http://www.serdangbaru2.edu.my Tel:03-89481176
SURAT AKU JANJI Saya, …………………………………………………… No. Kad Pengenalan …….…….………….………. beralamat di …………………………………………………………………………….….…………..………. dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
i 目录 ISI KANDUNGAN 学校资料 AM Bil Perkara M/S 1 教育部宏愿与使命 A1 Visi & Misi KPM 2 沙二精神 A2 Slogan Sekolah 3 办学目标 A3 Matlamat Sekolah 4 访客宪章 A4 - A6 Piagam Pelanggan 5 教师守则 A7 - A8 Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 6 教职员公共服务指南 A9 - A14 Panduan Am Untuk Staf Sekolah 7 学校平面图 A15 - A16 Pelan Sekolah
ii 行政与管理 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Bil Perkara M/S 1 学校行政组结构图 P1 Carta Organisasi Pengurusan Sekolah 2 学校行政团队图表 P2 Pasukan Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah 3 学校职员图表 P3 - P9 Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah 4 JR01 学校行政事务委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH JR02 学校资料管理委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH JR03 学校人力资源委员会 JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA JR04 财务与资产管理委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN, AKAUN DAN ASET JR05 马来西亚教育素质标准委员会 JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JR08 天灾管理委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH JR09 家长与教师协会委员会 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG & PIBK) JR10 沙二教职员联谊会委员会 JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN 5 教职员名表(上午班) P10 Senarai Nama Guru (Sesi Pagi) 6 教职员名表(下午班) P11 Senarai Nama Guru & AKP (Sesi Petang) 7 教师工作分配简表(上午班) P12 - P20 Analisa Tugasan Guru (Sesi Pagi) 8 教师工作分配简表(下午班) P21 - P24 Analisa Tugasan Guru (Sesi Petang) 9 学期表 P25 Penggal Persekolahan 10 公共假期 P26 Hari Kelepasan Am 11 周会记录和周训总表 P27 Jadual Laporan Perhimpunan & Nilai Teras Sekolahku Sejahtera Mingguan 12 行政历 P28 Takwim Sekolah
iii 课程 KURIKULUM Bil Perkara M/S 1 课程管理组织结构图 - Carta Organisasi Unit Pengurusan Kurikulum 2 JR12 课程管理委员会 K1 - K4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM JR13 科目委员会 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN JR14 评估委员会 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN JR15 资料中心委员会 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 3 科目委员会(总) K5 Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran 4 科目协调老师名表 K6 Jadual Penyelaras Guru Mata Pelajaran 5 上午班教师任教总况 K7 - K8 Jadual Guru Mata Pelajaran (Sesi Pagi) 6 下午班教师任教总况 K9 Jadual Guru Matapelajaran (Sesi Petang) 7 教师视察教学表 K10 Jadual Pencerapan SKPMg3 Standard 4 8 教师视察教学表 K11 Jadual PBPPP Guru 9 视察学生课业表 K12 Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid 10 三语课业基本规定数量 K13 - K14 Jadual Penetapan Latihan BC, BM dan BI 11 评估时间表 K15 - K18 Jadual Waktu Penilaian Penulisan 12 评估卷呈交日期表 K18 Jadual Serahan Kertas Penilaian Penulisan 13 评估出题表 K19 - K20 Jadual Pengubalan Soalan Penilaian 14 校内学术比赛 K21 Pertandingan Akademik Dalaman
iv 学生事务 HAL EHWAL MURID Bil Perkara M/S 1 学生事务管理组织结构图 - Carta Organisasi Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid 2 JR16 学生事务管理委员会 H1-H7 JAWATANKUASA PENGURUSAN HEM JR17 学生纪律管理委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN MURID JR18 3K 计划管理委员会 JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K JR19 辅导组委员会 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 紧急疏散指南 H8 Panduan Bertindak Semasa Kecemasan 4 紧急疏散图 H9 Pelan Laluan Kecemasan 课外活动 KOKURIKULUM Bil Perkara M/S 1 课外活动管理组织结构图 - Carta Organisasi Unit Pengurusan Kokurikulum 2 JR21 课外活动管理委员会 KK1-KK3 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM JR22 学校体育发展委员会 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH JR23 学校运动会策划委员会 JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 3 课外活动 KK4 Aktiviti Kokurikulum 4 课外活动负责老师 KK5 Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum 5 课外活动日期 KK6 Tarikh Aktiviti Kokurikulum 6 才艺班日期 KK7 Tarikh Aktiviti Kelas Bakat 7 校外竞赛导师 KK8 Jurulatih Pertandingan Luaran
A1 VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 素质教育、优质国民、国家康泰 MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 永续发展素质教育,激发个人潜质,体现国家宏愿
A2 沙登二校精神 SLOGAN SEKOLAH 沙二好 学生好 学生好 沙二好 今日沙二好学生 明日国家好公民 SJK(C) SERDANG BARU 2 AKAN MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG
A3 办学宗旨 1. 爱与榜样 - 以爱与榜样为教育的催化剂 2. 以人为本 - 以全能发展为教育的目的 3. 制尽其善 - 以完善制度为教育的基石 MATLAMAT SEKOLAH 1. Model dan teladan serta kasih sayang memperkasa murid berkualiti. 2. Pembangunan modal insan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran 3. Pengurusan amalan bersistematik demi meningkatkan keberhasilan.
A4 PIAGAM PELANGGAN Kami dengan penuh tekad dan iltizam dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: STAKEHOLDER 1. Menjalankan amanah mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 2. Mengambil tindakan kepada semua urusan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif. 3. Mewujudkan iklim sekolah selamat dan kondusif agar selaras dengan perkhidmatan penyayang. 4. Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam aspek kurikulum, HEM, kokurikulum dan pengurusan pentadbiran. 5. Memastikan setiap arahan dan maklumat yang diperlukan oleh Sekolah / PPD / JPN / KPM mendapat mengikut ketetapan masa dan arahan. 6. Melaporkan sebarang kejadian kepada pihak atasan mengikut peraturan yang ditetapkan. GURU DAN STAF 1. Mengurus kebajikan guru dan staf sokongan berkaitan perkhidmatan. 2. Menyediakan peluang latihan/kursus pembangunan diri sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
A5 3. Memastikan guru menyertai kursus ketetapan KPM dan kursus anjuran luar untuk pembangunan diri dan organisasi dari semasa ke semasa. 4. Menggalakkan guru menyediakan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Memastikan surat atau edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat. 6. Menyediakan prasarana ICT yang mencukupi dan berfungsi. 7. Memastikan semua kakitangan sekolah sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, terlatih, berinovasi dan produktif bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan. MURID 1. Memberi ilmu pendidikan berkualiti selaras dengan kurikulum pendidikan. 2. Berusaha menyediakan muris cemerlang secara holistik. 3. Memberi peluang kepada setiap murid memperkembang potensi positif untuk mempertingkat keterampilan murid melalui aktiviti kokurikulum dan pembangunan insan ke peringkat antarabangsa. 4. Bersedia membantu murid yang memerlukan bantuan. 5. Membimbing murid untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi. 6. Memberi peluang dan layanan adil kepada setiap murid tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang untuk mendapat pendidikan yang sempurna. 7. Memastikan disiplin murid sentiasa berada pada tahap yang terpuji dengan menanam dan menyuburkan penghayatan nilai-nilai murni untuk membangunkan insan yang sempurna.
A5 8. Memastikan setiap murid menerima pembelajaran dmengikut peruntukan KPM. 9. Memastikan setiap murid berasa selamat dan selesa sepanjang semasa berada dalam kawasan sekolah. IBU BAPA 1. Menjaga keselamatan dan kebajikan murid sepanjang persekolahan mereka. 2. Melaporkan perkembangan akademik dan sahsiah murid dari semasa ke semasa. 3. Setiap ibu/bapa/penjaga mendapat perhatian terhadap aduan dan tindakan dalam tempoh 1, 3 atau 7 hari. 4. Setiap ibu/bapa/penjaga murid yang berurusan dengan sekolah akan mendapat layanan terbaik dalam tempoh 30 minit. 5. Berurusan dengan ibu bapa dengan hati terbuka dan menjaga hubungan baik antara guru dan ibu bapa / penjaga. A6
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia A7 Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukunegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya: 1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar (a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. (c) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (d) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapalajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. (e) Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 2. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa (a) Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. (b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. (c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (d) Memberikan maklumat kapada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. (e) Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar. (f) Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia A7 3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara (a) Mengelakkan diri dari menyibarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara. (b) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. (c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. (d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. (e) Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. (f) Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan (a) Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. (b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. (c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. (d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. (e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. (f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. (Catatan: Guru yang dimaksudkan di dalam konteks Tatasusila ialah yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyelian pendidikan.) A8
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A9 2 Panduan Am Untuk Staf Sekolah 2.1 Arahan Am 2.1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. 2.1.2 Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2.1.3 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhimatan lain. 2.1.4 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai suatu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 2.1.5 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip Perkhimatan Cemerlang. 2.1.6 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 2.1.7 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada diri dalam menjalankan tugas. 2.1.8 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 2.1.9 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2.2 Kedatangan 2.2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2.2 Guru sesi pagi dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum 7:00 pagi manakala guru sesi petang dikehendaki hadir di sekolah sebelum 12:00 tengah hari pada hari persekolahan dan log in semasa sampai dan log out pada waktu pulang. Guru bertugas harian pula perlu datang mengikut ketetapan jadual waktu harian unit HEM. 2.2.3 Guru yang tidak hadir atau urusan kecemasan datang lewat hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 2.3 Waktu Persekolahan 2.3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A10 dari Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan. 2.3.2 Guru dihendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar. 2.3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang. 2.4 Cuti 2.4.1 Cuti Rehat Khas (CRK) 2.4.1.1 Cuti Rehat Khas diberikan kepada PPP lantikan tetap, Guru Sandaran, Guru Interim dan Guru Kontrak yang mengajar iaitu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. 2.4.1.2 Kelayakan diberikan sebanyak 10 hari dalam satu tahun kalendar. 2.4.1.3 Kelulusan adalah tertakluk kepada ketua jabatan dalam memastikan keberkesanan PdP di sekolah. 2.4.1.4 CRK adalah kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki CRK yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. 2.4.1.5 CRK boleh disimpan untuk Gantian Cuti Rehat (GCR). 2.4.2 Cuti Sakit 2.4.2.1 Cuti Atas Sebab Perubatan tertakluk kepada paraturan dalam Perintah Am 17(a)/53(ii) Bab C). 2.4.2.2 Cuti Sakit Kerajaan diberi 90 hari dalam setahun. 2.4.2.3 Cuti Sakit Swasta diberi 15 hari (sijil sakit swasta pesakit luar) dan 180 hari (sijil sakit swasta pesakit dalam) dalam setahun. 2.5 Sijil Pendaftaran Guru / Permit Mengajar / Buku Biru 2.5.1 Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui pada setaip tahun. 2.5.2 Guru yang mempunyai Sijil Pendaftaran Guru / Buku Biru hendaklah mengemaskinikannya.
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A11 2.6 Pakaian 2.6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan. 2.6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 2.6.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang 2.6.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 2.6.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 2.6.5.1 Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 2.6.5.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 2.7 Perhubungan Sesama Guru 2.7.1 Guru sewajarnya memupuk perhubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 2.7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 2.7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sasial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 2.8 Bilik Guru 2.8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2.8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “Non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu guru dendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkaraperkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 2.8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 2.8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman manamana pihak.
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A12 2.9 Perjawatan Dan Pengajaran 2.9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah di bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2.9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan. 2.10 Tugas 2.10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2.11 e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian) 2.11.1 Semua guru bertanggungjawab menyediakan e-RPH dan hantar melalui Google Classroom mengikut ketetapan masa. 2.12 Jadual Waktu 2.12.1 Guru kelas dikehendaki paparkan dalam kelas masing masing. 2.12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 2.13 Jadual Kehadiran Pelajar 2.13.1 Guru kelas dikehendaki merekod kehadiran murid dalam APDM. 2.13.2 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselangseli dalam satu minggu, ibu bapa hendaklah dihubungi secara bertulis. 2.13.3 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab. 2.14 Keselamatan Harta Benda Sekolah 2.14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilaporkan kepada PK HEM. 2.14.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah mengadakan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A13 2.15 Kebersihan 2.15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2.15.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 2.15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. 2.16 Surat-Menyurat 2.16.1 Semua surat rasmi kepada PPD/JPN/KPM hendaklah melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2.16.2 Surat yang ditunjuk kepada guru untuk tindakan akan diedarkan dan diemailkan kepada guru melalui PK atau Pembantu Tadbir. 2.17 Pergi Ke Jabatan Pendidikan / Pendidikan Daerah 2.17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi. 2.18 Pelawat 2.18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. 2.18.2 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 2.19 Perolehan Alat Bantu Mengajar 2.19.1 Guru diminta mengisi nota minta untuk memohon perolehan ABM. 2.19.2 Dapatkan pengesahan daripada Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. 2.19.3 Ketua Panitia memohon kebenaran perolehan ABM dengan mengisi nota minta dan serah kepada PT Kewangan. 2.19.4 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 2.19.5 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 2.20 Kegiatan Kokurikulum 2.20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan dedikasi. 2.21 Perhimpunan Sekolah 2.21.1 Kehadiran semasa perhimpunan sekolah mengikut ketetapan tarikh perhimpunan adalah diwajibkan.
Panduan Am Untuk Staf Sekolah A14 2.22 Mesyuarat Guru 2.22.1 Kehadiran guru dalam mesyuarat guru, mesyuarat penolong kanan dan mesyuarat ketua panitia adalah wajib. 2.23 Buku Stok / Inventori 2.23.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok / inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. 2.24 Tanda Nama 2.24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi sekolah/luar sekolah dan kursus anjuran KPM di luar. 2.25 Keahlian Kelab Guru / PIBG 2.25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 2.25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 2.26 Penggunaan Alat-Alat 2.26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 2.26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok. 2.26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 2.26.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta. 2.27 Arahan Dan Pekeliling 2.27.1 Dasar-dasar kerja dan Pekekling KPM hendak difahami dan dipatuhi. 2.27.2 Memo / Arahan yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi. 2.28 Telefon 2.28.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon bimbit sendiri atas urusan peribadi. 2.29 Kunci 2.29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 2.29.2 Guru hendak mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan untuk menyimpan kunci bilik-bilik tertentu. Guru tersebut bertanggngjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 2.30 Acara Atau Majlis Sekolah 2.30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
沙登新村华小二校教室平面 图 PELAN BILIK DARJAH SJK (C) SERDANG BARU 2 2023/2024 I A Tingkat IT2-T1 B. Kom IT2-3 Robotik 4A 4B 4C 4D 2 食堂 Kantin IT2-T2 IT3-3 A3-1 A3-2 A3-3 A3-4 H PS 悦 读 馆 IT-1 B. Kom IT2-2 Bilik 3A 2A 3B 2B 3C 2C 3D 2D 1 P. Pengawal 保安亭 K2 Pemulihan IT3-2 A2-1 A2-2 A2-3 A2-4 K1 B. Kom IT2-1 K. Buku IT3-1 3E 1A 3F 1B 3G 1C A1-S Tandas (P) B 贩卖部 A1-1 A1-2 A1-3 A1-T 女厕所 B 1 2 Pintu Besar 大门 ( Gate A) Bangunan IT 4E 4F 4G 4K 2 B3-1 B3-2 B3-3 B3-4 停车场 Tempat Letak Kereta B Bilik Muzik 1 3H 2E 3I 2F B2-T1 STOR B2-S 1 B2-1 B2-2 B2-3 B2-T2 3J 1D 3K 1E 3L 1F Tandas (L) B B1-1 B1-2 B1-3 B1-T 男厕所 5A 5B 5C 5D STOR C3-S 2 C3-1 C3-2 C3-3 C3-4 C 5E 5F 5G 5H STOR C2-S 1 C2-1 C2-2 C2-3 C2-4 4H 1G 4I 1H 4J 1I 4L 1J STOR C1-S B C1-P C1-1 C1-2 C1-3 C1-4 Tingkat G 5I 5J 5K 6M ABM2 2 Stor G3-S 校长室 G3-1 办公室 G3-2 Blk PK G3-3 Blk PK G3-4 助理室 G3-5 D3-S1 D3-1 D3-2 D3-3 D3-4 D3-S2 2 D ABM3 5L 2G 5M 2H 2I 2J Tandas 1 G3-T 办公室 Pejabat D2-S1 D2-1 D2-2 D2-3 D2-4 D2-S2 G3-IT G3-6 STOR 2K 2L 1K Makmal Sains 2 D1-S3 B 会客室1 会客室2 D1-S1 D1-1 D1-2 D1-3 D1-4 D1-S2 G2-3 G2-4 1 Bilik SPSK 会议室 6A 6B 6C 6D 6E 6F Tandas(P) 3 G2-2 Bilik Mesyuarat E E4-1 E4-2 E4-3 E4-4 E4-5 E4-6 E4-T G2-T1 G2-1 6G 6H 6I 6J 6K 6L Tandas(L) 2 G2-T2 E3-1 E3-2 E3-3 E3-4 E3-5 E3-6 E3-T Bilik Guru Bilik B & K B. Agama Surau T(P)E2-T1 1 G1-2 G1-S2 E2-1 E2-2 E2-3 E2-4 T(L)E2-T2 训导室 三机构活动室 Bilik Sains 1 Bilik Rawatan Bilik BOSS Bilik RBT 2 Bilik RBT 1 Tandas(L) B Bilik Guru E1-1 E1-2 E1-3 E1-4 E1-5 E1-6 E1-7 E1-T 礼堂 Dewan (Tingkat 1) 后门 B DEWAN F F1-T2 女厕所T(P) 储藏室 Gate C G1-1 Bilik Serbaguna G1-4 B. Kom Guru G2- 5 F1-T1 男厕所T(L) Stor F2-S 多元用途活动中心 F1-S1 储藏室B.Stor B. Pancaragam F2- 1 G1-T1 Stor Dewan G2-T3 B. ABM 1 G2-6 Pusat Aktiviti Serbaguna 讲堂 Bilik Muzik2 F2-2 G1-T2 礼堂储藏室 G1-S1 G2-T4 B. Rehat G2-7 F1-1 Auditoriu m Bilik TMK F2-3 停车场 Tkt Bawah Tingkat 1 F1- 2 F1-S2 Tingkat 1 Tempat Letak Kereta 草场 Padang
PELAN BILIK DARJAH SJK (C) SERDANG BARU 2 沙登新村华小二校教室平面图说明 G3-1 校长室 Bilik Guru Besar F 多元用途活动中心 Pusat Aktiviti Serbaguna G3-3 副校长室 Bilik Penolong Kanan HEM/PP F1-1 讲堂 Auditorium G3-4 副校长室 Bilik Penolong Kanan PK1/KK IT-1 悦读馆 Pusat Sumber G3-5 助理室 Bilik Guru Kanan E1-1 训导室 Bilik Disiplin E2-1 教师办公室 Pejabat Guru E1-2 三机构活动室 Bilik Gerakan G3-6 办公室 Pejabat E1-4 救护室 Bilik Rawatan G1-1 礼堂 Dewan E1-5 贷书室 Bilik BOSS G2-1 会议室 Bilik Mesyuarat E2-2 辅导室 Bilik B&K G2-5 教师电脑室 Bilik Komputer Guru E2-3 宗教室 Bilik Agama G2-6 教具室1 Bilik ABM 1 E2-4 祈祷室 Surau G3-IT 伺服器室 Bilik Server F1-2 体育室 Bilik Sukan K1 食堂 Kantin C1-P 消防系统室 Pump House