OLEH: CIKGU SYAFIQAH NASUHA
Pada zaman dahulu, disebuah hutan terdapat seekor binatang
yang sangat cerdik bernama Sang Kancil. Sang Kancil merupakan
tempat untuk mengadu bagi binatang-binatang yang lain
sekiranya ditimpa musibah. 0leh itu, Sang Kancil sangat terkenal
diseluruh rimba.
Dipendekkan cerita, suatu hari Sang Kancil sedang mencari
makanan ditepi sungai. Tidak jauh dari sungai itu terdapat
sepohon rambutan yang tengah masak ranum. Sang Kancil cukup
bertuah kerana bergitu banyak biji rambutan yang sudah gugur
ke tanah. Maka tanpa perlu bersusah payah mencari makanan, dia
memakan buah-buah itu sehingga kenyang.
Setelah selesai makan ,Sang Kancil berasa haus pula. Tanpa
mengesyaki apa-apa, Sang Kancil menghampiri tebing sungai
untuk meminum air. Ketika sedang asyik minum, seekor buaya
muncul dihadapannya. Sang Kancil terkejut, namun tidak berani
melarikan diri.
Hahaha.. Habislah kau Kancil.
Aku dah lapar 3 hari, dan
hari ini rezeki aku datang
sendiri. Aku takkan lepaskan
kau Kancil!
Buaya berkata-kata lalu terus menyambar 'kaki'
Sang Kancil. Jeritan Sang Kancil kedengaran.
Sebelum kau makan aku
wahai sang buaya yang
bijaksana,izinkan aku
menyanyikan sebuah lagu
untuk kali terakhir
Sang Kancil berkata seolah-olah merayu. Buaya yang tidak
pernah dipuji itu,terus berasa bangga. Selama ini, sakit
telinganya mendengar binatang-binatang dihutan itu asyik
memuji-muji kebijaksanaan Sang Kancil.
Baiklah tapi sudahkan
lagu itu cepat sedikit.
Aku sudah tidak sabar
untuk meratah daging kau
yang sedap ni.!
Balas buaya megah tetapi masih tidak melepaskan 'kaki' Sang
Kancil yang sebenarnya hanyalah ranting kayu yang digigitnya
itu.
Sang Kancil tersenyum sendiri dengan kebodohan Sang buaya.
Tanpa membuang masa, Sang Kancil mula bernyanyi.
"1,2 dan tiga..Sang Kancil bijaksana..Silapnya cuma sikit, buaya
salah gigit..itu bukan kakiku,hanyalah kayu..", nyanyi Sang Kancil
kemudian terus memecut melarikan diri dari Sang buaya yang
baru menyedari kesilapannya itu.
1,2 dan tiga..Sang Kancil
bijaksana..Silapnya cuma
sikit, buaya salah gigit..itu
bukan kakiku,hanyalah
kayu..
Sang buaya yang baru terlepas makanannya itu, berasa sangat
geram dan marah. Walaupun begitu tiada apa-apa yang boleh
dilakukan kerana Sang Kancil sudah pun menghilang dibalik semak.
Buaya terpaksa akur menunggu mangsa yang lain pula. Begitulah
pengakhiran kisah Sang kancil dan buaya.
WOII SANG
KACIL!
TAMAT