The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sukanskst90, 2020-07-15 00:28:47

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 (1)

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 (1)

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid cuba menjatuhkan skital dengan membaling bola menggunakan balingan

tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam.
3. Bola yang dibaling perlu melantun sekali ke dalam gelung sebelum mengena skital.

1. Murid dalam 2 pasukan.
2. Bola dibaling dengan tangan lurus melawan arah pusingan jam ke arah skital

mengikut warna yang telah ditetapkan.
3. Satu mata diberi apabila berjaya menjatuhkan skital.
4. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira pemenang.

Mula dengan sebiji bola dan bilangan
bola boleh ditambah.

89

Nama : ……………………………… Tarikh : ………………….

Kelas : …………………..

Baling Lawan Jam

Bulatkan huruf yang menunjukkan kedudukan tangan yang sesuai semasa
melepaskan bola semasa melepaskan bola dengan balingan tangan lurus.

B C
A
D

E

90

FOKUS
Berkebolehan melakukan aktiviti kelajuan.

Standard Pembelajaran
1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan.

2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari.

2.9.2 Mengenal pasti koordinasi tangan dan kaki semasa berlari.

5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

Alatan Cadangan Aktiviti
Skital, kad huruf, kotak, pundi Memanaskan badan
kacang, baton, dan bola Penyampaian standard pembelajaran
besar. Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid dalam tiga kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan berada di skital A, B, dan C.
3. Murid di skital A berlari anak ke skital B sambil membawa dua biji bola besar.
4. Murid di skital B berlari pantas ke skital C sambil membawa baton.
5. Murid di skital C berjalan sambil membawa pundi kacang di atas kepala.
6. Ulang sehingga semua murid melengkapkan larian di semua skital.

&

Semasa berlari;
$ Lari di atas bebola kaki.

Pandang ke hadapan.
Kepala tidak digoyang-goyangkan.
Ayun tangan berselang dengan kaki dan
% lari dalam garisan yang lurus.
Angkat lutut tinggi semasa berlari.

91

1. Murid berlari anak di dalam barisan.
2. Murid di belakang memecut ke hadapan dan berada di hadapan barisan.
3. Setiap kali murid yang berlari sampai ke hadapan, murid yang terakhir dalam barisan

akan memecut ke hadapan.
4. Lakukan secara bergilir-gilir sehingga sampai ke garisan penamat.

Bagaimanakah pergerakan kamu semasa
mengejar rakan di hadapan?

Kekalkan jarak antara murid semasa berlari.

92

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari ke kawasan kad dan menyusun kad membentuk satu perkataan.
3. Kumpulan yang berjaya menyusun kad dalam masa yang pantas dikira pemenang.

Tentukan bilangan perkataan.
Menyediakan kad huruf yang mencukupi.

93

NAMA : _______________________ TARIKH : ___________
KELAS : ___________

KEJAR MENGEJAR

1. Tandakan (√) pada penyataan teknik berlari yang betul.

1. Berlari pantas dengan menggunakan tumit. ( )
)
2. Mata pandang ke hadapan semasa berlari. ( )
)
3. Tangan kiri di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari. ( )
)
4. Tangan kanan di hadapan, kaki kiri di belakang semasa berlari. (

5. Tangan kanan di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari. (

6. Gunakan bebola kaki semasa berlari dengan laju. (

2. Padankan kelajuan pergerakan haiwan-haiwan ini.

PANTAS

PERLAHAN

94

FOKUS
Berkebolehan untuk melakukan kemahiran berlari dalam pelbagai jarak.

Standard Pembelajaran
1.9.2 Berlari dalam pelbagai jarak.
2.9.1 Mengenal pasti postur yang betul semasa berlari.
5.2.4 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

Alatan Cadangan Aktiviti
Tali, pundi kacang, gelung, dan Memanaskan badan
bakul. Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid berada dalam kumpulan kecil berbaris sambil memegang tali secara
berselang-seli.

2. Berlari ke pelbagai arah dalam ruang.
3. Ulang aktiviti dengan tukar kedudukan murid.

Sentiasa memerhati pelari di Teknik lari jarak dekat;
hadapan. a.Teknik lari jarak dekat.
b. Mata memandang ke hadapan.
c. Tangan diayunkan ke hadapan dan

belakang dengan siku difleksikan.
d. Lari atas bebola kaki.
e. Berlari langkah panjang.
Variasi;
a. Bilangan ahli kumpulan ditambah.
b. Tetapkan masa aktiviti.
c. Pelbagaikan jarak larian.
d. Tukar tangan yang memegang tali

setiap kali menukar arah pergerakan.

95

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Pundi kacang diletak pada tiga jarak yang berbeza.
3. Murid pertama mengambil pundi kacang dari gelung A berlari langkah panjang ke

gelung B.
4. Meletak pundi kacang ke dalam gelung B berlari ke gelung C.
5. Ulang sehingga tamat ke gelung F.
6. Lakukan secara bergilir-gilir.

E F
D
C
A B

Mula

Mata memandang ke hadapan.
Tangan diayunkan ke hadapan dan belakang dengan siku difleksikan.
Lari atas tumit ke jari kaki.
Berlari langkah panjang.

96

1. Murid membentuk dua kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan mempunyai 20 pundi kacang yang diletakkan dalam bakul.
3. Bersedia di belakang garisan.
4. Apabila wisel dibunyikan, ambil pundi kacang dan seterusnya berlari ke arah gelung

yang diletakkan di tengah gelanggang.
5. Letakkan pundi kacang di gelung yang dipilih.
6. Berpatah balik ke garisan permulaan dan bertukar peranan dengan rakan lain.
7. Markah-markah diberi berdasarkan pundi kacang yang diletakkan di dalam gelung

seperti berikut:
A=1
B=4
C=3
D=2

8. Kumpulan yang berjaya mengumpul 17 markah paling cepat dikira pemenang.

Bagaimanakah kumpulan kamu mendapat
markah 17?

A

B

C

D

Guru menetapkan syarat permainan.
Pastikan ruang yang selamat antara murid semasa berlari.
Pundi kacang boleh digantikan dengan pelbagai alatan kecil yang lain.
Pastikan semua gelung diisi dengan pundi kacang.

97

Nama : ___________________ Tarikh : ________________

Kelas : _______________

DEKAT DAN JAUH

Padankan lakuan yang sesuai dengan jarak larian berikut :

Lari Jarak Jauh

Lari Jarak
Dekat

98

FOKUS
Berkebolehan melakukan kemahiran lompatan.

1.10.1 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua
belah kaki.

1.10.2 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang sama.
2.10.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat.
2.10.2 Mengenal pasti kaki yang digunakan untuk melonjak.
5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Alatan Cadangan Aktiviti
Skital, bola, tali, bangku gimnastik, Memanaskan badan
kayu, CD 2 Lagu Dunia Muzik Penyampaian standard pembelajaran
Tahun 3, Trek 92; Selamat Tahun Permainan kecil
Baru Cina dan pemain CD. Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Lompat kangaroo beberapa kali.
2. Berlari, lompat sungai dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua

belah kaki.
3. Berlari dan melompat sebelah kaki melepasi halangan dan mendarat dengan

kedua-dua belah kaki.
4. Berlari ,melompat dengan kaki kiri atau kanan melepasi halangan sambil

menyentuh bola yang digantung. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
5. Ulang semua aktiviti di atas.

Lompatan yang manakah yang lebih Lari di atas bebola kaki.
mudah untuk kamu melepasi Pandang ke hadapan semasa melompat.
halangan? Mengapa? Ayun tangan ke atas semasa melompat.

Elakkan murid melompat berterusan melebihi lima kali.
Aktiviti melompat boleh di selang-seli dengan berjalan,
berlari anak, skip, gelongsor dan lain-lain pergerakan.

99

1. Melakukan aktiviti dari satu stesen ke stesen yang lain.

Stesen Arau
a. Melompat ke sisi dengan sebelah kaki melepasi marker dan mendarat dengan

kaki yang sama.
b. Ulang dengan kaki yang sebelah lagi.

Stesen Alor Star
Mencongklang mengikut muzik.

Stesen Bukit Mertajam
Lompat sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Stesen Parit Buntar
Merangkak melalui gelung.

Stesen Taiping
a. Melompat sebelah kaki melepasi kotak.
b. Ulang aktiviti dengan sebelah kaki lagi.

Stesen Ipoh
Sorong papan tarik papan.

Lakukan ikut kemampuan. Fleksi lutut semasa melompat.
Tangan ayun ke atas.
Mendarat atas bebola kaki.
Lutut difleksi semasa mendarat untuk
menyerap daya.
Pandang depan semasa melompat dan
mendarat.

100

NAMA : _______________________ TARIKH : ___________
KELAS : ___________

HEBAT MELOMPAT
Tandakan (√) pada gambar yang menunjukkan postur badan yang mana
sesuai untuk kamu capai bola yang digantung.

101

FOKUS
Berkebolehan untuk melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.

Standard Pembelajaran
1.10.4 Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.
2.10.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat.
5. 3. 2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.
5. 4. 3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

Alatan Cadangan Aktiviti
Skital, kotak, gelung, papan lonjak, Memanaskan badan
rantaian gelang getah, dan tilam. Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid berada dalam kumpulan kecil dan berbaris secara melintang.
2. Murid A melompat ke hadapan dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-

dua belah kaki.
3. Murid B bergerak ke tempat murid A mendarat dan melompat ke hadapan.
4. Murid C melompat setelah murid B mendarat dan seterusnya.
5. Ulang beberapa kali.

Tangan diayun.
Mendarat dengan lutut difleksi.

Pastikan murid tidak berlanggar antara
satu sama lain.
Pastikan rakan mendarat terdahulu
sebelum murid lain melompat.

102

1. Murid berada dalam kumpulan kecil dan berbaris.
2. Berlari ke hadapan dan melompat dengan sebelah kaki melepasi kotak dan mendarat

dengan dua-dua belah kaki di dalam petak mata.
3. Ulang aktiviti.

Bagaimanakah kamu mendapat 3 mata?

Semasa mendarat tangan diayun.
Mendarat dengan lutut difleksikan.
Kotak boleh diganti dengan alatan yang lain.

103

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid melakukan aktiviti di laluan berhalangan seperti berikut:

Berlari dan melompat sungai dengan sebelah kaki dan mendarat dengan dua
belah kaki.
Berlari dan melompat kotak.
Berlari dan melompat ke dalam dan keluar gelung.
Berlari, memijak papan lonjak dan melompat melepasi kotak.
Berlari dan melompat melepasi rantaian gelang getah.
Berlari ke garisan permulaan dan bertukar peranan dengan rakan lain.
Berlari ke garisan penamat.
3. Kumpulan yang selesai terlebih dahulu dikira pemenang.

Guru boleh menentukan syarat permainan.
Lakukan aktiviti mengikut kemampuan.

104

Kelas : __________________ Tarikh : _________________

MELOMPAT MELEPASI HALANGAN PADA PELBAGAI ARAS

Tandakan( √) pada kemahiran yang dikuasai.

Bil Nama Melompat pelbagai aras

Mata Tangan Mendarat Lutut
pandang diayun dari dengan difleksikan.
hadapan. belakang ke kedua-dua
hadapan. belah kaki.

105

FOKUS
Berkebolehan melakukan kemahiran asas balingan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran
1.11.1 Melontar objek sfera pada pelbagai jarak.
1.11.3 Melempar objek leper pada pelbagai jarak.
2.11.1 Mengenal pasti postur yang betul semasa melakukan lontaran.
2.11.3 Mengenal pasti postur yang betul semasa melakukan lemparan.
5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

Alatan Cadangan Aktiviti
Bola pelbagai saiz, quoit (gelung Memanaskan badan
donat), skital, gelung dan piring Penyampaian standard pembelajaran
plastik. Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berada di sekeliling bulatan dengan memegang quoit.
3. Murid akan melempar quoit sejauh yang boleh.
4. Ulang beberapa kali.

Pastikan tangan bergerak sejauh
mungkin daripada badan ketika melaku
kan lemparan.
Siku diekstensi sepenuhnya untuk
melepaskan objek.
Semasa kedudukan sedia bahu, tangan
yang tidak melempar menghala ke
sasaran.

Pastikan murid tidak berada di hadapan
semasa quoit dilempar.
Pastikan ada ruang antara setiap murid.

106

1. Murid dalam dua kumpulan kecil..
2. Kumpulan A di dalam bulatan dan kumpulan B berbaring di luar bulatan.
3. Murid A1 melemparan quoit kepada murid A2 dan seterusnya, sementara murid B1

berlari ke arah berlawan ke murid B2 mengelilingi bulatan.
4. Sementara murid B1 berlari mengelilingi bulatan sambil membawa bola.
5. Mata diberi pada kumpulan yang bolanya tiba dahulu ke penamat.

Bagaimanakah kamu melakukan
hantaran bola kepada rakan?

107

1. Kumpulan 6 orang.
2. Permainan dimainkan dalam gelanggang segi empat. Kawasan berlorek sebagai ka-

wasan gol.
3. Pemain akan membawa piring dan menghantar secara lemparan kepada rakannya.
4. Pemain A akan cuba menembusi kawasan lawan dan cuba masuk ke kawasan gol

lawan. Pemain yang berjaya masuk ke kawasan gol lawan akan mendapat satu
mata.
5. Pasukan yang mendapat mata yang banyak dikira sebagai pemenang.
Syarat:
Tapak tangan menghala ke bawah semasa melakukan lemparan.

Permainan ini boleh dimainkan dengan
menggunakan kemahiran melontar dengan
bola.

108

NAMA : _______________________ TARIKH : ___________
KELAS : ___________

BALINGAN
Tandakan (√) kemahiran LONTAR atau LEMPAR yang dilakukan oleh
murid dalam gambar.

LEMPAR LONTAR

LEMPAR LONTAR

LEMPAR LONTAR

LEMPAR LONTAR

109

FOKUS
Berkebolehan melakukan kemahiran merejam.

Standard Pembelajaran
1.11.2 Merejam objek panjang pada pelbagai jarak.
2.11.2 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan rejaman.
5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

Alatan Cadangan Aktiviti
Skital, tiang, palang, gelung dan Memanaskan badan
batang kayu berekor. Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Lakukan rejaman menggunakan batang kayu ke gelung secara bergilir-gilir.
3. Ulang beberapa kali.

Bagaimanakah kamu memegang kayu?
Bagaimanakah kamu membuat rejaman?

Sentiasa berhati-hati semasa Tangan lurus atas kepala dan pandang
mengutip batang kayu. ke hadapan.
Jarakkan diri antara rakan. Berat badan berada di kaki belakang
semasa mengayun.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
selepas merejam.

110

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Lakukan rejaman menggunakan kayu berekor ke gelung yang digantung secara

bergilir-gilir.
3. Lakukan berulang kali.

Bagaimanakah kamu hendak mendapatkan jarak rejaman
yang jauh?

Lakukan aktiviti mengikut kemampuan
Ikut giliran merejam bagi elakkan kemalangan.

111

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Rejam kayu berekor ke gelung yang bertanda.
3. Mata diberikan berdasarkan jarak rejaman yang dibuat.
4. Lakukan secara bergilir-gilir.
5. Jumlahkan mata yang diperolehi oleh setiap ahli dalam kumpulan.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan mata yang terbanyak dikira pemenang.

112

NAMA : _______________________ TARIKH : ___________
KELAS : ___________

REJAMAN
Arahan : Kenal pasti dan tandakan (√ ) gambar yang menunjukkan lakuan
yang betul semasa merejam.

113

FOKUS
Berkebolehan melakukan pernafasan di bawah permukaan air.

Standard Pembelajaran
1.12.1 Mengawal pernafasan untuk satu jangka masa semasa di bawah permukaan

air.
2.12.1 Mengenal pasti cara mengawal pernafasan di bawah permukaan air.
5.1.1 Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti.
5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

Alatan Cadangan Aktiviti
Batu atau objek yang boleh Memanaskan badan
tenggelam Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid berpasangan.
2. Seorang mengambil nafas melalui mulut dan tahan nafas.
3. Melakukan apungan buah kelapa.
4. Tukar peranan.

Rapatkan dagu ke dada
Peluk kedua-dua belah lutut ke dada.
Tahan nafas di bawah permukaan air
mengikut kemampuan.

114

1. Murid masuk ke dalam kolam.
2. Berdiri dan bawa tangan ke atas dan tenggelamkan badan sehingga punggung

menyentuh dasar kolam.
3. Bawa tangan ke bawah dan rapat ke sisi dan timbulkan diri dan tarik nafas melalui

mulut.
4. Ulang beberapa kali.

Bagaimanakah kamu Aktiviti dilakukan dalam air pada aras
tenggelamkan badan ke dada.
dasar kolam? Semasa membawa tangan ke atas,
tapak tangan menghala ke atas.
Bagaimanakah kamu boleh Semasa membawa tangan ke bawah,
timbulkan badan dari dasar tapak tangan menghala ke bawah.
kolam ke permukaan air? Elak menggunakan kekuatan kaki
semasa tenggelam dan timbul.

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Apabila isyarat diberikan, setiap murid menyelam untuk mengambil objek.
3. Murid berdiri dan mengambilobjek.
4. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan objek paling banyak dikira pemenang.

Untuk aksi menyelam dengan mudah dan pantas pastikan
bahagian atas badan masuk ke dalam air terlebih dulu dan
luruskan kaki ke atas.
Cara mendarat dengan betul selepas mengambil objek ialah
dengan memastikan kedua-dua belah kaki memijak lantai
terlebih dahulu dan barulah berdiri.
Jika tidak boleh memegang objek yang telah dikutip, selitkan
pada mana-mana bahagian badan ataupun berdiri.

115

Nama : ______________ Tarikh : ____________
Kelas : ___________

TENGGELAM DAN TIMBUL
Tandakan (√) cara pernafasan di bawah permukaan air.

a.

b.
116

FOKUS
Berkebolehan melakukan tendangan keribas dalam posisi meniarap.

Standard Pembelajaran
1.13.1 Melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi meniarap untuk satu

jarak dengan bantuan alat apungan.
2.13.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas (flutter kick)

dalam posisi tiarap dan telentang.
5.1.1 Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti.
5.1.3 Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan.

Alatan Cadangan Aktiviti
Papan keribas, bakul, alat mainan Memanaskan badan
plastik dan tali atau rantaian Penyampaian standard pembelajaran
gelang Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Duduk di dek dengan kedua-dua belah kaki dimasukkan di dalam air.
2. Melakukan tendangan keribas dari perlahan dan semakin cepat.

Mulakan aksi flutter daripada pinggul.
Kaki berselang-seli.

117

1. Meluncur dengan kedua-dua belah tangan rapat dan lengan selari dengan telinga.
2. Lakukan tendangan keribas posisi tiarap dalam satu jarak.
3. Ulang beberapa kali.

Apakah peranan papan keribas?
Bagaimanakah kamu boleh
bergerak pantas?

Guru menentukan jarak tendangan dalam jarak yang sesuai
mengikut kemampuan murid.
Posisi badan streamline dengan lakuan tendangan keribas
tiarap.
Lakuan tendangan keribas tiarap boleh dilakukan dengan kedua
-dua belah tangan lurus di sisi badan.

1. Meluncur dan melakukan tendangan keribas posisi tiarap sambil memegang papan
keribas dari tepi dinding.

2. Hembus nafas dalam empat kiraan dan tarik nafas.
3. Ulang beberapa kali.

G

Angkat kepala untuk tarik nafas.

Elak daripada menekan papan
keribas.

118

1. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil.
2. Setiap murid berperanan sebagai ‘posmen air’.
3. Secara bergilir-gilir, ‘posmen air’ mengambil satu barang di dalam bakul A atas dek

dan meletakkan di atas papan keribas.
4. Posmen menghantar barang dengan tendangan keribas tiarap sambil memegang

papan keribas dan meletakkan di dalam bakul.
5. Posmen kedua dan seterusnya meneruskan aktiviti.
6. Kumpulan yang tamat dahulu dikira pemenang.

G

Bakul A Bakul B

119

Tarikh : ______________________ Kelas : _________________

TENDANGAN KERIBAS TIARAP

Tandakan (√) postur badan semasa melakukan tendangan keribas dalam
posisi meniarap.

Bil. Nama murid Menendang Posisi badan Bernafas
dengan kaki streamline dan secara
berselang-seli muka berentak
dan lutut menghadap
difleksikan lantai.
sedikit.

120

FOKUS
Berkebolehan melakukan tendangan keribas dalam posisi telentang dengan
lakuan yang betul.

Standard pembelajaran

1.13.2 Melakukan tendangan keribas dalam posisi telentang untuk satu jarak dengan
bantuan alat apungan.

2.13.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas (flutter kick)
dalam posisi telentang.

5.1.1 Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti.
5.1.4 Meletakkan alatan di tempat yang selamat semasa dan selepas melakukan

aktiviti.

Alatan Cadangan Aktiviti
Papan keribas, bakul, alat mainan Memanaskan badan
plastik dan tali atau rantaian Penyampaian standard pembelajaran
gelang Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Duduk di atas dek dan kedua-dua belah di dalam kolam sambil melakukan tendang
keribas.

2. Tangan memegang tepi dinding kolam.
3. Letak kedua-dua belah kaki pada dinding kolam.
4. Tolak dinding kolam dengan kaki untuk mendapatkan lajak, meluncur kemudian

melakukan tendangan keribas telentang dengan tangan di sisi. (5m)

Bagaimanakah kamu boleh
mendapatkan jarak yang jauh sebelum
melakukan tendangan keribas.

121

Murid perlu ada keyakinan dalam Cara pernafasan yang betul semasa
air. melakukan tendangan.
Badan hendaklah lentik semasa melakukan
Letakkan peralatan di tempat yang tendangan (arch back)
sepatutnya. Lutut tidak keluar dari permukaan air.
Kumpul semula peralatan selepas Galakkan murid meluncur dengan baik
latihan. semasa bermula.
Pergerakan kaki secara selang-seli ke atas
dan ke bawah.
Elakkan posisi tapak kaki seperti cangkul
semasa melakukan tendangan.
Postur badan streamline telentang.

1. Berdiri di dalam kolam mengadap dinding.
2. Tangan lurus ke atas sambil memegang papan keribas.
3. Tolak dinding kolam, meluncur, dan melakukan tendang keribas telentang dengan

tangan lurus sambil memegang papan keribas dengan memegang hujung papan
keribas.
4. Ulang aktiviti di atas.

Murid perlu berhati-hati dengan Galakkan murid meluncur semasa bermula.
bahagian kepala apabila Tangan memegang papan keribas.
sampai di hujung kolam Postur badan streamline telentang.
supaya tidak terlanggar Badan hendaklah lentik semasa melakukan
dinding. tendangan (arch back)
Cara pernafasan yang betul semasa melakukan
tendangan
Pergerakan kaki secara selang-seli ke atas dan
ke bawah.
Lutut tidak boleh keluar dari permukaan air.
Elakkan posisi tapak kaki seperti cangkul.

122

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Agihkan ahli kumpulan sama banyak dan tempatkan sebahagian sebelah kiri dan

sebahagian di sebelah kanan.
3. Murid dikehendaki berenang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
4. Pasukan yang paling pantas di kira pemenang.

GURU

x x x X - murid
x xx
x xx
x xx

123

Nama :.............................. Tarikh :.....................

Kelas : ..............................

TENDANGAN KERIBAS TELENTANG

Apakah postur badan yang betul ketika melakukan tendangan keribas posisi
telentang?

Bil. Perkara Betul/ Salah

1 Badan hendaklah melentik dengan dada ke atas.

2 Badan hendaklah melengkung dengan dagu ke
dada.

3 Bengkok lutut ketika melakukan tendangan.

4 Lutut tidak boleh terkeluar semasa melakukan
tendangan.

5. Posisi tapak kaki seperti cangkul.

124

FOKUS
Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi permainan congkak

Standard Pembelajaran
1.14. 1 Bermain permainan strategi yang melibatkan kemahiran motor halus seperti

Karom, dam, congkak, dan catur.
2.14.1 Mengenal pasti strategi dalam permainan seperti karom, dam, congkak, dan

catur.
5.2.4 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

Alatan Cadangan Aktiviti
Papan congkak dan guli kaca. Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Dua orang murid duduk secara berhadapan.
2. Papan congkak dan guli kaca disediakan mengikut lubang yang terdapat pada

papan congkak.
3. Guli dimasukkan ke dalam rumah anak papan congkak mengikut jumlah rumah

anak yang terdapat di papan congkak.
4. Kedua-dua murid, hendaklah memulakan permainan secara serentak.
5. Mereka hendaklah mengambil mana-mana guli rumah anak dalam kampungnya

sahaja.
6. Sebiji guli dimasukan pada setiap rumah yang dilaluinya termasuk rumah anak di

kampung lawan. Selain itu, pemain juga perlu memasukkan guli pada rumah
ibunya kecuali rumah ibu lawan setiap kali melaluinya.
7. Sekiranya guli terakhir pemain A jatuh ke dalam rumah anak yang mempunyai
guli, pemain masih boleh meneruskan permainan dengan mengambil semua guli
yang terdapat di dalam rumah anak tersebut.

Papan Congkak Cara mengaut guli dari Murid duduk berhadapan
rumah anak

125

8. Jika guli terakhir pemain A jatuh ke dalam rumah yang kosong, pemain A tidak
boleh meneruskan permainannya. Sementara pasangan lawan, pemain B yang
masih mempunyai guli akan meneruskan permainan.

9. Sekiranya semasa bermain, guli terakhir pemain B terhenti di ruang anak dalam
kampungnya yang kosong, tetapi rumah anak kampung pemain A yang
bertentangan ada mempunyai guli, pemain B, bolehlah mengambil ke semua guli
berkenaan termasuk guli yang terakhir.

10. Ke semua guli yang diambil dimasukkan rumah ibu pemain B. Keadaan ini dikira
bahawa pemain B berjaya menikam atau menembak guli lawan.

11. Pemain B, dikira mati sekiranya pergerakan guli yang terakhir pemain B masuk ke
dalam rumah yang kosong dan di rumah anak pemain A turut kosong.

12. Permainan pusingan kedua diteruskan oleh pemain A. Pemain A boleh
mengambil ke semua guli dalam mana-mana rumah anak di kampungnya sahaja.
Sementara pemain B tidak boleh bermain sehingga pergerakkan guli pemain A
mati atau berjaya menikam guli lawan maka barulah pemain B pula akan bermain.

13. Semasa bermain sekiranya guli terakhir pemain A atau pemain B di rumah ibu,
pemain berkenaan boleh meneruskan permainan semula dengan mengambil
mana-mana buah di rumah anak dalam kampungnya.

14. Kedua-dua pemain akan terus bermain dalam pusingan ini sehinggalah salah
seorang pemain kehabisan buah dalam rumah anak di kampungnya ini
dikategorikan sebagai menang tapak.

15. Maka pemenang diberikan 1 mata.

rumah ibu

rumah anak Menyediakan bilangan guli mengikut bilangan
lubang yang terdapat di papan congkak.
Menyediakan kawasan aktiviti yang selesa dan
selamat.

kampung

1. Kedua-dua pemain, hendaklah memulakan permainan secara serentak.
2. Jumlah guli setiap pemain ialah 49 biji atau ditentukan mengikut jumlah lubang

congkak yang ada pada papan congkak.
3. Pertandingan boleh dijalankan dalam tiga pusingan atau ditentukan sendiri oleh

pemain.
4. Pemain yang akan bermain dahulu, ialah mengikut pemain yang memenangi

pusingan awal.
5. Tangan pemain hendaklah sentiasa tenggadah ke atas semasa memasukkan guli ke

dalam rumah.
6. Pemain tidak perlu mengisi guli di dalam mana-mana rumah anaknya yang “kabu”.

Semasa bermain pemain juga tidak perlu memasukkan guli ke dalamnya. Jika salah
seorang pemain memasukkan guli secara sengaja atau tidak guli tersebut akan
diambil oleh pihak lawan.
7. Pemain-pemian bermain dengan memasukkan sebiji guli di setiap rumah anak pada
kampungnya dan kampung pihak lawan. Pemain hanya boleh tikam apabila telah
jalan lebih dari satu tapak.

126

1. Murid memilih pasangan.
2. Murid bermain congkak secara berpasangan.
3. Permainan dihentikan apabila mencapai tiga mata.

Bagaimanakah menentukan pemenang dalam permainan
congkak?
Apakah strategi kamu untuk menang dalam permainan
congkak?
Mengikut peraturan yang diberikan.
Memasukkan guli ke dalam lubang mengikut putaran jam.

127

Nama : ___________________ Tarikh : ________________

Kelas : _______________

CONGKAK

Tandakan (√) bagi strategi yang betul untuk mencapai kemenangan dalam
permainan congkak.

1. Menikam lubang rumah anak pihak lawan.

2. Memasukkan guli ke dalam lubang rumah ibu pihak lawan.

3. Memasukkan guli secara sengaja ke dalam rumah kabu.

4. Menghabiskan guli lubang rumah anak kampung sendiri
secepat mungkin.

5. Menyimpan guli secara sengaja untuk tujuan kemenangan.

128

FOKUS
Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi tarik upih.

Standard Pembelajaran
1.14.2 Bermain permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dan kekuatan otot

seperti Tarik Upih dan Batak Lampung.
2.14.2 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional yang melibatkan daya tahan

dan kekuatan otot seperti Tarik Upih dan Batak Lampung.
5.2.3 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti.
5.4.1 Melakukan aktiviti secara berpasangan.

Alatan Cadangan Aktiviti
Upih, tali gimrama, gelung, dan Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
skitel. Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Berdiri berpasangan.
2. Setiap murid memegang hujung tali gimrama.
3. Tarik tali tersebut sehingga salah seorang melepasi garisan yang telah ditandakan.

Tali gimrama

Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan
sebelah kaki lagi di belakang.
Fleksikan kaki belakang bagi tujuan kestabilan.

129

1. Aktiviti dilakukan secara berpasangan.
2. Murid A mencangkung di luar gelung.
3. Murid B menarik murid A untuk masuk ke dalam kawasan gelung.
4. Tukar peranan.

A

1. Murid memilih pasangan sendiri dan pastikan pasangnya sama saiz.
2. Murid berada dalam kumpulan kecil.
3. Murid yang pertama akan menarik murid kedua yang duduk di atas upih.
4. Apabila isyarat permainan dimulakan semua pemain menarik upih yang membawa

pasangan masing–masing sehingga ke garisan pertukaran.
5. Setelah sampai ke garisan pertukaran, pemain bertukar peranan dengan

pasangan masing-masing. Kemudian berpatah balik ke garisan permulaan yang
juga dianggap sebagai garisan penamat.
6. Pemenang dikira berdasarkan kepada pasukan yang terlebih dahulu selesai
sampai ke garisan penamat.
7. Aktiviti diulang sehingga 3 pusingan.

tukar peranan

garisan permulaan / Upih boleh digantikan dengan kanvas.
penamat
Gunakan padang rumput.
Perlu menyediakan ruang yang luas dan selamat.
Pastikan rakan duduk dengan betul sebelum ditarik.
Elakkan rakan jatuh ketika menarik upih.
Pastikan murid menjaga keselamatan semasa
melakukan aktiviti.

130

Nama : ___________________ Tarikh : ________________

Kelas : _______________

TARIK UPIH

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

kanvas berdiri garisan
sama saiz padang tanah

1. Penumpang yang ditarik tidak boleh ______________________
di atas upih.

2. Upih boleh digantikan dengan __________________________
3. Pemain dikira menang apabila sampai ke ________________

penamat.
4. Pilih pasangan yang _________________ untuk aktiviti tarik upih.
5. Permainan ini sesuai dijalankan di __________________
6. Permainan itu dikira batal jika penumpang dengan sengaja

meletakkan kaki di ___________________

131

FOKUS
Berkebolehan bermain permainan tradisional seperti Batak Lampung.

Standard Pembelajaran
1.14.2 Bermain permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dan kekuatan otot

seperti Tarik upih dan Batak Lampung.
2.14.2 Mengenal pasti cara permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dan

kekuatan otot seperti Tarik upih dan Batak Lampung.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan aktivit ikut peranan.
5.3.2 Menerima dan mengiktiraf kebolehan dan kekurangan rakan sebaya.

Alatan Cadangan Aktiviti
Kayu panjang 0.5 meter. Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Murid membuat bulatan kecil dan memegang tangan serta berdiri dalam posisi
kaki terbuka dan lurus.

2. Murid akan menarik tangan rakan ke kiri dan ke kanan dalam kiraan empat secara
berselang-seli.

3. Secara berterusan dalam keadaan berpegang tangan, murid akan mendepakan
tangan, mengangkat ke atas kemudian melentikkan badan ke belakang dan terus
membongkokkan badan ke hadapan.

4. Langkah 2 dan 3 akan diulang sebanyak empat kali.

depa tangan angkat tangan lentik belakang bongkok ke hadapan

Kedudukan badan perlu rendah.
Kaki depan dan belakang dijarakkan.
Fleksi kaki belakang.

132

1. Dalam berpasangan secara berhadapan murid akan duduk mencangkung.
2. Kedua-dua murid berpegangan tangan kanan dan menarik secara serentak.
3. Murid yang berjaya menarik rakan ke hadapan dikira menang.
4. Kaedah 2 dan 3 diulang menggunakan tangan kiri.
5. Kaedah 2 dan 3 diulang menggunakan kedua-dua belah tangan.

Fleksi Lutut ketika mencangkung.

Pastikan murid berkuku pendek.
Aktiviti hendaklah dilakukan di tempat
yang selamat seperti di padang.

1. Murid bersama pasangan masing-masing duduk mengadap sambil kaki melunjur
ke hadapan.

2. Pastikan tapak kaki bertemu.
3. Murid dikehendaki memegang sebatang kayu.
4. Murid perlu menarik serta mengangkat rakan dari kedudukan asal dan yang

berjaya mengangkat rakannya dikira sebagai pemenang.
5. Permainan ini boleh diteruskan sebanyak 3 pusingan.

Kayu boleh digantikan dengan
tali atau gulungan kain pelikat.
Kaki murid dikehendaki lurus
ketika bermain jika tidak akan
dikira kalah.
Murid mesti ikut peraturan.

Menyediakan kayu yang sesuai
dan selamat untuk murid.

Apakah yang perlu kamu lakukan
untuk mengangkat rakan dari
kedudukan asal.

133

Nama : ___________________ Tarikh : ________________

Kelas : _______________

BATAK LAMPUNG

Susun turutan cara permainan Batak Lampung dengan menuliskan nombor
pada petak yang disediakan.

1. Menarik rakan dari kedudukan asal.
2. Melunjurkan kaki ke hadapan dan temukan

tapak kaki.
3. Pegang sebatang kayu.
4. Murid mengadap antara satu sama lain.
5. Duduk dan luruskan kaki ke hadapan.

Susun dan tulis 1,2,3, dan 4 cara permainan Batak Lampung dengan betul.

134

FOKUS
Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan.

Standard Pembelajaran
3.1.1 Melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar

nadi, dan keanjalan otot.
4.1.2 Membezakan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
5.3.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

Alatan Cadangan Aktiviti
Frisbee dan skital. Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Pentaksiran

1. Berpasangan.
2. Murid merasa denyutan nadi di karotid atau radial.
3. Setiap pasangan mempunyai sebuah frisbee.
4. Murid A melemparkan frisbee ke arah murid B.
5. Murid B dikehendaki menangkap frisbee.
6. Ulang lakuan ini untuk beberapa kali.
7. Murid dalam kumpulan bertiga membentuk formasi segi tiga. Murid bebas melempar

frisbee kepada rakannya.
8. Murid dalam kumpulan kecil. Dua frisbee akan digunakan dalam aktiviti ini. Murid

dikehendaki menyebut nama rakan sebelum melemparkan frisbee kepada rakannya.

Galakan murid mencari ruang kosong semasa melempar dan
menangkap frisbee.

Bilakahkamu sesuai melempar frisbee kepada rakan? Mengapa?

135

1. Murid berada dalam kumpulan kecil.
2. Satu kumpulan sebagai pelempar dan satu kumpulan lagi sebagai penangkap

frisbee.
3. Kumpulan pelempar berbaris untuk membuat lemparan frisbee ke zon lemparan.
4. Kumpulan penangkap akan bersedia di zon menangkap.
5. Apabila frisbee dilemparkan ke zon menangkap, kumpulan penangkap akan cuba

menangkap frisbee itu.
6. Jika tidak berjaya menangkap frisbee, murid akan melempar frisbee semula.
7. Pelempar akan bertukar peranan jika frisbee dapat ditangkap oleh penangkap
8. Murid mengambil kadar nadi selepas melakukan aktiviti.

136

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang murid sebagai Kapten dan berada di zon

menangkap.
3. Murid akan bermain Kapten Frisbee dengan menggunakan kemahiran melempar dan

menangkap.
4. Murid yang memegang frisbee tidak boleh bergerak lebih daripada tiga langkah

apabila membuat lemparan kepada rakan.
5. Murid yang melakukan lemparan kepada Kapten, tidak dibenarkan melepasi garisan

tengah.
6. Kapten kumpulan yang paling banyak menangkap frisbee dikira sebagai pemenang.

Tahap kesukaran bergantung kepada jarak antara murid.
Elakkan daripada berlanggar sesama sendiri ketika menangkap frisbee.

137

Nama : ___________________ Tarikh : ________________

Kelas : _______________

SENAMAN FRISBEE

Catat kadar nadi sebelum, semasa, dan selepas bersenam.

Kadar Nadi Kadar Nadi Kadar Nadi

Sebelum Senaman Semasa Bersenam Selepas Bersenam

138


Click to View FlipBook Version