DI RASMIKAN OLEH
PUAN MALATI LAJIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS
“Guru Besar Penaraju Peradaban Pendidikan Negara”
1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. KANDUNGAN 2
2. TENTATIF MESYUARAT AGUNG MGB DAERAH PITAS 3-4
3. NOTIS / JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG MGBD PITAS 5
4. SENARAI GURU BESAR PPD PITAS 6
5. AGENDA MESYUARAT AGUNG MGBD PITAS 7
6. PENARAJU MGB PITAS SESI TAHUN 2018 – 2020 8
7. MINIT MESYUARAT AGUNG MGBD PITAS 2018 9 – 11
8. PENYATA LAPORAN TAHUNAN MGBD PITAS 12
9. PERLEMBAGAAN MGB DAERAH PITAS 13 – 19
10.SEKALUNG PENGHARGAAN 20
2
Tarikh : 06 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Pekan Pitas II, Pitas
08.00 – 8.30 Pagi : Sesi Pendaftaran Kehadiran / Sarapan Pagi
08.35 - 08..55 Pagi :
09.00 – 12.00 Pagi : Sesi Persiapan Mesyuarat Agung.
: Bacaan Doa Oleh Encik Japar Sidik Bin Aliudin
:
Ucapan Encik Masibin Masintai YDP MGB Daerah Pitas.
:
: Ucapan Encik Mausal @ Musa Hj. Aliasah, Timbalan Pegawai
: Pendidikan SPS, PPD Pitas (Pegawai Perhubungan MGB Daerah
: Pitas).
:
: Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung MGB
: Daerah Pitas Sesi 2018 – 2020.
Menerima dan Mengesahkan Penyata Laporan Tahunan MGB
Daerah Pitas Sesi 2018 – 2020.
Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan MGB Daerah
Pitas Sesi 2018 – 2020.
Menerima dan Mengesahkan Perlembagaan MGB Daerah
Pitas.
Pembubaran Jawatankuasa MGB Daerah Pitas Sesi 2018 –
2020.
Pemilihan Jawatankuasa Tadbir MGB Daerah Pitas Sesi 2020 –
2022.
Pengumuman Senarai Jawatankuasa Tadbir MGB Daerah Pitas
Sesi 2020 – 2022.
3
: Ucapan Perasmian Oleh Puan Malati Lajim, Pegawai
Pendidikan Daerah Pitas.
: Ucapan Penangguhan dan Penutupan Mesyuarat Agung MGB
Daerah Pitas 2020.
: Sesi Bergambar .
: Jamuan Makan.
: Bersurai.
4
“Guru Besar Penaraju Peradaban Pendidikan Negara”
5
SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PITAS TAHUN 2020
BIL. NAMA GURU BESAR KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH
01 JAMIRIN BIN NASIRI XBA 5201 SK BAWING
02 MERIJHONG BIN MASAIM XBA 5202 SK DANDUN
03 MARIANAH BINTI AMBORAGGANG XBA 5203 SK KANIBONGAN
04 SITI ARFAH BINTI ABD. HAKIM XBA 5204 KUSILAD
05 SOFIAN BIN HJ. ZULKIFLI XBA 5205 SK LIU
06 JURI BIN ABDUL SUNNY XBA 5206 SK MAPAN MAPAN
07 JAPRIR @ JAPRI BIN MUSTAPAH XBA 5207 SK MALUBANG
08 LOTIN BIN MASUNING XBA 5208 SK PANTAI
09 SAHARAH BINTI HJ. SAID XBA 5209 SK PINGGAN PINGGAN
10 KASSAH BIN MASRAH XBA 5210 SK PEKAN PITAS
11 JAPAR SIDIK BIN ALIUDIN XBA 5211 SK ROSOB
12 GAMBAR @ OYOH BIN WONG AH XBA 5212 SK TELAGA
KONG XBA 5213 SK PANDAN MANDAMAI
13 MASIMAT BIN SIKOK XBA 5214 SK PINAPAK
14 KISSIN BIN GANTAR XBA 5215 SK SENAJA
15 ABDUL MALIK BIN MADTASIN XBA 5216 SK SALIMPODON DARAT
16 JOLLY BIN SURAG XBA 5217 SK MANGKAPON
17 MOTUUN BIN MAGETAL XBA 5218 SK BONGKOL
18 ABD. KHAR @ RAMLEE BIN AKAL XBA 5219 SK BAWANG
19 MOHD. YASSIN BIN ANING XBA 5220 SK KASAGAAN
20 MASIBIN BIN MASINTAI XBA 5221 SK MARINGGAN
21 JIMIN BIN UGAH XBA 5222 SK MANGGIS / MONGKUBOU
22 JAPARUDDIN BIN ALI KASAN XBA 5223 SK MANDURIAN
23 FRANCIS BIN PUDON XBA 5224 SK KIBUBUK / SAHABAT SATU
24 ALEXZENRY KUSAM XBA 5225 SK NIBANG
25 KINCHIN BIN BOLUOT XBA 5226 SK DALLAS
26 ABDUL RASAD BIN SADIKIL XBA 5227 SK RUKOM
27 ABD. LATIF @ JOHNY BIN KIBUT XBA 5229 SK DATONG
28 MASLAHAN BINTI SUNDANG XBA 5230 SK BANGKAU BANGKAU
29 JEFFRESON BIN JAMES XBA 5231 SK SOSOP
30 YAHYA BIN SAIDAL XBA 5232 SK PEKAN PITAS II
31 JULKIPLI BIN SUKUR
6
AGENDA MESYUARAT AGUNG MGB PITAS 2020
Tarikh : 06 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Pekan Pitas II, Pitas
Agenda 01 : Ucapan YDP MGB Pitas.
Agenda 02 : Ucapan Encik Mausal @ Musa Hj. Aliasah, Timbalan Pegawai Pendidikan SPS,
PPD Pitas (Pegawai Perhubungan MGB Daerah Pitas).
Agenda 03 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung MGB Daerah Pitas Sesi
2018 – 2020.
Agenda 04 : Menerima dan Mengesahkan Penyata Laporan Tahunan MGB Daerah Pitas
Sesi 2018 – 2020.
Agenda 05 : Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan MGB Daerah Pitas Sesi
2018 – 2020.
Agenda 06 : Menerima dan Mengesahkan Perlembagaan MGB Daerah Pitas.
Agenda 07 : Pembubaran Jawatankuasa MGB Daerah Pitas Sesi 2018 – 2020.
Agenda 08 : Pemilihan Jawatankuasa Tadbir MGB Daerah Pitas Sesi 2020 – 2022.
Agenda 09 : Pengumuman Senarai Jawatankuasa Tadbir MGB Daerah Pitas Sesi 2020 –
2022.
Agenda 10 : Ucapan Perasmian Puan Malati Lajim, Pegawai Pendidikan Daerah Pitas.
Agenda 11 : Ucapan Penangguhan dan Penutupan Mesyuarat Agung MGB Daerah Pitas
2020.
7
PENAUNG DR MISTIRINE BINTI RADIN
PENASIHAT Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
PEGAWAI PERHUBUNGAN PUAN MALATI BINTI LAJIM
Pegawai Pendidikan Daerah Pitas.
ENCIK MAUSAL @ MUSA BIN HJ. ALIASAH
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, SPS PPD Pitas.
JAWATAN PENARAJU
YDP MGB PITAS ENCIK MASIBIN BIN MASINTAI
TIMBALAN YDP ENCIK JOLLY BIN SURAG
NAIB YDP 1 PUAN SAHARAH BINTI HJ. SAID
NAIB YDP 2 ENCIK JAPRI BIN MUSTAPAH
SETIAUSAHA ENCIK GAMBAR @ OYOH BIN WONG AH KONG
PENOLONG SETIAUSAHA ENCIK HENRY BIN MASAMPAI
BENDAHARI PUAN MARIANAH BINTI AMBORAGGANG
EXCO AKADEMIK ENCIK JULKIPLI BIN SUKUR
EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL ENCIK JAPAR SIDIK BIN ALIUDIN
EXCO REKREASI & SUKAN ENCIK JURI BIN ABDUL SUNNY
EXCO DANA & EKONOMI ENCIK KASSAH BIN MASRAH
EXCO PENERANGAN ENCIK ALEXZENRY KUSAM
EXCO ICT & INOVASI ENCIK JIMIN BIN UGAH
8
MINIT MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR DAERAH PITAS SESI 2018 - 2020
Tarikh : 07 Jun 2018 (Khamis)
Masa : Jam 2.00 Petang
Tempat : Bilik Bengkoka PPD Pitas
Kehadiran: - Timbalan YDP MGB / SK Salimpodon Darat
1. Encik Jolly Surag - Pengerusi KGKS / GB SK Bawang
2. Encik Kassah Bin Masrah - Exco MGB / GB SK Rosob
3. Encik Japar Sidik Bin Aliudin - GB SK Pekan Pitas II
4. Encik Julkipli Bin Sukur - GB SK Datong
5. Encik Henry Bin Masampai - GB SK Bangkau Bangkau
6. Encik Jeffreson James - GB SK Pinggan Pinggan
7. Puan Saharah Binti Hj. Said - GB SK Pandan Mandamai
8. Puan Marianah Binti Amboraggang - GB SK Kusilad
9. Encik Basty Bin Gaisan - Naib YDP 2 / GB SK Malubang
10. Encik Japri Bin Mustapah - GB SK Sosop
11. Encik Yahya Bin Saidal - GB SK Dandun
12. Encik Merijhong Bin Masaim - SU MGB / GB SK Bawing
13. Encik Gambar @ Oyoh Bin Wong Ah Kong - GB SK Kibubuk / Sahabat
14. Encik Alexzenry Kusam - GB SK Mapan Mapan
15. Encik Juri B. Hj Abdul Sunny - GB SK Nibang
16. Encik Abdul Malik Bin Madtasin - GB SK Liu
17. Encik Sofian Bin Hj. Zulkifli - GB SK Telaga
18. Encik Jimin Bin Ugah - GB SK Kesagaan
19. Encik Masibin Masintai
Agenda Mesyuarat :
1.0 UCAPAN TIMBALAN YDP
1.1 Encik Jolly Surag selaku Timbalan YDP MGB Pitas, memberikan ucapan salam kepada
semua Guru Besar yang hadir.
1.2 Beliau menyatakan bahawa ada keperluan untuk memilih kepimpinan MGB Pitas yang
baharu untuk sesi 2018 / 2020 kerana pihak MGBNS meminta senarai AJK terkini.
1.3 Beliau berharap agar pemilihan kali ini dapat dijalankan secara profesional dengan
hanya mengadakan pemilihan terus mengikut cadangan dan sokongan daripada
semua ahli MGB Pitas yang hadir.
2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN SETIAUSAHA MGB
2.1 Encik Gambar @ Oyoh Bin Wong Ah Kong selaku Setiausaha MGB Pitas telah
membentangkan Laporan Aktiviti MGB Pitas Sesi 2015 / 2018.
2.2 Laporan tersebut telah diterima atas cadangan En. Juri Bin Abdul Sunny dan
disokong oleh Encik Abdul Malik Bin Madtasin.
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN BENDAHARI MGB
3.1 Puan Marianah Binti Amboranggang selaku Bendahari MGB Pitas telah
membentangkan Laporan Kewangan MGB Pitas Sesi 2015 / 2018.
9
3.2 Laporan tersebut telah diterima atas cadangan Puan Saharah Binti Hj. Said dan
disokong oleh En. Japar Sidik Bin Aliudin.
4.0 PEMBUBARAN JAWATAN KUASA MGB PITAS SESI 2015 / 2018
4.1 Encik Jolly Bin Surag selaku Timbalan YDP MGB Pitas mengumumkan pembubaran
Jawatan kuasa MGB Pitas Sesi 2015 / 2018 dengan rasminya.
5.0 PEMILIHAN JAWATAN KUASA MGB PITAS SESI 2018 / 2020
5.1 Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :
JAWATAN PENARAJU
YDP MGB PITAS ENCIK MASIBIN BIN MASINTAI
TIMBALAN YDP ENCIK JOLLY BIN SURAG
NAIB YDP 1 PUAN SAHARAH BINTI HJ. SAID
NAIB YDP 2 ENCIK JAPRI BIN MUSTAPAH
SETIAUSAHA ENCIK GAMBAR @ OYOH BIN WONG AH KONG
PENOLONG SETIAUSAHA ENCIK HENRY BIN MASAMPAI
BENDAHARI PUAN MARIANAH BINTI AMBORAGGANG
EXCO AKADEMIK ENCIK JULKIPLI BIN SUKUR
EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL ENCIK JAPAR SIDIK BIN ALIUDIN
EXCO REKREASI & SUKAN ENCIK JURI BIN ABDUL SUNNY
EXCO DANA & EKONOMI ENCIK KASSAH BIN MASRAH
EXCO PENERANGAN ENCIK ALEXZENRY KUSAM
EXCO ICT & INOVASI ENCIK JIMIN BIN UGAH
6.0 UCAPAN YDP MGB PITAS SESI 2018 / 2020
6.1 Encik Masibin Bin Masintai selaku YDP MGB Pitas yang baharu menzahirkan rasa
terharunya di atas sokongan rakan-rakan Guru Besar yang telah memilih beliau
menarajui MGB Pitas walaupun beliau sudah di ambang persediaan untuk berpencen
sebagai penjawat awam.
6.2 Beliau menyatakan bahawa pada mulanya agak berat juga untuk beliau menerima
jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, atas rasa tanggungjawab dan menghargai
sokongan serta kepercayaan rakan-rakan Guru Besar beliau memutuskan untuk
menarajui MGB Pitas dalam tempoh sebelum beliau berpencen wajib.
6.3 Beliau mengajak semua rakan Guru Besar agar sentiasa mengamalkan rasa hormat
kepada ketua dalam organisasi pengurusan di peringkat PPD.
10
7.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Encik Julkipli Bin Sukur mencadangkan agar MGB Pitas membuat tempahan Baju
Koprat baru dengan pilihan warna biru muda.
6.2 Encik Jolly Bin Surag selaku Timbalan YDP MGB meminta kerjasama Setiausaha MGB
untuk memaklumkan kepada MGBNS berhubung dengan Senarai Jawatan Kuasa MGB
Pitas yang baharu.
6.3 Puan Marianah Binti Amboraggang mengingatkan rakan-rakan Guru Besar berhubung
dengan yuran MGB. Beliau menyatakan akan hantar mesej tagihan yuran secara
peribadi.
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 YDP berharap agar dapat membina satu pasukan yang mantap untuk melaksanakan
perancangan yang telah dan bakal dibuat melalui kerjasama padu dari semua AJK,
Exco dan semua rakan Guru Besar.
8.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 04.38 petang.
Minit disediakan oleh Disahkan oleh
GAMBAR @ OYOH BIN WONG AH KONG MASIBIN BIN MASINTAI
SUA MGB Daerah Pitas YDP MGB Daerah Pitas
Dicadang oleh Disokong oleh
............................................................... .....................................................
11
PENYATA LAPORAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PITAS 2018 - 2020
BIL TARIKH PERKARA TEMPAT CATATAN
1. 07.06.2018
Mesyuarat Agung MGB Pitas Sesi 2018 - 2020 Bilik Bengkoka, PPD Pitas
2. 05.09.2018 Mesyuarat MGB Pitas Bil. 1/2018 - 2020 SK Pekan Pitas II
3. 13.11.2019 Mesyuarat MGB Pitas Bil. 2/2018 - 2020 Bilik Bengkoka PPD Pitas
4. 23.11.2019 Jamuan Akhir Tahun MGB Pitas 2019 R & R Dataran Bengkoka
5. 15.01.2020 Mesyuarat MGB Pitas Bil. 3/2018 - 2020 Bilik Mesyuarat SK Kasagaan
6. 21.01.2020 Majlis Perpisahan Mantan KPPD Pitas Indah Chalet Dataran Bengkoka
7. 26.02.2020 Mesyuarat MGB Pitas Bil. 4/2018 - 2020 Bilik Mesyuarat SK Kanibongan
8. 08 – 11.03.2020 Lawatan MGB Pitas ke MGB Lahad Datu SKLD3, SKLD4, SK Payang
9. 06.08.2020 Mesyuarat Agung MGB Pitas Sesi 2020 - 2022 SK Pekan Pitas II
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH
GAMBAR @ OYOH BIN WONG AH KONG MASIBIN BIN MASINTAI
Setiausaha MGB Daerah Pitas YDP MGB Daerah Pitas
DiCADANGKAN OLEH DISOKONG OLEH
12
“Guru Besar Peneraju Peradaban Pendidikan Negara”
13
PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH PITAS NEGERI SABAH
Fasal 1 NAMA DAN ALAMAT
1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah, ringkasnya MGBD dan
selepas itu disebut Majlis.
2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan
oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis.
3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa
Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
Fasal 2 DEFINISI
1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah
rendah dalam Daerah Pitas , Negeri Sabah.
2. Penasihat maknanya Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pitas
dan Pendaftar maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
3. Ahli maknanya Guru-Guru Besar sekolah rendah dalam Daerah Pitas. .
4. Pegawai Tadbir maknanya Guru Besar yang dipilih dalam Mesyuarat
Agung Daerah yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.
Fasal 3 TUJUAN
1. Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di semua
peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam daerah Pitas.
2. Berusaha meningkatkan kebajikan Guru-guru Besar, sejajar dengan
keperluan kemasyarakatan di samping meningkat tatasusila atau
sahsiah ahli.
3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentadbiran
dan pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pembelajaran dan
pengajaran di sekolah-sekolah rendah.
4. Menyokong dan bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Negeri
Sabah dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
5. Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
melicinkan pelaksanaan dan keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan
serta program dan aktiviti pendidikan.
6. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Fasal 4 KEAHLIAN
1. Keahlian Majlis Guru Besar Daerah Pitas adalah terdiri daripada Guru-
Guru Besar sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan
kerajaan dalam Daerah Pitas.
Fasal 5 KEWAJIPAN AHLI
14
1. Mematuhi Perlembagaan
2. Menjelaskan Yuran Tahunan mengikut kehendak perlembagaan Fasal
11 Ceraian 2.
3. Melaksanakan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dalam mesyuarat agung biasa atau luar
biasa.
Fasal 6 HAK AHLI
1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
2. Hak bersuara
3. Hak mengundi (tertakluk kepada Yuran Tahunan telah dijelaskan)
4. Hak menjadi Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (tertakluk kepada
Yuran Tahunan telah dijelaskan).
Fasal 7 PELUCUTAN KEAHLIAN
1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau
arahan Jawatankuasa Tadbir maka keanggotaannya boleh digantung
atau diberhentikan daripada menjadi ahli setelah diputuskan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis.
2. Mana-mana ahli yang digantung keanggotaannya, maka ia boleh
membuat rayuan bertulis kepada mesyuarat agung daerah
3. Mana-mana ahli yang telah bersara, dikenakan tindakan tatatertib,
berhenti tugas, bertukar ke luar daerah Pitas, pindah tugas ke
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian.
Fasal 8 PENTADBIRAN
1. Penasihat: Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
2. Pegawai Penyelaras Perhubungan: Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah)
3. Majlis Guru Besar Daerah Pitas akan ditadbir oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
1. Enam orang Pegawai Tadbir
1. Seorang Pengerusi
2. Seorang Timbalan Pengerusi
3. Seorang Naib Pengerusi 1
4. Seorang Naib Pengerusi 2
5. Seorang Setiausaha
6. Seorang Penolong Setiausaha
7. Seorang Bendahari
2. Lapan orang Ahli Jawatankuasa
3. Dua orang juruaudit
4. Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah dipilih dalam
Mesyuarat Agung Biasa dua tahun sekali.
5. Sekiranya berlaku kekosongan mana-mana jawatan Pegawai Tadbir
Majlis, maka Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa untuk melantik
mana-mana Pegawai Tadbir atau Jawatankuasa Tadbir Majlis atau
ahli berdasarkan merit, kesesuaian dan pertimbangan untuk mengisi
kekosongan tersebut.
6. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa
Kecil.
15
. 7. Secara automatik Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili daerah
Fasal 9 untuk menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri.
Sekiranya berlaku keadaan di mana Pengerusi atau Setiausaha enggan
menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri, ia perlu
menulis surat rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
1. Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah bermesyuarat untuk
memilih pengganti berdasarkan merit, kesesuaian dan
pertimbangan.
2. Memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir
Majlis Peringkat Negeri.
MESYUARAT- MESYUARAT
1. Mesyuarat Agung Majlis hendaklah diadakan sekali setiap
tahun sebelum 31 Mac.
2. Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan Majlis ialah:
1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung
yang lepas.
2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
Tadbir Majlis.
3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan
Majlis.
4. Memilih Pegawai Majlis, Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit
mengikut Fasal 8 Ceraian 4.
5. Menerima dan menimbang cadangan-cadangan dan usul-usul
yang dikemukakan oleh ahli atau daripada Jawatankuasa
Tadbir
3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Daerah hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk memutuskan
persetujuan pengurusan kewangan dan pentadbiran.
4. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak
Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi membincangkan dan membuat
keputusan mengenai perkara-perkara yang tertentu atau kerana
permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3) daripada Ahli Gabungan
Majlis. Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
dinyatakan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
5. Notis panggilan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada semua ahli
sekurang-kurang empat belas hari (14) dari tarikh surat notis.
6. Mesyuarat Agung Biasa dan Luar Biasa dipengerusikan oleh Pengerusi
Majlis atau seseorang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
Fasal 10 KUOROM
1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung adalah terdiri daripada:
1. Semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
2. Semua ahli Majlis Guru Besar Daerah
2. Kourum Mesyuarat Agung Majlis adalah sekurang-kurangnya satu
pertiga (1/3) daripada jumlah ahli.
3. Kourum Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah sekurang-
kurangnya satu perdua ( ½ ) daripada jumlah Jawatankuasa Tadbir.
Fasal 11 KEWANGAN
1. Tahun Kewangan Majlis
16
1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari
hingga 31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh
Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik.
2. Yuran
1. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap Guru Besar ahli Majlis Guru
Besar Daerah Pitas ialah *RM120 (Ringgit: Satu Ratus Dua
Puluh Sahaja)
2. Yuran akan diperuntukan *RM100 untuk Majlis Guru Besar
Daerah, *RM10 untuk Majlis Guru Besar Negeri dan RM10
untuk Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan ahli selewat-lewatnya
14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung.
*Bergantung kepada Daerah dan Negeri masing-masing.
3. Derma
1. Dengan persetujuan bersurat daripada Pendaftar, Majlis
dibolehkan memungut derma daripada orang ramai bagi
tujuan menambah kewangan.
2. Dengan persetujuan bersurat daripada Pendaftar, Majlis
dibolehkan membuat perjanjian dengan agensi perniagaan.
3. Wang majlis ini hendaklah disimpan mana-mana bank yang
diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Fasal 12 PEMEGANG AMANAH
1. Majlis Guru Besar Daerah mestilah membuka akaun di mana-mana
Bank Tempatan. Pegawai-Pegawai Majlis Guru Besar Daerah
menyimpan wang atau harta atau berurus niaga.
2. Pegawai-Pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari.
3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga
orang penanda tangan.
4. Bendahari hanya dibenarkan memegang jumlah wang tunai *RM500
sahaja.
5. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis Guru Besar Daerah adalah
bermula dari tarikh 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
Fasal 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Sebarang pindaan perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah hanya
boleh dibuat dengan persetujuan 2/3 ahli dalam mesyuarat agung dan
diluluskan oleh pihak Pendaftar.
Fasal 14 PENTAFSIRAN DAN PEMBUBARAN
1. Jika sebarang kekeliruan perlembagaan MGB Daerah maka hendaklah
dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis Daerah
2. Majlis Guru Besar Daerah boleh dibubarkan hanya atas persetujuan
pihak pendaftar setelah semua tanggungan diselesaikan.
Fasal 15 TANGGUNGJAWAB
1. Pengerusi
1. Menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis
Guru Besar Daerah
17
2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
yang diluluskan.
4. Menjadi Pengerusi disiplin dan tatatertib Majlis Guru Besar
Daerah
5. Menjadi wakil Majlis Guru Besar Daerah dalam sebarang
jemputan agensi-agensi lain.
6. Menjadi wakil Majlis-Majlis Guru Besar Daerah dalam
sebarang kenyataan akhbar.
7. Menjadi penandatangan sebarang cek Majlis Guru Besar
Daerah
2. Timbalan Pengerusi
1. Membantu tugas Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah
jika dikehendaki dan atas kebenaran kecuali ceraian 15.1
huraian 15.1.7.
2. Menggantikan tugas Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah
semasa ketiadaannya.
3. Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Guru Besar Daerah
3. Naib Pengerusi 1
1. Menjalankan tugas sama seperti Fasal 15 ceraian 15.2
4. Naib Pengerusi 2
2. Menjalankan tugas sama seperti Fasal 15 ceraian 15.3
4.
5. Setiausaha
1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi Majlis
Guru Besar Daerah.
2. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru
Besar Daerah, Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Daerah
dan Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Guru Besar Daerah
pada bila-bila masa yang dikehendaki.
3. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-
mesyuarat dan dokumentasi.
4. Bertanggungjawab sama ada seperti ceraian 15.1 huraian
15.1.6 semasa ketiadaannya.
5. Menjadi Penandatangan sebarang cek Majlis Guru Besar
Daerah
5. Penolong Setiausaha
1. Membantu tugas Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah jika
dikehendaki.
2. Menggantikan tugas sekiranya ketiadaan Setiausaha Majlis
Guru Besar Daerah.
6. Bendahari
1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
kewangan.
2. Menandatangani cek-cek dan laporan kewangan kepada Ahli-
Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis Guru Besar Daerah.
18
3. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Majlis Guru
Besar Daerah kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik
Majlis Guru Besar Daerah.
7. Jawatankuasa
1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah
Majlis Guru Besar Daerah.
2. Menetapkan tarikh Masyuarat Jawatankuasa Tadbir
dan Persidangan Perwakilan Biasa, Luar Biasa Majlis Guru
Besar Daerah.
3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan
mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan
menetapkan tempat menyimpan wang.
4. Menunai dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki
oleh Perlembagaan.
5. Bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Negeri Sabah dan
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Majlis Guru Besar
Daerah-daerah lain, agensi-agensi yang dibenarkan oleh
Pendaftar, Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan
Daerah-Daerah
Fasal 16. PERTIKAIAN
1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Ia hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang
dipengerusikan oleh Pendaftar Majlis.
TAMAT
19
SEKALUNG PENGHARGAAN
KEPADA
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS
TIMBALAN PPD SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
YANG DIPERTUA MGB DAERAH PITAS
PENGERUSI KGKS CAWANGAN PITAS
SEMUA EXCO MGB DAERAH PITAS
SEMUA GURU BESAR DAERAH PITAS
GURU BESAR SK PEKAN PITAS II
SPR MGBD PITAS
SEMUA YANG TERLIBAT
20