The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgurahayu.seriipoh, 2021-07-24 19:35:33

944 SP Ekonomi (30.3.12)portal mpm_Neat

KERTAS SOALAN CONTOH



944/2 STPM


EKONOMI


KERTAS 2

(Dua jam)



MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)




Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan
Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang
berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.
Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda
kurung [ ].









Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 944/2
47

Bahagian A
[20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Yang manakah merupakan isu makroekonomi?
A Kekurangan penawaran pekerjaan

B Kekurangan minyak masak di seluruh negara
C Peningkatan kadar cukai import terhadap rokok
D Pemberian subsidi minyak kepada pemilik kenderaan

2 Yang manakah yang diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah
keluaran?
A Eksport bersih

B Pelaburan swasta
C Pengeluaran padi
D Royalti petroleum

3 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Keluaran dalam negeri kasar harga pasaran 6450
Keluaran dalam negeri kasar kos faktor 5050
Keluaran negara bersih 5900
Susut nilai 350

Berapakah jumlah keluaran negara kasar harga pasaran?
A RM6250 juta
B RM6450 juta

C RM6800 juta
D RM7650 juta

4 Dalam penghitungan pendapatan negara Malaysia mengikut kaedah keluaran, mengapakah cukai
import perlu ditambah untuk mendapatkan nilai keluaran dalam negeri kasar harga pasaran?
A Terdapat input yang diimport yang dikenakan cukai.
B Nilai cukai import telah mengurangkan nilai keluaran.

C Terdapat barang penggunaan yang diimport dikenakan cukai.
D Cukai import adalah cukai tak langsung yang belum dikira dalam penghitungan.








944/2
48

5 Yang manakah bukan merupakan syarat keseimbangan pendapatan negara?
A Pendapatan negara sama dengan perbelanjaan agregat.

B Pendapatan negara sama dengan perbelanjaan penggunaan tambah cukai tambah tabungan.
C Tabungan tambah cukai sama dengan perbelanjaan pelaburan tambah perbelanjaan kerajaan.
D Tabungan tambah cukai tambah import sama dengan perbelanjaan pelaburan tambah
perbelanjaan kerajaan tambah eksport.

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi tiga sektor.

AE (RM juta) Y = AE


AE = 900 + 0.7Y
P E

Q


0
Y f 3000 Pendapatan negara (RM juta)

Jika PQ adalah lompang inflasi sebanyak RM300 juta, berapakah pendapatan negara pada tingkat
Y f?
A RM900 juta
B RM1000 juta

C RM1700 juta
D RM2000 juta

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk fungsi suntikan dan keluk fungsi bocoran bagi sebuah
ekonomi.
Suntikan, S + T + M
bocoran
T
S + T
Q I + G + X

R
P I + G
S

0 Y 1 Y 2
Pendapatan negara




Berapakah imbangan perdagangan ekonomi tersebut?
A Lebihan sebanyak QR
B Lebihan sebanyak QS

C Defisit sebanyak RS
D Defisit sebanyak PT

944/2

49

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor.
Perbelanjaan agregat (RM juta)
Y = AE AE = C + I + G

C = 220 + 0.8Y




470

220

0 Pendapatan negara (RM juta)
Y

Jumlah perbelanjaan penggunaan (C) pada tingkat keseimbangan pendapatan negara ialah

A RM2100 juta
B RM2130 juta
C RM2180 juta

D RM1880 juta

9 Andaikan sebuah ekonomi yang sedang mengalami jurang KNK sebanyak RM800 juta. Sekiranya
kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, yang manakah antara berikut dapat mengatasi masalah
tersebut?
A Menurunkan cukai sebanyak RM200 juta
B Menurunkan cukai sebanyak RM800 juta

C Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM200 juta
D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM800 juta

10 Keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan jika

A tingkat harga meningkat
B penawaran wang berkurang
C permintaan wang meningkat

D cukai pendapatan dikurangkan

11 Pertambahan penawaran wang pada satu tingkat harga akan menyebabkan
A penawaran agregat bertambah

B permintaan agregat bertambah
C permintaan agregat berkurang
D penawaran agregat bertambah







944/2
50

12 Jadual di bawah menunjukkan proses penciptaan wang dalam sebuah ekonomi.

Deposit semasa Rizab tunai
Bank perdagangan
(RM) (RM)
A 10 000 2000
B 8000 1600
C 6400 1280
. . .
. . .
. . .

Berapakah jumlah rizab yang dicipta oleh sistem bank jika deposit semasa awal ialah RM10 000?

A RM2000
B RM4880

C RM6400
D RM10 000

13 Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, peningkatan penawaran wang akan menyebabkan
A kadar bunga turun, simpanan turun, dan permintaan agregat menurun

B kadar bunga turun, pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat
C kadar bunga meningkat, pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat
D kadar bunga turun, simpanan dan pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat

14 Yang manakah merupakan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

A Sumber pinjaman terakhir
B Mengawasi kegiatan pasaran pertukaran asing
C Mengawasi kegiatan bank melalui dasar kewangan

D Memberi nasihat kewangan kepada bank perdagangan

15 Pelaksanaan dasar kewangan mengembang tidak berkesan terhadap output sekiranya
A kadar inflasi yang rendah
B berlaku perangkap kecairan

C pelaburan sensitif terhadap kadar bunga
D mudah tunai yang mencukupi dalam sistem perbankan

16 Yang manakah bukan alasan bagi menjalankan perdagangan antarabangsa?

A Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
B Mempelbagaikan penggunaan barang
C Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan

D Meningkatkan kecekapan penggunaan faktor pengeluaran





944/2
51

17 Jadual di bawah menunjukkan jumlah pakaian atau beras yang boleh dikeluarkan oleh negara P
dan negara Q.

Pakaian Beras
Negara
(helai) (kilogram)
Negara P 500 1500
Negara Q 600 2400

Berdasarkan maklumat yang diberi, boleh dibuat kesimpulan bahawa

A negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran beras
B negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian
C negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang

D negara P memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang

18 Defisit imbangan pembayaran dapat dikurangkan melalui
A kemasukan pelajar asing
B kemasukan pekerja asing

C perpindahan teknologi asing
D perkhidmatan perkapalan asing meningkat

19 Andaikan bahawa kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar
Singapura (S$) berubah daripada RM1.00 = S$0.38 kepada RM1.00 = S$0.47. Ini bermakna
A nilai mata wang Malaysia telah merosot

B nilai mata wang Singapura telah merosot
C barangan buatan Malaysia bertambah murah di Singapura
D lebih banyak rakyat Singapura yang akan melancong ke Malaysia

20 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran bagi sebuah negara.

Butiran Nilai (RM juta)
Eksport barangan 12 500
Import barangan 10 000
Perkhidmatan bersih 1500
Pendapatan 500
Bayaran pindahan bersih 250
Aliran modal jangka panjang 4000
Aliran modal jangka pendek 1250

Imbangan akaun semasa ialah
A RM1000 juta
B RM250 juta

C RM500 juta
D RM3000 juta


944/2

52

Bahagian B
[40 markah]

Jawab empat soalan sahaja

1 “Ekonomi negara ini sedang menghadapi kemelesetan, bilangan pekerja yang hilang pekerjaan
meningkat, dan harga umum terus meningkat; ini adalah satu masalah besar yang dihadapi kerajaan.”
Berdasarkan penyataan ini,
(a) terangkan dua masalah ekonomi yang dirujuk, [4]

(b) jelaskan mengapa masalah ini perlu ditangani. [6]

2 Terangkan kegunaan data pendapatan negara dalam aspek berikut:
(a) Alat pengukur perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. [5]

(b) Alat pengukur perubahan taraf hidup penduduk sesebuah negara. [5]

3 Dengan bantuan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesan
perkara berikut terhadap harga dan pendapatan negara.

(a) Kerajaan menjual bon dalam pasaran terbuka. [5]
(b) Kejadian tsunami dan gempa bumi telah menjejaskan produktiviti pengeluaran. [5]

4 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana pengurangan penawaran wang boleh
mempengaruhi pendapatan negara. [10]

5 (a) Apakah maksud devaluasi? [2]
(b) Bagaimanakah devaluasi dapat mengurangkan masalah defisit akaun semasa dalam imbangan
pembayaran? [8]

6 (a) Apakah maksud sekatan perdagangan antarabangsa? [2]
(b) Huraikan empat tujuan mengapa sesebuah negara dikenakan sekatan perdagangan
antarabangsa. [8]





















944/2

53

Bahagian C
[20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

1 Maklumat berikut menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta).
C = 100 + 0.75Y d,

I = 200,
G = 250,
T = 100,

dengan
C = perbelanjaan penggunaan,
I = perbelanjaan pelaburan,

G = perbelanjaan kerajaan,
T = cukai.

(a) (i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2]
(ii) Berapakah nilai pengganda? [1]

(b) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM3000 juta,
(i) hitung jurang KNK, [1]
(ii) berapakah perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai
pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh? [2]
(iii) lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan
jawapan (a)(i) dan (b)(ii), [2]
(iv) berapakah perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai pendapatan negara pada
tingkat guna tenaga penuh? [2]

2 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan dalam ekonomi.


Aset (RM juta) Liabiliti (RM juta)
Rizab dan wang tunai 11 0000 Deposit semasa 38 5000
Pinjaman 27 5000
38 5000 38 5000

(a) Apakah maksud rizab tunai minimum dan rizab berkanun? [2]
(b) Sekiranya nisbah rizab berkanun ialah 20%,

(i) berapakah lebihan rizab bank ini? [2]
(ii) bina kunci kira-kira selepas semua lebihan rizab dipinjamkan, [2]
(iii) berapakah jumlah pinjaman yang boleh diciptakan oleh bank perdagangan sebelum dan
selepas semua lebihan rizab dipinjamkan? [3]
(c) Nyatakan dua faktor yang mengehadkan proses penciptaan kredit. [1]



944/2

54

3 Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing Singapura dengan Malaysia dan haluan
perdagangan Singapura dengan Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 1999.

Kadar pertukaran Eksport Import
Tahun
asing bagi $100 (RM juta) (RM juta)
1996 180.66 40 287 26 348
1997 232.00 44 352 28 944
1998 228.79 48 672 30 938
1999 228.09 53 106 34 817

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2000/2001)

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing? [1]
(ii) Berapakah dolar Singapura yang boleh dibeli dengan RM1000 pada tahun 1999? [1]

(iii) Huraikan arah aliran kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura
bermula dari tahun 1997. [2]
(b) (i) Apakah maksud eksport bersih? [1]

(ii) Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 1999. [2]
(iii) Huraikan arah alirannya. [1]

(iv) Huraikan kesan pertukaran asing terhadap eksport bersih. [2]































944/2

55

HALAMAN KOSONG






















































944/2

56

Graf
Jika kertas graf ini digunakan untuk menjawab sesuatu soalan, kertas graf ini mestilah
diserahkan bersama-sama dengan kertas jawapan anda.
Nombor kad pengenalan: ...................................... Nombor pusat/angka giliran: ..............................


Bahagian C
[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

1 Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan Malaysia dalam menentukan dasar
luarnya. Huraikan.

2 Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) secara amnya akan memberikan
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.
kesan positif kepada Malaysia dan negara-negara anggota lain. Perihalkan.

3 Malaysia yang terletak di rantau Asia dilaporkan mengalami pertambahan suhu sebanyak 0.5°C
dalam tempoh 1901 hingga 2005. Keadaan ini akan mengancam kehidupan manusia dan persekitaran.
Jelaskan.


































944/2
57

HALAMAN KOSONG





















































944/2



58

KERTAS SOALAN CONTOH




944/3 STPM


EKONOMI

KERTAS 3

(Satu jam)



MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)



Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.

Jawab lima soalan dalam Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.
Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian A dan B diberikan dalam tanda
kurung [ ].












Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 944/3

59

Bahagian A
[30 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1 (a) Terangkan maksud pengangguran kitaran. [2]
(b) Terangkan dua cara bagaimana masalah pengangguran kitaran dikurangkan. [4]

2 (a) Terangkan maksud kadar inflasi. [2]

(b) Huraikan bagaimana kenaikan harga import mempengaruhi inflasi. [4]

3 Terangkan tiga cara bagaimana kerajaan mengawal import. [6]

4 (a) Terangkan maksud perusahaan kecil dan sederhana. [2]
(b) Huraikan dua cara untuk membantu usahawan kecil dan sederhana di Malaysia. [4]

5 (a) Terangkan maksud perantara kewangan. [2]
(b) Terangkan secara ringkas bagaimana bank perdagangan melaksanakan fungsi perantara
kewangan. [4]

6 (a) Terangkan maksud kemiskinan. [2]
(b) Huraikan secara ringkas cara mengukur kadar kemiskinan. [4]































944/3
60

Bahagian B
[10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1 Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor dan tenaga buruh di Malaysia pada
tahun 1989 dan 1996.

Tahun
Butiran
1989 1996

Guna tenaga mengikut sektor:
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 1833.0 1426.6
Perlombongan dan Kuari 33.0 41.6
Perkilangan 1171.0 2110.7
Pembinaan 377.0 673.6
Kewangan, Insurans, Perkhidmatan Perdagangan
dan Harta benda 253.0 377.4
Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan 278.0 407.6
Perkhidmatan Kerajaan 847.0 876.4
Perkhidmatan-perkhidmatan lain 1598.0 2132.2
Tenaga buruh 66 850.0 8277.6

(Sumber: Bank Negara Malaysia)

(a) Hitung jumlah guna tenaga di Malaysia pada tahun 1989 dan 1996. [2]
(b) Hitung peratus pertambahan guna tenaga daripada tahun 1989 ke tahun 1996. [2]

(c) Hitung sumbangan sektor pertama dan sektor kedua kepada guna tenaga bagi tahun 1989 dan
1996. [4]
(d) Hitung kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 1989 dan 1996. [2]




















944/3


61

2 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata berdasarkan kumpulan
etnik dan strata pada tahun 2004 dan 2007.

Pendapatan Nominal (RM)
Kumpulan Etnik dan Strata
2004 2007
Bumiputra 2711 3156
Cina 4437 4853
India 3456 3799
Lain-lain 2312 3651
Malaysia 3249 3686
Bandar 3956 4356
Luar Bandar 1875 2283

(Sumber: Rancangan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal Ke-9)

(a) Hitung nisbah jurang pendapatan tahun 2007 antara

(i) bumiputera dengan etnik Cina,
(ii) bumiputera dengan etnik India.
Kaitkan jawapan tersebut dengan kemiskinan antara etnik di Malaysia. [4]
(b) Hitung kadar pertumbuhan pendapatan tahunan purata isi rumah di bandar dan luar bandar
bagi tahun 2004 hingga 2007. [2]
(c) Walaupun kadar kemiskinan dan bilangan isi rumah miskin di kawasan luar bandar semakin
berkurang, namun kemiskinan masih ketara sebagai fenomena luar bandar.
(i) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar. [2]

(ii) Terangkan satu cara bagaimana kerajaan menerusi dasar pembangunannya dapat
mengurangkan kemiskinan di luar bandar. [2]

























944/3
62

Graf
Jika kertas graf ini digunakan untuk menjawab sesuatu soalan, kertas graf ini mestilah
diserahkan bersama-sama dengan kertas jawapan anda.
Nombor kad pengenalan: ...................................... Nombor pusat/angka giliran: ..............................


Bahagian C
[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

1 Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan Malaysia dalam menentukan dasar
luarnya. Huraikan.

2 Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) secara amnya akan memberikan
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.
kesan positif kepada Malaysia dan negara-negara anggota lain. Perihalkan.

3 Malaysia yang terletak di rantau Asia dilaporkan mengalami pertambahan suhu sebanyak 0.5°C
dalam tempoh 1901 hingga 2005. Keadaan ini akan mengancam kehidupan manusia dan persekitaran.
Jelaskan.


































944/3
63

HALAMAN KOSONG






















































944/3

64

KERTAS SOALAN CONTOH




944/4 STPM


EKONOMI

KERTAS 4

KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)



MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)



Arahan kepada calon:

1. Kerja kursus WAJIB dilaksanakan oleh semua calon STPM sebagai sebahagian komponen
pentaksiran penggal ketiga.
2. Kerja kursus ini mengandungi satu tugasan. Semua calon mesti menyerahkan tugasan
tersebut untuk dinilai.
3. Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan kerja kursus seperti yang ditetapkan.















Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 944/4

65

Calon dikehendaki melaksanakan kerja projek ini.

Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan kerja projek yang tidak melebihi 25 muka surat
(tidak termasuk lampiran).

1 Pemasaran dan masalah yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana.

2 Peranan institusi kewangan bukan bank.






















































944/4
66


Click to View FlipBook Version