The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F1 SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL (Pen Akademik Budaya)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah09-398, 2022-05-12 11:45:18

Penulisan Akademik EDUP3073

F1 SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL (Pen Akademik Budaya)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL

ANGKA GILIRAN 2020192340018
NO. KAD PENGENALAN 010707010974

KUMPULAN/UNIT PISMP F1
KOD DAN NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)

NAMA PENSYARAH PUAN SHARIZAN ABDUL HAMID

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

Isi Kandungan
Isi Kandungan ...................................................................................................................................... i
Penghargaan ....................................................................................................................................... ii
1.0. Pengenalan .............................................................................................................................. 1
2.0. Langkah-langkah Menyediakan Bilik Darjah Mesra Budaya ...................................... 1

2.1. Aspek Fizikal ....................................................................................................................... 1
2.2. Aspek Emosi ....................................................................................................................... 2
2.3. Aspek Sosial........................................................................................................................ 3
2.4. Aspek Sosiolinguistik ....................................................................................................... 4
3.0. Rumusan .................................................................................................................................. 5
4.0. Rujukan..................................................................................................................................... 6

I

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana diberi peluang dan kesempatan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran
(EDUP3073) ini pada tempoh masa yang ditetapkan dengan penuh jayanya.

Di kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan sepenuh
penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Sharizan
Abdul Hamid selaku pensyarah pembimbing kerana beliau telah sudi membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada saya secara menyeluruh agar saya dapat membuat
tugasan ini dengan baik dan mampu untuk memenuhi segala kehendak dalam
tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu antara satu sama lain dalam
menyiapkan tugasan yang berkualiti dan bermutu ini.

Akhir sekali, saya ingin memberi penghargaan kepada individu-individu yang
secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses penyiapan tugasan ini.
Sekian

II

1.0. Pengenalan

Umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum,
agama, keturunan, etnik dan sebagainya. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2021),
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina,
India, kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum minoriti masyarakat Orang Asli.
Perkara ini memberi gambaran bahawa masyarakat Malaysia mengamalkan pelbagai amalan
serta kebudayaan yang berbeza mengikut etnik masing-masing. Maka, penerapan nilai-nilai
moral seperti hormat-menghormati, kasih sayang, toleransi dan sebagainya dalam diri setiap
individu amatlah penting dan perlulah diterapkan agar keharmonian dan keamanan dapat
dipelihara, di samping mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, guru-
guru perlulah memastikan agar elemen-elemen mesra budaya diterapkan dalam bilik darjah
agar dapat mewujudkan suasana kondusif serta positif dalam kalangan murid-murid dari
pelbagai etnik dan latar belakang yang berbeza. Persoalannya, bagaimanakah guru boleh
mengubah suai bilik darjah agar elemen mesra budaya dapat diterapkan di dalamnya?

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan mengenai beberapa cadangan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru yang dapat mewujudkan bilik
darjah mesra budaya.

2.0. Langkah-langkah Menyediakan Bilik Darjah Mesra Budaya

Dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, terdapat beberapa aspek yang
perlu ditekankan oleh guru. Antara aspek tersebut adalah aspek fizikal, emosi, sosial, serta
sosiolinguistik.

2.1. Aspek Fizikal

Cadangan pertama yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mewujudkan bilik darjah
mesra budaya melalui aspek fizikal adalah pengurusan terhadap persekitaran pembelajaran
yang akan digunakan oleh murid di dalam bilik darjah. Woolfolk (2001) berpendapat bahawa
pengurusan bilik darjah adalah penting bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan produktif. Hal demikian adalah penting bagi meningkatkan lagi semangat murid
untuk belajar di dalam bilik darjah. Pengurusan persekitaran pembelajaran murid yang
dimaksudkan tersebut adalah seperti susunan kerusi dan meja murid serta hiasan bilik darjah.
Bagi mewujudkan elemen mesra budaya, guru perlu memastikan supaya murid-murid

1

berpeluang untuk berada dalam kumpulan berbeza-beza agar dapat mempengaruhi murid
untuk bergaul serta bercampur dengan rakan-rakan mereka tanpa rasa segan silu. Hal
demikian akan membolehkan murid untuk saling mengenali serta memahami antara satu
sama lain. Misalnya, murid daripada pelbagai etnik seperti murid Melayu, Cina dan India
diletakkan dalam kumpulan yang sama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
secara tidak langsung juga dapat memupuk dan membina semangat perpaduan dalam
kalangan murid-murid.

Selain daripada aspek susunan kerusi dan meja murid, guru juga boleh menyediakan
suatu sudut dan ruang bacaan di dalam bilik darjah tersebut untuk mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya. Guru sepatutnya mewujudkan suatu sudut khas di dalam bilik darjah
untuk 5 meningkatkan pengetahuan murid terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru
juga boleh menyediakan bahan bacaan yang mengandungi nilai-nilai perpaduan dan
persefahaman antara pelbagai kaum untuk ditampal pada sudut tersebut dengan
mengaplikasikan penggunaan peta I-Think seperti mana yang diberi penekanan dalam
pembelajaran abad ke-21. Hal ini bertepatan dengan pernyataan yang diberikan oleh Noriati
A. Rashid et al. (2014) yang menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik
seharusnya membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.
Penggunaan peta I-think dapat memudahkan murid dalam memahami konsep dan mesej
yang terkandung dalam bahan bacaan. Hal ini secara tidak langsung mendorong murid untuk
mengimplementasikan pengetahuan yang diperoleh daripada sudut khas tersebut dalam
konteks kehidupan seharian untuk mewujudkan budaya yang mesra

2.2. Aspek Emosi

Di samping itu, cadangan yang kedua dibuat berpandukan kepada aspek pengurusan
persekitaran emosi. Pengurusan emosi ini turut perlu difokuskan oleh guru dalam usaha
membina sebuah kelas yang mesra budaya. Layanan yang sama rata kepada semua murid
adalah cara terbaik bagi menjamin kestabilan emosi murid-murid. Guru tidak mempunyai hak
untuk mengelaskan murid mengikut latar belakang mereka serta melayan mereka sesuka hati
kerana amalan tersebut akan membuatkan murid-murid terasa diri mereka disisihkan atau
didiskriminasi. Layanan yang adil atau sama rata boleh dilakukan melalui penglibatan semua
murid dalam setiap aktiviti dan bukannya memfokuskan kepada satu-satu kumpulan sahaja.
Menjadi satu kelebihan sekiranya sesebuah kelas tersebut mempunyai latar belakang budaya
yang berbeza. Penyatuan mereka di dalam satu kumpulan dengan layanan guru yang sama
akan membuatkan mereka saling menghargai antara satu sama lain.

2

Menurut Woolfook dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu,
semasa melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru boleh memberi galakan ataupun pujian
kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan.
Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk terus
aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, seseorang guru juga perlu mengelakkan dirinya
mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ‘kamu memang bodoh la…’, ‘pemalas betul
kamu ni…’ dan sebagainya (Anita et.al, 2015). Hal ini demikian kerana, situasi sebegini akan
memberi 6 impak negatif terhadap emosi murid-murid dan akhirnya mereka akan berkelakuan
pasif pada kelas yang akan datang

2.3. Aspek Sosial

Selain itu, cadangan yang ketiga pula ialah yang berkaitan dengan aspek pengurusan sosial.
Perkataan ‘sosial’ merujuk kepada ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat
(Noriati a. Rashid, 2017). Melalui proses sosiolisasi, murid-murid sentiasa belajar untuk
berhubung dengan orang di sekelilingnya. Ini membuatkan mereka sentiasa berinteraksi
dengan orang lain dan mencari keselesaan sendiri. Impak yang berlaku ini adalah disebabkan
oleh tingkah laku memerhati yang menjadi satu proses pembelajaran berdasarkan teori
pembelajaran sosial. Guru perlu cakna akan persekitaran yang telah tersedia terhadap murid-
muridnya. Penelitian yang maksimum terhadap persekitaran sosial murid di dalam kelas
adalah amat penting kerana ia akan membantu guru dalam membina rancangan pembinaan
bilik darjah yang mesra. Contohnya aktiviti yang membolehkan wujudnya persekitaran positif
adalah sambutan ulang tahun kelahiran ahli kelas. Hal ini boleh melahirkan perasaan saling
menghargai antara ahli-ahli dan seterusnya membuatkan kelas tersebut mesra budaya.

Guru juga seharusnya melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik
darjah. Komuniti pembelajaran dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran bilik darjah
yang prihatin dan penyayang. Dalam hal ini, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna
dan berkesan. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014), komuniti pembelajaran dalam dibina
melalui pendekatan pembelajaran secara koperatif yang mana murid diberi peluang untuk
bekerjasama dalam mencapai matlamat dan hasil pembelajaran. Misalnya, menerusi
kerjasama yang dilaksanakan dalam suatu kumpulan, murid tersebut dapat membina
persefahaman sesama mereka dan saling menerima pendapat antara satu dengan lain
secara terbuka meskipun berbeza latar belakang. Komuniti pembelajaran juga boleh
diwujudkan menerusi perkongsian nilai yang memupuk pemahaman dan kepercayaan
terhadap nilai sehingga mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya

3

2.4. Aspek Sosiolinguistik

Akhir sekali, cadangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada aspek pengurusan
sosiolinguistik. Pendidikan di Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
Melayu berdasarkan Akta Pelajaran 1961. Walau bagaimanapun, guru tidak boleh
mengabaikan murid yang menggunakan bahasa ibunda mereka ketika berada di dalam kelas.
Guru perlu bijak dalam menguruskan murid yang menggunakan bahasa selain bahasa Melayu
di dalam kelas. Contohnya, apabila sebuah kelas tersebut mempunyai murid yang pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina dan India, guru boleh melaksanakan aktiviti yang menggunakan
bahasa-bahasa lain secara berkala. Aktiviti yang sesuai adalah seperti nyanyian bersama
menggunakan lagu bahasa Cina atau India. Ini bertujuan untuk meraikan murid-murid yang
berbeza bangsa di samping memupuk semangat perpaduan di antara murid-murid.

Antara peranan yang dimainkan oleh guru adalah mengadakan aktiviti bahasa, sastera
dan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa
Kebangsaan juga boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan,
aktiviti kokurikulum merupakan saluran terbaik dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan
melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat. Guru
juga boleh menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam proses PdP. Sebagai contoh,
menggunakan cerita etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan lagu etnik
Kadazandusun dalam PdP Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani dan
sebagainya. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik dapat digunakan dalam
pendekatan belajar sambil bermain. Penggunaan sumber PdP dengan menggunakan
pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik, malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai
kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka

4

3.0. Rumusan
Tuntasnya, berdasarkan perbincangan yang telah dilaksanakan, dapat disimpulkan bahawa
kejayaan seseorang guru dalam mewujudkan sebuah bilik darjah mesra budaya dapat
memberi sumbangan yang besar terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Hal demikian
kerana bilik darjah mesra budaya adalah penting bagi merealisasikan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) di mana memfokuskan terhadap perpaduan
sebagai salah satu aspirasi pendidikan negara. Bilik darjah mesra budaya juga secara tidak
langsung memberi galakan dan sokongan kepada murid untuk menerima serta memahami
murid lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya yang berbeza. Oleh itu, para
guru sewajarnya meningkatkan lagi usaha secara optimum untuk memupuk kesedaran dalam
kalangan generasi muda khususnya murid-murid pada peringkat sekolah rendah mengenai
tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia. Maka, secara keseluruhannya
diharapkan bahawa pelaksanaan bilik darjah mesra budaya menjamin keharmonian negara
di samping melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

5

4.0. Rujukan

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustafa. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chew Fong Peng . (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

James Ang Jit Eng. (2013). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jere E., Brophy, Janet Alleman & Barbara Knighton. (2010). A learning Community in the
Primary Classroom.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noriati A. Rashid, B. P. (2017). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2014). Budaya dan Pembelajaran (Edisi Kemaskini). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rahman Sukor Ab. Samad & Shahrir Jamaluddin. (2005). Peranan Kepimpinan Guru dalam
Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Masalah Pendidikan, 117-130.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Murid.
Asia Pacific Journal of Educators and Education. 26(1), 125-144.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (1969). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia.

Woolfolk. (2001). Educational psychology (Edisi kelapan). Allyn and Bacon, Inc.
Yong. Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zaitul himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab

Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Membentuk Perpaduan
Kaum di Sekolah. Akademika. 88(2), 95-108.

6


Click to View FlipBook Version