The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xyong0917, 2022-07-30 02:44:30

Pispa Smsm anyflip

Pispa anyflip Sm

Pasukan Institusi
Pertahanan Awam (PISPA)

Pispa

Penubuhan Pispa sebagai landasan kepada
jabatan untuk melahirkan anggota yang
berkepimpinan, berkelayakan dan
profesional dalam Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM).

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SIN MIN
PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM
TINGKATAN ENAM

Sasaran 2022

● Kehadiran ahli-ahli dan AJK setiap kali perjumpaan dan mesyuarat
dapatmencapai 100% kehadiran.

● Menjalankan semua aktiviti yang dirancangkan dengan lancar sepanjang
tahun2022.
● Mendapat pengiktirafan sekolah dan juga masyarakat.
● Meningkatkan prestasi ahli Pasukan Institusi Pertahanan Awam Tingkatan Enam.
● Meningkatkan semangat sukan dalam kalangan ahli-ahli Pasukan
InstitusiPertahanan Awam Tingkatan Enam

Pencapaian 2021

SEKOLAH MENENGAH
JENIS KEBANGSAAN SIN
MIN
PASUKAN INSTITUSI
PERTAHANAN AWAM
TAHUN 2022
CARTA ORGANISASI

SENARAI AJK 2022

JADUAL AKTIVITI
TAHUNAN 2022

Objektif

•Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan
orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu
yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.

•Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu
Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat Institusi Pendidikan.

•Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai Pegawai Pasukan
yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan
tugas.

•Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia
dan cintakan negara serta semangat patriotisme.

LOGO ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

LOGO
Konsep logo adalah untuk menonjolkan tugas Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia.
SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada
dan bersedia menghadapi kemungkinan.
SENTIASA SIAP SEDIA
Di sekeliling tiga segi adalah motto Pasukan Pertahanan
Awam
BUNGA PADI BERWARNA BIRU
Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara serta
menjadi ahli ICDO.
TAPAK LOGO
Berwarna oren adalah melambangkan keteguhan, kesediaan
dan sokongan padu Organisasi Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia.

Keanggotaan Syarat-syarat menjadi Pispa
Pispa
1.Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
2.Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh
masa di Institusi Pendidikan•Sihat tubuh badan dan
tiada kecacatan fizikal (pengesahan pegawai
perubatan jika diperlukan);
3.Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SPM dan
setaraf;
4.Tidak menyertai mana-mana badan beruniform
yang lain;
5.Mendaftar sebagai anggota sukarela Pertahanan
Awam; dan
6.Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah
dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang
dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41
untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi
Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951
digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem
keselamatan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada 24 Mac secara
rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada tahun 1957
pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta
Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan
Negara.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting
dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan. Tahun 1964 Pertahanan Awan
diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan
konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64).
Tahun 1965-pula jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai
36,000 anggota dan 37 cawangan selain kelengkapan logistik
terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara. Tahun
1993 Negara dikejutkan Tragedi Highland Towers tumbang di
Hulu Kelang mula merubah Organisasi Pertahanan Awam
Malaysia.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan diterima pakai
ke seluruh Negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Penerbangan Awam. Tahun 1995 Talian Kecemasan 991
dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan
khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Tahun 2009, pengenalan nama
ringkas JPAM. Tahun 2003 Perkhidmatan Penyelamat Pantai JPAM
(Baywatch) dimulakan di Batu Ferengghi, Pulau Pinang dan diikuti di Miri,
Sarawak. Tahun 2004 pula Pertahanan Awam selangkah ke hadapan lagi
dengan 7 menara Baywatch memulakan operasi dengan 2 di Pulau Pinang;
2 di Langkawi; 1 di Teluk Kemang, Port Dickson; 1 di Pengkalan Balak, Melaka
dan 1 di Pantai Irama, Kelantan. Pada tahun 2006 Pertahanan Awan
memperkenalkan slogan baru “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai
pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang
unggul.Pada tahun 2009, pengenalan nama ringkas kepada JPAM.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan
dipertanggungjawabkan menerajui bahagian pengurusan bencana alam.
Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos secara rasminya
memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari
Majlis Keselamatan Negara (MKN).
APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM pada 1
September 2016. JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia atau nama pendeknya APM. Penjenamaan semula JPAM kepada
APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini
mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh
negara.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang antara lain
bagi menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah
dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Rang undang-
undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menter,i Datuk
Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa pasukan pertahanan awam itu
akan terdiri daripada anggota biasa, sukarelawan dan ahli tambahan.
Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan tugas seperti
pengurusan bencana; khidmat kemanusiaan; untuk memberi nasihat
kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada
anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan negara.Menurut
rang undang-undang itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang
Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan timbalan ketua pesuruhjaya,
pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong pesuruhjaya, kolonel dan
pegawai pertahanan awam dalam kalangan anggota tetap dan sukarela.

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk
mana-mana sukarelawan atau ahli tambahan bagi pasukan itu
yang tidak hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas sebab
menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan
awam.Menurut pindaan itu, seseorang pekerja tidak seharusnya
bertanggungjawab ke atas pemecatan, atau kehilangan cuti
tahunan atau faedah lain

Latar Belakang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet
Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar
sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi
mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh memohon untuk
menyertai kor kadet.Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat
perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan
awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam.
Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu
kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak.
Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana
orang yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang
anggota pasukan itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version