The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajak2607, 2022-08-21 13:13:23

TOR Jerayawara final [17.8.2022]

TOR Jerayawara final [17.8.2022]

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

TERMA RUJUKAN

PROGRAM JERAYAWARA
BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

(PU)

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN
JULAI 2022

1/TORJerayawaraPU

TERMA RUJUKAN (TR) PROGRAM JERAYAWARA BAHAGIAN
PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN (PU)

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM JERAYAWARA
TR Jerayawara ini diwujudkan berdasarkan Pelan Strategik JKM
2016-2020, Teras Strategik 3 iaitu Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan
Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan dan langkah strategik 14
iaitu Pengukuhan Advokasi, Jerayawara merupakan satu program
yang telah ditetapkan untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI)
yang ditetapkan oleh Jabatan.

Sejajar dengan Pelan Strategik JKM 2021-2025 pula melalui Teras
Strategik 7 dan Langkah Strategik 3 serta Langkah Strategik 6,
pelaksanaan Jerayawara wajar diteruskan dan memerlukan
komitmen oleh pegawai dan kakitangan Bahagian dan Unit
Penguatkuasaan di peringkat negeri dan daerah dapat memastikan
Teras Strategik tersebut terlaksana dengan berkesan.

Jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan
sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang
(penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu
tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan,
menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan
sesuatu dan sebagainya. Perkataan jerayawara lebih mengkhusus
maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi

2/TORJerayawaraPU

berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain)
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

Oleh itu, TR Jerayawara ini merujuk kepada program yang
dijalankan oleh Bahagian (PU), Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu
di mana-mana tempat untuk menjelaskan sesuatu isu yang
berkaitan dengan perundangan kepada kumpulan sasar jerayawara
bagi tujuan promosi, penerangan, dan hebahan melalui aktiviti
ceramah, taklimat, kempen dan webinar.

EMPAT AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DALAM PELAKSANAAN
JERAYAWARA BAHAGIAN (PU) INI ADALAH:

i. Akta Orang-Orang Papa 1977 [ Akta 183]
Akta Orang-Orang Papa 1977 merupakan akta yang
digunapakai dalam melaksanakan operasi mengambil orang
papa di Malaysia. Akta Orang-Orang Papa digubal bertujuan
untuk menjaga dan memulihkan orang papa dan bagi
mengawal kutu rayau.

ii. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [ Akta 521]
Akta ini adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan
bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan
rumahtangga dan perkara yang bersampingan dengannya.

3/TORJerayawaraPU

iii. Akta Pusat Jagaan 1993 [ Akta 506]
Akta ini merupakan suatu Akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan, dan pemeriksaan
pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

iv. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 merupakan suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran,
pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak
dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. Bagi maksud
TR ini, apa-apa peruntukan yang berkaitan dengan
“penguatkuasaan”.

2.0 OBJEKTIF JERAYAWARA
2.1 OBJEKTIF UMUM
2.1.1 memberi keterangan dan penjelasan mengenai
takrifan, objektif, skop, prosedur pelaksanaan,
tanggungjawab bahagian atau unit PU di peringkat
negeri dan daerah, maklumat yang perlu disampaikan,
kos yang terlibat, pengumpulan dan analisa data, dan
lain-lain maklumat yang diperlukan; dan

2.1.2 Semua pegawai dan kakitangan Bahagian dan Unit
PU di peringkat negeri dan daerah memahami
peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa

4/TORJerayawaraPU

merancang dan melaksanakan program Jerayawara
Bahagian (PU) ini.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS
2.2.1 Meningkatkan pengetahuan orang awam dan agensi
kerajaan mengenai isu dan perundangan berkaitan
keganasan rumah tangga;

2.2.2 Meningkatkan pengetahuan orang awam dan agensi
kerajaan mengenai isu dan perundangan dan
penguatkuasaan berkaitan pusat jagaan dan TASKA;

2.2.3 Meningkatkan pengetahuan orang awam dan agensi
kerajaan mengenai isu dan perundangan berkaitan
orang papa; dan

2.2.4 Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Jabatan
kepada masyarakat di daerah dan negeri.

3.0 KUMPULAN SASAR JERAYAWARA
3.1 Agensi kerajaan
Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan setiap empat
(4) akta berkenaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), mahkamah, Jabatan Imigresen Malaysia,
Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah, Jabatan Agama
Islam dan lain-lain.

5/TORJerayawaraPU

3.2 Orang awam / Pelanggan Jabatan
Masyarakat,komuniti setempat dan kumpulan sasar jabatan
yang boleh mendapat manfaat daripada program jerayawara
yang dilaksanakan.

3.3 Pengendali pusat jagaan
Bagi pengendali yang belum mendaftarkan pusat jagaan
yang telah beroperasi atau belum, jerayawara boleh menjadi
sebagai sumber maklumat kepada mereka.
Bagi pengendali yang sudah mendaftarkan pusat jagaan
mereka, jerayawara boleh membantu bagi mengemaskini
maklumat sedia ada seperti perubahan prosedur dan dasar
Jabatan.

3.4 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)
Menjalin kerjasama dalam saling memberi dan menerima
sokongan dalam perkhidmatan Jabatan berkaitan akta-akta
di atas seperti khidmat sukarelawan, kaunselor berdaftar,
tempat perlindungan, tempat selamat, kenderaan dan lain-
lain lagi.

3.5 Sektor korporat
Menjalin kerjasama dalam saling memberi dan menerima
sokongan dalam perkhidmatan Jabatan berkaitan akta-akta
di atas seperti khidmat sukarelawan, kaunselor berdaftar,

6/TORJerayawaraPU

tempat perlindungan, tempat selamat, kenderaan dan lain-
lain lagi.

4.0 PELAKSANAAN JERAYAWARA
Pelaksanaan jerayawara hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
sekali di peringkat negeri dan sekali di peringkat daerah dalam
setahun kalendar.
Jerayawara boleh dilaksanakan mengikut kekerapan berikut:
i. Secara berkala
ii. Dibuat secara terancang
Sesi libat urus, kunjung hormat, program khas, kempen
iii. Jemputan/undangan
Menerima jemputan atau undangan daripada agensi
kerajaan, sektor korporat atau NGO untuk menyampaikan
ceramah, taklimat atau pembentangan kertas kerja.

5.0 TEMPOH MASA PROGRAM JERAYAWARA
Pelaksanaan jerayawara hendaklah dilaksanakan selama
sekurang-kurangnya (empat) 4 jam secara berterusan untuk
diambilkira sebagai pelaksanaan jerayawara.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN JERAYAWARA
6.1 Ceramah
Ceramah yang disampaikan kepada kumpulan sasar
Jerayawara mestilah berkaitan empat akta yang dinyatakan

7/TORJerayawaraPU

dalam latar belakang program jerayawara. Ceramah boleh
dilaksanakan melalui program khas jerayawara yang
diadakan oleh JKM sendiri atau menerima jemputan mana-
mana agensi lain.

6.2 Taklimat
Taklimat yang disampaikan kepada kumpulan sasar
Jerayawara berkaitan empat akta yang dinyatakan dalam latar
belakang program Jerayawara termasuk pembentangan
kertas kerja dalam mana-mana program Jerayawara yang
dianjurkan sendiri atau menerima jemputan mana-mana
agensi lain.

6.3 Kempen (risalah/ pameran)
Pelaksanaan kempen-kempen khusus yang berkaitan empat
akta yang dinyatakan dalam latar belakang program
Jerayawara seperti Kempen Jom Daftar Pusat Jagaan dan
Kempen “Bijak Membantu Elak Tertipu”. Pengisian kempen
tersebut boleh memasukkan aktiviti mengadakan pameran
atau mengedar risalah.

6.4 Webinar
Ceramah atau taklimat yang disampaikan kepada kumpulan
sasar Jerayawara. Ia berkaitan empat akta yang dinyatakan
dalam latar belakang program Jerayawara melalui program
khas Jerayawara yang diadakan oleh JKM atau menerima
jemputan mana-mana agensi lain secara atas talian.

8/TORJerayawaraPU

7.0 PROSES PELAKSANAAN JERAYAWARA
Proses pelaksanaan melibatkan 3 peringkat iaitu:
7.1 Sebelum
7.1.1 Perancangan /Penyediaan Kertas Kerja
7.1.2 Mendapatkan sumber kewangan

7.2 Semasa
7.2.1 Pelaksanaan Program Jerayawara

7.3 Selepas

7.3.1 Pengumpulan dan analisis data/statistik mengikut
7.3.2 format Pelaporan Program Jerayawara
(JKMM/PU/JW-01)

Dokumentasi – JKMN bertanggungjawab membuat

penyelarasan laporan Jerayawara peringkat daerah

sebelum dikemukakan kepada Ibu pejabat

mengikut format Pelaporan Program Jerayawara

(JKMM/PU/JW-02) yang disediakan.

8.0 RUMUSAN

Sejak tahun 2016, Program Jerayawara ini tidak ada sebarang
terma rujukan yang telah dibangunkan untuk dijadikan panduan dan
kerangka pelaksanaan yang menepati ciri-ciri advokasi dan
penerangan secara umum dan khusus diperingkat negeri dan

9/TORJerayawaraPU

daerah. Perkara ini menyebabkan tidak ada keseragaman dan
justifikasi yang khusus yang boleh ditakrifkan sebagai jerayawara.
Penetapan latar belakang, objektif umum, objektif khusus,
kumpulan sasar, pelaksanaan dan proses pelaksanaan, tempoh
masa dan kaedah yang lebih sistematik di dalam Terma Rujukan ini
telah mencirikan jerayawara mengikut keperluan dan menepati
fungsi Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (PU).

10/TORJerayawaraPU

LAMPIRAN

i. Format Laporan Bulanan Jerayawara Bahagian
Perundangan dan Penguatkuasaan

ii. Format Laporan Tahunan Jerayawara
Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan

11/TORJerayawaraPU

LAMPIRAN i

JKM/PU/JW-01 – FORMAT LAPORAN BULANAN
JERAYAWARA BAHAGIAN
PERUNDANGAN DAN
PENGUATKUASAAN

i. JKM/PU/JW-01/2A - Bilangan & Jenis Jerayawara Akta Orang-
Orang Papa 1977

ii. JKM/PU/JW-01/2B - Bilangan & Jenis Jerayawara Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994

iii. JKM/PU/JW-01/2C - Bilangan & Jenis Jerayawara Akta Pusat
Jagaan 1993

iv. JKM/PU/JW-01/3A - Senarai Jerayawara Akta Orang-Orang Papa
1977

v. JKM/PU/JW-01/3B - Senarai Jerayawara Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994

vi. JKM/PU/JW-01/3C - Senarai Jerayawara Akta Pusat Jagaan 1993

vii. JKM/PU/JW-01/3D - Senarai Jerayawara Penguatkuasaan Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

viii. JKM/PU/JW -01/4 – Ringkasan Laporan Jerayawara Mengikut
Daerah

12/TORJerayawaraPU

JADUAL 2(a): Bilangan Pelaksanaan Program Jerayawara Akta Orang-Or
Program

Jenis Program Jera

Kempen/ Ceramah/ Bengkel/ W

Anjuran JKM Anjuran/
Kerjasama
Bil. Negeri
Dengan
Kementerian/ De
Jabatan/ Agensi

Kerajaan

1 PERLIS
2 KEDAH
3 PULAU PINANG
4 PERAK

5 SELANGOR

6 WP KUALA LUMPUR/
PUTRAJAYA

7 NEGERI SEMBILAN

8 MELAKA

9 JOHOR

10 PAHANG

11 TERENGGANU

12 KELANTAN
13 SABAH
14 SARAWAK

15 WP LABUAN

JUMLAH 00

JUMLAH KESELURUHAN

JKM/PU/JW-01/2A

rang Papa 1977 [Akta 183] Mengikut Jenis

ayawara dan Pencegahan Pengemisan

Webinar Media

Anjuran Televisyen Radio Akhbar/ Media Jumlah
Kendalian/ Majalah Sosial
Kerjasama
engan Agensi

Swasta

0 0 00 0
0
0

13/TORJerayawaraPU

JADUAL 2(b): Bilangan Pelaksanaan Program Jerayawara Akta Keg
Jenis Program

Jenis Program Je

Kempen/ Ceramah/ Bengkel/ Webina

Bil. Negeri

Anjuran JKM Anjuran/ Kerjasama Anjuran
Dengan Kementerian/ Kerjasa

Jabatan/ Agensi Agen
Kerajaan

1 PERLIS

2 KEDAH

3 PULAU PINANG
4 PERAK

5 SELANGOR

6 WP KUALA LUMPUR/
PUTRAJAYA

7 NEGERI SEMBILAN

8 MELAKA

9 JOHOR

10 PAHANG

11 TERENGGANU

12 KELANTAN
13 SABAH
14 SARAWAK

15 WP LABUAN

JUMLAH 00

JUMLAH KESELURUHAN

JKM/PU/JW-01/2B
ganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] Mengikut

erayawara Keganasan Rumah Tangga
ar Media

Jumlah

n Kendalian/ Televisyen Radio Akhbar/ Media Sosial
ama Dengan Majalah
nsi Swasta

0 0 00 0
0
0

14/TORJerayawaraPU

JADUAL 2(c): Bilangan Pelaksanaan Program Jerayawara Akta

Jenis Program Jer

Kempen/ Ceramah/ Bengkel/ Webinar

Bil. Negeri Anjuran/ Kerjasama
Dengan Kementerian/
Anjuran JKM Anjura
Jabatan/ Agensi Kerjas
Kerajaan
Agen

1 PERLIS

2 KEDAH

3 PULAU PINANG

4 PERAK

5 SELANGOR

6 WP KUALA LUMPUR/
PUTRAJAYA

7 NEGERI SEMBILAN

8 MELAKA

9 JOHOR

10 PAHANG

11 TERENGGANU

12 KELANTAN

13 SABAH

14 SARAWAK

15 WP LABUAN

JUMLAH 00

JUMLAH KESELURUHAN

JKM/PU/JW-01/2C

a Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] Mengikut Jenis Program

rayawara Pendaftaran Pusat Jagaan
r Media

Jumlah

an Kendalian/ Televisyen Radio Akhbar/ Media
sama Dengan Majalah Sosial
nsi Swasta

0 0 0 00
0
0

15/TORJerayawaraPU

SENARAI PROGRAM JERAYAWARA AKTA ORANG-O
DILAKSANAKAN

Negeri :
Bulan :

Bil. Daerah Program Tarikh Tempoh
Pelaksanaan Masa
(Jam)

JKM/PU/JW-01/3A

ORANG PAPA 1977 [AKTA 183] YANG TELAH

h Kumpulan Bil. Agensi Agensi
Sasar Peserta Penganjur Terlibat
Tempat Kos (RM)

16/TORJerayawaraPU

SENARAI PROGRAM JERAYAWARA AKTA KEGANASAN
DILAKSANAKAN

Negeri :
Bulan :

Bil. Daerah Program Tarikh Tempoh T
Pelaksanaan Masa
(Jam)

JKM/PU/JW-01/3B

N RUMAH TANGGA 1994 [AKTA 521] YANG TELAH

Tempat Kumpulan Bil. Peserta Agensi Agensi Kos
Sasar Penganjur Terlibat (RM)

17/TORJerayawaraPU

SENARAI PROGRAM JERAYAWARA AKTA PUSAT JAGAA

Negeri :
Bulan :

Bil. Daerah Program Tarikh Tempoh
Pelaksanaan Masa
(Jam)

JKM/PU/JW-01/3C

AN 1993 [AKTA 506] YANG TELAH DILAKSANAKAN

Tempat Kumpulan Bil. Agensi Agensi Kos
(RM)
Sasar Peserta Penganjur Terlibat

18/TORJerayawaraPU

SENARAI PROGRAM JERAYAWARA PENGUATKUASAAN
[AKTA 308] YANG TELAH DILAKSANAKAN

Negeri :
Bulan :

Bil Daerah Program Tarikh Tempoh Tem
Pelaksanaan Masa
(Jam)

JKM/PU/JW-01/3D

N AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

mpat Kumpulan Bil. Agensi Agensi Kos

Sasar Peserta Penganjur Terlibat (RM)

19/TORJerayawaraPU

FORMAT PELAPORAN TAHUNAN PROGRAM JER
PENGUATKUASAAN

BIL. NEGERI DAERAH BILANGAN

AKTA ORAN
ORANG PAP
1977 [AKTA 1

JUMLAH

JKMM/PU/JW-02

RAYAWARA BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN

PELAKSANAAN PROGRAM JERAYAWARA

NG- AKTA KEGANASAN AKTA PUSAT JUMLAH
PA RUMAH TANGGA JAGAAN 1993
183] 1994 [AKTA 521]
[AKTA 506]

20/TORJerayawaraPU

JABATAN KEBAJIK

LAPORAN TAHUNA

Lampiran ii

KAN MASYARAKAT

AN JERAYAWARA

21/TORJerayawaraPU

20

BAHAGIAN PERUNDANGAN
JK

NEGERI:……

022

N DAN PENGUATKUASAAN
KM
………………..

22/TORJerayawaraPU

NAMA JERAYAWARA PERINGKAT NEGERI:
TARIKH PELAKSANAAN:
TEMPOH MASA PELAKSANAAN:
LAPORAN RINGKAS BERSERTA 2 KEPING GAMBAR YANG DITAIP
MELEBIHI 2 MUKA SURAT TERMASUK TAJUK DAN GAMBAR.

JKMM/PU/JW-02

P MENGGUNAKAN FONT ARIAL SAIZ 14 TIDAK

23/TORJerayawaraPU

NAMA JERAYAWARA PERINGKAT DAERAH: 1
TARIKH PELAKSANAAN:
TEMPOH MASA PELAKSANAAN:
LAPORAN RINGKAS BERSERTA 2 KEPING GAMBAR YANG DITAIP
MELEBIHI 2 MUKA SURAT TERMASUK TAJUK.

JKMM/PU/JW-02

P MENGGUNAKAN FONT ARIAL SAIZ 14 TIDAK

24/TORJerayawaraPU

NAMA JERAYAWARA PERINGKAT DAERAH: 2
TARIKH PELAKSANAAN:
TEMPOH MASA PELAKSANAAN:
LAPORAN RINGKAS BERSERTA 2 KEPING GAMBAR YANG DITAIP
MELEBIHI 2 MUKA SURAT TERMASUK TAJUK.

JKMM/PU/JW-02

P MENGGUNAKAN FONT ARIAL SAIZ 14 TIDAK

25/TORJerayawaraPU



26/TORJerayawaraPU


Click to View FlipBook Version