The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN RAMADAN 2022 EDISI KHAS AIDILFITRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAUDHAH HJ ABD WAHAB, 2022-04-30 18:57:39

BULETIN RAMADAN 2022 EDISI KHAS AIDILFITRI

BULETIN RAMADAN 2022 EDISI KHAS AIDILFITRI

3 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & SURAU AS-SYAFIE SMK PENANTI 1443H/2022M
< Edisi 3 >











PERUTUSAN AIDILFITRI

Tn Bujang bin Sayem
Pengetua

SMK Penanti

Segala pujian hanyalah untuk Allah SWT yang Maha Besar dan Maha Berkuasa.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para
sahabatnya yang mulia.
Kedatangan 1 Syawal 1443 Hijrah bersamaan 3 Mei 2022 Masihi sememangnya
amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di
Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas
melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu
menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam merupakan tanda
kesyukuran setelah masing-masing berusaha untuk melawan dan
menundukkan kehendak hawa nafsu yang berjaya dilakukan selama sebulan di
bulan Ramadan di samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan
tahmid tanda keinsafan selain membuat ucapan selamat hari raya Aidilfitri.
Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat
Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia disifatkan
sebagai kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang
musuh jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.
Kepada semua warga SMK PENANTI yang dihormati, saya mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga kita
semua termasuk antara orang yang sentiasa bersyukur dan diterima semua
amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM IHYAK RAMADAN 1443H

NUZUL AL-QURAN



TADARUS AL-QURAN



Panitia Pendidikan Islam
Jawatankuasa Surau As-Syafie SMK Penanti
Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah & Jati Diri Murid


Click to View FlipBook Version