KERTAS 1
Bahagian A
Soalan 1 hingga Soalan 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. “____________ baru tiba sebentar tadi,” kata Encik Razi kepada ketuanya tentang
ketibaan rombongan dari Segamat, Johor.
A Anda C Beliau
B Kalian D Mereka
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.
2. Ketua pasukan bola baling itu sedang ____________ piala yang menjadi rebutan
semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.
A memikul C menjulang
B menatang D menjunjung
3. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bertanggungjawab ____________ keamanan
dunia sejagat.
A pada C untuk
B terhadap D kepada
4. Wanita itu ____________ apabila disoal siasat oleh pihak polis setelah ditahan
kerana dituduh mencuri di pasar raya itu.
A terkial-kial C terpinga-pinga
B tersipu-sipu D termangu-mangu
Soalan 5 dan Soalan 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
5. Arahan yang diberikan pada pengurus syarikat itu dapat menangani pelbagai masalah
AB C
dalam kalangan kakitangan. Tiada kesalahan.
D
6. Sudah berpuluh kali Pak Jalil menasihati anak tunggalnya supaya belajar dengan
AB
bersungguh-sungguh demi masa depannya. Tiada kesalahan.
CD
Soalan 7 dan Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
7. I Baju kurung yang berwarna ungu muda amat sesuai dengan tudung ini.
II Adik sudah tidur meskipun malam masih muda.
III Buah mangga di dalam bakul itu sudah masak muda.
IV Dalam usia muda ini, dia sepatutnya menghabiskan masa di rumah bersama-
sama dengan keluarga.
A. I dan IV sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II dan IV sahaja
8. I Ayah mengasah pisau sebelum melakukan kerja memasak di dapur.
II Pembacaan yang luas dapat membantu seseorang mengasah pemikirannya.
III Naim sering menyertai perlawanan untuk mengasah bakatnya sebagai pemain
bola.
IV Tugas mengasah kanak-kanak pada masa ini sangat mencabar bagi ibu bapa
yang tinggal di bandar.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Soalan 9 dan Soalan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Ayah menghadiahkan abang sebuah basikal baharu bersempena dengan ulang tahun
kelahirannya yang ke-17.
A. Ayah hadiah abang
B. Ayah menghadiah abang
C. Ayah menghadiahi abang
D. Ayah menghadiahkan abang
10. Kami berharap agar kerusi roda yang disumbangkan oleh kami kepada pesakit itu
dapat meringankan bebannya.
A. kami sumbangkan
B. kami menyumbang
C. disumbangkan kami
D. disumbangkan oleh kami
Soalan 11 dan Soalan 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11. I Di dalam hal ini, Amir bersyukur kerana memperoleh keputusan peperiksaan yang
cemerlang.
II Encik Aswad membelikan anaknya sebuah basikal baharu pada petang semalam.
III Bola tampar itu saya hantar ke stor sukan seperti yang diarahkan oleh Cikgu
Danish.
IV Para peserta pertandingan pidato itu telah menunjukkan persembahan yang
memukau.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja
12. I Pengantin perempuan itu sungguh berseri sekali wajahnya.
II Sangat tertinggi lampai pemain bola jaring dari pasukan negara China itu.
III Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja indah amat.
IV Datuk Lee Chong Wei merupakan bekas pemain badminton yang sungguh
terhandal sekali di negara ini.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, III, dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja
Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
13. Kegiatan berpersatuan di sekolah sebagai aktiviti kokurikulum dianggap
sebagai pelengkap sistem pendidikan negara.
A. Tidak akan lengkap sistem pendidikan negara jika kegiatan berpersatuan tidak
diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.
B. Kurikulum telah mengiktiraf persatuan di sekolah sebagai pelengkap sistem
pendidikan negara.
C. Sistem pendidikan negara dilihat telah sempurna apabila kegiatan berpersatuan
diterima sebagai kegiatan kokurikulum.
D. Persatuan tidak akan lengkap jika tidak diangkat sebagai aktiviti kokurikulum
dalam sistem pendidikan negara.
Soalan 14 dan Soalan 15
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah ini.
14. Sedih sungguh kami melihat penderitaan mangsa tanah runtuh setelah rumah mereka
musnah akibat runtuhan tanah, apatah lagi mereka yang mengalami bencana itu.
A. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
B. tidak ada rotan, akar pun berguna juga
C. jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya
D. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
15. Semua peribahasa di bawah membawa maksud melakukan kerja yang sia-sia,
kecuali
A. mencurah air ke pasir
B. mencurah garam ke laut
C. mencurah air ke daun keladi
D. menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Pemahaman Teks
Soalan 16 hingga 18.
Baca petikan sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Bimbang tersadung akar dan jerat
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah Sang kijang lebih berhati-hati menapak
rimba Meski dalam peribadi yang keruh
Dia tidak lagi mampu menobat takhta Diredah belantara yang mula teduh
Mengorak telapak di tanah menghijau. Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
Saat itu terus mengorak penuh berhemah
Sebak menyentap dahan kalbu dengan akal dan hati
Dedaun resah mula berguguran dia tidak lagi gundah
Pepohon batin akhirnya tumbang menyusun gerak dan langkah.
Akarya menguncup di perdu harap.
Wan Marzuki Wan Ramli
Hari ini Mingguan Malaysia, Utusan Publications &
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Distributors Sdn. Bhd.
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
16. Baris Sebak menyentap dahan kalbu membawa maksud __________
A. sesuatu yang menyedihkan
B. terasa pilu dengan tiba-tiba
C. kesedihan yang berpanjangan
D. rasa sedih menguasai perasaan.
17. Pernyataan berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut,
kecuali
A. kita perlulah bersyukur jika menerima musibah.
B. kita hendaklah berdikari dalam menjalani kehidupan.
C. kita mestilah memiliki sikap berani dalam menjalani kehidupan.
D. kita haruslah mempunyai kebebasan dlam menentukan hala tuju hidup kita.
18. Pada pendapat anda, mengapakah kijang yang sudah tua mahu menunjukkan
kekuatannya?
A. Hanya itu yang boleh ditunjukkan.
B. Supaya rakan menghormati kekuatannya.
C. Menjadi kegemarannya menunjukkan kekuatan.
D. Menyindir yang masih muda tetapi tidak mahu berbakti lagi.
Soalan 19 hingga 20.
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Syair Pohon Buluh
Menara tinggi banyak bertingkat,BAHAGIAN A
Di sana tiada bilik bersekat, [20 markah]
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya
Ikatnya licin di luar di dalam Bahagian B
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam Arahan :
Ikat tingkatnya tak nampak alam.
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Antologi Kuingin Berterima Kasih, 2014.
19. Perkataan “seperti” dalam baris “ Gelapnya di dalam seperti malam” merupakan gaya
bahasa ____________.
A. simile
B. epifora
C. sinkope
D. personafikasi
20. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan syair tersebut, kecuali
A. batangnya bertingkat-tingkat.
B. mempunyai daun yang lebat.
C. tumbuh mengikut musim.
D. bahagian dalam gelap.
Bahagian B
Bahagian B merangkumi tiga soalan. Soalan 1 ialah Sistem Bahasa, Soalan 2 ialah
Pemahaman dan Soalan 3 ialah Novel. Jawab semua soalan.
1(a). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
I. Encik Khairul Amran pernah menjadi seorang peramugara di Syarikat Penerbangan
Malaysia suatu masa dahulu.
___________________________________________________________________
II. Cikgu Ahmad meminta murid-muridnya memberi definasi bagi beberapa perkataan
yang sukar itu.
___________________________________________________________________
1(b). Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
I. Salim menuntun basikal yang rosak itu dengan bersusah payah.
___________________________________________________________________
II. Kalian perlu menebang pokok yang besar itu dengan sebilah kapak.
___________________________________________________________________
III. Saya melukis gambar pemandangan yang cantik itu semalam.
___________________________________________________________________
(5 markah)
Bahagian B - Soalan 2
(Pemahaman)
2. Baca maklumat di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnva dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1 BAHAN 2
Sesekali kuingin berterima kasih Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan
kepadamu hujan bagai tetamu benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti
jiwa pun menjadi dingin manusia ke alam sekitar menyebabkan keselesaan
api amarah pun terpendam atau kemandirian kehidupan terganggu. Terdapat
pelbagai bentuk pencemaran air, pencemaran bunyi,
Sesekali kuingin menyemai budi pencemaran tanah, pencemaran haba, dan
kepadamu tanah yang hidup kerana pencemaran cahaya.
perutmu setia menghamilkan rezeki buat
petani. Konsep pencemaran sangat bergantung pada
sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan
Sesekali kuingin berbisik kepadamu terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan
ikan-ikan yang riang pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, konsep
liar di belantara samudera pencemaran menjadi kabur. Sebagai contohnya, buah-
kerana sudi membebaskan derita buahan menjadi tercemar hanya apabila didapati
nelayan tua di pondoknya. daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu
bahan kimiadi dalam buah itu te;ah melebihi paras
(Dipetik daripada sajak Kuingin Berterima bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras
Kasih, Antologi Kuingin Berterima Kasih, bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar
Tingkatan 1) lain diukur dengan unit-unit tertentu.
BAHAN 3
1. Bahan 1 menggambarkan anugerah alam yang indah, Bahan 2 berkaitan dengan
pencemaran alam dan Bahan 3 ialah gambar pencemaran alam.
Berdasarkan bahan-bahan tersebut, nyatakan impak pencemaran alam kepada tumbuh-
tumbuhan. (3 markah)
_______________________________________________________________________

2. Berdasarkan Bahan 1, apakah yang patut kita lakukan sebagai tanda menghargai alam
sekitar yang bersih? (3 markah)
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
3. Banjir kilat boleh dikaitkan dengan pembangunan yang tidak terancang dan pencemaran
alam sekitar.
Berikan pendapat anda berkaitan dengan pernyataan tersebut. (4 markah)
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Soalan 3
(Novel)
i. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Hempasan Ombak karya Zailiani
Taslim.
Latar tempat : Bangsal batik
Latar tempat merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya mereka bagi mendedahkan kepada pembaca gambaran tempat dalam sesebuah
novel.
Berdasarkan latar tempat yang dinyatakan di atas, nyatakan tiga contoh peristiwa yang
terlibat dalam latar tersebut. (10 markah)

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dilancarkan pada 4 April 1984 oleh mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai tujuan. Ketika ekonomi pulih dan
stabil, ramai antara kita yang tidak memandang atau memperlekeh barangan tempatan
hinggalah mengalih perhatian terhadap barangan import. Oleh itu, dengan mudah pula kita
membantu mengukuhkan ekonomi negara lain dengan cara membeli barangan buatan mereka
tanpa memikirkan kesan di sebaliknya.
Sejak dulu lagi, kempen ini secara simboliknya mahu mendidik pengusaha di negara kita
meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar,
terutamanya barang-barang berasaskan perkilangan. Kempen ini juga sebenarnya memberi
dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan. Pada
masa yang sama mampu menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat,
sederhana mahupun industri kecil.
Sewajarnya kempen Belilah Barang Buatan Malaysia diaktifkan semula supaya
masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan kerana barang-barang tersebut
ternyata berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Maka, apabila Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu melancarkan semula
kempen ini seluruh negara 16 Januari ini. Ras Tindakan ini tepat pada masanya demi mengawal
pengaliran keluar wang kita ke negara luar, kecuali barang-barang yang memang tidak cukup
bagi keperluan domestik.
Tidak dinafikan juga bahawa kempen ini akan menggalakkan pihak industri
melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri dan melebarkan perniagaan mereka. Di
samping menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan
hati pengguna. Menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah
kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan yang dapat
dinikmati oleh penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, masalah pengangguran dapat
dikurangkan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.
Namun begitu, tidak semestinya kempen ini menolak seratus-peratus barangan dari luar
memandangkan pengguna mempunyai kuasa beli dan cita rasa yang berbeza. Apa-apa pun,
kempen ini akan dapat membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan
dari luar. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan
barangan tersebut ada di negara kita. Kesimpulannya, diharapkan kempen ini dapat dijalankan
secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula
digerakkan melalui kempen.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Aktifkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia,”
Utusan Malaysia, Januari, 2009)

2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan kaum wanita terhadap pembangunan negara. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebih 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Penglibatan wanita dalam pembangunan negara telah menyuntik semangat baharu
kepada golongan ini. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam
ceramahnya yang berjudul 'Peranan Wanita dalam Pembangunan Negara' anjuran NAM
Institute for the Empowerment of Women (NIEW) pada 10 November 2009 di Kuala Lumpur,
telah menonjolkan kegigihan wanita dalam pelbagai bidang.
Kini wanita sering berada di barisan hadapan untuk membangunkan negara. Pelajar
wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) terdiri daripada 60% hingga 70% berbanding
dengan hanya 10% suatu ketika dahulu. Sumbangan wanita terhadap masyarakat dan
negara terus meningkat untuk kelestarian kejayaan negara. Semakin banyak wanita di
negara ini berperanan mengisi jawatan penting dalam sesebuah organisasi dan memiliki
kedudukan yang tinggi dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Tanggungjawab wanita dalam menjalankan tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja
pada hari ini juga sangat mencabar seiring dengan peredaran zaman. Wanita di Malaysia
turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Penglibatan mereka ini
mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Hal ini seiring dengan agenda
pembangunan negara untuk mencapai kemajuan. Kaum wanita yang berpendidikan tinggi
diingatkan supaya tidak lupa akan tugas hakiki mereka. Mereka perlu membentuk peribadi
anak-anak dengan memberikan didikan yang sempurna.
Dalam bidang pendidikan pula, peranan wanita memang tidak dapat dinafikan.
Sebagai pendidik, mereka menggalas tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan
mampu melahirkan modal insan kelas pertama. Wanita yang memberi sumbangan dalam
pembangunan negara mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan berdaya saing. Wanita
juga amat teliti dan lebih berhati-hati dengan setiap tugas yang diberikan.
Sesungguhnya peranan wanita dalam pembangunan negara berupaya
menggerakkan negara mencapai matlamat menjadi negara maju demi kesejahteraan dan
kejayaan rakyat Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian,
menjadi harapan para beliawanis hari ini untuk memastikan bahawa impian ini adalah suatu
yang dapat direalisasikan demi kepentingan bersama.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Suntikan Semangat Baharu kepada Wanita',
oleh Siti Zaleha M. Hashim, Dewan Masyarakat, Januari 2010)