Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi
Port Dickson,Negeri Sembilan
Kajian tentang sisa domestic di Taman
Four Sea 2 Port Dickson
Thilipkumar A/l Selvakumar
1 Baiduri
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
1 Penghargaan,Pendahuluan,Objektif
2 Kawasan kajian,Peta kawasan
3 Peta lakar
4 Kaedah kajian,hasil kajian
5 Jenis-jenis bahan sisa domestik
6 Jenis-jenis bahan sisa domestik
7 Jenis-jenis bahan sisa domestik
8 Jenis-jenis bahan sisa domestik
9 Kepentingan
10 Jadual 1
11 Pengalang dan halangan
12 Foto1/2
13 Rumusan
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson,kerana
memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan saya untuk
membuat kerja lapangan ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya
iaitu Cikgu Baharudin,kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada sya hingga kerja lapangan ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada
kedua-dua ibu-bapa saya yang banyak menyokong saya sepanjang kerja
lapangan ini dijalankan.
PENDAHULUAN
Saya memilih tajuk kajian tentang sisa domestik. Sisa domestik
merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam
terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik
terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat
dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan
sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan bacina
selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini saya telah:
➢ Mengetahui cara membersihkan sisa domestik.
➢ Mengetahui cara mengelas kepada dua kumpulan iaitu sisa
domestik pepejal dan sisa domestik cecair.
➢ Mengelas sisa domestik kepada bahan organik dan bahan bukan
organik.
➢ Mengetahui bagaimanakah sisa domestik berpunca daripada.
KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Taman Four Sea 2 kerana ianya merupakan tempat tinggal
saya selama 12 tahun. Taman ini terletak di Port Dickson,Negeri
Sembilan.Keluasan kajian tempat saya adalah kira-kira 4 kilometre.
PETA KAWASAN
PETA LAKAR
KAEDAH KAJIAN.
→ RUJUKAN
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks,buku
rujukan,majalah dan internet untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk kajian ini.
→ PEMERHATIAN
Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat
jenis-jenis bahan yang bersisa domestik dan boleh dibersihkan oleh
responden ataupun penduduk kampung tersebut.
→ SOAL SELIDIK
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal kepada
responden dan penduduk taman yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat tentang sisa domestik di taman tersebut.
HASIL KAJIAN
Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak
masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas
organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa
domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan
organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian
manusia dan bacina selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam
sekitar. Bahan organik atau bahan semula jadi merupakan tumbuh-
tumbuhan dan haiwan yang mati seperti
kulit ular dan daun yang mereput.
JENIS-JENIS BAHAN SISA DOMESTIK
1.Sampah Pepejal
Sampah pepejal boleh dikelaskan termasuk dalam jenis sisa domestik. Ia
dipecahkan menjadi seperti berikut:
Sisa Plastik
• Jenis sisa domestik ini terdiri daripada beg, bekas, balang, botol
dan banyak lagi produk lain yang boleh didapati di sekitar rumah
anda.
• Plastik tidak boleh terbiodegradasi, tetapi banyak jenis plastik
boleh dikitar semula. Plastik tidak boleh digabungkan dengan sisa
biasa yang lain, ia harus disusun dan diletakkan di dalam tong kitar
semula.
Sisa Kertas / Kad
• Jenis sisa domestik ini termasuk bahan pembungkusan, surat
khabar, kadbod dan produk lain. Kertas amat mudah dikitar semula
dan digunakan semula.
• Masukkanlah sisa kertas ke dalam tong kitar semula atau
membawa mereka ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat
tinggal anda.
Kalung Dan Logam
• Jenis sisa domestik ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk di
seluruh rumah anda. Kebanyakan logam boleh dikitar semula.
• Pertimbangkan untuk mengumpulkan barang-barang ini untuk
dijual kepada pembeli logam lama ataupun menghantarkannya ke
pusat kitar semula yang terdekat untuk melupuskan jenis sisa
domestik ini dengan betul.
Seramik dan kaca
• Jenis sisa domestik ini boleh dikitar semula dengan mudah. Cari
tong sampah kitar semula khas untuk membuangnya dengan cara
yang betul.
• Jika anda masih tidak dapat memahami konsep kitar semula, maka
cara yang sangat mudah dan cekap untuk membuang sampah
pepejal adalah dengan menyewa syarikat penyingkiran buangan
untuk mengitar semula barangan anda. Mereka akan membuang
semua sampah anda dan memastikan ianya dilupuskan dengan
betul.
2. Sampah Kitar Semula
Sampah kitar semula termasuk semua barang-barang buangan yang
boleh ditukar menjadi produk yang boleh digunakan lagi juga
tergolong dalam sisa domestik. Barangan pepejal seperti kertas,
logam, perabot dan sisa organik semuanya boleh dikitar semula.
Daripada membuang barang-barang ini dengan sisa biasa, baik anda
melupuskannya di tempat kitar semula daripada membiarkannya
berakhir di tapak pelupusan yang dapat mencemarkan alam sekitar.
Pastikan sisa atau sampah ini diletakkan dalam tong kitar semula
atau membawanya ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat
tinggal anda.
Sekiranya anda tidak yakin sama ada sampah tersebut boleh dikitar
semula ataupun tidak, lihat plastik pembungkusannya ataupun
gambarajah pada tudung kitar semula tersebut. Kebanyakan produk
akan dinyatakan dengan jelas sama ada mereka boleh dikitar semula
atau tidak.
3. Sisa Cecair
Sisa cecair adalah salah satu jenis sisa domestik di kawasan perumahan.
Biasanya ia terdapat dalam isi rumah. Sisa ini termasuklah air kotoran,
air kumbahan, cecair organik, air basuhan, sisa detergen (peluntur) dan
juga air hujan.
Anda juga perlu tahu bahawa sisa cecair boleh diklasifikasikan ke dalam
sisa sumber utama dan sisa bukan sumber utama. Semua sisa buangan
cecair dikelaskan sebagai sisa sumber utama manakala sisa cecair
semulajadi diklasifikasikan sebagai sisa bukan sumber utama.
Jika anda tidak pasti mengenai cara pembuangan jenis sisa domestik ini,
seharusnya lebih baik anda berhubung dengan pakar penyingkiran sisa
untuk membuang sisa ini dengan betul. Andai kata sisa ini tidak dibuang
dengan betul, ia juga akan merosakkan alam sekitar.
4. Sisa Organik
Sisa organik merupakan jenis sisa domestik yang sering kita lihat di
kawasan perumahan yang lain juga. Semua sisa makanan lebihan, sisa
taman, kotoran dan daging busuk diklasifikasikan sebagai jenis sisa
domestik bersifat organik. Dari masa ke masa, jenis sisa domestik ini
akan menjadi baja oleh penghuraian mikroorganisma.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh membuangnya ke mana
sahaja sesuka hati anda. Sisa-sisa organik di tapak pelupusan sampah
akan menyebabkan pengeluaran gas metana yang berbahaya. Jadi
ianya tidak boleh dibuang dengan begitu sahaja.
Sebaliknya, sisa-sisa ini perlu dibuang dengan cara khas. Jadi, anda
perlu membuangnya ke dalam tong yang disediakan oleh pihak
pembandaran atau anda juga boleh menggunakan beg kulit hijau atau
beg organik untuk pembuangan sisa ini dengan cara yang betul.
5. Sisa Berbahaya
Ramai tak tahu bahawa sisa berbahaya juga termasuk dalam kategori
jenis sisa domestik. Ia tergolong sebagai sisa yang melibatkan semua
jenis sampah yang mudah terbakar, toksik, mengakis dan mengandungi
bahan reaktif. Barang-barang ini boleh membahayakan kita semua serta
persekitaran, ia harus dilupuskan dengan betul.
Begitulah jenis sisa domestik yang terlibat dalam kawasan perumahan.
Jom baca juga Cara Bersihkan Diri, Homestay Kedah, Homestay
Cameron Highland dan Homestay Kuantan.
KEPENTINGAN MEMBUANG DAN MEMBERSIHKAN SISA
DOMESTIK DI TAMAN FOUR SEA GARDEN 2,PORT
DICKSON,NEGERI SEMBILAN
Mengurangkan pencemaran
Pembuangan sisa domestik sangat penting kerana dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada bahan
organik dan bahan bukan organik yang dibuang sengaja oleh penduduk
taman di sungai ataupun tapak-tapak pelupusan sampah.Melalui soal
selidik yang dijalankan didapati sebanyak 35% berpendapat bahawa
amalan ini dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa
domestik pepejal seperti plastik,kain,kertas,kaca dan sebagainya.
2.Penduduk boleh hidup dengan selesa.
Penduduk taman boleh hidup dengan selesa tanpa sisa domestik.Ini
kerana sisa domestik akan di bersih dan dibuang daripada taman
tersebut.Sisa domestik akan dibersikan dengan cara begotong-royong
membersikan taman.40% daripada semua penduduk ataupun responden
telah memberitahu cara ini merupakan cara yang paling sesuai dalam
borang yang tekah diserahkan tadi.
3.Menggeratkan hubungan antara satu sama lain.
Dengan bergotong royong semua penduduk mengetahui antara satu
sama lain mempekenalkan diri sendiri.Dengan ini hubungan antara
semua enduduk boleh dieratkan.25% daripada semua penduduk telah
menyukai cadangan tersebut.
KEPENTINGAN MEMBUANG SISA DOMESTIK DI TAMAN FOUR
SEA GARDEN PORT DICKSON MENGIKUT RESPONDEN.
PEMBUANGAN SISA BILANGAN RESPONDEN
DOMESTIK
MENGURANGKAN 8
PENCEMARAN
HIDUP SELESA 7
MENGERATKAN HUBUNGAN 9
Taman Ceria 10
Jumlah 24
12
10
8
6
4
2
0 Hidup selesa Mengeratkan hubungan Taman Ceria
Mengurangkan pencmaran
PENGALANG DAN HALANGAN PEMBERSIHAN SISA
DOMESTIK
Harga terlalu rendah.
Harga yang terlalu rendah menyebabkan pembuangan sisa domestik ini
tidak dapat sambutan daripada penduduk di kawasan kajian.
Foto 1.Pengutipan sisa domestik pepejal.
Foto 2.Pembuagan sisa domestik pepejal dam cecair
Kesimpulan.
Kesimpulan daripada kajian ini ialah pembuangan sisa domestik di
kawasan Taman Four Sea Garden 2 menunjukkan tahap pembuangan
sisa domestik yang masih dalam keadaan terkawal dan perlu ada usaha
sama daripada pihak yang berkuasa untuk meningkatkan tahap kualiti
pembuangan sisa domestik di Taman Four Sea 2.Beddasarkan kajian
tersebut pelbagai perkara yang telah dijalankan bagi mengenai pasti
punca pembuangan,kesan pembuangan dan langkah untuk mengatasi
pembuangan ini.