2 ISI KANDUNGAN Halaman PRAKATA Sekapur Sirih 6 Surat Pelantikan Rasmi Tugas dan Tanggungjawab 7 Sejarah Sekolah 8 Lagu Sekolah 9 Lencana Sekolah 10 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Falsafah Sekolah dan Matlamat Sekolah 12 Piagam Pelanggan 14 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 15 Program Transformasi Sekolah (TS25) 16 Malaysia Madani 18 Teras Utama KPM 19 ABC 20 4 Disiplin Pelaksanaan (4DX) 21 Azam Integriti 2024 22 Pelan dan Kedudukan Kelas Sesi Pagi dan Petang Tahun 2024 23 Pelan Kecemasan 2024 24 Senarai Nama Guru dan Staf 25-29 Perintah Am (Bab D) 30 Panduan Pentadbiran Am Guru & AKP 31-44 Jadual Penyeliaan dan Pencerapan 45 Jadual Penghantaran FRM 46 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 47 Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 49 Takwim Peperiksaan Dalaman 50 Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 51-71 Takwim Program Sidang Petang Sesi 2024/2025 72 BAB 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.1 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran 75 1.2 Carta Organisasi Pentadbiran Pejabat 76 1.3 Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 77 1.4 Jawatankuasa Tugas Khas Sekolah 77 1.5 Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Kualiti@Sekolah 78 1.6 Jawatankuasa Pengurusan Data & Maklumat Sekolah (JPMS) 78 1.7 Jawatankuasa Kewangan 79 1.8 Jawatankuasa Aset & Perolehan 80 1.9 Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur Dan Penyelenggaraan Sekolah 82 1.10 Jawatankuasa Bilik-Bilik Khas 83 1.11 Jawatankuasa Perkembangan/Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 85 1.12 Jawatankuasa Kajian Tindakan 85 1.13 Jawatankuasa Mesyuarat Guru 86 1.14 Jawatankuasa Hubungan Luar Dan Pengantarabangsaan 86 1.15 Jawatankuasa Pelan Integriti Nasional (PIN) 86 1.16 Jawatankuasa PLC 87
3 1.17 Jawatankuasa Penyediaan Buku Pengurusan 2024/2025 87 1.18 Jawatankuasa ICT & Sumber Maklumat Digital Sekolah 89 1.19 Jawatankuasa Pembinaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) 89 1.20 Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu 90 1.21 Jawatankuasa PBPPP & Penilaian Prestasi Akp (LNPT) 91 1.22 Jawatankuasa Transformasi Sekolah (TS25) 91 1.23 Jawatankuasa Penglibatan Ibu Bapa Komuniti & Swasta (PIBKS) 92 1.24 P.A Sistem Sekolah 93 1.25 Jawatankuasa Bencana/Payung 94 1.26 Jawatankuasa Kelestarian 95 1.27 Jawatankuasa KBAT 96 1.28 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) 96 1.29 Jawatankuasa Alumni 07 1.30 Jawatankuasa Program Anak Bijak Cerdik (ABC) 98 1.31 Jadual Tugas Harian Barisan Pentadbir 2024 98 1.32 Diskripsi Tugas Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran 99 BAB 2: PENGURUSAN KURIKULUM 2.1 Carta Organisasi Kurikulum 109 2.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 110 2.3 Bidang Mata Pelajaran 110 2.4 Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah / Guru Ganti 112 2.5 Jawatankuasa Pentaksiran Dan Peperiksaan 113 2.6 Jawatankuasa Headcount 115 2.7 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 115 2.8 Jawatankuasa Pemantauan Dan Pencerapan Guru 116 2.9 Jawatankuasa Pemantauan Dan Penyeliaan Hasil Kerja Murid 116 2.10 Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik 116 2.11 Jawatankuasa MBMMBI 117 2.12 Jawatankuasa Highly Immersive Programme (HIP) 118 2.13 Jawatankuasa Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) 118 2.14 Jawatankuasa PINCH 118 2.15 Jadual Penyeliaan Hasil Kerja Murid 2024 119 2.16 Jadual Waktu Pembelajaran 119 2.17 Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 1-5 2024 120 2.18 Diskripsi Tugas Jawatankuasa Kurikulum 125 125 BAB 3. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) 3.1 Carta Organisasi HEM 134 3.2 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 135 3.3 Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Pelajar 135 3..4 Jawatankuasa Lembaga Disiplin 136 3.5 Jawatankuasa Lembaga Pengawas 137 3.6 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 137 3.7 Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan Dan Harian 137 3.8 Jawatankuasa Majlis Ketua Tingkatan 138 3.9 Jawatankuasa Pengurusan 3K 138 3.10 Jawatankuasa Pengurusan Kantin 139
4 3.11 Jawatankuasa Penyelaras Tingkatan 140 3.12 Jawatankuasa Bantuan Dan Kebajikan 140 3.13 Jawatankuasa MAKDIS 141 3.14 Jawatankuasa Budaya Al-Quran 141 3.15 Jawatankuasa Pembangunan Insan 141 3.16 Jawatankuasa Sekolah Penyayang 142 3.17 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 144 3.18 Jawatankuasa Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 144 3.19 Jawatankuasa Badan Pemimpin Pelajar (SLB) 144 3.20 Jawatankuasa Apdm / Maklumat Murid & Enrolmen 145 3.21 Jawatankuasa Audit Kehadiran 145 3.22 Jawatankuasa Karakter Murid Johor (KrMJ) 146 3.23 Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah 146 3.24 Jawatankuasa Intervensi Buli & Gangguan Seksual 146 3.25 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) 146 3.26 Nama Penyelaras & Guru Tingkatan 2024/2025 147 3.27 Jadual Guru Bertugas Mingguan Tahun 2024 148 151 BAB 4: PENGURUSAN KOKURIKULUM 4.1 Carta Organisasi Kokurikulum 166 4.2 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 167 4.3 Jawatankuasa Sukan Sekolah 167 4.4 Jawatankuasa Program Khas (PPD/JPN/KPM) 168 4.5 Jawatankuasa Teknikal Dan Persiapan Padang 168 4.6 Jawatankuasa Sidang Redaksi 169 4.7 Jawatankuasa Ahli Lembaga Koperasi 170 4.8 Badan Beruniform 170 4.9 Sukan Dan Permainan 172 4.10 Kelab Dan Persatuan 173 4.11 Rumah Sukan 175 4.12 Lokasi Perjumpaan Unit Kokurikulum 177 4.13 Perjumpaan Badan Beruniform / Sukan & Permainan / Kelab & Persatuan 179 4.14 Perjumpaan Sukan Dan Permainan 1 Murid 1 Sukan 179 4.15 Perjumpaan Rumah Sukan 179 4.16 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 180 4.17 Takwim Kejohanan Sukan MSSD, MSSJ, MSSM 181 BAB 5: PENGURUSAN TINGKATAN 6 5.1 Carta Organisasi Tingkatan 6 185 5.2 Jawatankuasa Kurikulum 186 5.3 Bidang Mata Pelajaran 186 5.4 Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah / Guru Ganti 187 5.5 Jawatankuasa Pentaksiran Dan Peperiksaan 197 5.6 Jawatankuasa Headcount 188 5.7 Jawatankuasa Pemantauan Dan Penyeliaan Hasil Kerja Murid 188 5.8 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6 188 5.9 Jawatankuasa Lembaga Disiplin 189 5.10 Jawatankuasa Bantuan Kebajikan Tingkatan 6 189 5.11 Jawatankuasa Kokurikulum 189
5 5.12 Jawatankuasa Program Khas (PPD/JPN/KPM) 190 5.13 Badan Beruniform Tingkatan 6 190 5.14 Kelab Dan Persatuan 191 5.15 Sukan Dan Permainan 192 5.16 MPP PRA-U 193 5.17 Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) 194 5.18 Lokasi Perjumpaan Unit Kokurikulum 194 5.19 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 196
6 SekapurSirih SERANGKAI MADAH SELAUTAN IMPIAN Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat-Nya, kita masih diberikan kepercayaan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah 2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan sekolah ini sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan berfokus di SMK Skudai. Seperti yang kita sedia maklum, Buku Pengurusan Sekolah ini merupakan dokumen yang sangat penting kepada sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Perancangan yang teliti dan sistematik akan menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Saya dapat melihat warga SMK Skudai berhempas pulas dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah menunjukkan khidmat cemerlang dalam semua agenda pendidikan. Agenda pendidikan negara yang diamanahkan di bahu kita mestilah dilaksanakan sebaik mungkin. Kerjasama dan komitmen yang padu daripada warga sekolah, komuniti dan rakan strategik dapat merealisasikan matklamat SMK Skudai untuk menjadi sekolah harian terbaik di daerah Johor Bahru dan negeri Johor. Proses mendidik bukan hanya berfokus di landasan akademik semata-mata, tetapi pada masa yang sama membina karakter murid yang syumul. Selaras dengan agenda Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri ke-10, kita sebagai pendidik seharusnya menyedari bahawa betapa besarnya tanggungjawab kita dalam membentuk generasi baru yang seimbang bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara ini selari dengan aspirasi KPM dan martabat karamah insaniah dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Justeru, saya berharap semua warga SMK Skudai bersiap siaga, dinamik dan pragmatik dalam menyempurnakan visi murni ini yang pada akhirnya memartabatkan pendidikan negara. Kerjaya sebagai seorang guru menuntut kita untuk sentiasa peka dengan setiap perubahan yang berlaku secara mendadak. Oleh sebab itu, Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa bersiap siaga memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani segala cabaran dan perubahan tersebut. Amalan bekerja dalam satu pasukan dan perkongsian amalan terbaik juga perlulah dijadikan titik permulaan bagi memperoleh kejayaan yang lebih besar. Amalan ini akan membentuk warga SMK Skudai yang profesional, berdaya saing, dan berketerampilan. Akhirulkalam, mari kita suburkan kembali martabat pendidikan negara dengan berjuang sehabis daya dan upaya mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan kelas pertama. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan guru sekalian. Saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun: Letak pulasan di atas palas, Lalu diikat buah yang merah, lentur insan hendaklah ikhlas; Hidup berkat pahala mencurah. Sekian, terima kasih. ……………………….…………. ROSTENA BINTI ISMAIL Pengetua, SMK Skudai, Johor Bahru, Johor.
7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI Tel: 07-5563890 Faks: 07-5561543 E-mail: [email protected] Laman web: www.smkskudai.edu.my TAMAN SRI SKUDAI, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. Rujukan kami : Tarikh : Kepada: Semua Guru dan Staf Sokongan, SMK Skudai, Taman Sri Skudai, 81300 Skudai, Johor. Tuan, PERLANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2024/2025 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sehubungan dengan itu, saya sebagai Pengetua SMK Skudai dengan rasminya melantik tuan/puan bagi menjalankan tugas dan tanggung jawab seperti yang disenaraikan dalam Buku Panduan Pengurusan SMK Skudai 2024. Sebarang perubahan dalam tugas dan tanggungjawab ini akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat. 3. Saya yakin dan percaya tuan/puan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab tuan/puan yang wajib dilaksana seperti yang diamanahkan dalam arahan tugas-tugas guru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tanggung jawab berasaskan kemahiran dan pengalaman yang ada, di samping sentiasa meneroka sesuatu yang baru. Untuk mencapai Visi dan Misi sekolah untuk menjadi Sekolah Transformasi TS 25, tuan/puan seharusnya melipatgandakan usaha serta sentiasa bersedia untuk berubah supaya hasilnya nanti, sekolah ini sentiasa cemerlang dalam semua bidang. Semoga tuan dapat menjalankan amanah ini dengan baik dan berkesan. Selamat menjalankan tugas. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .………………………………….…………….. (ROSTENA BINTI ISMAIL) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru, Johor
8 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai mula dibina pada tahun 1982 di kawasan seluas 19.7 ekar dan mula beroperasi pada tahun 1984 dengan nama sekolah “Sekolah Menengah Sri Skudai”. Pada asalnya sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah, pejabat, bilik guru, dua makmal sains, bilik jahitan, bilik masakan, bilik sumber, bilik sembahyang, tandas dan beberapa bilik stor. Selain itu, terdapat juga satu blok bengkel seni pertukangan dan sebuah blok kantin. Sekolah ini mula beroperasi dengan tenaga pengajar seramai 27 orang dan 789 pelajar. Di samping itu, terdapat seramai enam orang kakitangan sokongan. Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Osman bin Abdullah. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia, pada 11 Septemberember 1986. Mulai tahun 1985, beberapa blok bangunan baru telah dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Antaranya ialah dua blok bangunan projek gotong-royong yang mengandungi lapan bilik darjah yang diberi nama blok D dan blok G, satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah dan tiga makmal sains serta bilik-bilik khas yang diberi nama blok E. Sebuah blok tiga tingkat yang mengandungi tiga buah makmal, 9 bilik darjah, sebuah bilik masakan dan jahitan, sebuah bengkel seni dan dua buah bilik khas telah dibina dan dinamakan sebagai blok F.Pada tahun 2007, bangunan makmal komputer mula dibina dan telah siap pembinaannya pada Oktober 2008. Hasil daripada sumbangan pelajar, guru-guru, dan PIBG, sebuah surau dengan keluasan 40 x 40 kaki persegi telah siap dibina dan digunakan pada Februari 2009. Bilangan pelajar terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada sesi persekolahan 1992/1993, bilangan pelajar sekolah ini berjumlah 2938 orang dengan tenaga pengajar 130 orang dan 16 kakitangan sokongan. Walaubagaimanapun, bilangan pelajar Sekolah Menengah Skudai telah berkurangan sebanyak 17 peratus apabila sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Taman Universiti, Sekolah Menengah Taman Universiti 2, Sekolah Menengah Mutiara Rini 1 dan 2, Sekolah Menengah Desa Skudai serta Sekolah Menengah Kangkar Pulai telah siap dibina sepenuhnya. Pada April 2001, sekolah ini telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk membuka kelas bagi pelajar tingkatan 6. Pada peringkat permulaannya, seramai 54 orang pelajar telah memulakan kelas pada bulan Mei. Kebanyakan pelajar tingkatan 6 daripada sekolah sekitar Skudai. Pada sesi persekolahan 2004, kelas peralihan di sekolah ini telah ditutup secara rasmi dengan kebenaran JPNJ dan PPD Johor Bahru kerana kekurangan bilik darjah bagi menampung pertambahan kelas pelajar tingkatan 6. Pada tahun 2004 juga, SMK Skudai telah dinaik taraf sebagai sekolah menengah separuh kawalan daerah Johor Bahru. Tingkatan 1 dibuka kepada pelajar yang memperoleh 4A, 5A, 6A dan 7A dari sekolah sekitar Skudai. Pada tahun 2004, hanya sebuah kelas kawalan tingkatan 1 dibuka, namun demikian bilangannya telah meningkat kepada 3 buah kelas bagi tingkatan 1, 2, dan 3 pada tahun 2009. Pada bulan Septemberember 2013, melalui sumbangan dari guru-guru, koperasi sekolah dan PIBG, bumbung di bahagian pentas dataran ilmu yang melibatkan kos sebanyak RM30, 000 telah siap dibina. Pada tahun 2014 pembinaan Dewan Terbuka PIBG dimulakan dan siap digunakan pada tahun 2015.
9 LAGU SEKOLAH Kami Pelajar Sekolah Menengah Skudai Dengan Semangat Yang Berkobar-Kobar Bersatu Hati Serta Berikrar Menuntut Ilmu Hingga Tercapai Taat Dan Rajin Serta Giat Berusaha Tabahkan Hati Teguh Cita-Cita Jaga Disiplin Dan Tutur Kata Usah Membuang Masa Ajaran Guru Mesti Dipatuhi Sentiasa Berbakti Ubahlah Sikap Berbudi Tinggi Pandai Menjaga Diri Berjuang Menuju Ke Puncak Kejayaan Jasa Yang Baik Tetap Dikenang Sekolah Skudai Indah Dan Aman Harum Sepanjang Zaman
10 LENCANA SEKOLAH Lencana sekolah dengan bentuk perisai dan cogan kata “BERILMU BERDISIPLIN BERJASA” menunjukkan matlamat utama sekolah : (a) Kecemerlangan Akademik (b) Kecemerlangan Kokurikulum (c) Kecemerlangan Budi Pekerti Pokok Padi yang melambai dalam lencana melambangkan matlamat sekolah untuk melahirkan bakal- bakal pemimpin pada masa akan datang. Obor pula melambangkan semangat yang gigih untuk mencapai kecemerlangan. Manakala buku melambangkan ilmu yang menjadi teras dalam pembangunan diri setiap insan. Warna sekolah terdiri daripada dua warna iaitu: Kuning bermaksud kemuliaan diri, taat setia pada Raja dan Negara. Biru bermaksud kehormatan terjalin antara pelajar, guru dan anggota masyarakat berbilang kaum dan latar belakang kehidupan. Cogan kata sekolah : “BERILMU BERDISIPLIN BERJASA” Membawa maksud “Manusia yang berilmu hendaklah berbakti kepada masyarakat”.
11 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Negara Negara Sejahtera
12 MISI FALSAFAH SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara Sesungguhnya semua guru di sekolah ini adalah golongan profesional yang berdedikasi, komited dan bertanggungjawab kepada semua murid. Sesungguhnya semua guru sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Sesungguhnya semua guru di sekolah ini berganding bahu bagi mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah ke arah melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
13 MATLAMAT SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai mempunyai matlamat untuk: • Melahirkan warganegara yang berilmu, berdisiplin dan bersahsiah mulia melalui pembentukan yang cemerlang dalam bidang Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah. • Memberi perkhidmatan dengan tahap profesionalisme yang tinggi bagi meningkatkan: ➢ Kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan Pembelajaran ➢ Kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran ➢ Keceriaan dan fizikal sekolah
14 Kami warga SMK Skudai Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : 1. Memastikan sistem pendidikan di sekolah berjalan lancar bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta mencapai matlamat perpaduan negara. 2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran diberi keutamaan dengan memaksimakan penggunaan masa. 3. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, amanah, rajin, ikram, berilmu dan berketrampilan serta mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4. Memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan. 5. Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah berkhidmat dengan cekap, dedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif. 6. Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan sentiasa peka dan responsif serta memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang cekap terhadap semua pelanggan yang berurusan dengan kami. 7. Berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa dan lengkap selaras amalan sekolah penyayang. 8. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, selamat dan ceria selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 9. Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran membina demi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini. 10.Mengamalkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah dan hubungan mesra dengan sekolah. PIAGAM PELANGGAN
15 11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
16 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS 25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui; 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan 2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna 3. Pemimpin yang berkualiti dan berwawasan 4. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi 5. Komitmen komuniti yang padu Objektif TS 25 ialah; 1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK 2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan 3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
17
18 Pada 19 Januari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. Bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut: ● KeMampanan ● kesejAhteraan ● Daya Cipta ● HormAt ● KeyakiNan ● Ihsan Kerangka dasar terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI: MALAYSIA MADANI
19 7 TERAS UTAMA KPM DALAM MENERAJUI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara Dan Negara Sejahtera” TERAS UTAMA KPM
20 Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menitikberatkan pembangunan Adab, Akhlak dan Integriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC)
21 4 DISIPLIN PELAKSANAAN (4DX)
22 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam - (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] dan, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam AZAM INTEGRITI 2024
23 PELA N KEDUDUKA N KELA S 2024
24 PELA N KECEMASAN
25 SENARAI GURU SMK SKUDAI 2024 BIL NAMA GURU JAWATAN GRED OPSYEN NO. TELEFON 1 Puan Hajah Rostena binti Ismail Pengetua DG52 Sains dan Matematik 019-7280447 2 Puan Hajah Siti Kamilah Binti Kamar PK Pentadbiran DG54 Bahasa Melayu / Sejarah 019-7539006 3 Puan Letchumy A/P Munusamy PK HEM DG54 Sejarah 012-7550205 4 Encik Norali bin Abdullah PK Kokurikulum DG48 Pendidikan Jasmani & Kesihatan 017-7287613 5 Encik Mohd Naim Haikal Bin Pauzi PK Ting. 6 DG44 Pengurusan Perniagaan/Multimedia 012-5722284 6 Puan Nafiza Binti Mohamad GK Bahasa DG48 Bahasa Melayu 019-6089948 7 Encik Rudi Bin Zainal GK Sains & Math DG48 Kimia/Sains 019-7525195 8 Puan Nur Silawaty Binti Kasdirin GK Teknik Vokasional DG48 Kejuruteraan Elektrik/ Lukisan Kejuruteraan 017-7186341 9 Encik Sanusi Bin Jusoh GK Sains Kemanusian DG44 Sains Sukan 013-9456476 10 Puan Kamsiah Binti Shufaat @ Mohd Guru Bimbingan & Kaunseling DG48 Bimbingan & Kaunseling 013-3992303 11 Puan Siti Norrasyidah Binti Ahmad Guru Penolong DG44 Bimbingan dan Kaunseling 016-7969640 12 Puan Siti Aida Fariza Binti Muhamad Guru Penolong DG44 Fizik/Matematik 013-7684080 13 Encik Zainal Bin Zakaria Guru Penolong DG48 Kejuruteraan Mekanikal 012-7643795 14 Encik Ahmad Adam bin Mat Ripin Guru Penolong DG44 Sains Pertanian/K.Hidup 017-6671740 15 Encik Ahmad Zainal bin Mohamad Guru Penolong DG44 Matematik/Fizik 013-7017397 16 Encik Ammar bin Mat Naim Guru Penolong DG41 Bahasa Inggeris 012-6709483 17 Puan Anusha a/p Sundaran Guru Penolong DG48 TESL/Pengajian Inggeris 012-7027408 18 Puan Hajah Asmah Binti Yunos Guru Penolong DG48 Ekonomi/Geografi 016-7188314 19 Puan Fong Hai Feng Guru Penolong DG41 Pendidikan Moral 010-5662971 20 Puan Hajah Hanis Arzura Binti Abu Bakar Guru Penolong DG54 Sains/Matematik 013-7833488 21 Puan Haryani Binti Rukimin Guru Penolong DG48 Matematik 019-3688727 22 Puan Haslina Binti Muhammed Suhaimi Guru Penolong DG44 Perniagaan 013-3717025 23 Puan Husnil Amaly Binti Mohd Rejab Guru Penolong DG44 Sukan dan Rekreasi 019-9575134 24 Puan Hajah Jamaliah Binti Abd. Aziz Guru Penolong DG54 B.Melayu/Kesusasteraan Melayu 019-4445296 25 Encik Kamarulzaman Bin Ibrahim Guru Penolong DG41 Bahasa Melayu/Seni Tari 011-59565881 26 Puan Kiu Ling Feng Guru Penolong DG48 Kimia/Matematik 012-7719824 27 Puan Koh Lee Har Guru Penolong DG48 Sains/Matematik 016-7378997 28 Puan Lim Siew Lee Guru Penolong DG48 Bahasa Cina/Pend. Moral 016-7111279 29 Puan Low Ai Non Guru Penolong DG48 Matematik/Sains Komputer 012-7641268 30 Puan Lua Geok Chiau Guru Penolong DG44 Perakaunan/TESL 012-9218980 31 Puan Maini Binti Modusin Guru Penolong DG48 Sains Komputar/Matematik 019-7502015
26 32 Puan Maznah Binti Abd Salam Guru Penolong DG54 Sastera/Sejarah 019-7533521 33 Encik Mohamad Aidid B Ridzuan Guru Penolong DG44 Matematik Tambahan/Matematik 012-6919770 34 Encik Mohamad Rafie Bin Sanan Guru Penolong DG44 Pengajiam Am/Sejarah 019-7444699 35 Encik Mohamad Zanisahli Azizi B. Md. Khalid Guru Penolong DG44 Kemahiran Hidup 013-7599600 36 Dr Mohamad Faiz bin Ikhlas Guru Penolong DG44 Perdagangan/ Perniagaan 017-7744456 37 Encik Mohd Jaffri Bin Sarif Guru Penolong DG54 B.Melayu/Kesusasteraan Melayu 019-7991066 38 Puan Molley Varughese a/p P.E. Varughese Guru Penolong DG48 TESL/Ekonomi Asas 012-7708862 39 Encik Muhammad Aiman Bin Othman Guru Penolong DG41 Pendidikan Islam 011-55009723 40 Encik Muhammad Azli Bin Md Ali Guru Penolong DG44 B.Melayu/Kesusasteraan Melayu 013-4455716 41 Encik Muhammad Fauzi Bin A Rahman Guru Penolong DG44 B.Melayu/Kesusasteraan Melayu 017-7155532 42 Encik Muhammad Nashrullah Bin Juma’at Guru Penolong DG41 Sejarah/B.Melayu 019-6400631 43 Puan Munirah Binti Mustafa Guru Penolong DG44 Fizik/ Sains 011-27570572 44 Encik N.Thamilvanan a/l M.Nadarajah Guru Penolong DG52 Bahasa Tamil 012-7116058 45 Cik Nabila Husna Binti Mohd Khazaid Guru Penolong DG41 RBT/ Kimia 018-3164232 46 Puan Noor Faezah Binti Zainuddin Guru Penolong DG48 Biologi/Sains 019-7407514 47 Puan Nor Asikin Binti Abdullah Guru Penolong DG48 Perdagangan/Ekonomi 013-7798787 48 Cik Nor Lyana Binti Zainuddin Guru Penolong DG41 Pengajian Malaysia 014-2796630 49 Puan Nor Syadila Binti Mahidzir Guru Penolong DG52 Pengajian Inggeris 018-2593686 50 Puan Hajah Nor’Ashiken Binti Saleh@Daud Guru Penolong DG48 Pengajian Melayu / Kesusasteraan Melayu 019-7796677 51 Puan Nora Akma Binti Ahmad Guru Penolong DG44 Perdagangan 012-7945524 52 Puan Noradilah Binti Md Maarof Guru Penolong DG44 Pengajian Islam/Pend. Islam 017-7003892 53 Puan Norlaila Binti Md Bahari Guru Penolong DG44 Perdagangan 019-3105576 54 Puan Norlin Binti Salleho Guru Penolong DG44 Pengajian Am 012-7746752 55 Dr Norliza Binti Mohamad Guru Penolong DG44 Sejarah Tingkatan 6 019-7648153 56 Puan Norly Sairah Binti Zainal Guru Penolong DG44 Kimia/Fizik 017-2071473 57 Puan Nurul Atikah Binti Mustapha Guru Penolong DG41 Sejarah/Kesusasteraan Melayu 013-7117889 58 Puan Rafidah Binti Rosman Guru Penolong DG44 Prinsip Akaun/TESL 019-2009742 59 Puan Rajeswari a/p Kanapathy Guru Penolong DG52 Pengajian Inggeris 016-7594553 60 Puan Hajah Rasyidah Binti Mat Nawi Guru Penolong DG48 TESL 016-7969640 61 Puan Rohaila Binti Othman Guru Penolong DG44 Matematik/Kimia 013-7461076 62 Puan Roslina Binti Ibrahim Guru Penolong DG52 B.Melayu/Sejarah 013-7018081 63 Puan Hajah Rodziah Binti Md Halim Guru Penolong DG48 Pengajian Islam/Pend. Islam 019-7355818 64 Puan Sharmizal Suhaidal Binti Ahmad Basharuddin Guru Penolong DG44 Kimia/Matematik 013-7499955
27 65 Puan Siti Aini Binti Suparti Guru Penolong DG48 Matematik/Kimia 012-7511519 66 Puan Siti Fatimah Binti Mohamed Guru Penolong DG44 Pendidikan Seni/Pend. Moral 019-7254875 67 Puan Hajah Siti Fauziyani Binti Md. Saleh@Masrom Guru Penolong DG44 Matematik/Sains Komputer 019-7414660 68 Cik Siti Solehah Binti Zulkefle Guru Penolong DG41 Sejarah 013-3679350 69 Puan Shoba a/p Chelvarayan Guru Penolong DG44 Bahasa Inggeris 017-6779516 70 Puan Soon Shiew Yan Guru Penolong DG52 Kimia/Komputer 012-6346334 71 Cik Su LihTeng Guru Penolong DG48 Matematik/Fizik 012-7350183 72 Puan Thien Wan Tshin Guru Penolong DG41 Ekonomi 017-8171033 73 Tuan Haji Wan Adha bin Wan Hanaffee Guru Penolong DG48 Perakaunan/Pengajian Am 019-7852419 74 Puan Zaidah Binti Kassim Guru Penolong DG44 Matematik/Biologi 012-7997242
28 BIL NAMA GURU JAWATAN GRED OPSYEN NO. TELEFON 1 Puan Siti Zabidah Binti Sanny PK Petang DG54 Ekonomi/ Prinsip Akaun 012-7973543 2 Encik Saifulazri Bin Sahip Guru Penolong DG44 Kemahiran Hidup 012-7529424 3 Dr Nalini a/p Madavan Guru Bimbingan dan Kaunseling DG48 Psikologi/Komunikasi 014-3117730 4 Puan Arlina Binti Mohmad Ali Guru Penolong DG41 Pendidikan Jasmani & Kesihatan 012-7409703 5 Puan Farawahida Binti Abd Hamid Guru Penolong DG44 Pentadbiran Pendidikan / Pendidikan Al-Quran & Sunnah 013-7687595 6 Puan Hajah Fauziah Binti Abdul Rani Guru Penolong DG48 Matematik/Fizik 019-7736874 7 Puan Fazilah Binti Muhammed Noh Guru Penolong DG44 Pengajian Islam/Pend. Islam 016-7117332 8 Encik Hafiz bin Nazar Guru Penolong DG41 Reka Bentuk dan Teknologi 019-7899296 9 Puan Heng Yoke Leng Guru Penolong DG48 Matematik 016-7258080 10 Tuan Haji Kamarusalihin bin Nordin Guru Penolong DG48 Kimia/Fizik 017-7109569 11 Encik Ku Mohd Syaidy Bin Ku Yahya Guru Penolong DG48 Sains Pertanian 019-7312677 12 Puan Lim Yen Wei Guru Penolong DG48 Kimia/Matematik 012-5658900 13 Cik Lucy Loh Ching Sieng Guru Penolong DG44 Pengajian Am 016-7360570 14 Puan Mahani Binti Mohamed Sabri Guru Penolong DG44 Matematik/Fizik 013-7380148 15 Encik Muhamad Azfar Bin Haris Guru Penolong DG44 Pengajian Am/Sejarah 014-9662110 16 Puan Noor Zanalikah Binti Md Said Guru Penolong DG41 Bahasa Melayu 011-33453001 17 Puan Noraniza Binti Saleh Guru Penolong DG44 Kemahiran Hidup 013-6490980 18 Puan Norad'ha Binti Awang Guru Penolong DG44 Pengajian Am 019-7049736 19 Puan Norhuda Binti Mat Guru Penolong DG48 B.Melayu / Kesusasteraan Melayu 016-5556051 20 Puan Noridah Binti Rahmat Guru Penolong DG44 Sains 017-2517227 21 Puan Norizan Binti Ahmad Guru Penolong DG48 Sains/ Matematik 013-7466064 22 Puan Norliana Binti Asmon Guru Penolong DG48 Matematik/Komputer 016-6045360 23 Puan Nur Haziera Binti Mohd Ridwan Guru Penolong DG 41 Sains Rumah Tangga 013-3641012 24 Puan Nur Ainani Binti Ali Guru Penolong DG44 Tek. Binaan Bangunan/ LK 017-7420121 25 Puan Nurizzati Binti Amirudin Guru Penolong DG44 Fizik 019-7383745 26 Cik Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali Guru Penolong DG41 Pendidikan Moral 011-63600902 27 Encik Poovathy a/l R. Kuppusamy Guru Penolong DG38 Pengajian Tamil/Bahasa Tamil 012-7727841 28 Puan Rashidah Binti Md. Rasip Guru Penolong DG44 Matematik/Sains Komputer 017-7050056 29 Puan Safura Zahirah Binti Ariffin Guru Penolong DG41 Pengurusan Perniagaan 014-5955257 30 Puan Sasikala a/p Veera Palraj Guru Penolong DG48 TESL / Bahasa Inggeris 012-7070205 31 Puan Shafiza Ashikin Binti Mohd Sharif Guru Penolong DG41 Reka Bentuk dan Teknologi 016-9522384 32 Cik Siti Aisyah Binti Sukaimi Guru Penolong DG41 Kimia 011-51218632
29 33 Puan Siti Hurul ‘Aini Binti Jailani Guru Penolong DG48 Kimia 013-7711770 34 Puan Teh Kalsom Binti Abu Bakar Guru Penolong DG44 Matematik/Kimia 012-7255363 35 Cik Vadivalagi a/p Manimaran Guru Penolong DG41 Bahasa Inggeris/ Teknologi Pendidikan 016-7067930 36 Puan Wong Mei Fong Guru Penolong DG44 Matematik 016-7188216 SENARAI AKP SMK SKUDAI 2024 BIL NAMA JAWATAN GRED UNIT 1 Puan Normah binti Mansoor Ketua Pembantu Tadbir N26 Pejabat 2 Puan Nadzirah binti Omar Penolong Akauntan W29 Pejabat 3 Puan Nurulzana binti Wakijan Pembantu Tadbir N22 Pejabat 4 Puan Nurul Atiqah binti Hairulhasnizam Pembantu Tadbir (P/O) N19 Pejabat 5 Encik Abu Bakar Al Sidek bin Hasan Pembantu Makmal C22 Makmal 6 Puan Fauziah binti Abd Halid Pembantu Makmal C22 Makmal 7 Puan Jainah binti Hussien Pembantu Makmal C19 Makmal 8 Puan Suzana binti Busu Pembantu Makmal C19 Makmal 9 Encik Mohd Amin bin Yaacob Ketua Pembantu Makmal C22 Makmal 10 Encik Mohd Darwis bin Abdul Rahaman Pembantu Operasi N11 Pejabat 11 Encik Mohd Najib bin Suhaimi Pembantu Makmal C19 Makmal 12 Puan Norhanisah binti Abdul Karim Pembantu Makmal C19 Makmal 13 Encik Noor Hishamuddin bin Ismail Pembantu Operasi N11 Pejabat 14 Encik Muhammad Nur Ilham bin Selamat Pembantu Operasi N11 Pejabat
30 PERINTAH AM (BAB D) - 4 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 BAHAGIAN 11 - KELAKUAN 1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. 2. Seseorang tidak boleh: (a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya. (b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. (c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: (i) Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam atau (ii) Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri. (d) Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau nama perkhidmatan awam. (e) Kurang cekap atau kurang berusaha. (f) Tidak jujur dan tidak amanah. (g) Tidak bertanggungjawab. (h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan ini adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain. (i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah ; dan (j) Cuai dalam melaksanakan tugasnya.
31 PANDUAN PENTADBIRAN AM GURU & AKP SMK SKUDAI 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah Pendidikan, Objektif, Piagam Pelanggan Sekolah, etika kerja dan Wawasan Pendidikan Kebangsaan. 1.6 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas. 1.7 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.9 Menjadi ‘role-model’. 1.10 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan (TEAM). 2.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. 2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 2.3 Waktu bertugas sesi 2024/2025: (Ahad – Khamis): Pukul 7.20 pagi - 2.00 petang (sesi pagi) Pukul 7.20 pagi - 2.30 petang (Ting. 6) Pukul 12.10 tengahari - 6.50 petang (sesi petang) 3.0 WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM DI SEKOLAH (PPP DAN AKP) 3.1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan waktu bekerja penjawat awam di Malaysia dalam seminggu adalah 45 jam seminggu selaras dengan ketetapan International Labour Organization (ILO). 3.2 Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. Di sekolah, PGB dan AKP bekerja menggunakan waktu bekerja pejabat manakala guru bekerja menggunakan waktu bekerja bukan pejabat tetapi masih terikat kepada penetapan waktu bekerja oleh JPA iaitu 45 jam seminggu merangkumi waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan PdP dan bukan PdP serta luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-lain seperti Rajah 1 di bawah.
32 Rajah 1: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja Pejabat dan Bukan Pejabat Seminggu 3.3 Secara umumnya, waktu bekerja mingguan PGB dan AKP dengan guru hampir sama iaitu 38 jam 30 minit tidak termasuk waktu rehat bagi PGB dan AKP dan lebih kurang 38 jam bagi guru seperti Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah: Jadual 2: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja Pejabat Seminggu (PGB dan AKP) Jadual 3: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja Bukan Pejabat Seminggu (Guru) * Pelaksanaan semasa kebanyakan Sekolah Menengah adalah 3 jam. ** Waktu persekolahan dan bilangan guru Sekolah Rendah kurang berbanding Sekolah Menengah menyebabkan guru berpotensi tinggi terlibat dengan tugas-tugas rencam (merangkumi tugas sampingan/tugas sokongan/ tugas tambahan/ tugas ad hoc). 3.4 Waktu bekerja tahunan PGB dan AKP dengan guru juga hampir sama iaitu 225 hingga 235 hari bagi PGB dan AKP dan 227 hari bagi guru seperti di Jadual 4 di bawah:
33 Jadual Pelaksanaan Waktu Bekerja Pejabat dan Bukan Pejabat Setahun * Termasuk hari cuti umum ** Mengikut tahun lantikan 3.5 Bilangan minggu bekerja penjawat awam dalam setahun ialah 52 minggu, manakala bilangan minggu persekolahan dalam setahun ialah 42 minggu dan sembilan (9) minggu lagi diperuntukkan untuk cuti sekolah. Pada masa cuti sekolah, PGB boleh mengarahkan guru datang bertugas tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti persekolahan. Perbezaan minggu bekerja ini juga menyebabkan guru tidak layak mendapat Cuti Rehat sebaliknya digantikan dengan Cuti Rehat Khas sebanyak lima belas (15) hari setahun. 3.6 Waktu bekerja rasmi guru adalah waktu bekerja yang kehadiran mereka diambil kira dalam Rekod Perkhidmatan sama ada bekerja di sekolah atau di luar sekolah. Penetapan waktu bekerja rasmi guru di sekolah ditentukan oleh pihak pentadbir merangkumi perkara-perkara berikut: 1. Waktu Persekolahan 2. Waktu Kokurikulum 3. Arahan Semasa Pentadbir (a) Selain waktu persekolahan dan kokurikulum (b) Semasa cuti penggal (tidak melebihi separuh cuti persekolahan) (c) Hari Sabtu (tidak melebihi 2 kali sebulan) 3.7 Merujuk kepada para 3.6(1) di atas, PGB boleh menetapkan waktu masuk dan keluar guru pada hari persekolahan dan menetapkan bilangan waktu mengajar guru seminggu. 3.8 Merujuk kepada para 3.6(3) di atas, PGB hendaklah mengeluarkan arahan bertulis dan merekodkan kehadiran guru yang berkenaan dengan memastikan penetapan waktu bekerja 45 jam seminggu dipatuhi. 4.0 KEHADIRAN GURU 4.1 Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit lebih awal sebelum 7.20 pagi sebelum perhimpunan sekolah. 4.2 Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 6.50 pagi (sesi pagi) dan 11.50 pagi (sesi petang) dan berada di tapak perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan murid dan mengawal disiplin mereka. 4.3 Semua guru WAJIB ‘THUMB PRINT’ masa tiba ke sekolah dan masa balik. Rakaman kehadiran guru / catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat penilaian ‘Prestasi Tahunan’. 4.4 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.
34 5.0 PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS 5.1 Semua guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985. Peraturan Pakaian Guru dan Surat Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil.5/2018 Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor. 5.2 Guru hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan (rujuk pekeliling Iktisas Bil. 6/85), sesuai dengan profesional keguruan dan masyarakat timur. 5.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 5.4. 1 Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemaja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.4. 2 Guru Lelaki – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit 5.5 Peraturan pemakaian SMK Skudai ( Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5 : Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor ) :- 5.5. 1 Ahad - Semua guru memakai baju korporat rasmi/Baju Kurung Johor dan bertudung (bagi pegawai wanita islam) 5.5. 2 Isnin - Semua guru lelaki memakai kemeja putih lengan panjang bertali leher merah dan guru perempuan memakai pakaian Baju Kurung Johor bertemakan warna merah / pakaian pejabat. 5.5. 3 Selasa – tshirt KrMJ 5.5. 4 Rabu - Semua guru memakai pakaian unit beruniform ( lengkap ) 5.5. 5 Khamis - Guru lelaki Islam memakai Baju Melayu Teluk Belanga (Sepersalinan), Bersamping Berdagang Luar, Bersongkok/Baju Batik dan Bersepatu dan guru perempuan memakai pakaian Baju Kurung Johor / Pakaian pejabat. *Guru bukan Islam (Lelaki dan Wanita), aturan pakaian adalah Pakaian Pejabat pada hari Isnin hingga Khamis. 5.6 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi sekolah/di luar sekolah. Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan. 6.0 FAIL REKOD MENGAJAR 6.1 Fail Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 6.2 Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Murid, Markah Ujian, TOV dan ETR Murid dan makluamat - maklumat lain. 6.3 Fail Rekod Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani (rujuk jadual). 6.4 Semua guru WAJIB mengantar Fail Rekod Persediaan Mengajar untuk disemak pada hari Khamis oleh pentadbir TANPA GAGAL. 6.5 Guru Kanan Mata pelajaran akan menyemak Sukatan pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan di dalam buku persediaan mengajar. 6.6 Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.
35 6.7 Fail Rekod Persediaan Mengajar hendaklah diuruskan dengan baik, sentiasa dikemaskini pada setiap hari sesi persekolahan dan boleh diminta/disemak pada bila-bila masa sahaja oleh pentadbir. 6.8 Jika seseorang guru bercuti melebihi 28 hari, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti. 6.9 Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun persekolahan dan disahkan oleh pentadbir dalam borang serah tugas. 7.0 e-KEHADIRAN 7.1 Guru Tingkatan adalah bertanggungjawab mengisi e-kehadiran. Tangunggjawab ini tidak boleh diperuntukan kepada pelajar. 7.2 Guru Tingkatan perlu mendapat bukti tentang sebab pelajar tidak hadir sekolah. Misalnya, sijil sakit dari doktor atau surat dari ibu bapa/penjaga yang sah. 7.3 Guru Tingkatan dikehendaki menghantar surat kepada ibu bapa atau penjaga jika didapati seseorang pelajar itu tidak hadir lebih daripada 3 hari berturut-turut tanpa sebab atau 10 hari pada bila-bila masa. Dalam kes ini guru- guru Tingkatan diminta menghubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon jika pelajar-pelajar kerap tidak hadir ke sekolah. 7.4 Guru tingkatan hendaklah mengemas kini rekod e-kehadiran sebelum pukul 12.00 tengah hari (sesi pagi) atau pukul 5.00 petang (sesi petang) pada hari berkenaan. 7.5 Semua surat-surat, sijil-sijil sakit dan lain-lain edaran hendaklah disimpan rapi di dalam fail guru. 7.6 Semu guru tingkatan perlu mengisi maklumat pelajar baru dalam Buku Daftar Pelajar di pejabat. 8.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH 8.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan RASMI sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 8.2 Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah serta membaca ikrar Rukun Negara. 8.3 Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku setiap hari sepanjang minggu bertugas ke dalam buku laporan harian. 9.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 9.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap. 9.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan. 9.3 Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut. 9.4 Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / GPK Kokurikulum untuk disahkan.
36 10.0 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) 10.1 Murid-murid berhak mendapat apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas. Oleh itu guru bertanggungjawab memastikan PdP dilaksanakan dengan berkesan. 10.2 Menepati masa masuk ke kelas amat dituntut kerana masa PdP adalah hak murid-murid. 10.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus / CRK / menghadiri mesyuarat / menjalankan tugas di luar, haruslah menyediakan bahan kelas berkenaan untuk diambil alih oleh guru ganti. 10.4 Guru bertanggungjawab menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan walaupun terpaksa mengganti kelas berkenaan diluar waktu persekolahan. 10.5 Guru perlu melindungi masa instruksional, pastikan guru-guru membuat persediaan sebelum masa ke kelas. Kepentingan murid diutamakan. 11.0 WAKTU PdPc / MENGAJAR 11.1 Guru masa pertama hendaklah masuk kelas bersama-sama murid dan pastikan kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif, bilangan murid akur dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam buku kawalan kelas sebelum PdP dimulakan. 11.2 Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan dan urus masa PdP sebaiknya, dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan. 11.3 Guru yang terbaik adalah guru yang membuat persediaan untuk menjalankan PdP selepas memastikan kelas dalam keadaan bersih dan selesa. 12.0 WAKTU TIDAK MENGAJAR ( FREE PERIOD ) 12.1 Pekeliling Bil. 3/ 1981 menjelaskan bahawa waktu free adalah waktu bekerja. Oleh itu perlu digunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, menyediakan BBM dan menulis persediaan mengajar. 12.2 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai PdP, masalah akademik, panitia dan kokurikulum serta, masalah murid /membuat pertemuan khas dengan murid bermasalah. 12.3 Menggantikan guru yang tidak hadir di kelas-kelas yang telah ditentukan. 12.4 Elakkan budaya kedai kopi dan mestilah peka dengan masa untuk masuk kelas / relief. 13.0 GURU GANTI ( RELIEF ) 13.1 Relief adalah tanggungjawab bersama, terimalah dengan rela hati dan penuhi dengan rasa setiakawan. 13.2 GURU MESTI MASUK KELAS dan adakan aktiviti, bukan hanya mengawal. 13.3 Guru ganti mestilah melaksanakan PdPc berdasarkan modul guru ganti yang diberi. 13.4 Sekiranya tiada modul guru ganti, guru dikehendaki mendapatkan bahan dari bilik GKMP. 13.5 Guru yang menggantikan kelas, perlu melekatkan slip jadual ganti, ’”Relief class” ke dalam Fail Rekod Persediaan Mengajarnya dengan mencatat perkara-perkara berikut mata pelajaran yang diganti, kelas, masa dan aktiviti.
37 14.0 MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN 14.1 Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah. Sekiranya seseorang itu tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan hendaklah membuat surat rasmi kepada Pengetua (sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan). 14.2 Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan. 14.3 Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Pengetua, guruguru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat. 14.4 Semua guru mesti menepati masa mesyuarat. 14.5 Guru yang menghadiri mesyuarat/bengkel/kursus/taklimat/seminar di luar sekolah hendaklah menyediakan minit curai dan diserahkan kepada pengetua dalam tempoh 14 hari. 14.6 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar sukan, selipar tidak dibenarkan. 14.7 Guru boleh dipanggil untuk bertugas/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ dll. pada mana-mana Sabtu minggu ke-2 dan minggu ke-4 setiap bulan. 15.0 MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR ATAU BENGKEL 15.1 Wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya. Penggantian hanya dengan arahan Pengetua. 15.2 Sediakan MINIT CURAI dan serahkan kepada Pengetua sebaik saja balik semula ke sekolah. Maklumat dalam minit curai tersebut hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan / GKMP yang berkenaan. 15.3 In house training diberikan kepada guru-guru lain setelah tamat kursus mengikut keperluan. Maklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanannya. 15.4 Dokumen yang diperolehi semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dan penggunaan. 15.5 Surat-surat arahan mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel yang diterima terus oleh guru melalui aplikasi whatsapp, telegram atau email hendaklah dicetak dan diminitkan di pejabat sekolah. 15.6 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar atau CRK yang diluluskan, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada GKMP/Penyelaras Relief untuk diambil tindakan. 16.0 GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN 16.1 Semua guru adalah guru disiplin (Surat Pekeliling Ikhtisas; SPI bil. 10/2001). 16.2 Guru-guru hendaklah sentiasa memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya Sekolah Penyayang. Elakkan mencemoh atau menghina murid sebaliknya mendoakan kebaikan untuk mereka. 16.3 Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus disiplin murid. 16.4 Guru boleh melaporkan salahlaku murid dalam Sistem Sahsiah Data Murid (SSDM).
38 17.0 DISIPLIN MURID 17.1 Setiap guru adalah guru disiplin. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua guru memastikan peraturan-peraturan sekolah terdapat di dalam Buku Panduan dan Peraturan Murid atau lain-lain peraturan dipatuhi oleh murid-murid. 17.2 Kes-kes disiplin dan perlakuan baik perlu dimasukkan dalam sistem SSDM oleh semua guru. 17.3 Kes-kes disiplin ringan dan sederhana yang berlaku di dalam kelas hendaklah dicatat dalam buku kawalan kelas. 17.4 Jika berlaku perlanggaran disiplin sekolah, guru-guru hendaklah menyelesaikannya seberapa segera yang boleh secara berhemah. Seterusnya dilaporkan kepada Guru Disiplin / Guru Bimbingan dan Kaunseling / Penolong Kanan Petang / Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan atau Pengetua. 17.5 Pengetua akan menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan murid berpandukan peraturan-peraturan yang ada. 17.6 Kuasa merotan mengikut surat punca kuasa yang diberi oleh pengetua sahaja. 18.0 KESELAMATAN MURID 18.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. 18.2 Jika berlaku kemalangan / kecederaan, guru/guru bertugas diminta segera mengambil tindakan perkara berikut : 18.2.1 Memaklumkannya kepada Pengetua/ Penolong-penolong Kanan dan ibu bapa / penjaga murid berkenaan. 18.2.2 Membawa ke bilik kesihatan untuk mendapat pertolongan cemas/rawatan sementara. 18.2.3 Menghubungi ambulan atau membawa ke hospital / Pusat Kesihatan yang berhampiran. 18.2.4 Menyediakan surat akaun rawatan sekolah untuk dibawa bersama ke hospital/Pusat Kesihatan. 18.3 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. 18.4 Latihan kebakaran wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 18.5 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan peneyertaan kokurikulum; guru pengurus hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan perlu mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan .Guru berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dijalankan. 19.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS 19.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan dan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 19.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan mendapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan sebelum keluar. Satu salinan disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada Pengawal Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk direkodkan. 19.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui GKMP/ Penolong Kanan Petang. 19.4 Guru dilarang meninggalkan kelas sewaktu PdPc.
39 19.5 Guru hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengetua terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan. 19.6 Guru yang mendapat kebenaran daripada pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan waktu kembali semula ke sekolah. 19.7 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan peribadi guru yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawab sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja. 19.8 Pengetua hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada guru meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan peribadi setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan; 19.9 Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, guru dikehendaki mengambil cuti rehat atau cuti lain yang berkelayakan; 19.10 Guru yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa guru mendapatkan rawatan di klinik / hospital berkenaan dalam tempoh tersebut dan perlu menggantikan waktu tersebut. 19.11 Tempoh guru dibenarkan meninggalkan pejabat dianggap sebagai Cuti Sakit jika guru disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan. 19.12 Pengetua boleh menetapkan bahawa guru perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas dan; 19.13 Pengetua hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh guru terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya. 20.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU 20.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan mewujudkan perasaan kekitaan. 20.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru atau murid atau staf sokongan sekolah yang lain. 20.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 20.4 Guru mengamalkan ‘esprit de corp’. 20.5 Guru bekerjasama sebagai satu pasukan.
40 21.0 CUTI 21.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046, SJ/A/ (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat. Guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 21.2 Cuti Sakit 21.2.1 Guru-guru dan staf sokongan sekolah yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah memberitahu Pengetua mengikut tatacara berikut; (a) Menelefon segera pengetua atau pemberitahuan melalui aplikasi whatsapp/telegram sebelum pukul 7.00 pagi. (b) Setelah mendapat kelulusan Pengetua, mengisi maklumat dalam keberadaan guru bagi penyediaan 'relief'. (c) Mengisi maklumat cuti dalam Hrmis Online. (d Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas. (e) Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas di pejabat pada keesokkannya untuk tujuan rekod. 21.2.2 Cuti sakit swasta lebih daripada 2 hari perlu dapatkan pengesahan doktor kerajaan. 21.2.3 Guru-guru dan staf sokongan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan Tatatertib selaras dengan Perintah Am Penjawat Awam. 21.3 Cuti Rehat Khas (CRK) - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 21.3.1 Guru diperuntukkan 15 hari Cuti Rehat Khas (CRK). 21.3.2 Layak dipohon dan kelulusan HAK Ketua Jabatan atau budi bicara Pengetua. 21.3.3 Mesti dipohon daripada pengetua dengan berjumpa secara peribadi. 21.3.4 CRK perlu dipohon kepada Ketua Jabatan melalui system HRMIS dan setelah diluluskan baru boleh mengambil cuti. 21.3.5 Kelulusan permohonan dipertimbangkan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan perjalanan sekolah. 21.3.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal (3 hari) sebelum, kecuali kes-kes kecemasan. 21.3.7 Kes Kecemasan (kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka) perlu dimaklumkan melalui telefon dan perlu mengisi borang (berwarna merah) sebaik saja datang ke sekolah. 21.4 Cuti Keluar Negeri 21.4.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan/JPN. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewatlewatnya 3 minggu sebelum tarikh bercuti. 21.5 Cuti Tanpa Gaji - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 21.5.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 21.5.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
41 21.5.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari 21.5.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 21.5.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula cuti. 21.6 Cuti Keluar Negara 21.6.1 Guru - guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan/JPN. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 21.7 Cuti Tanpa Rekod Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 21.7.1 Cuti Tanpa Rekod: Kematian Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung dan ibu bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 21.7.2 Cuti Tanpa Rekod - Isteri bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 22.0 MELAKUKAN KERJA LUAR 22.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D‘ seperti berikut: - Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. - Tidak dilakukan semasa waktu pejabat. - Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam. - Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 22.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen, guru-guru diingatkan untuk mematuhi Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malayisa Bil.1/2006 – Garis Panduan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan.
42 25.0 BUKU STOK / INVENTORI 25.1 Ketua Panitia Mata pelajaran atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk borang hendaklah direkodkan dengan serta merta). 25.2 GKMP / KPT akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua /Penolong Kanan. 26.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 26.1 Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan dan direkodkan. 26.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 26.4 Alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan setelah selesai digunakan dalam keadaan baik kepada pihak bertanggungjawab dengan serta merta. 27.0 KEBERSIHAN 27.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat. 27.2 Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia Mata pelajaran dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keslamatan bilik tersebut. 27.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru , staf sokongan dan murid 23.0 KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG 23.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 23.2 Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan staf. 24.0 BILIK GURU 24.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan ‘Pejabat Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan pejabat guru sebagai contoh kepada murid. 24.2 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non -teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 24.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di pejabat guru. 24.4 Sebarang jamuan / pot luck oleh mana-mana pihak diminta mendapatkan kebenaran daripada pentadbir sekolah. 24.5 Murid tidak dibenarkan berada di pejabat guru tanpa urusan. 24.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan pejabat guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
43 28.0 KUNCI PREMIS SEKOLAH 28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Kawalan di pejabat. 28.2 Guru/Penyelaras yang hendak menyimpan kunci di bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di pejabat sekolah. 28.3 Kunci perlu didaftarkan dengan KPT dan tidak diberi kepada murid. 28.4 Sebarang penukaran kunci / mangga hendaklah mendapat kebenaran pentadbir dahulu. 28.5 Kunci wajib dikembalikan segera selepas menggunakannya serta mencatat dan menandatangi Buku Rekod Kawalan yang disediakan. 29.0 PELAWAT 29.1 Semua pelawat wajib melaporkan diri di pondok pengawal dan mendapatkan pas pelawat. 29.2 Pelawat dikehendaki berjumpa dengan Pengetua untuk tindakan selanjutnya. 29.3 Pelawat perlu sentiasa mempamerkan pas pelawat sepanjang berada di kawasan sekolah. 29.4 Pelawat yang tidak berbuat demikian tidak akan dibenarkan berurusan dan akan diminta meninggalkan kawasan sekolah. 30.0 PEMBELIAN BARANG 30.1 Guru / kakitangan sokongan yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangani oleh GKMP berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Guru-guru / staf tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui GKMP. Guru-guru kanan mata pelajaran wajib mendapat sebut harga untuk membeli sesuatu barang yang lebih daripada RM500.00 untuk 1 unit. 30.2 Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua. 30.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order /LO). 30.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru menerima, rekodkan no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 30.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM200.00 untuk tuntutan semula. 31.0 SURAT / SURAT SIARAN SEKOLAH 31.1 Semua surat siaran sekolah kepada KPM/ JPN / JAIS/ PPD / pihak luar / ibu bapa / penjaga murid mesti ditandatangani oleh pengetua. 31.2 Sekiranya Pengetua tiada dan surat itu perlu dikeluarkan segera, Penolong Kanan hendaklah menanda tangani surat berkenaan bagi pihak Pengetua. 31.3 Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatanagi oleh YDP PIBG dan melalui Pengetua. 31.4 Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan / derma mesti ditandatangani oleh Pengetua sahaja.
44 32.0 PEKELING IKHTISAS / PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN / PERINTAH AM PEGAWAI AM 32.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta diambil tindakan. 32.2 Sila rujuk dan patuhi Surat-surat Pekeling Ikhtisas (SPI) mengenai : a. Surat Bil. 2/196 (Penggunaan Waktu Tidak Mengajar ) b. Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) (Menyedia dan Menghantar Buku Rekod Mengajar) c. Surat Bil. 1/1972 ( Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah ) Pelajaran 1959) d. Surat Bil. 5/1977 (Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah) e. Surat Bil. 3/2005 (Cuti Rehat Khas ) f. Surat Bil. 6/1985 (Peraturan Pakaian Guru ) g. Surat Bil. 13/2005 (Pelaksanaan Lima Hari Bekerja dan Boleh Melaksanakan Aktiviti Hari Sabtu) h. Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Bab D)
45 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI JADUAL PENYELIAAN DAN PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA (PdPc) 2024 Bil. Puan Rostena Binti Ismail Puan Hajah Siti Kamilah Binti Kamar Puan Letchumy A/P Munusamy Encik Norali bin Abdullah Puan Siti Zabidah Binti Sanny 1. Puan Hajah Siti Kamilah Binti Kamar Puan Noraniza Binti Saleh Puan Kamsiah Bt Shufaat @ Mohd Puan Zaidah Bt. Kassim Encik Muhamad Azfar Bin Haris 2. Puan Letchumy A/P Munusamy Puan Munirah binti Mustapha Puan Siti Nor Rasidah Binti Ahmad Puan Norly Sairah Bt. Zainal Puan Norliana Bt Asmon 3. Encik Norali bin Abdullah Encik Poovathy a/l R. Kuppusamy Puan Hajah Fauziah Bt Abdul Rani Puan Kiu Ling Feng Cik Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali 4. Puan Siti Zabidah binti Sanny Puan Maznah Bt. Abd Salam Dr Nalini a/p Madavan Puan Noor Faezah Bt Zainuddin Puan Safura Zahirah binti Ariffin 5. Encik Mohd Naim Haikal Bin Fauzi Puan Nor Ashikin Binti Abdullah Puan Rasyidah Bt Mat Nawi Puan Noridah Bt Rahmat Puan Teh Kalsom binti Abu Bakar 6. Puan Nur Silawaty binti Kasdirin Puan Hanis Arzura Bt. Abu Bakar Puan Lim Swee Lee Puan Husnil Amaly Bt Mohd Rejab Puan Noor Zanalikha binti Md Said 7. Puan Nafiza binti Mohamad Encik Muhammad Fauzi Bin A. Rahman Puan Roslina Bt Ibrahim Encik Ahmad Zainal Bin Mohamad Puan Siti Hurul ‘Aini binti Jailani 8. Encik Rudi Bin Zainal Encik Mohd. Jaffri Bin Sarif Puan Hajah Nor’Ashiken binti Saleh Puan Rashidah binti Rasip Puan Mahani Binti Mohamed Sabri 9. Encik Sanusi Bin Jusoh Puan Nur Haziera Binti Mohd Ridzwan Puan Hajah Jamaliah Binti Abd. Aziz Cik Vadivalagi a/p Manimaran Cik Siti Aisyah Binti Sukaimi 10. Encik Zainal Bin Zakaria Cik Siti Solehah binti Zulkefle Puan Norizan Binti Ahmad Cik Lucy Loh Ching Sieng Bil. Encik Mohd Naim Haikal Bin Fauzi Puan Nur Silawaty Binti Kasdirin Puan Nafiza Binti Mohamad Encik Sanusi Bin Jusoh Encik Rudi Bin Zainal 1. Puan Rajeswari a/p Kanapathy Puan Wong Mei Fong Puan Sasikala a/p Veera Palraj Puan Farawahida Binti Abd Hamid Puan Koh Lee Har 2. Puan Lua Geok Chiau Puan Rafidah Binti Rosman Encik Ammar Bin Mat Naim Cik Su Lih Teng Puan Siti Fatimah Binti Mohamed 3. Puan Nor Syadila Binti Mahidzir Encik Ahmad Adam bin Mat Ripin @ Rajion Puan Norlin Binti Salleho Puan Fazilah Binti Muhammed Noh Puan Sharmizal Suhaidal binti Ahmad Basharuddin 4. Puan Hajah Asmah Binti Yunos Puan Nora Akma Binti Ahmad Puan Norad’ha Binti Awang Puan Haryani Binti Rukimin Puan Nurizzati Binti Amirudin 5. Cik Nor Lyana Binti Zainuddin Encik Mohamad Zanisahli Azizi binti Md Khalid Puan Norhuda Binti Mat Puan Low Ai Non Puan Hajah Siti Fauziyani Binti Md. Saleh @ Masrom 6. Haji Wan Adha Bin Wan Hanaffee Puan Nur Ainani Binti Ali Encik Muhammad Azli Bin Md Ali Encik Muhammad Aiman Bin Othman Encik Mohamad Aidid Bin Ridzuan 7. Puan Norlaila Binti Md Bahari Encik Saifulazri Bin Sahip Puan Shoba a/p Chelvarayan Puan Noradila Binti Md. Maarof Tn. Hj. Kamarusalihin Bin Nordin 8. Puan Anusha a/p Sundaram Encik Ku Mohd Syaidy Bin Ku Yahya Puan Heng Yoke Leng Encik Mohammad Rafie B. Sanan Puan Siti Aini Binti Suparti 9. Puan Haslina Binti Muhammed Suhaimi Puan Fong Hai Feng Puan Molley Varughese a/p P. Varughese Puan Hajah Rodziah Binti Halim Puan Rohaila Binti Othman 10. Dr. Norliza binti Mohamad Encik Hafiz Bin Nazar Encik N. Thamilvanan a/l M. Nadarajah Puan Nurul Atikah Binti Musthapha Puan Soon Shiew Yan 11. Puan Thein Wan Tshin Puan Shafiza Ashikin binti Mohd Sharif Encik Kamarulzaman bin Ibrahim Encik Muhammad Nashrullah Bin Juma’at Puan Maini Binti Modusin 12. Dr Mohammad Faiz Bin Ikhlas Cik Nabila Husna Binti Mohd Khazaid Puan Siti Aida Fariza binti Muhamad Puan Arlina binti Mohmad Ali Puan Lim Yen Wei
46 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI JADUAL PENGHANTARAN DAN PENYEMAKAN FAIL REKOD MENGAJAR (FRM) 2024 Bil. Puan Rostena Binti Ismail Puan Hajah Siti Kamilah Binti Kamar Puan Letchumy A/P Munusamy Encik Norali bin Abdullah Puan Siti Zabidah Binti Sanny 1. Puan Hajah Siti Kamilah Binti Kamar Puan Noraniza Binti Saleh Puan Kamsiah Bt Shufaat @ Mohd Puan Zaidah Bt. Kassim Encik Muhamad Azfar Bin Haris 2. Puan Letchumy A/P Munusamy Puan Munirah binti Mustapha Puan Siti Nor Rasidah Binti Ahmad Puan Norly Sairah Bt. Zainal Puan Norliana Bt Asmon 3. Encik Norali bin Abdullah Encik Poovathy a/l R. Kuppusamy Puan Hajah Fauziah Bt Abdul Rani Puan Kiu Ling Feng Cik Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali 4. Puan Siti Zabidah binti Sanny Puan Maznah Bt. Abd Salam Dr Nalini a/p Madavan Puan Noor Faezah Bt Zainuddin Puan Safura Zahirah binti Ariffin 5. Encik Mohd Naim Haikal Bin Fauzi Puan Nor Ashikin Binti Abdullah Puan Rasyidah Bt Mat Nawi Puan Noridah Bt Rahmat Puan Teh Kalsom binti Abu Bakar 6. Puan Nur Silawaty binti Kasdirin Puan Hanis Arzura Bt. Abu Bakar Puan Lim Swee Lee Puan Husnil Amaly Bt Mohd Rejab Puan Noor Zanalikha binti Md Said 7. Puan Nafiza binti Mohamad Encik Muhammad Fauzi Bin A. Rahman Puan Roslina Bt Ibrahim Encik Ahmad Zainal Bin Mohamad Puan Siti Hurul ‘Aini binti Jailani 8. Encik Rudi Bin Zainal Encik Mohd. Jaffri Bin Sarif Puan Hajah Nor’Ashiken binti Saleh Puan Rashidah binti Rasip Puan Mahani Binti Mohamed Sabri 9. Encik Sanusi Bin Jusoh Puan Nur Haziera Binti Mohd Ridzwan Puan Hajah Jamaliah Binti Abd. Aziz Cik Vadivalagi a/p Manimaran Cik Siti Aisyah Binti Sukaimi 10. Encik Zainal Bin Zakaria Cik Siti Solehah binti Zulkefle Puan Norizan Binti Ahmad Cik Lucy Loh Ching Sieng Bil. Encik Mohd Naim Haikal Bin Fauzi Puan Nur Silawaty Binti Kasdirin Puan Nafiza Binti Mohamad Encik Sanusi Bin Jusoh Encik Rudi Bin Zainal 1. Puan Rajeswari a/p Kanapathy Puan Wong Mei Fong Puan Sasikala a/p Veera Palraj Puan Farawahida Binti Abd Hamid Puan Koh Lee Har 2. Puan Lua Geok Chiau Puan Rafidah Binti Rosman Encik Ammar Bin Mat Naim Cik Su Lih Teng Puan Siti Fatimah Binti Mohamed 3. Puan Nor Syadila Binti Mahidzir Encik Ahmad Adam bin Mat Ripin @ Rajion Puan Norlin Binti Salleho Puan Fazilah Binti Muhammed Noh Puan Sharmizal Suhaidal binti Ahmad Basharuddin 4. Puan Hajah Asmah Binti Yunos Puan Nora Akma Binti Ahmad Puan Norad’ha Binti Awang Puan Haryani Binti Rukimin Puan Nurizzati Binti Amirudin 5. Cik Nor Lyana Binti Zainuddin Encik Mohamad Zanisahli Azizi binti Md Khalid Puan Norhuda Binti Mat Puan Low Ai Non Puan Hajah Siti Fauziyani Binti Md. Saleh @ Masrom 6. Haji Wan Adha Bin Wan Hanaffee Puan Nur Ainani Binti Ali Encik Muhammad Azli Bin Md Ali Encik Muhammad Aiman Bin Othman Encik Mohamad Aidid Bin Ridzuan 7. Puan Norlaila Binti Md Bahari Encik Saifulazri Bin Sahip Puan Shoba a/p Chelvarayan Puan Noradila Binti Md. Maarof Tn. Hj. Kamarusalihin Bin Nordin 8. Puan Anusha a/p Sundaram Encik Ku Mohd Syaidy Bin Ku Yahya Puan Heng Yoke Leng Encik Mohammad Rafie B. Sanan Puan Siti Aini Binti Suparti 9. Puan Haslina Binti Muhammed Suhaimi Puan Fong Hai Feng Puan Molley Varughese a/p P. Varughese Puan Hajah Rodziah Binti Halim Puan Rohaila Binti Othman 10. Dr. Norliza binti Mohamad Encik Hafiz Bin Nazar Encik N. Thamilvanan a/l M. Nadarajah Puan Nurul Atikah Binti Musthapha Puan Soon Shiew Yan 11. Puan Thein Wan Tshin Puan Shafiza Ashikin binti Mohd Sharif Encik Kamarulzaman bin Ibrahim Encik Muhammad Nashrullah Bin Juma’at Puan Maini Binti Modusin 12. Dr Mohammad Faiz Bin Ikhlas Cik Nabila Husna Binti Mohd Khazaid Puan Siti Aida Fariza binti Muhamad Puan Arlina binti Mohmad Ali Puan Lim Yen Wei
47 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 KUMPULAN A Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 10.03.2024 31.03.2024 16 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 23.05.2024 15 JUMLAH HARI 48 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 24.05.2024 - 02.06.2024 10 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 21 01.09.2024 12.09.2024 10 JUMLAH HARI 71 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 13.09.2024 - 21.09.2024 9 3 22.09.2024 30.09.2024 7 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 19.12.2024 15 JUMLAH HARI 63 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 20.12.2024 - 28.01.2024 9 29.12.2024 31.12.2024 3 01.01.2025 16.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 15 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 17.01.2025 - 15.02.2025 30
48 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 KUMPULAN B Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 31.03.2024 16 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24.05.2024 15 JUMLAH HARI 48 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 - 02.06.2024 10 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 21 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 13.09.2024 - 21.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 7 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 19.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 20.12.2024 - 29.01.2024 10 30.12.2024 31.12.2024 3 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 17.01.2025 - 15.02.2025 30
49 CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) dan 11.04.2024 (Khamis) 07.04.2024 (Ahad) 08.04.2024 (Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Selasa) 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) Kecuali Negeri Sarawak 30.10.2024 (Rabu) 30.10.2024 (Rabu) Dan 01.11.2024 (Jumaat) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 31.10.2024 (Khamis) Negeri Sarawak Sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya CATATAN: Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) Hari Krismas : 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025 Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2024/2025 )
50 TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN TAHUN 2024 PEPERIKSAAN TARIKH ARUS PERDANA Ujian 1 ( Tingkatan 1-5 ) 5 Mei -15 Mei 2024 Ujian Pertengahan Pertengahan Tahun 2024 ( Tingkatan 1-5 ) 14 Ogos – 29 Ogos 2024 Peperiksaan Percubaan SPM ( Tingkatan 5 ) ( Sumatif 2 ) 14 November-30 November 2024 Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ) Tingkatan 4 ( Sumatif 2 ) 14 November- 30 November 2024 Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ) 1, 2 & 3 ( Sumatif 2) 7 - 10 Jan 2024 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) Pentaksiran Pusat 14 Mac – 31 Disember 2024 Ujian Amali Sains 19 – 21 November 2024 Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 11 – 14 November 2024 25 – 28 November 2024 Ujian Mendengar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 17 Disember 2024 Peperiksaan Bertulis 18 Disember 2024 – 23 Januari 2025 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN ( SPMU ) Ujian Bertutur : Bahasa Melayu 21 – 22 Ogos 2024 Ujian Mendengar : Bahasa Melayu 20 Ogos 2024 Peperiksaan Bertulis 20 -22 Ogos 2024 TINGKATAN 6 Peperiksaan Ulangan Semester 2, STPM 2022 22 Januari - 6 Februari 2024 Ujian Bertulis MUET (Sesi 1) 13 Mac - 20 Mac 2024 Peperiksaan STPM 2022 (Semester 3) 25 Mac - 2 April 2024 Ujian Lisan MUET (Sesi 1) 16 April - 24 April 2024 Ujian Profesiensi STPM 2024 (Semester 2) 27 April 2024 Ujian Lisan MUET (Sesi 2) 24 - 27 Jun 2024 Ujian Bertulis MUET (Sesi 2) 5 - 8 Ogos 2024 Peperiksaan Percubaan STPM 2024 (Semester 2) 3 - 12 Septemberember 2024 Peperiksaan STPM 2024 (Semester 2) 8 - 16 Mei 2024 Ujian Profesiensi STPM 2024 (Sem. 1 & Sem. 3) 3 Ogos 2024 Ujian Lisan MUET (Sesi 3) 11 - 14 November 2024 Ujian Bertulis MUET (Sesi 3) 3 Disember - 12 Disember 2024 Peperiksaan Percubaan STPM 2024 (Sem. 1 & Sem. 3) 7 Disember 2024 Peperiksaan STPM 2024 (Semester 3) 16 - 19 Disember 2024