KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU BERDEWAN DI SK BUKIT KEMUNING 2, KOTA KEMUNING, 40460 SHAH ALAM Oleh : PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG), SK BUKIT KEMUNING 2, SHAH ALAM.
KERTAS CADANGAN SURAU BERDEWAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM. 1. TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan memohon peruntukan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, syarikat koperat dan orang perseorangan untuk menyumbang bagi membina sebuah surau berdewan yang merangkumi perkara berikut ; 1.1 Satu Surau Berdewan : Membina satu surau berdewan mempunyai ruang mimbar dan ruang solat utama seluas 8 meter x 8 meter dan bahagian dewan berbentuk ”A” seluas 26 meter X 54 meter. Dengan sebuah pentas berkeluasan 8 meter x 26 meter. Ketinggian 4 kaki dengan senggatan pembahagian kiri kanan untuk persediaan murid. Lantai simen berkonkrit. Pendawaian elektrik beserta kipas dan lampu. 2. LATAR BELAKANG Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 telah dibuka pada bulan Oktober 2002. Antara faktor penubuhan sekolah ini adalah kerana penambahan bilangan penduduk Kota Kemuning yang kian bertambah, jarak ke sekolah yang jauh dari tempat kediaman murid serta semangat dan keinginan yang tinggi penduduk Bukit Kemuning untuk memiliki sebuah sekolah di tempat sendiri. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan mengikut kurikulum yang disediakan oleh kementerian. Pada tahun ini terdapat 2008 orang murid mengikuti pelajaran di sekolah ini termasuk 50 orang murid prasekolah. Sejumlah 101 orang guru dan 7 orang staf sokongan. Kesemua murid-murid adalah anak-anak penduduk yang tinggal di Kota Kemuning, Jalan Kebun, Kemuning Utama dan Kampung Lombong. Ketika ini, aktiviti sekolah dijalankan secara dua sesi. Tahun 4 hingga tahun 6, sesi pagi manakala tahun 1, 2 dan 3 dilaksanakan pada sesi petang. Untuk kelas Prasekolah dilaksanakan pada sesi pagi. 3. OBJEKTIF PEMBINAAN SURAU BERDEWAN 1 Murid dapat berhimpun bersama dengan kapasiti penuh 2000 sekaligus. Pihak sekolah dapat mengadakan program atau aktiviti secara serentak tanpa perlu pengasingan mengikut sesi. 2. Murid dapat berjemaah bersama-sama ketika dianjurkan solat bersama. Program keagamaan dapat dijalankan secara serentak seperti majlis Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Maulidur Rasul dan lain lain. 3. Dapat melengkapkan kemudahan prasarana surau dan dewan untuk murid-murid sekolah ini.
4 JUSTIFIKASI PEMBINAAN (KEPERLUAN PEMBINAAN) 3.1 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan prasarana yang baik. Setanding dengan sekolah jenis Kebangsaan Cina yang mana rata-rata mempunyai kemudahan dewan tertutup dan prasarana yang baik untuk kegunaan pembelajaran muridmurid di sekolah tersebut. 3.2 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 akan membuka aliran pendidikan khas tidak lama lagi bagi mengisi keperluan murid-murid pendidikan khas sekitar Kota Kemuning yang semakin meningkat. Perluasan aliran kelas pendidikan khas akan mengambil alih beberapa kelas seperti bilik Kemahiran hidup, Surau dan bilik-bilik di bahagian bawah bangunan. Oleh yang demikian surau sekolah terpaksa di bina baru. 3.3 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 merupakan sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang amat besar untuk menjadi sebuah sekolah yang berwatak dan cemerlang. Peningkatan prestasi sekolah yang sentiasa konsisten meletak sekolah ini berada dikedudukan yang agak baik di dalam Zon Kota Kemuning dan juga di Daerah Klang sendiri. 3.4 Peningkatan prestasi yang didorong oleh hasil kerja kuat dan usaha guruguru sekolah ini yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti diri, dengan sokongan tidak berbelah dari ibu bapa dan PIBG menyebabkan sekolah ini menjadi pilihan dan mempunyai ramai permintaan untuk belajar sekolah di sini. 3.5 Namun begitu melalui hubungan, jaringan dan jalinan yang baik dengan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat setempat dan seluruhnya sekolah ini mempunyai potensi yang amat baik untuk terus berjaya setanding sekolah yang mempunyai bilangan murid yang berbagai kaum seperti SK Convent dan lain-lain. 3.6 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 ini pada dasarnya menjadi pusat aktiviti peningkatan prestasi kokurikulum dan akademik untuk sekolah sekitarnya. Aktiviti peningkatan prestasi kokurikulum dan sukan sering dilakukan di sini oleh pihak PPD Klang dan juga menjadi lokasi mesyuarat dan perkhemahan PPM Pengakap Daerah Klang. 4. KLASIFIKASI BANGUNAN Bangunan dibina mengikut klasifikasi dan piawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Binaan bangunan perlu mendapat kelulusan dan kebenaran dari semua agensi yang menjaga dan berkepentingan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya pembinaan untuk sebuah sekolah.
Berikut ialah klasifikasi keperluan binaan baru yang akan dibina ; 4.1 Ruang Surau dan Mimbar Utama Kawasan mimbar dan ruang surau berkeluasan 8 meter x 8 meter, berjubin penuh, berdinding batu keliling dan pintu sliding di belakang. Tempat berwuduk lelaki dan perempuan di kiri dan kanan surau. Berbumbung kubah. Lampu dan kipas. 4.2 Ruang Terbuka : Kawasan lapang berkeluasan 54 meter X 26 meter, bersimen lepa dan konkrit. Dengan kemudahan lampu limpah dan kipas dinding. 4.3 Bumbung A Shape : Berketinggian 7 meter. Bahagian tengah lebih kurang 9 meter tinggi. Tiang Besi I, Atap zink berspan, bersalut aluminum. 4.4 Pentas : Kawasan pentas berkeluasan 8 meter x 24 meter, Ketinggian 4 kaki, bertile konkrit dan bertangga di kiri dan kanan. Lampu limpah, kipas dinding, kipas syiling. 4.5 Binaan Pisang Sesikat (Tambahan) Binaan 6 meter x 50 meter, di kiri kanan dewan utama, berbumbung dan bersiling lepa konkrit. Mempunyai kipas dan lampu. Surau berdewan terbuka akan dilengkapi dengan kemudahan elektrik 3 phase, lampu limpah, kipas dinding, soket 3 pin dan alat pemadam api. 5. FASA PEMBINAAN Fasa pembinaan dibuat secara berperingkat-peringkat. Mengikut kepada dana yang diperolehi. Berikut fasa-fasa pembinaan, 5.1 Cerucuk surau dan dewan Fasa memasang curucuk konkrit, 4 – 6 batang setiap satu lubang, 12 kaki panjang, pengikat besi, menuang simen konkrit dan tapak untuk tiang. 5.2 Tiang dan rasuk bumbung surau dan dewan Fasa memasang tiang pada tapak yang sudah disediakan dan memasang rasuk bumbung. 5.3 Bumbung, kipas dan lampu surau dan dewan Memasang kepingan zink bumbung sehingga lengkap berbumbung dan memasang kipas dan lampu di bahagian pentas dan bahagian dewan terbuka. 5.4 Lantai surau, mimbar dan pentas dewan Membina binaan surau, memasang jubin surau, jubin pentas berukuran 8 meter x 24 meter dan lepaan simen lantai dewan terbuka. 5.5 Pisang Sesikat (Tambahan) Memasang bumbung pisang sesikat seluas 6 meter x 54 meter, di kiri dan kanan dewan terbuka.
6. PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN Anggaran peruntukan dan perbelanjaan seperti yang dicadangkan oleh Unit Pembangunan PPD Klang ( Merujuk kepada klasifikasi & sebut harga JKR ) Ruang surau dan mimbar utama 8 meter x 8 meter RM115,000.00 Ruang dewan terbuka dan pentas 54 meter x 26 meter RM 250,000.00 Binaan pisang sesikat (tambahan) 54 meter x 6 meter RM 150,000.00 Surau berdewan terbuka akan dilengkapi dengan kemudahan elektrik 3 phase, lampu limpah, kipas dinding, soket 3 pin dan alat pemadam api. RM : LIMA RATUS LIMA BELAS RIBU SAHAJA ( RM 515,000.00 ) 7. DOKUMEN SOKONGAN DAN LAMPIRAN. 1. Surat Iringan dan Sokongan 2. Gambar-gambar contoh surau dan dewan 3. Salinan contoh lukisan pelan surau dan dewan 4. Salinan cadangan lokasi pembinaan 5. Salinan gambaran lokasi sekolah 8. PENUTUP Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG berusaha untuk memastikan prasarana dan kemudahan infrastruktur sekolah berada dalam keadaan tersedia, baik, lengkap dan selamat digunakan. Sehubungan dengan itu pihak sekolah dan PIBG merasakan sudah menjadi satu menjadi tanggungjawab untuk memastikan kemudahan bangunan baru khususnya untuk pembinaan surau dan dewan terbuka untuk kegunaan anak anak murid solat berjemaah dan berhimpun. Pihak sekolah amat berharap agar cadangan pembangunan dewan terbuka seperti yang dicadangkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 ini mendapat perhatian, dan sokongan dari semua pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk memastikan keselesaan murid-murid prasekolah, murid-murid dan guruguru di sekolah ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penderma dan semoga ianya diberkati dan dilimpahkan kurnia oleh Allah yang maha esa.
9. PENGESAHAN DAN SOKONGAN Disediakan oleh ; ........................................................... ( ROSLINAWATI BT. IBRAHIM ) Setiausaha PIBG, Sk Bukit Kemuning 2, Kota Komuning. Disemak dan disokong oleh ; ........................................................... ........................................................... ( ALI NAZ’ZAM BIN AJHURI ) ( ) Yang Dipertua PIBG, SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam. Disokong dan luluskan oleh ; ------------------------------------------------- ( HAMIDI BIN SHARIFF ) Guru Besar @ Penasihat PIBG, SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam.
PELAN LOKASI SEKOLAH
CADANGAN PELAN LOKASI BANGUNAN DEWAN UTAMA TAPAK CADANGAN DEWAN TERBUKA P : 54 Meter L : 26 Meter SURAU
CONTOH LUKISAN 3D SURAU BERDEWAN