KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
KALI PERTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERDANG
KAPAR, KLANG
TARIKH :
29 JULAI 2022 (JUMAAT)
TEMPAT: SK SUNGAI SERDANG
TEMA:
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”
ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERDANG
KAPAR, KLANG
……………………………………………
PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati.
Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan
kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari
Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang telah
mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini
merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah
yang terlibat.
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan
amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan
perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan
murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan
secara berterusan.
OBJEKTIF
2.1 Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2 Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan
solat dengan betul.
2.3 Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan
yang amat digalakkan.
2.4 Mengembangkan daya saing yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan
Ukhwah Islamiyyah sesame mereka.
2.5 Memantapkan keyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6 Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.
Kumpulan Sasaran
3.1 Murid Islam Tahun 1-6 sahaja
3.2 Jumlah penyertaan 619 orang murid
Tarikh / Tempatpelaksanaan
4.1 29 Julai 2022 (Jumaat) – Tahap 1 - 6
4.2 Persekitaran SK Sungai Serdang
Struktur Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Pn. Norliah binti Abu Hasan ( Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Tn. Hj. Mansor bin Hj. Mokhtar ( PK Pentadbiran)
: Tn. Hj. Mohd Abdul Satar bin Hj Ali (PK Kokurikulum)
: En. Nadzeri Bin Jabbar (PK HEM)
Penasihat : Pn. Rohani binti Mat Salleh ( Ketua Panitia Agama Islam)
Penyelaras : Pn. Afaf Binti Mohammad
Setiausaha : Pn. Nur Nadia binti Zainal
Ajk Bahan : Pn. Nurul Syazwani binti Habib (Tahap 1)
: Pn. Nooraini binti Saad (Tahap 2)
Ajk Media : Pn. Arbaayah binti Zakariya
Ajk Makanan : Pn. Farah Wahidah binti Jumari (Ketua)
: Kasthoori A/P Maniam
: Shivaranjini A/P Subramaniam
AJK Pelaksana:
: Pn. Roslaili binti Sumirih
: Pn. Norlina binti Saring
: Pn. Siti Noraslinda binti Maasom
:Fasilitator: Semua guru SKSS (yang beragama Islam)
Tentatif Program (Tahap 1)
7.50 – 8.15 pagi : Taklimat
8.15 – 9.05 pagi : LDK 1 (pengenalan anggota wuduk)
: objektif: murid mengenali anggota2 rukun sahaja)
9.05 – 10.00 pagi : LDK 2 (Amali Wuduk)
: objektif: murid berwuduk anggota2 yang wajib sahaja
10.00 – 10.20 pagi : rehat
10.20 – 11.40 pagi : LDK 3 (Perlakuan Dalam Solat dan Amali Solat)
: objektif: murid dapat melakukan perlakuan solat mengikut tertib
:bersurai
Tentatif Program (Tahap 2)
7.50 – 8.15 pagi : Taklimat
8.15 – 9.05 pagi : LDK1 (Bacaan Dalam Solat)
: objektif: murid dapat menguasai bacaan solat mengikut tertib
9.05 – 10.30 pagi : LDK 2 (Amali Solat)
: objektif: murid dapat menguasai bacaan solat mengikut tertib
10.20 – 10.50 pagi : rehat
10.50 – 11.50 pagi : LDK 3 (pengenalan dan amali susunan solat berjemaah)
: objektif: murid dapat mengetahui kedudukan makmum lelaki dan
perempuan secara berjemaah.
: LDK 4 (Pengenalan dan Amali solat jamaah masbuq dan muwafiq)
: objektif: murid dapat melakukan perlakuan solat masbuq dan muwafiq
dengan sempurna
:bersurai
*guru akan masuk ke kelas mengikut jadual seperti biasa.
Anggaran Perbelanjaan: 619 orang = RM1590.00
1. Makanan/minuman murid = RM1590.00
Jumlah
Sumber Kewangan = RM1590.00
1. Peruntukan KBS = RM1590.00
Jumlah
PENUTUP
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.
Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan
program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi kesan positif kepada
para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(ROHANI BINTI MAT SALLEH)
Ketua Panitia Agama Islam
SK Sungai Serdang, Kapar
Disemak oleh,
…………………………………………………………..
(TN HJ MANSOR BIN HJ MOKHTAR )
Pk pentadbiran,
SK Sungai Serdang, Kapar
Disahkan oleh,
…………………………………………………………….
(NORLIAH BT ABU HASSAN)
Guru Besar
SK Sungai Serdang, Kapar
LAMPIRAN 1 JADUAL TEMPAT AMALI KBS 1 2022
KELAS AKTIVITI TEMPAT
AMALI WUDHUK BILIK PEMULIHAN
1 BAIDURI BILIK PEMULIHAN
1 DELIMA BILIK KESIHATAN
1 ZAMRUD SURAU PEREMPUAN
2BAIDURI
2 DELIMA SURAU LELAKI
2 ZAMRUD KANTIN
3 BAIDURI
3 DELIMA BILIK J QAF PEREMPUAN
3 ZAMRUD BILIK JQAF LELAKI
4 BAIDURI PRA SEKOLAH
4 DELIMA
4 ZAMRUD AMALI SOLAT JEMAAH KELAS
5 BAIDURI MASING –MASING
5 DELIMA
5 ZAMRUD
6 BAIDURI
6 DELIMA
6 ZAMRUD