SENI ANYAMAN KELARAI MODUL PEMBELAJARAN
N U R N A B I L A B I N T I N O O R A Z L E E SEMESTER 6 AT23/ ISMP SENI S I T I N U R M A I S A R A H B I N T I R O H A D I SEMESTER 3 AT23/ ISMP SENI
Pendahuluan Pengenalan Anyaman Seni Anyaman: Kelarai Sejarah Anyaman Adiguru Kraf Anyaman Warna Asas Anyaman Jenis-jenis Anyaman Proses Penyediaan Bahan Asas (Daun) Bahan-bahan Anyaman Anyaman Kelarai Jenis-jenis Kelarai Proses Menganyam Kelarai Rujukan 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN MODUL PEMBELAJARAN SENI ANYAMAN: KELARAI Selamat datang dalam modul pengajaran anyaman kelarai! Anyaman kelarai merupakan seni tradisional yang kaya akan sejarah dan keindahan. Melalui modul ini, kita akan memasuki dunia yang memukau dari kerajinan tangan yang tak hanya mempunyai nilai estetik, tetapi juga merangkul nilai-nilai kesinambungan dan kelestarian warisan budaya. Anyaman kelarai, atau sering juga disebut dengan "rattan weaving", telah menjadi sebahagian dari budaya berbagai masyarakat di seluruh dunia. Dalam modul ini, kita akan menjelajahi teknik-teknik asas anyaman kelarai, menghimpun keindahan dengan kemahiran tangan kita, dan menghasilkan karya seni yang unik. Anyaman kelarai bukan hanya tentang menghasilkan objek indah, tetapi juga tentang mengeratkan hubungan dengan tradisi, alam semula jadi dan kreativiti. Proses anyaman memberi peluang untuk berhubung dengan bahan semula jadi, sambil berendam dalam kegembiraan kerja tangan anda sendiri. Mari bersama-sama memasuki perjalanan yang memikat ini dan temukan keindahan serta makna di balik setiap helai anyaman kelarai yang kita hasilkan. Selamat belajar dan berkarya!
PENGENALAN Anyaman kelarai, adalah seni tradisional yang melibatkan teknik menyusun helai-helai serat kelarai untuk membentuk berbagai bentuk dan pola. Seni ini telah menjadi warisan budaya berbagai kaum di seluruh dunia, memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, seni dekoratif, dan adat istiadat. HASIL PEMBELAJARAN 1. Memahami sejarah dan konteks Anyaman Kelarai. 2. Menguasai teknik asas Anyaman Kelarai. 3. Menggalakkan kreativiti. Modul pengajaran anyaman kelarai ini direka bentuk bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam tentang seni anyaman kelarai, serta mengembangkan kemahiran praktikal dalam menghasilkan karya anyaman yang berkualiti. MATLAMAT
SENI ANYAMAN: Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Prinsip asas dalam seni anyaman merupakan satu proses menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang, pandan, rotan, buluh dan beberapa bahan lain. Pemilihan bahan asas seni anyaman menentukan hasil kekemasan sesebuah hasil seni anyaman. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya. K E L A R A I Definisi Anyaman Prinsip Asas Seni Anyaman Apa itu kelarai?
Sejarah seni anyaman mula berkembang pesat sama dengan perkembangan seni tembikar. Seni anyaman juga merupakan suatu bentuk kraf yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Pada zaman Neolitik, seni anyaman biasanya dihasilkan oleh masyarakat pada zaman tersebut adalah tali, rumah dan keperluan kehidupan seharian. Bahan asas seni anyaman yang digunakan pada peringkat awal adalah akar dan rotan. SEJARAH ANYAMAN Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada tahun 1756 hingga 1794 iaitu zaman pemerintahan Long Yunus, seni anyaman telah digunakan oleh raja dan dipanggil sebagai 'Tikar Raja' yang diperbuat daripada pohon bemban. Kini masih lagi terdapat beberapa negeri yang masih terus aktif dalam kegiatan seni anyaman di peringkat kampung. Antara negeri yang masih terlibat dalam seni anyaman ialah Terengganu, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Adiguru Kraf Anyaman Lahir pada tahun 1944. Berasal dari Terengganu Darul Iman Tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia Pada 1982, beliau memenangi suatu pertandingan iaitu pertandingan pertukangan tangan sezaman dan mendapat tempat pertama anjuran muzium negara. Lahir pada 6 okt 1959. Berasal dari negeri Melaka Kraf anyaman rotan Lantikan adiguru pada tahun 2011 AMINAH BINTI ALI ENCIK ISHAK BIN KASSIM
Lahir pada tahun 20 Mac 1964 Berasal dari Terengganu Darul Iman Kraf Anyaman Padan/ Mengkuang Lantikan adiguru pada tahun 2018 Lahir pada 15 September 1966 Berasal dari negeri Sabah Kraf anyaman Serdang Lantikan adiguru pada tahun 2021 HAJAH KELSOM BINTI ABDULLAH SADI BIN BASAL@ BASAR Lahir pada tahun 30 Jun 1932 Berasal dari Sarawak Kraf Anyaman Bergerang Lantikan adiguru pada tahun 2014 NGOT BINTI BI
WARNA ASAS ANYAMAN kunyit kuning buah kesuma india + kapur sireh kuning pinang masak proses sama dengan warna kuning pinang masak merah daun mengkudu biru kehitaman WARNA MODEN ANYAMANMenggunakan penyelup ‘dyestuff’ (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan.
JENIS-JENIS ANYAMAN
ANYAMAN ROTAN ANYAMAN LIDI ANYAMAN BAMBU ANYAMAN DAUN PANDAN
ANYAMAN PELEPAH PISANG ANYAMAN TALI KUR ANYAMAN DAUN MENGKUANG
PROSES PENYEDIAAN BAHAN ASAS (DAUN)
MENETAK DAUN Daun pandan atau mengkuang daripada jenis yang baik. Tidak terlalu tua dan tidak terlalu mudas. Daun dewasa (subur yang lebih kurang 1 tahun) Beberapa pucuk baru akan tumbuh setelah sehelaian daun mengkuang ditetak. Pucuk baru yang lebih satu tahun dipilih. MELAYUR DAUN Daun pandan atau mengkuang dilayur api. Pelepah daun akan lembut pada bahagian permukaan dan belakang. Daun mudah dibelah dan dijangka. Tulang belakang daun dan duri dibuang. MENJANGKA DAUN Mengoyakkan daun menjadi helaian kecil diperbuat daripada buluh atau kayu. Dawai dan besi halusdijadikan mata jangka. Terdapat 3 hingga tujuh mata disusun secara berderet. Jarak antara mata menentukan kasar atau halus helaian daun. Mata jangka kasar (1cm), sedang (0.5cm) dan halus (0.25cm). Jarak pangkal helaian daun dengan jangka kira-kira 12.70mm dalam keadaan tegak. Daun akan menjadi helaian yang lebih kecil setelah mata jangka ditarik dari pangkal daun hingga ke hujung daun. MENITIK DAUN Helaian daun dilembutkan dengan cata menitik atau memukul dengan kayu bulat (belantan). Dibuat dua orang iaitu seorang memegang hujung daun sambil memintal dan memusing gumpalan daun. Daun gumpalan menjadi lembut, nipis dan mengeluarkan air.
MERENDAM DAUN Merendam ke dalam air dalam beberapa hari bertujuan meluntur warna hijau asal. Gumpalan helaian daun dilipat-lipat kecil kemudian diikatdan dimasukkan ke dalam bekas air. Gumpalan daun yang direndam dalam tin perlu diganti berkali-kali sehingga hijau daun menjadi warna putih kekuningan yang bersih. Bekas warna hijau atau hitam daun perlu dibersihkan supaya tidak berlaku percampuran warna yang tidak rata apabila dicelup. MENJEMUR DAN MELURUT DAUN Daun yang telah direndam dapat menjadi putih kekuningan bersih. Perlu dijemur dibawah cahaya matahari supaya tidak bercendawan. Sambil dijemur, daun dilurut supaya lurus dan licin. (keratan buluh17.5cm panjang atau 30cm dan 5cm) Daun tidak akan bergulung dan memudahkan proses pencelupan warna. Daun lurus memudahkan proses menganyam. MENCELUP DAN MEWARNAKAN DAUN Bahan pencelupan dalam bentuk serbuk atau hablur. Bahan dibancuh dengan air mengikut sukatan tertentu. Tiap penganyama mempunyai kadar yang tersendiri dalam memberi warna daun. Warna gelap (kadar serbuk dilebihkan dan direndam lama dalam bancuhan pencelup). Warna muda (Dikurang kan kadar serbuk dan direndam dalam waktu yang singkat). Daun yang dicelup warna dikeringkan dibawah cahaya matahari supaya warna tidak luntur. Proses menganyam boleh dimulakan.
BAHAN-BAHAN ANYAMAN HELAIAN DAUN PANDA 0.5CM (HALUS) 0.9CM (SEDANG) 1CM (KASAR) PARANG PISAU JANGKA DENGAN UKURAN GIGI LUAR/LEBAR DAUN YANG DIINGINI PELURUT PENYISIP MENYISIP HELAIAN DAUN SEMASA PROSES MENGANYAM
ANYAMAN KELARAI Kelarai yang menggunakan susunan helaian bilah anyaman mengikut kiraan 2, 3 dan kebanyakannya menggunakan gandingan warna yang terang terutamanya pada tudung saji, tikar dan sebagainya. Ia juga dapat disusun secara tunggal dan bebas iaitu secara menyeluruh atau dapat disusun dalam ruang yang tertentu. Susunan juga dapat dibahagikan kepada kelarai berdiri, sendeng dan serong. Jenis-jenis kelarai bermula daripada motif yang ringkas sehingga ke bentuk yang sukar dihasilkan banyak bergantung kepada jenis motif yang diingini kerana setiap motif yang dihasilkan akan melambangkan bentuk yang tertentu pada sesuatu jenis anyaman yang dihasilkan. Proses menyiapkan sesuatu jenis dan saiz anyaman mengambil masa yang agak lama. Tetapi memuaskan hati para pembuatnya apabila telah disiapkan kerana setiap jenis motif yang dihasilkan mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan pada jenis motif menarik minat para peminat anyaman mahupun pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara yang melihatnya disebabkan pelbagai jenis reka corak yang diperolehi hasil dari pengulangan motif. Bagi mereka yang meminati aktiviti menghasilkan anyaman kelarai, ketekunan dan semangat kesungguhan yang tinggi diperlukan kerana tanpa kesungguhan ia tidak dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Anyaman tersebut juga tidak dapat dihasilkan dengan penuh kesempurnaan hasil daripada ketiadaan keikhlasan hati menganyam sebuah anyaman yang bagus. Penghasilan motif kelarai juga dapat dihasilkan dalam pelbagai jenis corak yang sangat menarik hasil daripada pelbagai jenis warna dan bentuk. pn
FLORA kelarai bunga Tanjung Kelarai pucuk jala kelarai bunga durian kelarai tampuk jantung kelarai teratai kelarai bunga cempaka kelarai bunga cina FAUNA kelarai tapak anjing kelarai ketitir kelarai jari kedidi kelarai kepala lalat kelarai buntut siput ABSTRAK kelarai empat sebilik kelarai pecah lapan kelarai berakar kelarai sambas kelarai putus masa kelarai gelung paku kelarai asas MOTIF KELARAI Motif yang dihasilkan akan dijalankan mengikut rupa yang telah ditetapkan ataupun motif tunggal tersebut akan disusun dalam ruangan-ruangan yang tertentu sahaja sehingga terhasilnya sebuah reka corak daripada motif tunggal itu. Sesuatu bentuk kelarai yang dihasilkan biasanya dalam bentuk serong ataupun tegak. Turut dikenali dengan corak tegak dan berdiri. Bersesuaian dengan motif yang telah diterangkan secara lebih mendalam bagi mengetahui dengan lebih jelas KELARAI TAPAK ANJING mengenai motif kelara Berikut merupakan beberapa contoh motif-motif:
JENIS-JENIS KELARAI
ANYAMAN KELARAI FAUNA ANYAMAN KELARAI FLORA KELARAI BUNGA MELOR KELARAI BUNGA TERATAI KELARAI BUNGA TANJUNG KELARAI BUNGA CEMPAKA KELARAI KEPALA GAJAH KELARAI BUNTUT SIPUT KELARAI SIKU KELUANG KELARAI JARI KEDIDI
ANYAMAN KELARAI ABSTRAK ANYAMAN KELARAI NAMA MANUSIA KELARAI MAK MEK KELARAI CIK KEDAH KETAMPANNG KELARAI SAMBAS KELARAI CIK KEDAH BERBAKAR KELARAI MADU MANIS KELARAI PECAH LAPAN KELARAI GELUNG PAKU KELARAI BUNGA API
Proses Menganyam Kelarai 01 Sediakan kertas bersaiz A4, pensil, pembaris dan pisau pemotong. Hasilkan garisan berukuran 0.5cm diantara garisan lain. 03Kemudian potong kertas tersebut mengikut garisan yang telah dihasilkan. 02
LANGKAH 1 Masukkan helaian mengikut motif yang bakal dihasilkan. LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 4 LANGKAH 5 KELARAI BUNGA MELUR
LANGKAH 6 LANGKAH 7 LANGKAH 8 LANGKAH 9 LANGKAH 10
LANGKAH 11 LANGKAH 12 HASIL AKHIR LANGKAH 1 Masukkan helaian pertama, 1 berselang 3. LANGKAH 2 Kemudian 3 berselang 1 LANGKAH 3 Lalu masukkan 1 dihujung kiri helaian 2 dengan berselang 3. KELARAI SIKU KELUANG
LANGKAH 4 Ulang langkah sehingga menjadi motif siku keluang. LANGKAH 5 LANGKAH 6 LANGKAH 7 HASIL AKHIR
LANGKAH 1 Masukkan 1 helaian 3 berselang 3. LANGKAH 2 Kemudian masukkan 1 berselang 1. LANGKAH 3 Ulang helaian ke-3 sama seperti langkah 1. LANGKAH 4 LANGKAH 5 KELARAI TITIK HUJAN
LANGKAH 6 LANGKAH 7 LANGKAH 8 HASIL AKHIR
04 KELARAI PECAH LAPAN KELARAI BUNGA TANJUNG 06 KELARAI TULANG BELUT 05
“Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah ayat orang bercinta‘‘ Kurik Kundi Merah Saga Kasih Sayang
RUJUKAN Ellyyvia Jantan Anak Jeman (2018). Penggunaan Warna Semulajadi dan Teknik Sulaman Tangan Pada Anyaman Tikar Mengkuang Untuk Rekaan Beg Tangan Wanita, Tesis Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian. FARAH FAUZI. KRAF ANYAMAN-CONTOH KELARAI. DIPEROLEHI PADA 28 MAC 2023 DARIPADA https://www.scribd.com/doc/64890956/kraf-anyaman-contoh-kelarai Faridah Sahari, Rahah Hasan, Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Shahri Abdul Rahman dan Anna Durin (2018). Tikar Bergerang : The Reflction of Culture and Heritage of the Saribas Malay, Sarawak. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8 (14), 2222-6990 Faridah Sahari dan Rahah Hj Hassan (2013). palstik: satu Evolusi, Inovasi atan Ancaman Dalam Identiti Seni KrafTangan Di Sarawak. https://www.researchgate.net/publication/273441956 Firdaus Naif Omran Zailuddin, Muhammad Abdullah, Hawari Berahim & Azharudin Mappon (2018). Interprestasi 9 Karya Seni Visual Terpilih Bakat Muda Sezaman Dari Konteks Teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Idealogi Journal Of Arts and Social Sciences, 3(2), 43-60 HAIKALALI. JENIS KELARAI. DIPEROLEHI PADA 28 MAC 2023 DARIPADA https://www.scribd.com/doc/78470825/Jenis-Kelarai Helmy Fauzan bin Mohd Basar (2013). Pengaplikasian Penggunaan Anyaman Venir Buluh Ke Dalam Reka Bentuk Perabut (Tesis Ijazah sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian). Universiti Malaysia Sarawak MAKTEHMIN. LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ANYAMAN MENGKUANG. DIPEROLEHI PADA 6 APRIL 2023 DARIPADA https://www.scribd.com/presentation/62136156/Langkah-langkah-Membuat-AnyamanMengkuang PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA. ADIGURU KRAF. DIPEROLEHI PADA 28 MAC 2023 DARIPADA Salbiah Kindoyop, Humin Jusilin dan Noria ak tugang(2019). Kearifan dan Konsep Rekaan Kraf Anyaman Warisan Dusun Tindai di Sabah. Gendang Alam,9. lindganis,+Bab+1_KEARIFAN.pdf
SENI ANYAMAN KELARAI MO D U L P EMB E L A J A R A N Penghasilan bagi sesuatu jenis anyaman kelarai ialah menggunakan teknik penghasilan motif yang telah dirancang oleh penganyam. Sebelum memulakan anyaman para penganyam perlu mengetahui jenis motif yang akan dihasilkan memandangkan setiap jenis motif yang dihasilkan menggunakan teknik kiraan bilah yang berbeza. Namun begitu jenis kelarai yang dihasilkan kadang kala mempunyai bentuk motif yang lebih kurang dengan bentuk motif yang lain. Ia juga dapat dibezakan dengan jumlah bilah sahaja seperti motif bunga bemban dan bunga cina. Perbezaan jumlah bilah juga akan menentukan saiz kelarai yang akan dihasilkan. Kelarai bunga cina lebih besar dari bunga bemban kerana menggunakan 12 helai bilah. Selain itu, anyaman jenis ini dapat dibezakan mengikut ‘hati bunga’ yang terletak di tengah-tengah sesuatu motif. Setiap 1 hati bunga akan menentukan motif yang dihasilkan sama ada bersaiz kecil atau besar sesuatu motif tersebut. Kelarai bunga bemban pula menggunakan langkah 3 dengan angkat 1 bagi mendapatkan mata hati satu pada bahagian tengah bunga kelarai. Manakala bunga cina pula menggunakan langkah 4 dan mata hati langkah 3 dengan angkat 1 pada bahagian tengah mata hatinya. Oleh itu motif bunga cina lebih besar daripada bunga bemban hasil daripada perbezaan langkah bilah yang digunakan dalam proses penghasilan motif tersebut. Anyaman kelarai mempunyai pelbagai jenis motif yang terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan, binatang, abstrak dan nama manusia. Setiap jenis motif ini diambil serta diinspirasi daripada persekitaran para penganyam.