The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KMR BAHASA MELAYU-AHMAD AL-QAYYUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suryati.ismail2123, 2021-10-26 04:49:23

KMR BAHASA MELAYU-QAYYUM

KMR BAHASA MELAYU-AHMAD AL-QAYYUM

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA
45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR

JURNAL PROJEK KMR
BAHASA MELAYU

TEMA ; TANAMAN HIJAU

NAMA : AHMAD AL-QAYYUM BIN BASHEER AHMAD
TAHUN : 6 USM
NO.SIJIL LAHIR: 090413-10-0627
NAMA GURU : PN RUZITA BT ABDUL HAMID

Page1

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

TUGASAN:
1. Ikuti taklimat daripada Cikgu Nurazwani sebelum menjalankan projek KMR
2. Buat carian maklumat tentang proses penyemaian biji benih supaya kamu

Berjaya supaya biji benih kamu bercambah dengan baik. Dapatkan dua
maklumat proses penyemaian biji benih yang berbeza.( Contoh maklumat
penyemaian biji benih cili padi dan kacang panjang)
3. Bina peta alir ‘Proses penyemaian biji benih”
4. Buat laporan sebelum menjalankan aktiviti proses penyemaian.
5. Buat catatan mingguan bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam bentuk proses
kerja, pemerhatian, perasaan dan pengalaman yang diperoleh.
6. Tulis laporan selepas projek KMR dijalankan.
7. Pastikan setiap aktiviti disertakan dengan laporan bergambar.
9. Kumpul hasil tugasan kamu dalam bentuk folio atau buku skrap.

Page2

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

SENARAI SEMAK TUGASAN PROJEK KMR

BIL AKTIVITI TANDAKAN (/) CATATAN

ATAU(X)

1. Ikuti taklimat daripada Cikgu / Telah hadir dan
Nurazwani sebelum menjalankan mengikuti taklimat
projek KMR
/ Telah membuat
2. Buat carian maklumat tentang proses
proses penyemaian biji benih pengumpulan
supaya kamu berjaya supaya biji bahan.
benih kamu bercambah dengan Gambar telah
baik. Dapatkan dua maklumat ditampal dalam
proses penyemaian biji benih yang jurnal
berbeza.( Contoh maklumat
penyemaian biji benih cili padi dan / Peta alir telah pun
kacang panjang) disediakan dalam
jurnal
3. Bina peta alir proses penyemaian
biji benih / Telah disediakan
dan lengkap
4. Buat laporan sebelum menjalankan Catatan telah pun
aktiviti proses penyemaian dibuat dengan

5. Buat catatan mingguan bagi setiap / lengkap
aktiviti yang dijalankan dalam
bentuk proses kerja, pemerhatian, / Telah disediakan
perasaan dan pengalaman yang dengan lengkap
diperoleh.
/ Telah disediakan
6. Tulis laporan selepas projek KMR dengan lengkap
dijalankan
/ Telah disediakan
7. # Pastikan setiap aktiviti dengan lengkap
disertakan dengan laporan dalam bentuk folio
bergambar.

8. Kumpul hasil tugasan kamu dalam
bentuk folio atau buku skrap.

Page3

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

MENDENGAR TAKLIMAT PELAKSANAAN PROJEK KMR
DARIPADA GURU.

Page4

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

CATATAN MINGGUAN

MINGGU : Pertama ( 1)

HARI : Isnin

TARIKH : 14 Jun 2021

TAJUK :Mendengar taklimat

Pada minggu pertama, kami diberi taklimat oleh Cikgu Nur Azwani, dan Cikgu Ruzita tentang

projek atau tugasan yang perlu kami lakukan. Kami diberi taklimat melalui pelantar atas

talian “google meet”. Dalam tempoh PKP, ini sahajalah cara yang boleh dilakukan agar kami

mudah dan faham menerima tugasan yang diberi.

Kami diberi tugasan untuk menjalankan projek penyemaian anak benih. Cikgu
Nurazwani, guru Sains kelas 6 USM, meminta kami menyediakan dua tapak semaian
menggunakan bahan kitar semula. Kami diberi kebebasan untuk menyemai anak benih yang
mudah dan senang diperoleh seperti, cili, terung, bendi dan lain-lain. Kami juga diminta
mengikut garis panduan yang diberikan oleh Cikgu Nurazwani semasa melakukan aktiviti
penyemaian anak benih.

Cikgu Ruzita, guru Bahasa Melayu juga memberikan tugasan kepada kami . Beliau
meminta kami mencari maklumat di dalam internet atau buku tentang cara-cara melakukan
proses penyemaian anak benih dan penjagaan anak benih. Segala maklumat yang diperoleh
hendaklah dicetak serta ditampal dalam Jurnal sebagai bukti melengkapkan tugasan.

Setelah selesai menerima tugasan, saya memaklumkan kepada kedua ibu bapa saya
tentang projek yang akan saya jalankan. Projek ini merupakan penilaian bagi saya untuk
melayakkan saya mendapat TP 6 dalam PBD. Tugasan pertama yang saya perlu lakukan ialah
mencari maklumat tentang proses penyemaian biji benih menggunakan aplikasi google.

Saya berasa sangat teruja untuk menjalankan projek ini. Ini merupakan projek saya
yang pertama sepanjang sesi persekolahan 2021 berkolaborasi dengan mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sains. Saya berharap agar projek yang akan saya jalankan ini berjaya
dan berjalan dengan lancar.

Page5

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

Gambar semasa mendengar taklimat:

Page6

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

BUKTI TUGASAN KEDUA: (CARIAN MAKLUMAT)
MAKLUMAT PROSES PENYEMAIAN BIJI BENIH;

Page7

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

Page8

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

MINGGU CATATAN MINGGUAN
HARI : Kedua ( 2)
TARIKH : Isnin
TAJUK : 21 Jun 2021
:Carian maklumat di internet

Pada minggu ini, saya akan memulakan projek KMR. Tugasan kedua saya iaitu carian
maklumat telah pun Berjaya saya laksanakan . Maklumat dan gambar telah pun saya kumpul
untuk dijadikan evidens. Setelah membaca maklumat proses penyemaian biji benih, saya pun
memulakan projek KMR.

Perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah menyediakan tapak penyemaian. Ibu
bapa saya menasihatkan saya agar menggunakan barangan kitar semula seperti tong plastik
sebagai bekas semaian. Dengan bantuan bapa, saya telah memotong tong plastik untuk
dijadikan bekas semaian.

Kemudian saya menyediakan peralatan semaian seperti biji benih , cangkul, sarung
tangan, dan yang paling utama ialah tanah. Saya telah memilih biji benih kacang panjang
sebagai benih semaian kerana kacang panjang lebih mudah bercambah daripada biji benih
cili.

Sebelum melakukan proses penyemaian, saya telah merendam biji benih kacang
panjang semalaman. Ini bertujuan untuk memudahkan biji benih tersebut cepat
bercambah. Kemudian, saya memasukkan tanah ke dalam bekas semaian. Bekas semaian
pertama, saya tandakan sebagai A dan bekas semaian B saya tandakan sebagai B. Bekas
semaian A, ditanam dengan biji benih yang mempunyai jarak antara satu sama lain lapan
sentimeter. Biji benih di dalam bekas B pula ditanam rapat dan bertaburan.

Setelah melakukan proses penyemaian, saya meletakkan kedua-dua bekas semaian ini
d bawah tempat teduh. Pengalaman menyemai biji benih ini akan sentiasa saya kenang. Saya
berharap agar biji benih yang saya semai ini dapat hidup subur.

Page9

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

Gambar semasa menjalankan projek penyemaian biji benih

Proses menyediakan bekas semaian.

Proses menyemai biji benih Page10
Bekas semaian A dan B

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

MINGGU CATATAN MINGGUAN
HARI : Ketiga ( 3)
TARIKH : Hari Isnin
TAJUK : 28 Jun 2021
: Membuat pemerhatian terhadap pertumbuhan biji benih

Hampir setiap hari. saya membuat pemerhatian terhadap benih semaian saya. Melalui
maklumat yang saya baca, biji benih akan mula bercambah pada hari kelima atau keenam.
Memang benar seperti maklumat yang dibaca, biji benih saya telah bercambah. Saya berasa
sangat gembira kerana usaha saya telah menunjukkan hasil.

Saya menjaga benih semaian saya dengan baik. Pokok benih saya mengeluarkan
pucuk muda yang baharu. Menurut ayah, pokok benih itu masih bergantung nutrien makanan
kepada biji kacang. Pokok benih itu akan mula hidup sendiri dan mendapatkan zat nutrien
daripada tanah setelah kulit biji kacang jatuh terpisah daripada anak benih.

Daripada pemerhatian saya juga, terdapat juga biji benih yang tidak bercambah
dan tumbuh dengan baik. Saya telah mengajukan persoalan dan permasalahan ini kepada
Cikgu Nurazwani. Menurut beliau, faktor percambahan biji benih juga bergantung kepada
kualiti biji benih tersebut.

Setiap hari, anak pokok kacang saya membesar dan tumbuh dengan baik.

Saya telah melaksanakan tugas yang pertama yang diberikan oleh Cikgu Nurazwani iaitu
mengukur ketinggian anak benih pada usia 7 hari. Saya perlu merekodkannya di dalam jadual
yang diberi. Saya juga perlu mengira bilangan daun pokok kacang pada hari ketujuh.

Page11

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

Gambar anak benih mula bercambah

Page12

Toolkit 1 (Catatan mingguan)
Gambar semasa menjalankan proses pemantauan dan penjagaan anak benih

Anak benih pada usia 7 hari. Dengan hati yang gembira saya mengukur

Ketinggian anak benih menunjukkan anak benih saya hidup subur

Page13

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

MINGGU CATATAN MINGGUAN
HARI : Keempat(4)
TARIKH : Hari Selasa
TAJUK : 5 Julai 2021
:Cabaran menanam

Pada hujung minggu, saya dan ayah ingin melihat penkembangan pokok benih itu. Ayah saya
telah menasihatkan saya agar meletakkan pokok itu di luar rumah supaya pokok itu hidup
subur dan mendapat cahaya matahari.

Saya meletakkan pokok itu di luar rumah saya agar mendapat cahaya matahari. Hal
ini bertujuan agar pokok benih saya akan menjalankan proses fotosintesis dengan baik dan
dapat hidup subur.

Pada keesokkan harinya, alangkah terkejutnya saya, apabila mendapati pokok
tanaman musnah kerana dimakan oleh belalang setelah semalaman saya meletakkan pokok
tanaman di luar rumah. Disebabkan itu, saya tidak sempat untuk mengukur pokok tanaman
saya pada hari ke-19.

Hari ini ialah hari yang paling menyedihkan buat saya kerana cita-cita saya ingin
melihat pokok tanaman saya hidup dengan subur telah gagal. Menurut ayah, belalang
memakan pokok tanaman itu kerana habitatnya telah dimusnahkan.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada cikgu Azwani. Beliau menasihatkan
agar saya tidak berputus asa dan cuba untuk menyemai semula biji benih yang baharu.

Page14

Toolkit 1 (Catatan mingguan)
Gambar anak pokok semaian musnah akibat dimakan belalang

Page15

Toolkit 1 (Catatan mingguan)
PETA ALIR PROSES MENYEMAI BIJI BENIH

Sediakan biji Rendamkan Biji benih telah Tuang tanah ke dalam sel
benih yang biji benih menunjukkan akar dalam dulang semaian.
baik dan sihat selama 8 jam utama yang telah Jangan mampatkan tanah
kelihatan
untuk mempastikan
uadara dalam tanah

mencukupi.

Benih di atur di Air dituang ke dalam Dulang semaian diletak ke Tanah diisi dalam sel
dalam sel semaian dulang sehingga 1/4 dalam dulang yang lain. dalam dulang semaian.
penuh.
Tanah tidak
dimampatkan.

Letakkan bekas semaian Kacang panjang yang Cambahan selepas Page16
di tempat yang selamat bercambah selepas 24 5 hari
daripada burung dan jam biji benih disemai.
semut. Perhatikan
percambahan benih.

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

LAPORAN SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK KMR BAHASA MELAYU

Pada 14 Jun 2021 yang lalu, sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Assam Jawa telah
mengadakan Projek KMR Kolaborasi Antara Panitia Bahasa Melayu,Sains,Bahasa Inggeris
dan Matematik. Tujuan projek KMR diadakan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik.Di samping itu,
dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid dan bertukar-tukar pengetahuan.

Setengah jam sebelum majlis bermula, murid-murid dan guru-guru telah diberikan
pautan untuk menyertai pelantar “Google Meet” secara maya di kediaman masing-masing.
Murid-murid tidak sabar menanti majlis dimulakan.

Kira-kira jam 9.00 pagi, majlis dimulakan. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian
oleh Tuan Guru Besar En. Nizamuddin bin Haji Abdul Majid. Dalam ucapannya, beliau telah
melahirkan rasa bangga kerana murid-murid dapat melibatkan diri dalam taklimat tentang
pelaksaanaan projek KMR walaupun dalam keadaan pandemik.Tuan Guru Besar selesai
menyampaikan ucapan murid-murid bertepuk tangan.

Pada jam 10.00 pagi, majlis dimulakan dengan pembentangan tentang pelaksanaan
projek KMR oleh Pn.Nur Azwani Bt Ahmad. Beliau telah menerangkan tentang proses
pelaksanaan projek KMR dan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid-murid. Beliau
berharap agar murid-murid dapat memberi kerjasama dan boleh menjayakan projek KMR.

Majlis berakhir jam 11.30 pagi, muridd-murid berasa sangat seronok kerana dapat
melibatkan diri dalam taklimat pelaksanaan projek KMR dan berasa tidak sabar untuk
melaksanakan projek tersebut.

Disediakan oleh: 15 Jun 2021

_QAYYUM_

(AHMAD AL-QAYYUM)
MURID 6 USM

Page17

Toolkit 1 (Catatan mingguan)

LAPORAN SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK KMR BAHASA MELAYU

Pada 28 Jun 2021 yang lalu, kumpulan saya iaitu kumpulan projek KMR telah berjaya
melaksanakan tugasan projek KMR. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat kami
perolehi.

Antaranya, mata pelajaran Sains, murid-murid dapat menambah pengalaman dan
pengetahuan tentang proses penanaman biji benih,mengukur anak biji pokok,mencari
maklumat tentang proses penyemaian biji benih dan membuat laporan tentang proses
tumbesaran.

Selain itu,melalui projek KMR Bahasa Melayu, murid-murid dapat menambah
pengalaman dan pengetahuan tentang mencari maklumat di internet,membuat laporan dan
catatan harian sebagai evidens.

Seterusnya, murid-murid juga dapat mencungkil bakat dan mengasah minda dalam
mencipta sajak melalui projek KMR Bahasa Inggeris. Selain itu, murid-murid juga dapat
menambah pengalaman dan pengetahuan dalam mendeklamasikan sajak menggunakan
pelantar“Google Meet”.

Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-
murid melalui projek KMR. Di samping itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri
dalam menjayakan dan menghasilkan projek KMR. Seterusnya, dapat memupuk sikap
berkerjasama dalam melaksanakan projek KMR secara berkumpulan.

Disediakan oleh: 19/ 8/2021

____QAYYUM___ Page18

(AHMAD AL-QAYYUM)
MURID 6 USM


Click to View FlipBook Version