The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1423-15-hasnormawaddah, 2023-07-18 08:32:41

TUGASAN 2 PALS 1012

PALS 1012 PB

Keywords: education,lestari,hijau

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR ESEI INOVASI PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR NAMA : HASNORMAWADDAH BINTI MUHAMAD ANGKA GILIRAN/NO. KAD : 041026-06-0492 PENGENALAN KUMPULAN : BAHASA MELAYU SK 1 KOD KURSUS : PALS 1012 NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA PENSYARAH : EN. HUSSIN BIN YAAKOB AKADEMIK TARIKH HANTAR : 10 JULAI 2023 TANDATANGAN : (PENGESAHAN MAKLUM BALAS TUGASAN) TAJUK TUGASAN:


2 Kandungan Bil. Isi Kandungan Muka Surat 1. Pengenalan 3 2. Hubung kait Kelestarian dengan Teknologi Hijau 4 3. Kepentingan Kelestarian dan Teknologi Hijau terhadap alam sekitar 5-6 4. Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar 7-8 5. Cadangan inovasi Teknologi Hijau 5.1Nama Produk Inovasi Teknologi Hijau 5.2Gambar Dan Rajah 5.3Cara Operasi 5.4Kelebihan dan Kekurangan 5.5Prospek 9-12 6. Kesimpulan 13 7. Rujukan 14


3 1. Pengenalan yang merangkumi maksud Kelestarian dan maksud Teknologi Hijau. Kelestarian alam sekitar yang merujuk kepada kaedah atau proses bagi mengukuhkan atau mengekalkan setiap perubahan yang berlaku dengan cara yang paling baik dan seimbang. Manakala, teknologi hijau adalah langkah untuk memulihara sumber dan alam semula jadi dengan menggunakan bahan yang mesra alam dan tenaga yang boleh diperbaharui. Hal ini bertujuan untuk mengawal kesan negatif daripada terus berlaku dalam kehidupan seharian. Pembangunan yang mengikut ke arah teknologi hijau amatlah digalakkan bagi mewujudkan pembangunan yang mapan dan menitikberatkan aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Penerapan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian merupakan satu langkah yang amat penting untuk menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan. Selain daripada itu, kelestarian alam sekitar juga turut berkait rapat dengan pembangunan yang lestari yang menjadi faktor yang penting dalam pertumbuhan dan langkah untuk menstabilkan ekonomi. Oleh itu, bagi membendung daripada berlakunya kerosakan alam sekitar dan untuk meneruskan penjagaan kelestarian, masyarakat perlu melakukan beberapa langkah seperti memperbanyakkan penggunaan teknologi hijau agar selaras dengan pemuliharaan kelestarian dan meneruskan usaha dalam mengurangkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya seperti kilang- kilang yang banyak menggunakan bahan kimia dan bahan buangan daripada hasil produk telah dibuang secara tidak berhemah.


4 2. Hubung kait Kelestarian dengan Teknologi Hijau. Bagi memelihara dan memulihara alam sekitar, masyarakat perlu membuka mata untuk saling mengaitkan antara kelestarian dan teknologi hijau kerana kedua- dua aspek tersebut mempunyai perkaitan rapat sejurus untuk memelihara dan memulihara persekitaran dan sumber- sumber semula jadi. Secara tidak langsung, teknologi hijau turut menitikberatkan setiap keperluan kehidupan manusia dan kepentingan persekitaran yang lestari. Hal ini supaya manusia tidak terlepas pandang tentang tanggungjawab setiap individu mengenai usaha untuk membantu menjaga kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi. Selain itu, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan dengan bantuan daripada penciptaan teknologi- teknologi hijau kerana teknologi tersebut akan memikirkan tentang persekitaran iaitu harus memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan alam sekitar dan keperluan generasi pada masa hadapan yang selaras dengan prinsip kelestarian. Jelaslah di sini bahawa untuk menyeimbangkan keperluan manusia dengan kelestarian alam sekitar adalah dengan adanya teknologi hijau dalam kehidupan. Terdapat beberapa kriteria yang perlu ditekankan dalam menghasilkan teknologi hijau yang baik untuk kelestarian alam sekitar seperti contohnya penggunaan tenaga dan sumber api boleh diperbaharui seperti penciptaan pengangkutan menggunakan petrol dan diesel yang mampu mengubah kepada penggunaan tenaga solar. Jelalah disini bahawa kelestarian dengan teknologi hijau mempunyai perkaitan yang amat rapat dan tidak boleh dinafikan.


5 3. Kepentingan Kelestarian dan Teknologi Hijau terhadap alam sekitar. Dalam era globalisasi pembangunan ini, teknologi hijau amat membantu dalam kelestarian dan teknologi hijau ini memberikan watak dan peranan yang penting dalam meningkatkan keharmonian serta kualiti hidup masyarakat. Terdapat banyak perkembangan teknologi hijau yang telah meraih banyak perhatian dan menunjukkan bahawa betapa pentingnya teknologi hijau kerana konsepnya yang relevan untuk kelangsungan masa hadapan. Kepentingan yang amat penting bagi menunjukkan usaha untuk memulihara persekitaran untuk kehidupan masa kini atau masa hadapan ialah untuk memastikan sumber tenaga asli untuk terus kekal agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Hal ini kerana, teknologi hijau akan dapat menggantikan penggunaan petrol dan diesel yang merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan akan digantikan dengan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan tenaga angin. Masyarakat akan terus berusaha mengurangkan sebanyak yang mungkin penggunaan dan kebergantungan kepada bahan bakar fosil yang semakin terhad dan berkurangan. Oleh sebab itu, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan teknologi hijau yang lestari iaitu alternatif pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kepentingan kelestarian dan teknologi hijau terhadap alam sekitar juga termasuklah dapat menjamin kesejahteraan dan kesihatan diri serta keharmonian persekitaran manusia. Hal ini kerana, dengan menggunakan kelestarian teknologi hijau, akan berlakunya pengaplikasian penggunaan bahan- bahan yang mesra alam dalam setiap produk yang digunakan sekali gus dapat mengurangkan pendedahan kepada bahan yang berbahaya kepada kesihatan. Sebagai contoh, terdapat banyak alat- alat elektrik yang menggunakan konsep cekap tenaga bagi pengurangan penggunaan tenaga elektrik yang wajar dipertimbangkan bagi penggunaan dalam kehidupan seharian. Dari aspek lain, penggunaan kenderaan awam juga akan mengurangkan pencemaran seperti pencemaran udara dan bunyi kerana banyak bahan kimia yang dilepaskan jika menggunakan kenderaan diesel dan petrol yang amat buruk jika dihidu oleh manusia. Jelaslah disini bahawa penggunaan teknologi hijau dapat menjamin kesihatan dan persekitaran yang baik.


6 Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan daripada penggunaan kelestarian teknologi hijau dalam kehidupan yang mampu untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Walaupun, pada era ini bukan satu norma bagi kita untuk melakukan amalan- amalan hijau, namun masyarakat harus mengubah perspektif dan pandangan terhadap kelestarian alam sekitar agar terus menikmati kehidupan pada hari ini dalam jangka masa yang panjang.


7 4. Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar (berserta data-data pembuktian). Sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan isu- isu semasa global mengenai alam sekitar yang telah meraih pandangan dunia kerana kesannya yang amat besar kepada kehidupan manusia dan persekitaran. Isu- isu ini perlu diambil perhatian oleh masyarakat atau pemerintah dalam mencari penyelesaian yang baik tanpa mengalami kerugian daripada manamana pihak. Antara isu semasa global berkaitan dengan alam sekitar ialah mengeksploitasi hutan yang di lakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan habitat flora dan fauna. Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua (1996), flora membawa maksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa, manakala fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup di suatu tempat. Hutan merupakan tempat asal kepada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan, jika hutan ditebang akan memberikan kesan seperti kebinasaan kepada tempat tinggal iaitu habitat asal haiwan dan tumbuhan yang berasal dari kawasan tersebut. Selain daripada itu, sumber makanan haiwan di kawasan tersebut juga akan berkurang dan kesannya haiwan terpaksa untuk berpindah ke kawasan yang lain untuk menjalani kelangsungan hidup dan akan menyebabkan ketidakseimbangan pada kitaran makanan hidupan di sesuatu kawasan. Oleh itu, kemusnahan dan kemunduran habitat flora dan fauna merupakan salah satu isu yang amat besar kesan daripada masalah global alam sekitar tersebut iaitu eksploitasi hutan. Selain itu, fenomena pemanasan iklim dan perubahan cuaca yang ketara juga telah menjadi isu global yang berkait dengan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil daripada pembalakan hutan yang semakin tidak terkawal. Menurut laporan daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), sejak abad ke- 20 terdapat beberapa aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka yang telah meninggalkan kesan kepada peningkatan suhu global yang terjadi yang berpunca daripada pelepasan gas berbahaya ke atmosfera. Situasi ini menyebabkan cahaya matahari akan terus capai ke arah permukaan bumi apabila pokok- pokok di tebang tanpa kawalan kerana tiada halangan atau pelindung daripada tumbuhan- tumbuhan yang mempunyai daun yang rendang. Selain daripada memberikan oksigen kepada hidupan, pokok turut berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia, sekiranya pokok berkurang maka gas karbon dioksida yang dilepaskan akan terbebas dan terkumpul di dalam udara. Oleh itu, fenomena peningkatan suhu berlaku sekali gus akan menyebabkan berlakunya pemanasan global.


8 Kesimpulannya, isu- isu global mengenai alam sekitar ini dapat dikurangkan dengan melakukan beberapa usaha dengan lebih giat. Semua pihak perlu mengambil bahagian untuk memainkan peranan masing- masing dalam membendung masalah tersebut. Sesungguhnya setiap langkah perubahan adalah bermula daripada individu itu sendiri, jadi pihak kerajaan boleh melakukan beberapa kempen atau menyebarkan risalah berkenaan alam sekitar agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.


9 5. Cadangan inovasi Teknologi Hijau. Pada era teknologi ini, penggunaan teknologi banyak digunakan dalam bidang pertanian bagi menerapkan konsep kelestarian dalam pekerjaan iaitu bertani. Terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan seperti penggunaan baja kompos semula jadi bagi menjadikan langkah untuk mengurai penggunaan baja kimia yang akan memberikan dampak negatif kepada kesuburan tanah dan turut mengganggu ekosistem dan alam sekitar. Terdapat banyak kepentingan daripada penggunaan teknologi hijau dan racun perosak serangga organik untuk tumbuhan merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan kelestarian teknologi hijau pada era ini. Hal ini kerana racun perosak biasa telah meninggalkan kesan yang negatif kepada kelestarian alam sekitar seperti kerosakan tanah akibat bahan kimia yang ada dalam racun perosak. 5.1 Nama Peralatan Inovasi Teknologi Hijau Disebabkan aspek– aspek tersebut, penambahbaikan kepada racun perosak kimia telah ditambahbaik kepada racun perosak organik yang sesuai berlandaskan aspek kelestarian teknologi hijau. 5.2 Gambar dan Rajah Produk dan Bahan Jadual 1.0 menunjukkan gambar bahan untuk membuat pati racun serangga organik, bahan perekat dan hasil produk. 1. Bahan untuk membuat pati racun serangga organik


10 2. Bahan untuk membuat perekat 3. Hasil Produk 5.3 Cara Operasi Cara pembuatan racun serangga organik ini amat mudah dah boleh di buat dimana- mana sahaja dan hanya memerlukan dua bahan penting iaitu bawang putih dan cili padi. Berikut adalah beberapa cara membuat racun serangga organik: 1. Menggunakan campuran beberapa bahan utama iaitu bawang putih dan cili padi. 2. Menggunakan bahan-bahan organik lain seperti sabun cap buruh, dan air. 3. Menggunakan bahan-bahan alami seperti daun serai untuk mengurangkan bau. Bahan- bahan yang sudah dikisar perlu ditambah dengan minyak masak dan sabun pencuci pinggan dan air sebagai agen perekat. Hampas bawang putih dan cili padi boleh dijadikan sebagai baja organik dengan menaburkannya di atas tanah manakala pati bahan- bahan tersebut boleh di sembur pada pokok- pokok secara berkala.


11 5.4 Kekuatan dan Kelemahan Berdasarkan produk inovasi yang dihasilkan iaitu racun serangga organik, terdapat kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada produk yang perlu diketahui sebelum menggunakan produk inovatif ini. Antara kelebihan menggunakan produk kelestarian teknologi hijau iaitu racun serangga organik ini ialah dapat mengurangkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan tanah. Hal ini kerana bahan- bahan yang digunakan semasa pembuatan produk ialah bahan organik iaitu daripada tumbuhan, jadi produk tidak akan merosakkan persekitarannya jika menggunakan kuantiti yang sesuai. Selain itu, produk ini juga menjamin kesihatan manusia kerana produk yang menggunakan bahan organik tidak akan menyebarkan gas- gas kimia yang tidak baik untuk jantung. Produk ini juga baik untuk dimakan kerana tiada bahan kimia yang digunakan yang boleh memudaratkan tumbuhan yang di tanam namun penggunaan produk haruslah dikawal lebih berhati- hati agar tidak mendatangkan kesan sampingan yang lain. Selain daripada mudah dibuat kerana menggunakan bahan yang mudah didapati, produk ini juga dijual lebih murah berbanding dengan penggunaan produk racun serangga yang buka organik di pasaran. Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya, antara kekurangan penggunaan racun serangga organik ialah produk ini memerlukan waktu dan usaha yang lebih bagi penggunaannya kerana produk ini memerlukan waktu untuk melakukannya, manakala produk racun serangga biasa bersifat sedia ada yang boleh dibeli di kedai- kedai. Selain itu, produk ini memerlukan pengguna melakukan kaedah perulangan iaitu serangga berkemungkinan tidak efektif dengan sekali semburan racun serangga organik, jadi pengguna perlu lebih kerap menyembur pada tumbuhan bagi mendapatkan hasil yang baik dan sama seperti penggunaan racun serangga biasa. Produk ini juga tidak tahan lama kerana pengaplikasian yang lebih kerap dan penggunaan bahan pembuatannya yang cepat busuk, jika tidak diletakkan pada suhu yang sesuai bagi produk tersebut.


12 5.5 Prospek Melihat dari segi prospek, produk kelestarian teknologi hijau iaitu racun serangga organik ini memiliki prospek yang baik untuk memupuk dan mengekalkan kelestarian alam dalam aspek pengendalian atau penggunaan racun serangga perosak pada tanaman. Terdapat beberapa prospek yang dapat diperhatikan antaranya termasuklah mesra alam kepada persekitaran iaitu pengekalan alam sekitar yang aman dan harmoni tanpa sebarang penggunaan bahan kimia dan pencemaran tanah yang berlaku kerana bahan yang digunakan hanyalah daripada bahan yang organik sahaja. Selain daripada itu, prospek daripada kesihatan hidupan seperti manusia yang menikmati hasil tanaman daripada penggunaan racun serangga organik tersebut tidak perlu ragu- ragu untuk menikmati kerana menggunakan bahan yang organik seperti cili dan bawang putih yang mudah didapati dan mudah dibuat sendiri sekali gus dapat kurangkan kos pembelian racun serangga berbanding dengan racun serangga kimia yang dijual di pasaran. Namun bagi mencapai prospek yang lebih baik pada masa hadapan, racun serangga organik boleh mendaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak bagi meraih kepercayaan bagi pengguna- pengguna lain untuk memupuk penggunaan produk kelestarian teknologi hijau dalam kehidupan mereka sebagai seorang petani sejurus memupuk kehidupan dan persekitaran dengan impak yang positif.


13 6. Kesimpulan Kesimpulannya, kelestarian teknologi hijau ini amatlah memberikan banyak manfaat kepada kehidupan pada masa kini mahupun pada masa hadapan. Konsep kelestarian ini akan mewujudkan impian untuk generasi akan datang untuk turut merasai keindahan dan keharmonian alam sekitar yang dirasai pada masa kini ataupun lebih baik daripada sekarang. Kelestarian teknologi hijau ini juga dapat menunjukkan usaha untuk mengekalkan persekitaran yang lebih aman dengan mencuba pelbagai cara dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, penambahbaikan dalam bidang tanaman atau bidang perindustrian yang lebih mementingkan penggunaan teknologi hijau tanpa memberikan impak yang negatif kepada alam sekitar. Dengan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada pemerintah mahupun masyarakat, sudah tentu kelestarian alam dapat dijaga dengan jayanya sejurus dengan pembangunan negara yang semakin maju setanding dengan negara- negara maju yang lain. Selain dapat menjaga persekitaran, kesihatan manusia juga tidak juga dilupakan kerana, dengan teknologi hijau jaminan kesihatan manusia juga semakin baik akibat pengurangan daripada penggunaan bahan kimia dalam kehidupan yang dapat mengurangkan kadar pencemaran yang dapat membahayakan kesihatan manusia. Oleh itu, jelaslah kelestarian teknologi hijau ini memberikan impak positif kepada individu, masyarakat atau sesuatu negara itu sendiri.


14 7. Rujukan Rahman, Haliza Abdul. (2020). Malaysian Youth and Environmental Sustainability: A Review: Belia Malaysia dan Kelestarian Alam Sekitar: Satu Ulasan. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 12(2), 43-54. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/4255 Rahman, Haliza Abdul. (2017). Usaha dan cabaran dalam mengaplikasikan pendidikan alam sekitar dalam sistem persekolahan di Malaysia (Efforts and Challenges In The Application Of Environmental Education In Malaysian School System). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(2). http://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/33 Azmi, Muhammad Nur Fathi, and Indera Syahrul Mat Radzuan. (2021). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Terhadap Kepentingan Pembangunan Hijau di Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1459-1472. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/2057 Johar, Siti Rohani. (2013). Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2131 Abdullah, Karmilah, and Jamilah Ahmad. (2014). Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap amalan pengamal perhubungan awam hijau di Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39. http://journalarticle.ukm.my/8601 Hassan, Norizan, Hussin Salamon, and Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan aplikasi teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif Islam. Ejurnal Penyelidikan dan Inovasi. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. rmc. kuis. edu. my/jpi/e-ISSN, 2289-7909. https://www.academia.edu/download/54391880/NORIZAN-HASSAN-final-1-12.pdf Ahmad, Jamilah, et al. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika, 81(3), 103-115. https://core.ac.uk/download/pdf/199246548.pdf Ismail, Bushra Limuna (2020). Teknologi hijau dalam arus pembangunan negara dan amalan masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID III). https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9812 Saad, Mohamad Salahudin Mohamad, et al. (2019). ‘Portable Sprinkler’bagi Penyemburan Baja dan Racun Serangga di Kawasan Sawah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology, 160-172. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/PMJET/article/view/4852


Click to View FlipBook Version