BUKU SKRAP DIGITAL ANTI DADAH NNEEGGAARRAAKKUU SSEEJJAAHHTTEERRAA,, LLEEBBIIHH BBAAIIKK CCEEGGAAHH
Ahli Kumpulan JEEVESHAA A/P SUNTHARA PANDIAN KEERTHISHA A/P NANTHAKUMAR TIRANMATY A/P MURALI
BUKU SKRAP ANTI DADAH DIPERSEMBAHKAN OLEH:
kenali dadah apa itu dadah? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsitubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (OTAK DAN SARAF TUNJANG) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (OTAK DAN SARAF TUNJANG) dadah dan ciri-cirinya Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
Jenis-jenis Dadah Apabila kita mendengar perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti GANJA dan HEROIN. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Jenis-jenis Dadah 01 HEROIN 02 COCAINE 03 ECSTACY 04 STIMULANT 05 GANJA 06 BATU AIS
HEROIN Heroin dan morfin adalah dadah dalam kumpulan opiate. Morfin adalah alkaloid yang diperolehi dari pokok poppy, Papaver somniferum. Morfin biasanya digunakan sebagai ubat tahan sakit. Heroin adalah dadah sintetik yang dihasilkan dengan menambah dua kumpulan acetyl pada struktur morfin. Heroin juga dikenali sebagai diamorphine. Heroin dan mofin adalah dadah yang biasa disalahguna di Malaysia. Heroin dan morfin tersenarai dibawah Akta Dadah Berahaya 1952, yang menghalang penanaman, pengeluaran, import, export, pemilikan dan penyalahgunaan.
COCAINE Kokain ialah alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun-daun koka. Ia adalah perangsang sistem saraf pusat dan pembantut selera yang menghasilkan apa yang diperihalkan sebagai perasaan sangat gembira dan pertambahan tenaga. Walaupun paling biasa digunakan secara rekreasi untuk kesan ini, kokaina ialah anestesia topikal yang digunakan untuk pembedahan mata, tekak, dan hidung. Kokaina boleh mengakibatkan ketagihan psikologi, dan pemilikan, penanaman, serta pengedarannya untuk kegunaan bukan perubatan atau kegunaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan adalah haram di hampir-hampir semua negara di dunia.
EKSTESI Ia adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lain-lain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan lain yang lebih murah. Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu, ia boleh meningkatkan risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas mengambilnya.
STIMULANT Amphetamine Type Stimulant (ATS) adalah sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, 3,4- methylenedioxyamphetamine (MDA) dan 3,4-Methylenedioxy methamphetamine (MDMA).
GANJA Berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja " berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau).
BATU AIS Sejenis dadah yang sangat berbahaya dan mudah didapati di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal,kaca diamond. ICE adalah nama glamor di kalangan remaja Malaysia."Methaphetamine hydrochloride " merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh " methaphetamine hydrochloride " yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu atau ICE. ICE lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
KESERONOKAN SECARA TIDAK SENGAJA MENGATASI TEKANAN JIWA PENGARUHRAKANSEBAYA RAWATANPERUBATAN SEBAB-SEBAB SESEORANG MENGAMBIL DADAH
UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
TAFSIRAN “PENGEDARAN DADAH” TERMASUKLAH SEMUA PERBUATAN SEPERTI MENGILANG, MENGIMPORT, MENGEKSPORT, MENYIMPAN, MENYEMBUNYI, MEMBELI, MENJUAL, MEMBERI, MENERIMA, MENYETOR, MENGENDALIKAN, MENGANGKUT, MEMBAWA, MENGHANTAR, MENGIRIM, MENDAPATKAN, MEMBEKAL ATAU MENGEDAR MANA-MANA DADAH BERBAHAYA. SESEORANG ITU ADALAH DIANGGAP MENGEDAR DADAH SEKIRANYA DI DAPATI DI DALAM MILIKNYA :-
15 gram atau lebih berat heroin 15 gram atau lebih berat morfin 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan Merendahkan sistem imuniti Masalah kesihatan mental Penyakit berjankit seperti HIV/AIDS, hepatitis.tuberkulosis Kurang produktiviti
KKEESSIIMMPPUULLAANN Sebagai generasi muda pewaris negara, kita perlulah bijak mencari kawan dan berusaha untuk selalu mengatakan TIDAK kepada DADAH kerana... DADAH MUSUH NO 1 MALAYSIA!
S E K I A N , T E R I M A K A S I H