MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN
KarnivalBAHASA JIWA BANGSA
کرنيۏل بهاس جيوا بڠسا
19Jumaat Ogos
2022
DEWAN KOLEJ VOKASIONAL LABUAN
Aturcara Majlis
2.45 Petang Ketibaan Tetamu Undangan
2.50 Petang Ketibaan Pengarah Pendidikan Wilayah
Persekutuan Labuan
3.00 Petang ~ Nyanyian Lagu Negaraku dan Maju
dan Sejahtera
~ Bacaan Doa
~ Ucapan Alu-aluan oleh
Pengarah Kolej Vokasional Labuan
~ Ucapan Penghargaan oleh
Pengarah DBP Cawangan Sabah
~ Ucapan Perasmian oleh
Pengarah Pendidikan
Wilayah Persekutuan Labuan
~Penyampaian hadiah
- Sayembara Deklamasi Puisi
- Pertandingan Jejak kamus
- Pertandingan Ulasan dan Resensi
Buku
~ Penyampaian Cenderamata
~ Tayangan Video
~ Persembahan
~ Sesi Bergambar
4.30 Petang Jamuan dan Bersurai
Ucapan Pengarah KVL
Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat
Allah SWT kerana dengan limpah dan izin kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama menjayakan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa anjuran
Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama
Kolej Vokasional Labuan (KVL
Syukur alhamdulillah, pihak kolej ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pihak DBP cawangan Sabah kerana memilih
Kolej Vokasional Labuan dalam senarai sekolah yang ada di Wilayah
Persekutuan Labuan.
Kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada
para pelajar yang terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya
Sayembara Deklamasi Puisi, Pintar Jawi, Majalah dalam Kelas, Ceramah
Bersahabat dengan Kamus, Pertandingan Jejak Kamus serta
Pertandingan Ulasan dan Resensi Buku. Para pelajar Kolej Vokasional
Labuan ini amat bertuah kerana pihak DBP menawarkan hadiah wang
ringgit yang cukup lumayan kepada peserta yang bertanding. Tahniah
juga penglibatan pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
yang turut terlibat dalam slot Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi.
Ternyata peluang yang diberikan oleh pihak DBP cawangan Sabah
ini amat bermakna kerana penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti
ini memberi pengalaman yang berbeza kepada mereka. Pihak kolej juga
turut mengadakan Inreach dengan menjemput sekolah-sekolah di
Wilayah Persekutuan Labuan datang ke kolej bagi melihat sendiri
proses PdP di bengkel-bengkel. Serampang dua mata ini diharapkan
dapat memeriahkan lagi program ini.
Sebagai penutup bicara, syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Karnival Bahasa Jiwa Bangsa atas usaha keras menjayakan program ini.
Terima kasih pihak Dewan Bahasa dan Pustakan cawangan Sabah
kerana menganjurkan program ini di Wilayah Persekutuan Labuan.
HJH SITI MUSLIHAH BINTI LEEUDIN
Pengarah Kolej Vokasional Labuan
Ucapan Pengarah DBP
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa
Karnival Bahasa Jiwa Bangsa atas kejayaan menganjurkan program yang
buat julung kalinya diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Penghargaan juga diberikan kepada Kolej Vokasional Labuan kerana telah
berkolaborasi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah
dalam menjayakan program ini.
DBP sebagai badan yang memartabatkan bahasa dan sastera
kebangsaan akan terus melaksanakan tanggungjawab dan memainkan
peranannya dalam pengembangan dan pendaulatan bahasa Melayu
dalam kalangan pengguna, khususnya rakyat Malaysia pada peringkat
serantau dan antarabangsa.
Semoga program dan kegiatan yang diadakan sepanjang karnival ini
akan mengukuhkan dan memanifestasikan jati diri dan citra bangsa
Malaysia yang cemerlang dalam kalangan generasi muda khususnya para
pelajar, tanpa mengira kaum, latar bahasa melalui penggunaan bahasa
yang baik dan bermutu. Program seumpama ini akan dapat memupuk
pembentukan semangat kewarganegaraan, kesetiaan kepada bangsa dan
negara serta membantu para pelajar menentukan hala tuju kehidupan
mereka pada masa hadapan.
Akhir kata, DBP akan terus memberikan sokongan agar kegiatan
seumpama ini akan terus dilaksanakan khususnya dengan penglibatan
daripada pelbagai jabatan dan agensi lain khususnya di Wilayah
Persekutuan Labuan.
AMINAH BINTI AWANG BASAR
PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH
Senarai Aktiviti
Semarak Jawi dan Pelancaran Kelab Pencinta
Jawi
Kuiz Bahasa dan Sastera
Bengkel Penulis Dokumen Rasmi
Pertandingan Ulasan dan Resensi Buku
Sayembara Deklamasi Puisi
Pertandingan Jejak kamus
Siri Ceramah Bersahabat dengan Kamus
Pameran dan Jualan Buku
Majalah dalam Kelas (MDK)
Aktiviti Sepanjang Karnival
Aktiviti Sepanjang Karnival
Aktiviti Sepanjang Karnival
Aktiviti Sepanjang Karnival
Aktiviti Sepanjang Karnival
Senarai Pemenang Pertandingan
Sayembara Deklamasi Puisi Pertandingan Jejak kamus
Saguhati Saguhati
Ulasan dan Resensi Buku
Saguhati
Sekalung Penghargaan
Jawatankuasa Karnival Bahasa Jiwa Bangsa
Kolej Vokasional Labuan
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
dan semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Karnival Bahasa Jiwa Bangsa.