The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEJADIAN LANGIT MENURUT PERSPEKTIF AL QURAN DAN SAINS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizalbaharum13, 2021-06-18 12:41:36

KEJADIAN LANGIT MENURUT PERSPEKTIF AL QURAN DAN SAINS

KEJADIAN LANGIT MENURUT PERSPEKTIF AL QURAN DAN SAINS

JABATAN PENGAJIAN AM (SESI DISEMBER 2020)

NAMA & KOD KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM & MPU23052

TAJUK : KEJADIAN LANGIT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SAINS

NAMA PENSYARAH : PUAN AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

KELAS : DCE 2C

KUMPULAN 3

NAMA NO.MATRIKS
MUHAMMAD FAIZAL BIN BAHARUM 33DCE20F1044

MUHAMMAD RAIHAN HAFIZI BIN 33DCE20F1040
RALIM 33DCE20F1043

NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA

YANG NURIN FAEZAH BINTI MOHD 33DCE20F1042
KAMARULZAMAN 33DCE20F1047

NURFATHIHAH BINTI ZULKARNAIN

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
1) OBJEKTIF 3-4
4-5
2) PENDAHULUAN 6-9

3) DEFINISI LANGIT 9-14
15
4) PROSES KEJADIAN LANGIT 16-18
MENURUT AL-QURAN 19
20
5) ENAM FASA PENCIPTAAN 20
LANGIT

6) PENDAPAT SAINTIS
TERHADAP KEJADIAN LANGIT

7) LAMPIRAN

8) KESIMPULAN

9) PENGHARGAAN

10) SUMBER RUJUKAN

2

OBJEKTIF
1.Menerangkan definisi langit.
2.Mengenalpasti proses kejadian langit menurut Al-Quran.
3.Menerangkan enam fasa penciptaan langit.
4.Mengenalpasti proses kejadian langit menurut sains.
5.Menghubungkan Al-Quran dan sains berkaitan kejadian alam.

PENDAHULUAN
Pencipataan langit dan bumi telah menjadi satu perdebatan hebat di antara para saintis
sejak duhulu lagi hingga tercipta pelbagai jenis teori tentang penciptaan alam semesta seperti
teori Materialisme dan Teori Ledakan Besar (Big Bang Theory) (rajah 1.0) yang dibahas oleh
George Gamov, Arno Penzias dan Robert Wilson antara yang terkenal sehingga menjadi
sumber pembelajaran yang dipercayai daripada pelbagai peringkat.

Rajah 1.0

3

Teori Ledakan Besar mengungkapkan bahawa alam semesta termasuk bumi dan isinya
itu terbentuk dari sebuah ledakan besar. Teori ini menyatakan adanya "awal atau permulaan"
pada alam semesta yang disebabkan oleh Big Bang. Kalau alam semesta itu memiliki
permulaan, maka tentu saja ada yang menciptakannya yakni Tuhan, Sang Pencipta semesta
alam.

Walaubagaimanapun, Al-Quran ada menggambarkan penciptaan alam semesta
digambarkan dalam enam masa. “Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan diciptakanNya pula
matahari, bulan, dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,
menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah Mahasuci Tuhan semesta alam.

Seperti yang kita tahu, sains kadang-kadang mengambil 'U Turn' di mana apa yang
pernah menjadi saintifik adalah palsu beberapa tahun kemudian. Al-Quran diturunkan kepada
Nabi Muhammad pada abad ke-7.Sains pada masa itu adalah primitif, tidak ada teleskop,
mikroskop atau apa-apa walaupun dekat dengan teknologi yang kita ada hari ini. Orang percaya
bahawa matahari mengorbit bumi dan langit telah dipegang oleh tiang besar di sudut-sudut
bumi yang rata.

DEFINISI LANGIT

Langit pula diciptakan dengan tujuh lapisan begitu juga dengan bumi. Walaupun bumi selalu
disebutkan dalam bentuk tunggal di dalam Al Quran, tidak sebagaimana langit yang seringkali
disebutkan dalam lafaz jamak. Namun ada sebuah ayat yang menunjukkan bahawa bumi juga
mempunyai tujuh lapis seperti langit.

4

(Surah At talaq :12)
(Yang Artinya), “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu juga bumi. Perintah
Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
Dan dikuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa berbuat kezaliman (meneroka
tanah orang lain meski hanya) sejengkal tanah, maka Allah akan menimbunnya dengan tujuh
lapis bumi”.Kemudian Allah memisahkan antara langit dan bumi, sehingga angin pun
bertiup,hujan pun turun, tumbuhlah berbagai macam tumbuhan, gunung-gunung ditancapkan
ditempatnya, Allah menjadikan makhluk ciptaan berpasang-pasangan,diciptakan kehidupan
dari air, diciptakannya matahari sebagai penerang, dan bintang-bintang serta bulan sebagai
hiasan. Semua itu bukti kebesaran Allah S.W.T.
Di sini Allah menyatakan langit dan bumi diperingkat awal dahulu kosong daripada sebarang
objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta
galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Perkataan dukhan yang di maksudkan
di sini ialah asap,dalam bahasa inggerisnya ialah smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke
ini selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana
di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

5

PROSES KEJADIAN LANGIT MENURUT AL-QURAN

(Surah Fussilat : 11)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang
langit itu berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah
kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!"
Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut-patuh dengan sukarela."

6

Al-Quran juga menggambarkan kepada kita keadaan langit yang membuktikan tentang
peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W merentasi langit melalui pintu-pintu yang
dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat
pepejal.

(Surah Qaf :6)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana kami
meninggikannya dan menghiaskannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-
retak sedikit pun".

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku
kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi.

(Surah Al-maarij :8)
7

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Pada hari ketika langit seperti Tembaga cair".

(Surah al-sajdah : 4)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada diantara keduanya
dalam waktu enam hari, kemudian dia bersemayam di atas Arasy. Kamu semua tidak memiliki
seorang penolong dan pemberi syafaat pun selain diri-Nya. Lalu, apakah kamu tidak
memperhatikannya?”.
Dari ayat di atas Allah SWT menyebutkan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa (sittati
ayyaamin) selanjutnya para mufasir bersepakat dalam menafsirkan ayat ini, bahawa yang
disebut dengan (sittati ayyaamin) adalah enam tahap atau proses bukan enam hari sebagaimana
mengertikan kata ayyaamin.
Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini.Sebaliknya ia
melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan
helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Begitu juga
langit dan bumi, Allah mencipta langit dan bumi satu-persatu. Mengikut teori Nebular, sistem
tata suria terbentuk dari kondensasi awan panas atau kumpulan gas yang sangat panas. Pada
proses kondensasi tersebut, ada sebahagian yang terpisah dan membentuk seperti cincin yang
mengelilingi satu pusat. Bahagian yang mengelilingi pusat itu dengan cara yang sama, akan
berkondensasi dan membentuk satu formula yang serupa dengan terbentukya matahari. Setelah
suhu menurun, objek-objek ini akan menjadi planet-planet seperti bumi dengan objek-objek
yang mengelilinginya berupa sateliti atau bulan.

8

Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya serta telah menyempurnakan penciptaan-
Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap). Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah
menjadikannya kuat dan kukuh. Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada
unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.

ENAM FASA PENCIPTAAN LANGIT
Artinya : “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada diantara
keduanya dalam waktu enam hari, kemudian dia bersemayam di atas Arasy. Kamu semua tidak
memiliki seorang penolong dan pemberi syafaat pun selain diri-Nya. Lalu, apakah kamu tidak
memperhatikannya ?”.

9

Dari ayat di atas Allah SWT menyebutkan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa (sittati
ayyaamin), selanjutnya para mufasir bersepakat dalam menafsirkan ayat ini, bahawa yang
disebut dengan (sittati ayyaamin) itu adalah enam tahap atau proses, dan bukannya enam hari
sebagaimana pengertian daripada perkataan ayyaamin.

(A) FASA PERTAMA.

(Surah al anbiya: 30)
Artinya: “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya…”
Ini dimulai dengan sebuah ledakan besar (bigbang) sekitar 12-20 bilion tahun lalu. Inilah awal
terciptanya matahari, tenaga, dan waktu. “Ledakan” pada hakikatnya adalah pengembangan
ruang.Matahari yang mula-mula terbentuk adalah hidrogen yang menjadi bahan dasar bagi
bintang-bintang generasi pertama. Hasil dari nuklear antara gas-gas hidrogen, menghasilkan
unsur-unsur yang lebih berat, seperti karbon, oksigen, sampai besi atau disebut juga
Nukleosintesis Big Bang.

10

Nukleosintesis Big Bang terjadi pada tiga minit pertama penciptaan alam semesta dan
bertanggungjawab atas banyak perbandingan kelimpahan 1H (protium), 2H (deuterium), 3He
(helium-3), dan 4He (helium-4), di alam semesta. Meskipun 4He terus saja dihasilkan oleh
mekanisma lainnya (seperti fusi bintang dan pereputan alfa) dan jumlah jejak 1H terus saja
dihasilkan oleh spalasi dan jenis-jenis khusus pereputan radioaktif (pelepasan proton dan
pelepasan neutron), sebahagian besar masa ‘isotop-isotop’ ini di alam semesta, dan semua
kecuali jejak-jejak yang tidak signifikan dari 3He dan deuterium di alam semesta yang
dihasilkan oleh proses yang jarang berlaku seperti pereputan kluster, dianggap dihasilkan di
dalam proses Big Bang. Inti atom unsur-unsur ini, bersama-sama 7Li, dan 7Be diyakini
terbentuk ketika alam semesta berumur 100 sampai 300 saat, setelah plasma kuark–gluon
primordial membeku untuk membentuk proton dan neutron. Kerana tempoh nukleosintesis Big
Bang sangat singkat sebelum terhentikan oleh pengembangan dan penyejukan, tidak ada unsur
yang lebih berat daripada litium yang dapat dibentuk.Unsur-unsur terbentuk pada waktu ini
adalah dalam keadaan plasma, dan tidak menyejuk ke keadaan atom-atom neutral hingga waktu
yang lama.

(B) FASA KEDUA

(Surah Al-Baqarah : 29)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan Dia Maha mengetahui segala
sesuatu”.

11

Masa ini adalah pembentukan langit. Pengetahuan saat ini menunjukan bahawa langit biru
hanyalah disebabkan pancaran cahaya matahari oleh zarah-zarah atmosfera. Di luar atmosfera
langit biru tidak ada lagi, yang ada hanyalah titik cahaya bintang , galaksi, dan benda-benda
langit lainnya. Jadi, langit bukanlah hanya kubah biru yang ada di atas sana, melainkan
keseluruhan yang ada di atas sana (bintang-bintang, galaksi dan benda-benda langit lainnya),
maka itulah hakikat langit yang sesungguhnya. Adapun dalam fasa ini, pembentukan bintang-
bintang di dalam galaksi yang masih berlangsung hingga saat ini.
(C) FASA KETIGA

(Surah an nazi : 29)
Artinya : “dan Dia menjadikan malamnya gelap gelita, dan menjadikan siangnya terang
benderang.”
Pada masa ini dalam penciptaan alam semesta adalah proses penciptaan sistem suria, termasuk
bumi. Selain itu pada masa ini juga terjadi proses pembentukan matahari sekitar 4,6 juta tahun
lalu dan mulai dipancarkannya cahaya dan angin matahari. Proto-bumi (bayi bumi) yang telah
terbentuk terus berorientasikan menghasilkan fenomena siang dan malam di bumi sebagaimana
yang Allah SWT firmankan dengan indah.

12

(D) FASA KEEMPAT

(Surah An nazi : 30)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.”
Bumi yang terbentuk dari debu-debu antara bintang yang sejuk mulai menghangat dengan
pemanasan sinar matahari dan pemanasan dari dalam (endogenik) dari pereputan unsur-unsur
radioaktif di bawah kerak bumi.Akibat pemanasan endogenik itu jirim di bawah kerak bumi
menjadi debu,antara lain muncul sebagai lava dari gunung api. Batuan basalt yang
menjadi dasar lautan dan granit yang menjadi batuan utama di daratan merupakan hasil
pembekuan jirim leburan tersebut. Pemadatan kerak bumi yang menjadi dasar lautan dan
daratan itulah yang nampaknya dimaksudkan “penghamparan bumi” .sebagaimana Allah SWT
berfirman.
(E) FASA KELIMA

13

(Surah an nabiya: 30)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup…”
Selain itu, pemanasan matahari menimbulkan fenomena cuaca dibumi, yakni awan dan
halilintar. Melimpahnya air laut dan keadaan atmosfera purba yang kaya akan dengan gas
metana (CH4)dan ammonia (NH3) serta sama sekali tidak mengandung oksigen.
Persenyawaan organik yang mengikut aliran air akhirnya tertumpu di laut. Kehidupan
diperkirakan bermula dari laut yang hangat sekitar 3,5 bilion tahun lalu berdasarkan fosil tertua
yang pernah ditemukan. Sebagaimana dikembalikan pada surat Al Anbiya [21] ayat 30 yang
telah menyebutkan bahawasannya semua makhluk hidup berasal dari air.

(F) FASA KEENAM

Fasa keenam dalam proses penciptaan alam ini adalah dengan lahirnya kehidupan di bumi yang
dimulai dari makhluk bersel tunggal dan tumbuh-tumbuhan. Hadirnya tumbuhan dan proses
fotosintesis sekitar 2 bilion tahun lalu menyebabkan atmosfera mulai terisi dengan oksigen
bebas. Pada masa ini pula proses geologi yang menyebabkan lipatan plat tektonik akan
menghasilkan rantai pergunungan di bumi terus berlanjut.
Setelah mengkaji cara Al-Quran menjelaskan tentang penciptaan alam semesta. Dengan
menyedari bahawa ilmu pengetahuan dan Al-Quran adalah bagaikan dua sisi mata yang tak
boleh dipisahkan antara satu sama lainnya. Seperti yang dikatakan oleh saintis Albert Einsten:
”religion without science is blind and science without religion is damage.” (Albert Einstein,
1960).

14

PENDAPAT SAINTIS TERHADAP PROSES KEJADIAN LANGIT

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Al-Quran ini adalah professor Yoshihide Kozai
daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory
of Japan di Mitaka,Tokyo,Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan
berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, beliau merasakan seolah-
olah ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi.
Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung
dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan
semasa menunjukkan fenomena-fenomena ini benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang
wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada asap itulah lahirnya bintang-bintang dan
kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.

15

LAMPIRAN

1) https://youtu.be/MfkY4Lamzzw

2) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1236-irsyad-al-fatwa-ke-
129-penciptaan-langit-bumi

16

17

18

KESIMPULAN

Allah SWT juga telah menciptakan segala yang ada di antara keduanya (antara langit dan bumi)
dengan perancangan yang rapi, indah, serta harmoni. Ini menunjukkan bahawa Allah tidak
bermain-main, yakni tidak menciptakannya secara sia-sia tanpa arah dan tujuan yang benar.
Hal yang demikian, tertulis di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 16 dan surah Shad ayat 27.
Dalil tentang penciptaan langit dan bumi terdapat di dalam surah Al Baqarah ayat 117, yang
menjelaskan tentang kekuasaan Allah dengan kebesaranNya yang telah menciptakan langit dan
bumi dengan penuh keindahan dan keunikan yang sungguh luar biasa dan tiada tandingannya.
Dalam surah At-Talaq ayat 12 menjelaskan bahawasanya langit yang Allah ciptakan terdiri
daripada tujuh lapisan, begitu juga dengan bumi. Keterangan pada surah tersebut juga
dibuktikan oleh para ilmuan pada abad 21.
Kemudian, dalam Surah Al-Maidah ayat 190 dan surah Al-Isra’ ayat 12 menjelaskan agar kita
dapat menemui hubungan antara malam dan siang, serta langit dan bumi. Allah SWT mengajak
orang-orang yang berakal dan para ilmuan untuk memikirkan ayat tersebut agar dapat menemui
keagungan sang khalik, kerana alam ini pasti ada yang mengatur iaitu Allah SWT.
Setiap sesuatu yang Allah menciptakan pasti ada kebaikan yang tersendiri dan tiada satu pun
sehinggakan buih-buih di tepi lautan yang dianggap tiada apa kelebihan tetapi ia mempunyai
kebaikan tersendiri apabila dikaji secara saintifik.Walau bagaimanapun, Al-Quran bukan
sebuah kitab sains , tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk’. Petunjuk-petunjuk ini
mengajak manusia supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh
harmoni dengan alam ini. Al-Quran sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha
Pemelihara alam semesta ini.

19

PENGHARGAAN

Kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya yang tidak terhingga .
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, keluarga, sahabat handai baginda dan pengikut-
pengikutnya hingga ke hari kemudian. Tugasan ini yang bertajuk ‘Kejadian Langit Menurut
Perspektif Al-Quran dan Sains‘ akan memberikan pendedahan kepada pembaca tentang
bentuk-bentuk kejadian bumi dan langit.Kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak yang sudi membantu dalam megusahakan tugasan ini iaitu, pensyarah
kursus PUAN AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD yang tidak jemu memberi panduan
serta tidak dilupakan kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami tanpa jemu.
Akhirnya kami mengharapkan hasil kertas kerja ini dapat memberi penjelasan terhadap tajuk
yang diberi iaitu ‘Kejadian Langit Menurut Perspektif Al-Quran dan Sains’ seterusnya
menjadikan pembaca dapat mengambil pengajaran dan iktibar terhadap kajian tersebut.
Selanjutnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan itu adalah dari
kelemahan kami sendiri .

SUMBER RUJUKAN

1) Kitab suci Al-Quran.
2) http://inspikreatif.blogspot.com/2013/11/permulaan-alam-menurut-al-quran-dan.html?m=1
3) http://ftn98.blogspot.com/2017/02/fakta-fakta-saintifik-yang-terdapat.html?m=1
4) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1236-irsyad-al-fatwa-ke-
129-penciptaan-langit-bumi
5) https://youtu.be/MfkY4Lamzzw
6) http://proseskejadianlangitdanbumi.blogspot.com/2016/02/penghargaan.html?m=1

20


Click to View FlipBook Version