinjen, Pengurus Pasukan dan Pengangkutan Aksi Hari Pertama KAKOM 2023 Kemeriahan Hari Pembukaan KAKOM 2023 Persiapan dan Pembukaan Gerai Sempena KAKOM 2023 Lokasi Acara KAKOM 2023 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. @JK Laman Web dan Buletin Sidang Redaksi EDISI 2 WAKTU SOLAT


https://bit.ly/kakom2023 Tangkak, 28 September - Tahun ini, tumpuan sekali lagi ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) sebagai tuan rumah kali ke-4 Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Hari ini, KAKOM secara rasmi membuka tirainya. Keterujaan akan terus memuncak sehingga 1 Oktober. Debaran dan tekanan kian dirasai oleh semua kontinjen. Persiapan akhir sedang berlangsung dengan penuh semangat, melibatkan semua pihak. Kontinjen demi kontinjen mula tiba di KMJ kelmarin seawal jam 1.35 pagi dan berterusan sehingga lewat petang hari ini. Masing-masing membawa semangat sukan yang berkobar-kobar untuk mempamerkan bakat dan tampil dengan aksi terbaik dalam 9 acara yang bakal dipertandingkan. Dengan semangat juang yang berkobar-kobar, mereka kini bersedia untuk merebut 419 pingat yang dipertaruhkan. Masing-masing bertekad untuk muncul sebagai juara dalam persaingan sengit antara 15 Kolej Matrikulasi (KM) dan 2 Kolej MARA. Semoga karnival ini menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama warga Matrikulasi. Kami mendoakan agar semua atlet dapat mengharungi segala cabaran dengan tabah dan terus bersemangat dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi bermula esok. ATLET KM SEMAKIN TERUJA, 9 ACARA, REBUTAN 419 PINGAT KAKOM 2023: Debaran Bermula, Semangat Juang Memuncak EDISI 2 AAyyuuhh,,aattlleettKKMM On your mark, get set, Go... On your mark, get set, Go... Serlahkan Semangat Serlahkan Semangat Kesukanan!!! Kesukanan!!! Gegarkan Gelanggang Gegarkan Gelanggang KMJ !


https://bit.ly/kakom2023 Sejumlah 15 kontinjen dari Kolej Matrikulasi dan 2 kontinjen dari Kolej MARA dengan jumlah atlet seramai 1530 orang dan 419 pegawai selamat tiba dan mendaftarkan diri sejak semalam. Ketibaan mereka disambut baik oleh JK Penginapan dengan bantuan sukalerawan. Kerjasama yang baik dari semua pegawai dan atlet membolehkan sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Para atlet dan pegawai ditempatkan di blok yang telah ditetapkan. Selepas itu, mereka terus mula membuat persiapan akhir bagi mengejar kejuaraan dalam KAKOM 2023. KETIBAAN PASUKAN PERTAMA DARI SEBERANG LAUTAN Tangkak, 28 September - Kontinjen dari negeri di bawah bayu, Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dengan semangat membara dan tekad yang tinggi telah mendahului pasukan kontinjen yang lain, mendarat dengan selamat di KLIA dan sampai ke Kolej Matrikulasi Johor untuk bertemu dengan kontinjen Harimau Ledang. 1530 ATLET DAN 419 PEGAWAI DAFTAR DIRI EDISI 2 BERSATU DI SELATAN: ATLET-ATLET MENJELAJAH JARAK DEMI KAKOM 2023 Dengan semangat kesukanan dan impian yang membara, onak dan duri diharungi menuju ke destinasi. Dari utara, timur dan barat merentas lautan, meredah banjaran menempuh jarak 648 kilometer demi merebut gelaran Juara KAKOM 2023. . Saat ini, para atlet sudah bersedia untuk berjuang di gelanggang dan padang dengan harapan membawa pulang kenangan indah yang akan kekal sepanjang hayat.


https://bit.ly/kakom2023 Harapan dan Misi ‘’Saya berharap dapat buat sehabis baik untuk membawa pulang pingat’’ Siti Maryam Binti Mohd Zainudin Pemain Tenis Kolej Matrikulasi Kelantan ‘’Meneruskan perjuangan selagi mampu demi meraih kejayaan dengan harapan team sepak takraw KMJ dapat kekalkan emas untuk KAKOM 2023 ’’ Muhammad Darwish Hafiy Bin Zairel Pemain Sepak Takraw Kolej Matrikulasi Johor ‘’Saya berharap dapat mempertahankan aura kejohanan dengan katakata semangat never back down, never give up!’’ Cherub Sharleena Cassdey Pemain Bola Jaring Kolej Matrikulasi Labuan ‘’Keep fighting, always trust your team dan percaya diri sendiri dapat buat sesuatu yang lebih daripada orang lain’’ Zurin Shazwina binti Muhamad Zamri Pemain Bola Tampar Kolej MARA Kuala Nerang EDISI 2 ‘’Saya berharap semua kolej matrikulasi dapat bersaing secara sihat’’ Muhammad Danish Asyraaf bin Azizee Olahraga Kolej Matrikulasi Perlis ‘’Berharap semua atlet dapat bermain dengan adil dan dapat meraih kejayaan’’ Muhammad Izz Ilhan Bin Azuan & Hayat Mulabillah Bin Mohd Bisman Olahraga Kolej Matrikulasi Melaka Temubual Atlet KAKOM 2023


Pertemuan Para Atlet Dengan Gelanggang Mengenali dan memahami keadaan medan pertempuran adalah kunci kejayaan dan keselamatan dalam acara sukan. Ia memberikan atlet pengalaman yang lebih positif dan memudahkan mereka untuk fokus pada hari perlawanan. Tambahan itu, atlet, jurulatih, dan pegawai sukan dapat memahami struktur gelanggang dengan lebih baik. Mereka juga dapat berbincang tentang faktor-faktor seperti cuaca, pencahayaan, dan keadaan gelanggang yang mungkin mempengaruhi prestasi dan merangka strategi bagi menjamin prestasi terbaik untuk pasukan masingmasing. Tangkak, 28 September - Seawal 8 pagi, para kontinjen telah memulakan aktiviti penyesuaian gelanggang. Para atlet dari kolej yang berbeza amat bertoleransi mengambil giliran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran gelanggang. Aktiviti ini berterusan sehingga 6 petang dan akan disambung pada sesi pagi 29 September kecuali permainan badminton.Sesi penyesuaian gelanggang badminton terpaksa dilakukan pada sebelah malam kerana perlawanan badminton akan bermula seawal 8.00 pagi keesokannya. EDISI 2 https://bit.ly/kakom2023


EDISI 2 Tangkak, 28 September - Sesi penggambaran kontinjen KAKOM yang dijalankan di Astaka, Kolej Matrikulasi Johor berjalan lancar dan tersusun baik. Ia ditambah lagi dengan sinaran mentari pagi yang menambah tenaga buat para kontinjen. Sesi ini bermula seawal 8:30 pagi dengan dimulai kontinjen dari seberang laut iaitu KML, KMSw, dikuti dengan tuan rumah KMJ dan kolej-kolej lain di Semenanjung Malaysia (KMKt, KMP, KMM, KMKN, KMK, KMKJ, KMS, KMPh, KMPk, KMKPh) seperti yang dijadualkan. 1,2,3 say cheese!!! Sesi Fotografi Kontinjen KAKOM 2023 Para atlet dan pegawai mengenakan baju sukan seragam yang menarik dan berwarna-warni mempamerkan semangat juang setinggi Gunung Ledang. Kibaran bendera dan sorakan semangat setiap kolej turut menceriakan suasana sesi penggambaran. Detik ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian Kolej Matrikulasi di Malaysia tetapi juga sebagai satu cara untuk memupuk perpaduan di samping membuktikan mereka telah bersedia untuk menyertai acara KAKOM 2023. https://bit.ly/kakom2023


EDISI 2 Kolej Matrikulasi Sawarak (KMSw) Kolej Matrikulasi Labuan (KML) Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)


EDISI 2 Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt)


EDISI 2 Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)


EDISI 2 Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)


MESYUARAT KETUA KONTINJEN, PENGURUS PASUKAN DAN PENGANGKUTAN KAKOM 2023 EDISI 2 Tangkak, 28 September - Mesyuarat Ketua Kontinjen, pengurus-pengurus pasukan dan pengangkutan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Cempaka (BMSC), Aras bawah Kompleks Tutoran dan Dewan Kuliah Kecil 1 (DKK1) bermula jam 8.00 malam. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh)


AKSI HARI PERTAMA KAKOM 2023


KEMERIAHAN HARI PEMBUKAAN KAKOM 2023


PERSIAPAN DAN PEMBUKAAN GERAI SEMPENA KAKOM 2023


LO KAS I ACA RA KA KO M 2 0 2 3 SEPAK TAKRAW OLAHRAGA SKUASY BADMINTON BOLA JARING BOLA SEPAK KUMP. A,B SMK SERI TANGKAK KUMP. C,D SMK SAGIL TENIS GELANGGANG TENIS KMJ A,B,C,D PADANG ASTAKA KMJ DEWAN SRI LEDANG (DSL) KMJ PETANQUE PADANG ASTAKA KMJ GELANGGANG SEPAK TAKRAW BLOK B BOLA TAMPAR GELANGGANG BOLA TAMPAR KMJ GELANGGANG SKUASY KMJ GELANGGANG BOLA JARING KMJ EDISI 2 Lokasi alternatif Sepak Takraw : SMK Tun Mamat Bola Tampar : SMK Ledang


https://bit.ly/kakom2023 VENUE PERTANDINGAN


@BuletinKAKOM2023


Click to View FlipBook Version