DIPLOMA:
PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK
KURSUS:
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI KANAK-KANAK
KOD KURSUS:
AAK2193
NAMA PENSYARAH:
CIK WAN NUR AINNA WAHEDA BINTI ROZALI
TAJUK:
BULETIN TIPS AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN
PEMAKANAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK-KANAK DI TASKA DAN TADIKA
SEMESTER 1 SESI 2021/ 2022
1.NUR HASLIZA BINTI ZULKARNAYEN HASAN (PID19103)
2.SAIDATUL NADIRAH BINTI ANUAR (PID19156)
3.NURASIKIN BINTI WAHID (PID19270)
4.NURUL SYAKIRAH BINTI SHARUL ARAFFIN (PID19259)
5.NURUL AIN BINTI ABDUL RAHIM (PID19230)
KATA-KATA HIKMAH
buku adalah kunci
khaz
anah
kebijaksanaan
PENGENALAN
Amalan penjagaan kesihatan, keselamatan dan
pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian yang serius
dalam kehidupan kanak-kanak terutamanya di taska dan
juga tadika. Amalan penjagaan kesihatan kanak-kanak
perlu dititik beratkan kerana mereka mudah terdedah
kepada jangkitan kuman dan penyakit berjangkit. Masalah
kesihatan kanak-kanak seperti demam, batuk dan selsema,
serangan asma, penyakit kulit, demam campak, sawan
antara masalah yang sering dihadapi oleh taska dan
tadika. IImu pengetahuan tentang kesihatan kanak-kanak
perlu ditimba dari semasa ke semasa supaya kanak-kanak
dibesarkan dengan panduan kesihatan yang betul.
Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah
penting untuk kanak-kanak ianya menyumbang kepada
kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka,
keperluan makanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut
umur kerana kadar tumbesaran dan perkembangan yang
berbeza. Jadi pihak Taska dan Tadika perlu menyediakan
pemakanan yang seimbang mengikut garis panduan
pemberian makanan bayi dan kanak-kanak. Malah amalan
keselamatan di taska dan tadika juga perlu dititik beratkan
bagi mengelakkan kanak-kanak tercedera. Sebagai contoh
pihak taska atau tadika perlulah sentiasa memastikan
permainan kanak-kanak selamat seperti tidak tajam dan
saiz permainan haruslah sesuai mengikut peringkat umur
kanak-kanak.
APA ITU BERSIH?
Bebas dari Berada dalam Tiada bau yang
sebarang keadaan kemas, kurang
kotoran,kuman, ceria dan selesa
dan serangga menyenangkan.
perosak. dipandang.
TIPS AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-
KANAK DI TASKA
RUANGAN YANG SELESA
Memastikan ruang tidur dan ruang bermain kanak-kanak
sentiasa dalam keadaan bersih.
BARANGAN PERIBADI
Pastikan barangan peribadi kanak-kanak seperti tuala,
sikat, berus gigi sentiasa dalam keadaan bersih. Tuala
juga perlu dikeringkan selepas digunakan dan ditukar
setiap minggu.
TUKAR PAMPERS DITUKAR
Memastikan pampers ditukar mengikut keperluan
dan jangan sampai pampers kanak-kanak sudah
terbocor.
KUKU PENDEK
Memastikan kuku kanak-kanak mahupun pengasuh dalam
keadaan pendek dan bersih. Elakkan juga memakai barang
kemas dan perhiasan.
SENTIASA MENGAMALKAN KEBERSIHAN TANGAN
(MEMBASUH TANGAN)
Memastikan tangan sentiasa dicuci sebelum dan
selepas mengendalikan kanak-kanak.
ALAT PERMAINAN SENTIASA BERSIH
Memastikan setiap alat permainan
kanak-kanak perlu dicuci dan sentiasa
dibersihkan agar terhindari daripada
kuman.
KESELAMATAN DI TASKA
dalam taska luar taska
Pintu Alat Permainan Rumput Pagar
Jangan Biarkan Pintu Terbuka. Pastikan Permainan Rumput Di Kawasan Luar Sentiasa Ditutup Setiap
Pasang Penyelak Pintu Yang Tidak Tajam. Sentiasa Pendek Dan Bersih. Masa.
Agak Tinggi Dan Pintu Sentiasa Jangan Berikan Bersihkan Daun Gugur. Pagar Sentiasa Dikunci
Diselak. Permainan Yang Sudah Bagi Mengelakkan
Pintu Utama Perlu Dikunci. Rosak Atau Pecah. Taman Permainan Orang Tidak Sepatutnya
Mainan Tidak Terlalu Masuk.
Lantai Kecil Dan Tidak Mudah Alat Permainan Sesuai
Tercabut. Dengan Ketinggian Kanak- Longkang
Tidak Perlu Memakai Karpet. Kanak.
Jika Lantai Berair Segera Perbaiki Alat Permainan Yang Longkang Seintiasa
Bersihkan Mengelakkan Rosak. Dibersihkan.
Tergelincir. Jangan Biarkan Longkang
Kebun Tersumbat.
Bilik Air Perabot Longkang Perlu Ditutup.
Sentiasa Dibersihkan. Penutup Longkang Perlu
Tutup Bilik Air Sepanjang Masa. Bucu Perabot Tidak Peralatan Kebun Perlu Mengguna Penutup Yang
Jangan Simpan Air Dalam Baldi Tajam. Disimpan Di Stor Dan Mudah Dialaih.
Supaya Tidak Berlaku Lemas. Saiz Mengikut Sentiasa Dikunci.
Lantai Bilik Air Perlu Dipasang Ketinggian Kanak-
Antislip Rubber Mat Bagi Kanak.
Mengelakkan Kanak-Kanak
Tergelincir.
TIPS AMALAN PEMAKANAN DI TASKA
Aspek penting dalam penyediaan dan
pengendalian makanan
RENDAH DAN KURANG MANIS
Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan seperti menghindari jajan ataupun
makanan ringan yang boleh menyebabkan kanak- kanak enggan mengambil makanan yang
berkhasiat dan boleh mejejaskan kesihatan dan pertumbuhan kanak- kanak.
LEBIHKAN BUAH DAN SAYUR
Sayur dan buah mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zat yang sangat penting
untuk membantu menguatkan imuniti kanak- kanak dan dapat mencegah kanak- kanak
daripada penyakit
PENGURANGAN PENGGUNAAN GARAM YANG BERLEBIHAN DALAM MASAKAN
Kanak- kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin dan
elakkan penggunaan monosodium glutamate (MSG) di dalam masakan.
MINUM AIR KOSONG YANG SECUKUPNYA
Dengan minum air kosong yang banyak, boleh membantu kanak- kanak pulih daripada
penyakit seperti demam kerana air kosong mampu mengawal suhu badan dan
mampu mencegah dehidrasi ketika musim panas.
TIPS AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK
DI TADIKA
Amalan penjagaan diri
Mencuci tangan
Merupakan satu cara terbaik untuk mengelak dan
menghentikan penyebaran kuman dan bakteria
ialah mencuci tangan. Mencuci tangan sebelum dan
selepas makan, selepas keluar tandas dan bila-bila
jika tangan memegang benda yang kotor
terutamanya bermain di luar.
Bersin dan batuk
Sentiasa menutup mulut dan hidung menggunakan tisu
jika bersin atau batuk. Jika tidak sempat mencapai tisu,
menutup mulut menggunakan telapak tangan dan cuci
tangan selepas itu. Sentiasa membawa sapu tangan
bersih setiap kali pergi ke tadika. Jangan kongsi sapu
tangan dengan rakan.
Kuku sentiasa pendek
Sentiasa memotong kuku seminggu 2 kali. Pastikan kuku
bersih tanpa sebarang kotoran seperti tanah, pasir dan
sisa makanan. Jika kotor hendaklah mencuci tangan
dan kuku.
LAGU AMALAN PENJAGAAN DIRI
MARI KAWAN-KAWAN,
KITA JAGA DIRI,
CUCI-CUCI TANGAN,
BATUK TUTUP MULUT,
KUKU MESTI PENDEK,
MARI KITA AMALKAN,
JAGA KEBERSIHAN DIRI,
JAGA KEBERSIHAN DIRI.
TIPS AMALAN PENJAGAAN KESELAMATAN KANAK-KANAK
DI TADIKA
SENTUHAN SELAMAT,
SENTUHAN TIDAK SELAMAT
APA ITU SENTUHAN SELAMAT?
Sentuhan yang membuatkan kita berasa
gembira, selesa dan selamat.
APA ITU SENTUHAN tidak SELAMAT?
Sentuhan yang membuatkan kita berasa
tidak selesa dan mewujudkan perasaan
buruk di dalam diri.
CONTOH SENTUHAN
SELAMAT
Berpelukan bersama Bersalaman bersama
guru atau rakan. guru atau rakan.
Bermain bersama Doktor yang sedang
rakan atau guru. merawat.
CONTOH SENTUHAN TIDAK
SELAMAT
Mulut
Tangan
Dada
Bahagian Sulit
CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA
SENTUHAN TIDAK SELAMAT
1 ELAKKAN DIRI DARIPADA BERSEORANGAN
Jika ingin bermain, pastikan guru atau orang yang
dikenali sentiasa ada bersama kita.
2 MEMINTA PERTOLONGAN ATAU MENJERIT
Sekiranya terdapat seseorang yang tidak dikenali
mengganggu anda, pastikan anda menjerit untuk
meminta pertolongan.
3 MEMBERITAHU KEPADA GURU
Memberitahu kepada guru tentang apa yang berlaku dan
elakkan daripada berahsia bersama mereka.
NUTRISI UNTUK
KANAK-KANAK
TADIKA
Kanak-Kanak Di Tadika Yang Berumur 4-6 Tahun Berada Di Peringkat Aktif Untuk Meneroka. Jadi Di Tadika Perlu
Menyediakan Makanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak Supaya Dapat Membantu Pertumbuhan Yang Ideal. Di Tadika Juga
Harus Menyediakan Nutrein Yang Cukup Dan Boleh Diterangkan Pada Kanak-Kanak Berkenaan Dengan Nutrisi Dan Kuantiti.
Kanji dan bijirin protein susu dan tunusu
Contoh: Nasi, Mi, Roti, Barli, Bijirin Dan Contoh: Ikan, Ayam, Telur Contoh: Yogurt, Susu, Keju
Biskut Fungsi: Kaya Dengan Protein, Zat Besi Dan Fungsi: Mempunyai Sumber Protein Dan
Fungsi: Membekalkan Sumber Utama Tenaga Zink Yang Penting Untuk Membina Otot Dan Kalsium Yang Sangat Baik Amat Penting
Serat Makanan, Vitamin Dan Mineral. Tisu Badan. Untuk Menguatkan Tulang Dan Gigi.
sayur-sayuran dan buah-buahan
Contoh: Bayam, Kacang, Terung, Tomato, Pisang, Betik Dan Lain-Lain
Fungsi: Mengandungi Vitamin, Mineral Untuk Kesihatan. Serat Membantu Mencegah Sembelit. Pengambilan Buah Dan Sayuran
Yang Pelbagai Warna Dapat Memberi Antioksidan Yang Berbeza.
CONTOH
MAKANAN YANG
SIHAT DAN CARA
PENYEDIAAN
LAGU SANDWICH
Mari Anak-Anak, Kita Buat Sandwich
Sandwich Yang Sedap, Dan Sandwich Yang Sihat
Bahan-Bahan Sandwich, Perlu Ada Roti
Telur Mayonis, Dan Sayur-Sayuran
Hancur-HancurTelur, Masuk Mayonis
Kacau-Kacau-Kacau, Biar Sebati
Ambil Sedikit, Letak Atas Roti
Letak Sayuran, Dan Tutuplah Roti
Ambil Pisau, Potong Dua
Sudah Siap, Sandwich Kita.
PENUTUP
Pengamalan dalam penjagaan kesihatan,keselamatan dan pemakanan
kanak-kanak di yang telah disediakan perlulah diterapkan dalam
kehidupan seharian kanak-kanak di taska dan tadika. Hal ini bagi
mengelakkan kanak- kanak daripada mengalami kecederaan dan
kemerosoton dalam kesihatan kanak- kanak tersebut. Tips amalan
yang disediakan dapat membantu guru- guru dalam meningkatkan
pembesaran kanak- kanak dari segi kesihatan, keselamatan dan
pemakanan.
RUJUKAN
Fathen Aishah Mohd Moktar, & Zaharah Osman. (2020).
Tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri
kalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut
perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 9(2), 1–11.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2017). Garis
Panduan Perancangan Dan Penubuhan Tadika dan Taska
2017. 40.
Taska, K. D. I., Prasekolah, D. a N., & Bayi, M. K. (2007).
Garispanduan pengendalian kanak-kanak di taska dan
prasekolah.
Tips Amalan Penjagaan Di Taska Dan
Tadika Adalah Sangat Penting
Dalam Kehidupan Seharian. Kita
Perlulah Sentiasa Menitikberatkan
Tentang Kesihatan, Keselamatan Dan
Pemakanan Kanak-Kanak. Hal Ini
Akan Membantu Kanak-Kanak
Tersebut Supaya Membesar Dengan
Baik Dan Sihat.
DIHASILKAN OLEH:
NUR HASLIZA BINTI ZULKARNAYEN HASAN (PID19103)
SAIDATUL NADIRAH BINTI ANUAR (PID19156)
NURASIKIN BINTI WAHID (PID19270)
NURUL SYAKIRAH BINTI SHARUL ARAFFIN (PID19259)
NURUL AIN BINTI ABDUL RAHIM (PID19230)