The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F1 SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL PBD ESEI 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah09-398, 2021-08-21 09:56:39

PENULISAN AKADEMIK (EDUP3043)

F1 SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL PBD ESEI 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL

ANGKA GILIRAN 2020192340018
NO. KAD PENGENALAN
010707010974
KUMPULAN/UNIT PISMP F1
KOD DAN NAMA KURSUS
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TIGKAH LAKU
NAMA PENSYARAH (EDUP3043)

DR. SHARIZA SAID

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK (KPPB)

TARIKH HANTAR 21 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

Isi Kandungan
1.0. Pengenalan .............................................................................................................................. 3
2.0. Isu-isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah dalam Bilik Darjah ................................. 4
3.0. Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah .......................................................................... 5
4.0. Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah ......................................................... 7
5.0. Rumusan .................................................................................................................................. 8
6.0. Rujukan..................................................................................................................................... 9
7.0. Lampiran.................................................................................................................................10

i

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana diberi peluang dan kesempatan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku (EDUP3043) ini pada tempoh masa yang ditetapkan dengan penuh
jayanya.

Di kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan sepenuh
penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Shariza Said
selaku pensyarah pembimbing kerana beliau telah sudi membimbing dan memberi
tunjuk ajar kepada saya secara menyeluruh agar saya dapat membuat tugasan ini
dengan baik dan mampu untuk memenuhi segala kehendak dalam tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu antara satu sama lain dalam
menyiapkan tugasan yang berkualiti dan bermutu ini.

Akhir sekali, saya ingin memberi penghargaan kepada individu-individu yang
secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses penyiapan tugasan ini.
Sekian.

ii

1.0. Pengenalan

Kelangsungan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lancar di dalam sesebuah bilik darjah
tanpa sebarang masalah dan gangguan merupakan impian bagi setiap guru. Namun
demikian, guru perlulah sedar bahawa di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai ragam dan
personaliti berbeza di antara murid-murid yang akan menyebabkan masalah tingkah laku
berlaku. Permasalahan tingkah laku dalam kalangan murid seperti membuli, mencuri,
merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya merupakan antara cabaran-cabaran yang
perlu di hadapi di sekolah. Masalah-masalah sebegini sedikit sebanyak bakal memberi
gangguan terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah
kelas. Murid-murid yang menunjukkan masalah tingkah laku sekiranya tidak diberikan
perhatian dan bimbingan, akan menyebabkan murid tersebut keciciran dalam sistem
pendidikan, dan seterusnya murid mempunyai potensi melibatkan diri dalam gejala-gejala
sosial yang kurang sihat. Sebelum masalah-masalah tingkah laku ini menjadi lebih parah
dalam kalangan murid, masih terdapat jalan penyelesaian bagi menangani masalah tingkah
laku di dalam bilik darjah menjadi lebih parah, iaitu melalui model pengurusan disiplin bilik
darjah dan intervensi dalam menangani masalah tingkah laku murid. Oleh yang demikian,
bagaimanakah model pengurusan disiplin bilik darjah dan intervensi dalam menangani
tingkah laku bermasalah dapat membantu guru menangani masalah-masalah disiplin yang
berlaku dalam bilik darjah?

Lantaran itu, tugasan kali ini akan menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah secara teliti serta membuat penilaian dan pemilihan terhadap
model pengurusan tingkah disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani masalah
disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

3

2.0. Isu-isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah dalam Bilik Darjah

Tingkah laku bermasalah murid semakin hari semakin membimbangkan. Tingkah laku
bermasalah ini merupakan sebarang tingkah laku sama ada positif atau negatif yang akan
menjelaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif dapat
adalah sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku
negatif pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu destruktif, distruptif dan tingkah laku
kebergantungan berlebihan (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).

Isu-isu disiplin dan tingkah laku bermasalah murid yang kerap kali berlaku di dalam
bilik darjah antaranya adalah murid kurang memberi perhatian. Menurut pendapat pakar yang
telah ditemu bual Puan Samiyah binti Baleh, pelajar-pelajar di Thailand juga menghadapi
masalah sukar memberi perhatian semasa guru sedang mengajar. Perilaku kurang
memberikan perhatian semasa di dalam bilik darjah merupakan salah satu tingkah laku
distruptif, iaitu tingkah laku yang mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid yang kurang memberikan perhatian di dalam kelas dapat dikenal pasti
dengan melihat tingkah laku mereka semasa guru mengajar. Kebiasaannya murid yang
kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar akan berbual dengan rakan lain, membaca
bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan topik pengajaran guru serta memandang ke luar
bilik darjah. Murid-murid ini gemar melakukan perkara lain yang tidak berkaitan dengan
pengajaran guru kerana perhatian dan fokus mereka terhadap pengajaran guru sudah hilang.
Antara punca murid kurang memberi perhatian semasa guru mengajar di dalam bilik darjah
adalah disebabkan diri murid itu sendiri yang sudah bosan untuk belajar. Hal demikian
berkemungkinan kerana murid tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru,
dan menyebabkan murid kurang berminat untuk mengikuti keseluruhan sesi pengajaran guru.

Selain itu, guru juga menjadi punca murid kurang memberi perhatian di dalam bilik
darjah. Hal ini berkemungkinan kerana cara penyampaian isi kandungan pengajaran oleh
guru yang tidak relevan dengan tahap kognitif murid menyebabkan murid hilang fokus dan
tumpuan untuk belajar. kurang jelas menyebabkan maklumat-maklumat tidak dapat
disampaikan kepada murid. Selain itu, personaliti dan perwatakan guru turut memberi
pengaruh kepada murid untuk belajar. Guru yang menggunakan teknik yang sama, nada
suara yang perlahan dan mendatar serta tidak tegas semasa mengajar menyebabkan murid
berasa bosan lalu tidak menumpukan perhatian untuk belajar.

Selain itu, sikap murid yang pendiam juga merupakan salah satu masalah tingkah laku
distruptif yang wujud di dalam bilik darjah. Pendiam adalah suatu perilaku seseorang yang
tidak suka bercakap. Murid yang pendiam amat muda dikenal pasti kerana murid ini tidak akan

4

melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sumbang yang melibatkan kolaborasi di antara murid-
murid di dalam bilik darjah. Sebagaimana pandangan daripada seorang pakar yang telah
ditemu bual, beliau menerangkan masalah murid pendiam dapat ditangani dengan cara guru
menyebut nama murid tersebut untuk menjawab soalan dan melibatkan murid tersebut dalam
aktiviti di dalam bilik darjah. Faktor utama yang menyebabkan murid menjadi pendiam dan
kurang bercakap di dalam bilik darjah adalah kerana mereka dibesarkan dalam keadaan
keluarga yang jarang meluangkan masa dengan anak mereka lalu menyebabkan murid
kurang bercakap. Masalah pendiam dalam diri murid akan menyebabkan murid bersikap pasif
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan memberi kesukaran kepada guru
untuk menilai tahap kefahaman murid sekiranya murid tidak memberi kerjasama semasa
aktiviti perbincangan dengan murid-murid lain.
3.0. Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Berdasarkan isu masalah tingkah laku di dalam bilik darjah yang telah dinyatakan di atas,
saya telah memilih model pengurusan bilik darjah Asertif Canter bagi menangani isu-isu
tersebut.

Rajah 1: Model Asertif Canter
Berdasarkan Rajah 1, Model Asertif Canter merupakan model yang berasaskan
kepada peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).
Model Asertif Canter menerangkan bahawa peneguhan diberikan kepada tingkah laku yang

5

diingini serta akibat yang diperoleh daripada tingkah laku tersebut. Merujuk kepada isu
masalah tingkah laku di dalam bilik darjah yang telah dikemukakan di atas, masalah murid
kurang menumpukan perhatian dan masalah murid pendiam merupakan tingkah laku yang
tidak diingini. Oleh yang demikian, berdasarkan model ini, guru haruslah menjadi seorang
guru yang asertif, iaitu seorang guru yang jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan
yang konsisten dengan tegas (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Model Asertif
Canter menekankan bahawa guru yang bersifat asertif akan dapat membentuk tingkah laku
murid di dalam bilik darjah. Langkah pertama yang perlu diambil oleh guru adalah guru
perlulah mengadakan sesi perbincangan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah
laku tersebut bagi mengatasi masalahnya. Dalam perbincangan tersebut, guru asertif perlu
menyatakan dengan jelas apakah tingkah laku yang mereka inginkan supaya murid dapat
memahami dengan jelas perkara yang harus mereka lakukan. Contohnya, guru menerangkan
kepada murid bahawa mereka perlulah memberikan sepenuh tumpuan serta sentiasa
memberi respons kepada guru semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.
Kemudian, guru haruslah menunjukkan bagaimana cara untuk murid melaksanakan peraturan
tersebut. Contohnya, bagi mengatasi masalah murid yang pendiam, guru boleh menunjukkan
cara murid memberi respons kepada soalan guru.

Selain itu, guru juga perlulah menerangkan kesan buruk sekiranya murid kurang
memberi perhatian dan bersikap pendiam di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru
menerangkan kepada murid, sekiranya murid kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,
murid tidak akan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, lalu menyebabkan
murid tidak mendapat markah yang cemerlang. Manakala, bagi murid yang pendiam, guru
boleh menjelaskan kepada murid bahawa jika murid hanya diam dan tidak melibatkan diri di
dalam aktiviti kelas, akan menyukarkan guru untuk mengetahui sejauh mana kefahaman
murid mengenai isi pelajaran. Kemudian, guru yang asertif juga perlulah menerangkan
kepada murid tindakan pembetulan yang harus dilakukan murid sekiranya murid melakukan
tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru asertif juga boleh memberi peneguhan kepada
murid sekiranya murid menumpukan perhatian di dalam bilik darjah (Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel, 2016). Hal demikian kerana menurut Model Asertif Canter, peneguhan
akan diberikan sekiranya murid melakukan tingkah laku yang diingini. Contohnya, guru boleh
memberi pelekat bintang kepada murid sekiranya murid dapat memberi tumpuan dan
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan baik. Guru juga boleh memberikan
peneguhan positif seperti memberi pujian kepada murid dengan masalah tingkah laku
pendiam yang semakin memberi respons semasa guru mengajar. Hal demikian akan
mengakibatkan murid menjadi lebih bersemangat untuk fokus dan memberi perhatian serta
memberi respons semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.

6

4.0. Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah

Langkah-langkah intervensi amatlah penting bagi mengawal tingkah laku bermasalah
ini. Melalui intervensi dalam menangani masalah tingkah laku, masalah disiplin jenis distruktif
atau distruptif yang berlaku di dalam bilik darjah dapat dikawal dengan jayanya, secara tidak
langsung akan sedikit sebanyak membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4 (2013), intervensi bermaksud
campur tangan dalam urusan dua pihak yang berlainan. Merujuk kepada masalah tingkah
laku kurang memberi perhatian dan pendiam seperti yang dinyatakan di atas, intervensi yang
bersesuaian bagi menangani masalah tersebut adalah intervensi modifikasi tingkah laku. Hal
demikian kerana masalah-masalah tersebut akan memberi impak buruk kepada dalam
perkembangan murid dan ia dapat menghalang penglibatan aktif murid di dalam bilik darjah.
Melalui teknik modifikasi tingkah laku, murid dapat mengubah tingkah laku melalui prinsip-
prinsip pelaziman. Prinsip asas dalam intervensi ini adalah pemberian peneguhan sekiranya
murid menunjukkan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh yang demikian, bagi
meningkatkan tingkah laku yang diingini, guru boleh menggabungkan tingkah laku yang
diingini dengan peneguhan positif. Contohnya, guru menjelaskan kepada murid yang pendiam
sekiranya murid tersebut dapat menjadi ketua dan mengendalikan aktiviti perbincangan, murid
akan diberikan pelekat bintang. Guru juga perlu menyatakan kepada murid tingkah laku yang
tidak diingini iaitu murid mendiamkan semasa aktiviti perbincangan. Oleh itu, murid akan
membentuk satu tingkah laku iaitu menjadi ketua dan mengendalikan aktiviti perbincangan
alam kumpulan supaya murid diberikan ganjaran pelekat bintang. Peneguhan positif melalui
ganjaran tersebut secara tidak langsung dapat memberi galakan kepada murid untuk
mengurangkan sifat pendiam dalam diri murid tersebut.

Seterusnya, guru juga boleh mengadakan suatu sistem kontrak tingkah laku, di mana
memerlukan persetujuan di antara dua pihak iaitu murid dan guru. Bagi memastikan
keberhasilan kaedah ini, guru perlulah menerangkan kepada murid itu mengenai rasional dan
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid bagi memastikan keberkesanan kontrak
yang disediakan tersebut. Contohnya, bagi murid yang bermasalah tingkah laku kurang
memberi perhatian, guru perlu menjelaskan bahawa sistem kontrak tingkah laku ini disediakan
sebagai bukti bahawa murid bersetuju untuk menunjukkan tingkah laku memberi tumpuan
semasa guru mengajar dan tidak membuat perkara lain. Selain itu, guru juga perlu
menetapkan peneguhan positif yang akan diberikan kepada murid sekiranya murid berjaya
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Contohnya, sistem kontrak tersebut menyatakan jika
murid fokus dan memberi tumpuan semasa guru mengajar, murid akan diberi keistimewaan

7

untuk keluar awal pada waktu rehat. Selain itu, guru juga perlulah bekerjasama dengan ibu
bapa dan guru-guru lain bagi memastikan murid mematuhi kontrak yang telah dipersetujui
tersebut. Kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat meningkatkan untuk sentiasa
mengingatkan murid mengenai kontrak tersebut akan membantu murid membentuk tingkah
laku yang diingini oleh guru. Hal sedemikian dapat memberi galakan kepada murid untuk terus
melakukan perlakuan yang diingini oleh guru.
5.0. Rumusan

Kesimpulannya, masalah-masalah tingkah laku dan disiplin murid perlulah diberi
perhatian yang sewajarnya oleh guru kerana masalah-masalah yang dianggap kecil sebegini
lama kelamaan akan merebak dan menjadi masalah yang lebih besar sehingga memberi
kesan kepada murid setelah dewasa kelak. Walaupun terdapat pelbagai punca yang menjadi
faktor kepada tingkah laku bermasalah murid, guru mestilah cakna dan mengambil
tanggungjawab untuk menangani masalah disiplin ini. Oleh yang demikian, pelbagai langkah
pencegahan dan intervensi yang bersesuaian boleh diambil bagi membantu guru menghadapi
masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Bagi menangani masalah disiplin dan tingkah laku
murid ini juga, pelbagai pihak seperti ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan juga
haruslah melibatkan diri. Kerjasama dan sikap keprihatinan di antara semua pihak dapat
menangani masalah tingkah laku murid dan seterusnya dapat melahirkan murid yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

(1848 patah perkataan)

8

6.0. Rujukan

Adibah Hanim Ab Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Modifikasi
Masalah Tingkah Laku Menggangu di Dalam Bilik Darjah Menggunakan Intervensi
“The Good Behavior Game”. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas
(Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor (pp. 1-11). Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ainul Yaqin Abdullah, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Taha. (2016).
Pengubahsuaian Tingkah Laku Disruptif Menggunakan Intervensi "The Good Behavior
Game". Prosiding Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas
(Bermasalah Pembelajaran Peringkat Negeri Johor). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amin Al-Haadi Shafie. (n.d.). Intervensi Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah laku Kognitif
dalam Membantu Mangsa Buli di Sekolah. (Disertasi PhD tidak diterbitkan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainudin Isa. (2010). Kanak-kanak
bermasalah tingkahlaku. Digest Pendidik, Jilid 10 (2), 21-27.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan Edisi ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku:

Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa & Mizan Adillah Ahmad Ibrahim. (2007).

Program sistem penalti kaedah alternatif bagi pengurusan disiplin pelajar. Jurnal
Pendidikan 32 , 61-76.
Maharam Mamat, Maznah Ibrahim, Zulkifli Mohamad & Johari Talib. (2017). Perbaikan
tingkah laku bermasalah kanak-kanak sekolah rendah melalui terapi kognitif-tingkah
laku. Southest Asia Psychology Journal Vol. 5, 1-11.
Syariman Jahari, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Penggunaan
Token ekonomi Dalam Ubahsuai Tingkah Laku Murid Pasif (Terlalu Pendiam).
Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
Peringkat Negeri Johor (pp. 1-7). Universiti Kebangsaan Malaysia.

9

7.0. Lampiran

Temu bual bersama Puan Samiyah binti Baleh, seorang pensyarah Pengajian Bahasa
Melayu Fakulti Kemanusiaan, Yala Rajabhat University.
Sesi temu bual melalui aplikasi Google Meet

Dialog temu bual :

Syafiqah : Assalamualaikum dan selamat petang puan, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada puan kerana puan sudi menerima temu bual
ini. Sebelum saya meneruskan sesi temu buat mengenai isu-isu tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah, saya ingin mendapatkan maklumat
mengenai pengalaman dan sedikit latar belakang pendidikan puan.

Pn. Samiyah : Waalaikumussalam, terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk
temu bual ini. Pertama sekali, nama saya Samiyah binti Baleh, berumur
36 tahun. Selepas mendapatkan ijazah, saya mengajar di sekolah
rendah Thailand selama dua tahun. Kemudian, saya menyambung
pengajian Master di Universiti Malaya. Sekarang saya bekerja sebagai
pensyarah Pengajian Bahasa Melayu di Fakulti Kemanusiaan di
Universiti Yala Rajabhat, Thailand.

10

Syafiqah : Baik, terima kasih puan atas perkongsian maklumat tersebut.
Sepanjang kerjaya puan sebagai guru dan pensyarah, apakah masalah-
masalah tingkah laku murid yang sering kali berlaku semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP)?

Pn. Samiyah : Sepanjang saya mengajar di sekolah dan di universiti, masalah yang
selalu pelajar lakukan adalah ponteng sekolah, datang lambat ke kelas.
Terdapat juga murid yang suka kacau rakan sehingga mengganggu sesi
PdP.

Syafiqah : Betul, faham puan masalah-masalah tersebut. Dalam musim pandemik
ini, bagaimana pula dengan tingkah laku dan masalah murid? Adakah
mereka kurang melakukan masalah kerana tidak bersemuka di dalam
kelas?

Pn. Samiyah : Tidak juga, kerana menurut pengalaman saya selama lebih daripada
setahun mengajar secara atas talian, pelajar lebih cenderung
melakukan masalah tingkah laku. Hal ini kerana kebanyakan daripada
pelajar akan sentiasa ada alasan untuk tidak mengikuti pengajaran
secara Google Meet. Itu menjadi masalah kepada pensyarah kerana
kami tidak mengetahui sejauh mana kesahihan alasan pelajar tersebut.
Jika pelajar tersebut memang ada masalah, tidak mengapa. Tetapi jika
dia menipu? Itulah antara perkara yang membimbangkan semasa
pengajaran atas talian ini.

Syafiqah : Begitu ya puan. Seterusnya, jika dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bersemuka, apakah tingkah laku bermasalah yang sering
dilakukan oleh murid?

Pn. Samiyah : Kebiasaannya di dalam kelas yang saya mengajar, murid akan datang
lewat ke sesi kuliah. Mereka kebanyakannya yang datang lewat kerana
tidur lewat disebabkan bekerja. Selain itu, ada juga segelintir murid yang
kurang fokus dalam bilik darjah. Ada seorang murid saya yang kurang
memberi perhatian di dalam kelas, tetapi dia suka melukis. Jadi apabila
saya pergi ke tempatnya, mesti dia sedang melukis (ketawa). Ada juga
murid yang pendiam sahaja masa saya sedang ajar.

11

Syafiqah : Berdasarkan masalah-masalah yang puan telah nyatakan tersebut,
apakah sebenarnya perkara yang menjadi punca yang mendorong
murid berkelakuan masalah disiplin tersebut?

Pn. Samiyah : Selalunya kerana latar belakang pelajar itu sendiri. Ada pelajar yang
dari keluarga bermasalah. Ada juga ibu bapa pelajar tersebut yang
terlalu memanjakan anak mereka hingga mereka tidak boleh diusik
sedikit pun. Jika murid yang pendiam, kebiasaannya mereka dengan
keluarga juga tidak bersembang. Jadi bila datang ke kelas, mereka
kurang beri respons dan bercakap sekiranya saya bertanya.

Syafiqah : Baiklah, terima kasih puan di atas kesudian puan menjadi tetamu kami
pada hari ini untuk ditemu bual. Kami telah dapat banyak input dan
maklumat yang berguna mengenai pengurusan tingkah laku murid di
dalam bilik darjah. Memandangkan masa mencemburui, saya terpaksa
menangguhkan dulu sesi temu bual kita sampai di sini sahaja. Dengan
ini, saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa sepanjang sesi
temu bual ini berlangsung.

12


Click to View FlipBook Version