CAHAYA RAMADAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & SURAU AS-SYAFIE SMK PENANTI RAMADAN DI HATIKU
Edisi 2/2021
APA ITU NUZUL AL-QURAN?
APA ITU NUZUL AL-QURAN?
MAKSUD AL-QURAN
Kalam (kata-kata) Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan
kepada Rasulullah SAW yang disampaikan secara mutawatir dan
membacanya adalah ibadat.
NUZUL AL-QURAN….???
Pengertian pada bahasa
“NAZALA” – Turun dari tempat yang tinggi.
Pengertian pada istilah
Penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia dan dari langit dunia
kepada Nabi Muhammad SAW.
CARA AL-QURAN DITURUNKAN
ALLAH LUH MAHFUZ BAITUL IZZAH / RASULULLAH
(Sekaligus) LANGIT DUNIA SAW
(Sekaligus) (Berperingkat)
SEJARAH PENUBUHAN AL-QURAN
• Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun
di Madinah).
• Permulaan al-Quran diturunkan ialah pada 17 Ramadan di Gua Hirak, Mekah.
• Ayat pertama yang diturunkan ialah ayat 1 – 5 Surah al-‘Alaq.
• Al-Quran tersusun dalam 114 surah dan 30 juzuk.
KALAM BESTARI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani. Syukur ke hadrat dan limpah kurnia-Nya kita
dapat berada dalam bulan Ramadan pada tahun ini.
Tahniah dan Syabas kepada sidang redaksi CAHAYA
RAMADAN atas usaha menerbitkan buletin dakwah ini.
Semoga buletin ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja
yang membacanya.
Bulan Ramadan juga disebut sebagai Syahrul Quran atau Bulan
Quran.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai
hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-
keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan
yang batil”.
Nabi SAW telah bersabda:
“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada
hari kiamat. Puasa berkata : “Wahai Tuhanku aku telah
menghalangnya daripada makan dan minum serta mengikut
syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat
kepadanya”. Al-Quran berkata :”Wahai Tuhanku, aku telah
menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan
aku memberi syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat
keduanya”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunya, al-Tabrani dan
Hakim)
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama hidupkan Ramadan
dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan meningkatkan lagi
ibadah di bulan yang penuh dengan kerahmatan. Bulan yang
dijanjikan Allah dengan pelbagai ganjaran.
Moga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih bersemangat
untuk bekerja dengan lebih cemerlang memandangkan setiap
kebaikan yang dilakukan di bulan ini akan digandakan Allah
ganjarannya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
berpuasa dan rebutlah ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.
Ingatan tulus ikhlas daripada;
AL-QURAN DI HATIKU